17:8
Suatu pemberian adalah sebagai batu permata bagi dia yang memilikinya: ke mana sahaja ia berpusing, ia makmur.
Pemberian ialah benda yang ajaib. Ia dapat memperoleh banyak pencapaian – baik untuk kebaikan mahupun untuk kejahatan. Setelah menerima pemberian, dan memandang kepadanya untuk menghargai nilainya, seseorang akan berbuat apa pun yang diharapkan daripadanya. Suatu permata adalah indah dari mana-mana pun segi pandangan, dan pemberian pasti berkesan dalam kebanyakan situasi.
Di sinilah suatu pemerhatian am Solomo tentang kuasa hadiah. Ia berkesan! Amsal ini tidak mengutuk hadiah, tetapi menandakan potensi yang cukup besar untuk kebaikan atau kejahatan. Jika ia dipakai dengan dorongan yang baik untuk niat yang baik, tujuan yang mulia itu akan tercapai. Jika ia dipakai dengan dorongan yang jahat untuk niat yang jahat, maka dosa itu akan dilakukan.
Filipus dari Makedonia, ayah kepada Aleksander Agung, berkata, “Tiada kubu pertahanan yang terlalu kuat, tetapi ia dapat diambil, jika seekor keldai penuh dengan beban emas dibawa ke pintu gerbang”.
Siapakah yang ada pemberian di dalam amsal ini? Pemberi atau penerima? Mengapa bukan kedua-dua mereka? Pemilik pemberian itu harap hadiahnya akan mengerakkan mana-mana pihak yang degil untuk menggalakkan tujuan-tujuannya. Penerima pemberian itu, sementara memandangnya sebagai berkat manis, rela untuk dengan lekas berbuat apa yang diharapkan daripadanya. Pilihan itu tidak mengubahkan tafsirannya. Pelajarannya sama sahaja – pemberian memang berkesan!
Adakah Solomo mengajar lebih tentang pemberian? Ya, orang durjana memakai pemberian sebagai rasuah untuk memesongkan keadilan (Ams 17:23). Pemberian cukup berkesan untuk memperoleh suatu pertemuan dnegan orang yang berdarjat tinggi (Ams 18:16), dan ia boleh memenangi kawan (Ams 19:6). Pemberian boleh menenangkan kemarahan musuh (Ams 21:14). Bermegah tentang memberi tanpa perlaksanaan adalah kosong dan mengecewakan (Ams 25:14).
Allah di suatu tempat dengan tegas mengutuk pemberian bagi tujuan durjana. Pemberian membutakan mata dan menumpaskan hikmah dan kewajaran (Kel 23:8). Pemberian mencabut penghakiman dan mencabuli kata-kata orang yang benar (Ula 16:19). Ia boleh membayar untuk memastikan orang yang tidak bersalah dimatikan (Ula 27:25). Anak-anak Samuel menerima rasuah, tetapi dia sendiri tidak berbuat demikian (1Sam 8:3; 12:3). Suatu negara yang jahat ada gejala rasuah yang kerap kali timbul (Mik 7:3). Orang yang salih menolak rasuah (Yes 33:15).
Tidak hairanlah patung Puteri Keadilan ialah perempuan yang ditutupi matanya dan memegang pedang pada salah satu tangannya dan timbang pada tangan yang lain. Dia tidak akan memandang bulu atau apa pun hadiah yang mungkin ditawarkan supaya dia dapat menimbang keadaan-keadaan setiap kes dengan betul dan melaksanakan apa pun hukuman. Secara itulah kamu patut membentuk pendapat-pendapatmu dan membuat penghakimanmu sendiri, dengan mata yang buta terhadap kawan dan musuh, tetapi dengan pandangan yang sempurna bagi kewajaran (Yoh 7:24).
Pemberian memang berkesan! Ia dapat memenangi kawan dan mempengaruhi orang lain untuk kebaikan, dan ia dapat dipakai sebagai rasuah atau bayaran untuk kedurjanaan. Pelajaran ini ialah ia berkesan. Hikmah mengajar untuk memakainya hanya untuk tujuan-tujuan yang baik dan untuk sedar bahawa banyak orang akan berbuat jahat untuk memperolehnya.
