Amsal · Proverbs

19:12
Murka raja adalah seperti ngauman singa; tetapi keredaannya adalah seperti embun di atas rumput.

Hormat dan penundukkan kepada para penguasa ialah peraturan hikmah. Mereka boleh menyakitimu dengan teruk atau membantumu dengan hebat sekali (Ams 16:14-15). Ngauman singa yang dapat didengar sejauh 8 kilometer pada waktu malam di Afrika, menyebabkan ketakutan dalam hati manusia seperti seorang raja yang marah boleh buat terhadap musuh-musuhnya. Seperti embun yang memberi khasiat kepada rumput untuk bertumbuh dan makmur, demikian juga keredaan raja boleh membawa kejayaan. Pelajaran di sini ialah peringatan untuk menghormati dan mentaati para penguasa sivil dan semua kekuasaan bagi kelebihan yang terang nyata.

Jika kamu memberontak terhadap seorang penguasa, kamu sedang merayu untuk kepedihan dan masalah, kerana dia ada kuasa dan kekuatan (Ams 16:14). Pemberontakan adalah sama pandai dengan perbuatan menyerang singa pada waktu malam tanpa senjata (Ams 20:2)! Sudah tentulah, sesetengah orang bebal sebegitu angkuh, jahil, dan memberontak sehingga mereka bercanggah atau memfitnah kebanyakan kekuasaan yang ditemui mereka. Tetapi akhirnya mereka jadi seperti orang asli yang dibaham oleh binatang dalam kegelapan! Allah dan manusia akan mengunyah dan memakan habis mereka (Ams 17:11).

Jika kamu taat dan melayani suatu negeri atau pemerintah, kamu menjamin keamanan, perlindungan, dan pembekalan yang dapat membantu dan menggalakkan dirimu dan usaha-usahamu (Ams 16:15). Dia dapat membantu dan memeliharamu sebanyak seperti kelembapan membekalkan rumput dengan khasiat yang diperlukan untuk kehidupan dan pertumbuhan. Kawan-kawan di tempat yang tinggi ialah salah satu peraturan yang mudah akan hikmah bagi kejayaanmu. Hanya keangkuhan dan kebodohan menyebabkan manusia untuk membazirkan peluang ini dengan berbuat salah terhadap kekuasaan.

Menghormati dan mentaati kerajaan sivil adalah berhikmah secara praktikal. Tetapi ia juga hukum Allah. Dia telah memilih perkataan “allah” bagi para penguasa sivil, dan Dia menuntut orang untuk menghormati mereka dan menunduk kepada mereka (Kel 22:28; 1Sam 24:6; 26:9; Pkh 10:20; Kis 23:5; Rom 13:1-7; Tit 3:1-2; 1Pet 2:13-17). Percakapan menentang para penguasa politik ialah tanda-tanda seorang yang jahanam, dan ubat yang paling elok bagi orang-orang cabul demikian adalah untuk mematikan mereka seperti binatang yang berpenyakit anjing gila (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10).

Apakah yang harus kamu buat ketika seorang penguasa marah terhadapmu? Tunduk dengan rendah hati dengan jawapan-jawapan yang lemah lembut dan perbetulkan kesalahan-kesalahanmu. Solomo menulis, “Murka raja adalah seperti para utusan maut: tetapi orang berhikmah akan meredakannya” (Ams 16:14). Dan, “Jika semangat seorang pemerintah bangkit menentang kamu, jangan tinggalkan tempatmu; sebab penundukan meredakan kesalahan-kesalahan besar” (Pkh 10:4). Tambahan lagi, “Dengan kesabaran yang panjang seorang penguasa dapat dipujuk, dan lidah yang lembut mematahkan tulang” (Ams 25:15).

