Amsal · Proverbs

20:27
Roh manusia ialah lilin TUHAN, yang menyelami segala bahagian lubuk hati.

Manusia bukanlah binatang, dan dia bukan seperti mana-mana binatang. Allah Jehovah, Sang Pencipta syurga dan bumi, menaruh sesuatu di dalam manusia yang menjadikannya sungguh berbeza. Allah telah memberi manusia hati nurani, dan hati nurani ini ialah hukum, guru, dan hakim untuk setiap lelaki, perempuan dan anak.

Hati nuranimu ialah lilin TUHAN. Cahaya daripada Allah di dalam dirimu ini menyelami dan menghakimi fikiranmu, perkataanmu, dan perbuatanmu. Manusia membuat pilihan dengan asas yang lebih daripada hati naluri, sebab Allah telah memberi setiap orang hati nurani untuk membantunya tahu dan berbuat apa yang betul.

Ini bermaksud mengenal dari batin tentang diri sendiri. Roh yang tidak kelihatan ini yang berada di dalam dirimu ada perasaan betul dan salah, dan ia akan meluluskan hal betul dan mengutuk hal yang salah yang dilakukanmu. Ia juga akan merenung akan perbuatan orang lain dan membuat penghakiman sama ada mereka betul atau salah.

Pertimbangkan bagaimana dapat timbulnya suatu fikiran di dalam dirimu namun kamu dapat menaakuli dan menghakimi fikiran itu juga. Seorang manusia hanya dapat mengenal dirinya melalui hati nuraninya; dia tidak dapat mengenal orang lain melaluinya (1Kor 2:11). Sekali sekala rohmu penuh dengan sukacita, dan sekali sekala ia penuh dengan kesedihan, dan tidak seorang yang lain pun dapat merasa sepenuhnya atau mengenal emosimu (Ams 14:10).

Lubuk hati di dalam amsal ini ialah hati dan fikiranmu. Ketika kamu digerakkan kasih atau ketakutan, kamu dapat merasakannya di dalam lubuk hatimu. Menurut amsal ini, hati nuranimu menyelidiki seluruh batin dirimu untuk membantu mengarahkan pilihan-pilihanmu di dalam hal-hal.

Hati nuranimu dapat menginsafkan dirimu bahawa apa kamu atau orang lain telah berfikir, berkata, atau berbuat adalah salah (Rom 2:15). Rasa salah batiniah ini dapat sungguh kuat, dan ia dapat mengawal atau mempengaruhi apa yang kamu buat atau tidak buat. Para penuduh perempuan yang ditangkap berzina telah meninggalkannya, ketika hati nurani mereka dikemukakan keadilan akan perbuatan mereka (Yoh 8:9).

Bagaimanakah kamu mendapat hati nurani? TUHAN telah memberi itu kepadamu, maka ia dipanggil lilin TUHAN. Ia cahaya daripada Allah untuk membantumu membuat keputusan. Ia juga membuktikan keadaanmu yang berdosa, sebab kamu sudah berdosa terhadap hati nuranimu banyak kali. Meskipun Allah tidak mengutuk sesuatu perbuatan, ia masih dosa bagimu, jika hati nuranimu mengutuknya (Rom 14:22-23; Yak 4:17).

Semua manusia ada hati nurani. Orang bukan Yahudi, orang jahanam, dan orang Farisi ada hati nurani, walaupun sukar untuk dipercayai sedemikian (Rom 2:15; 1:32; Yoh 8:9). Amnon dan Yudas Iskariot ada hati nurani (2Sam 13:1-2; Mat 27:3-5). Pengekangan diri yang universal dan undang-undang yang salih mencerminkan hati nurani ini, walaupun dukacita mereka untuk dosa bukanlah dukacita yang salih (2Kor 7:9-11). Hari nurani di dalam orang yang terjana semula merupakan lagi satu sumber pengutukan bagi dirinya.

Allah telah menyatakan DiriNya kepada semua manusia di dalam alam ciptaan semula jadi. Daud telah menulis, “Syurga mengisytiharkan kemuliaan Allah; dan cakerawala menunjukkan karya tangannya” (Maz 19:1). Paulus telah menulis bahawa walaupun Allah Sendiri adalah tidak kelihatan, apa yang diciptakanNya dapat dilihat, dan ia membuktikan kepada manusia bahawa Allah wujud dengan kuasa kekal dan keilahian, maka kaum manusia tidak berdalih. Allah juga mengisytiharkan kewujudanNya di dalam hati nurani manusia, yang merupakan lilinNya yang memberi mereka separuh pengetahuan akan DiriNya.