Dapatkah kamu mengingati pemberian bagi tujuan yang baik? Yakob melembutkan hati Esau dengan pemberian-pemberian yang dijarakkan dengan bijak (Kej 32:13-21). Yakob menyampaikan pemberian kepada penguasa yang kasar di Mesir (Kej 43:11-14). Abigail menenangkan Daud dengan pemberian (1Sam 25:18-20,35). Daud menenangkan Yehuda ketika tidak dapat terlibat dalam pertempuran menentang orang Amalek (1Sam 29:1-11; 30:26-31). Para imam Filistin dengan berhikmah mencadangkan buasir dan tikus emas sebagai pemberian penyemahan untuk Allah Israel yang dahsyat (1Sam 6:5).
Dapatkah kamu mengingati pemberian bagi tujuan yang jahat? Bileam yang bersikap kedambaan itu tidak dapat menguasai nafsunya untuk wang syiling Moab (Bil 22:7-8,21; 2Pet 2:15-16). Simon yang durjana itu cuba membeli kurnia rasuli Roh Kudus, tetapi Petrus tidak bertahan dengannya (Kis 8:17-24). Orang Yahudi membayar Yudas tiga puluh keping wang perak untuk mengkhianati Yesus Kristus (Mat 26:14-16), dan mereka juga memberi rasuah kepada para penjaga yang telah menyaksikan kebangkitan Tuhan (Mat 28:11-15).
Hai pembaca, adakah kamu bebas daripada daya tarikan pemberian? Banyak orang telah terjebak ke dalam jerat keredaan seorang perempuan, sementara sebaliknya dia patut menuntut supaya adanya sikap takut akan Tuhan (Ams 31:30). Banyak perempuan jatuh untuk hanya kata-kata yang lemah-lembut daripada orang yang menggoda (Kej 34:1-3). Pernahkah kamu mengkompromikan kebenaran untuk suatu pemberian, suatu jualan, suatu bonus, atau kenaikan pangkat? Berhati-hati dengan pemberian.
Para pelayan Allah haruslah membenci laba kotor, supaya jangan ia memesongkan tafsiran atau pemakaian mereka akan nas-nas kitab suci (Yes 56:11; Yer 6:13; 8:10; Mik 3:11; Mal 1:10; 1Tim 3:3,8; tit 1:7,11; 1Pet 5:2).Celakalah para pelayan yang khuatir tentang saiz keanggotaan gereja atau pendapatannya daripada kebenaran firman Allah dan pemakaiannya yang jujur dan yang kudus.
Adakah ikhtiar dalam hatimu pada hari ini untuk memberi pemberian pada hari ini? Dapatkah kamu menghormati ibubapamu dengan suatu pemberian? Atau lebih baik, ibu dan ayah mentuamu? Dapatkah kamu mendamaikan seorang kawan yang terpisah dengan pemberian rahsia (Ams 21:14)? Dapatkah kamu menghiburkan dan menceriakan seorang yang kecewa dengan pemberian pada hari ini? Bagaimana pula suatu tanda penghargaan bagi para pekerjamu yang paling baik? Mungkinkah suatu pemberian kejutan menyenangkan hati pasanganmu? Apakah yang dapat kamu buat bagi faedah gerejamu? Lakukanlah itu!
Pemberian yang paling baik ialah pemberian Allah akan AnakNya yang tunggal bagi dosa-dosa para musuh yang pemberontak. Allah-allah pagan mewajibkan kematian anakmu supaya dapat ditenangkan (2Raj 17:17). Tetapi Allah Yang Sejati telah memberi AnakNya yang tunggal bagi musuh-musuhNya. Pertimbangkan pemberian itu! Adakah ia makmur ke mana sahaja ia berpusing? Tentulah! Ia memuaskan keadilan ilahi dan memperoleh kewajaran abadi bagi setiap orang yang menerima pemberian itu (Yes 53:10-12). Ia juga dipanggil sebagai pemberian yang tidak terkatakan itu (2Kor 9:15; Rom 5:15-19; 6:23), dan ia telah menawan dan mendorong banyak orang untuk mengasihi dan melayani Kristus seperti yang dilakukan Paulus (2Kor 5:14-15).