Hai pembaca, adakah kamu berhikmah dalam hal kekuasaan? Bermula dengan kerajaan sivil, adakah kamu bebas benar daripada penipuan bayaran cukai, bahasa yang biadap, atau pelanggaran apa pun ordinan? Adakah kamu juga menghormati dan mentaati majikanmu, kerana Allah mengharapkan itu juga (1Tim 6:1-2; Tit 2:9-10; 1Pet 2:18-22)? Hai isteri, adakah kamu menghormati suamimu (Efe 5:33; 1Pet 3:6)? Hai ahli gereja, adakah kamu menyanjungi pastormu (1Tes 5:12-13; Ibr 13:7,17)? Hai anak, adakah kamu menghormati ibubapamu, sampai kepada air mukamu pun (Ams 20:20; 30:17; Efe 6:1-3)?

Peraturan hikmah dalam amsal dipakai kepada semua lingkungan kekuasaan ini. Jika kamu memberontak terhadap kekuasaan, kamu akan dimakan hidup-hidup! Jika kamu merendahkan dirimu untuk menghormati dan mentaati kekuasaan, kamu akan mendapati keredaan dan berkat daripada Allah dan manusia. Kamu tidak boleh melindungi dirimu dengan memberontak terhadap kekuasaan: kamu melindungi dirimu dengan menunduk kepada kekuasaan dan memperoleh kedua-dua keredaan penguasa dan berkat Allah. inilah hikmah. Belajar itu!

Kekuasaan berasal daripada Allah. Segala lingkungan kekuasaan yang lain adalah oleh perlantikanNya dan oleh pentahbisanNya (Rom 13:1-7). Iblis melalui keangkuhan tidak mahu menunduk kepada Allah, dan dia akan memakai semua masa akhiratnya di dalam neraka bagi pemberontakannya. Dari kekuasaan seorang raja sampai kepada kekuasaan seorang apstor dan setiap jawatan yang ditengah-tengah itu, Allah akan mempertahankan jawatan-jawatan kekuasaan dan orang-orang yang memegang jawatan-jawatan tersebut. Kamu sedang merangkak telanjang melalui hutan yang penuh singa ketika kamu menentang kekuasaan-kekuasaan yang dilantik Allah. Kamu akan dimakan hidup-hidup! Dan kamu akan kehilangan berkat, kenikmatan, dan kemakmuran menunduk kepada mereka melalui iman dan percaya kepada Allah.

Ada juga pelajaran yang tidak langsung di sini. Jika kamu seorang penguasa, kamu patut mengingati kengerian yang timbul kerana ketidaksenanganmu dan sukacita yang timbul kerana keredaanmu. Para raja harus mengamalkan belas kasihan (Ams 20:28). Para majikan haruslah adil dan saksama (Ams 29:21; Kol 4:1). Para pastor harus tulus dan tidak berberat sebelah (Yeh 13:22; 1Tim 5:21). Seorang suami tidak harus memukul isteri kerana ada kepahitan hati (Kol 3:19). Ayah dan ibu harus mengelak seorang anak dengan keibubapaan yang kritikal dan yang terlampau memerintah (Efe 6:4; Kol 3:21). Pertimbangkan peringatan-peringatan ini dengan baik.

Hai pembaca, kamu ada seorang raja, meskipun jika negaramu tiada raja! Nebukadnezar dengan penentuan nasib Allah, adalah raja yang paling mulia dan yang paling ditakuti di dalam sejarah dunia. Dia telah mengubahkan agama kerajaannya dan menguatkuasakan penundukkan yang mutlak dengan hukuman dibakar hidup-hidup (Dan 3:1-7). Dia boleh membawa ahli-ahli kabinet atau rakyat yang pemberontak dan mengerat-ngerat mereka bercerai-berai dan menjadikan rumah mereka suatu timbunan najis (Dan 2:5; 3:29). Tetapi dia tidak dapat dibandingkan dengan kedatangan Yesus Kristus yang menjelang, Raja segala raja! Hai pembaca, ciumlah Anak pada hari ini atau binasa (Maz 2:1-12; 2Tes 1:7-10; 1Tim 6:13-16; Wah 19:11-21)!