Lelaki dan perempuan yang heabt ada hati nurani yang kuat, dan mereka mentaatinya. Hati nurani yang kuat ialah hati nurani yang terdidik dengan baik dan aktif di dalam penyemakan setiap bahagian kehidupan, dan orang hebat mendengarnya dan mentaatinya. Orang sedemikian sungguh peka untuk melakukan apa yang betul dan mengelak apa yang salah. Mereka sungguh yakin akan pendapatnya yang menentang kejahatan. Allah telah memberimu hati nurani untuk menjadi teman harian untuk mengekalkanmu berbuat apa yang betul dan membenci apa yang salah. Kuatkanlah itu. Pakailah itu.

Kamu mesti mengajar hati nuranimu kebenaran dan hikmah Allah, dan kamu harus mentaatinya ketika ia memberitahumu untuk melakukan sesuatu yang tertentu dan ketika ia berkata apa yang lain adalah salah. Allah telah memberimu lilin ini untuk membantu menjadikan dirimu hebat, tetapi dunia yang berdosa di sekelilingmu cuba mendiamkan hati nuranimu supaya kamu akan meluluskan segala yang mereka ingin buat. Kamu tidak harus mengizinkan gaya hidup duniawi, dipersembahkan kepadamu oleh pelbagai media, untuk merosak atau mengebaskan hati nuranimu.

Hati nuranimu dapat dan harus diajar. Semakin banyak kamu belajar, semakin banyak hati nuranimu akan melayanimu. Jika kamu belajar hikmah Allah melalui amsal-amsal ini dan nas-nas kitab yang lain, hati nuranimu akan mampu lebih membantumu (1Kor 8:1-7). Kamu malah dapat mengekalkan hati nuranimu jahil supaya menghentikanny daripada mengutuk dirimu di dalam apa yang diizinkan Allah (1Kor 10:25-27).

Di sesetengah masyarakat, perempuan hidup dengan buah dada mereka terdedah. Hati nurani mereka tentang itu telah dibentuk melalui tabiat dan tradisi untuk tidak melihat apa pun salah dalam hal itu. Mereka hairan atau terkilan oleh apa pun penolakan akan itu. Hanya ajaran yang teliti dapat menaruh malu ke dalam hati nurani mereka tentang amalan itu. Sekarang, fikir dengan teliti tentang apa yang anak-anakmu lihat di rumah, di televisyen, atau di sekolah.

Hati nuranimu haruslah diajar. Untuk dirimu dapat menyenangkan Allah, kamu memerlukan hati nurani yang tahu kehendak Allah dan akan berusaha untuk menguatkuasakannya di dalam kehidupanmu. Hati nurani ini yang mengasihi kebenaran dan hikmah hanya wujud di dalam anak Allah yang lahir baru, dan namun ia memerlukan arahan firman Allah untuk membentuk pendapat-pendapatnya sewajarnya bagi hampir segala jenis subjek (Ibr 5:14).

Hati nuranimu haruslah ditaati. Jika kamu tidak peduli akannya, maka ia akan menjadi berbelulang, lecuh, dan kurang peka, sehingga menjadikanmu rentan kepada kebanyakan godaan (1Tim 4:2; Efe 4:19). Jika kamu menolak Allah dan firmanNya, Dia dapat dan akan membutakan hati nuranimu, dan meninggalkanmu tanpa lilin TUHAN untuk memimpinmu (Rom 1:21-28; 2Kor 4:2-4).

Adakah kamu menghargai hati nuranimu yang daripada Allah? Penyelidikan diri sendiri, iaitu tugas Kristian yang sejati, dibuat sebahagiannya melalui hati nurani (Maz 26:2; 139:23-24). Ia mungkin dapat menyelamatkan orang Korintus daripada penghakiman (1Kor 11:28-31). Adakah kamu bertakafur dengan hatimu pada waktu malam (Maz 4:4; 16:7)? Adakah kamu membenarkan khutbah firman Allah menginsafkan dirimu (Maz 73:17,21)? Keyakinan akan hati nurani yang suci ialah apa yang ajaib dan yang berkuasa (Ams 28:1).

Hati nuranimu haruslah selalu untuk mempertimbangkan orang lain (1Kor 10:28-33). Paulus hidup dengan mulia sekali untuk elak melanggari hati nuraninya terhadap Allah atau manusia (Kis 24:16). Kesedaran yang sebegitu terhadap Allah akan membantumu mematuhi perintah pertama untuk mengasihi Allah, dan terhadap orang lain ia akan membantumu mematuhi perintah kedua untuk mengasihi jiranmu seperti mengasihi diri sendiri.

Matlamat besarmu adalah untuk bertumbuh dalam keredaan dengan Allah dan manusia (Ams 3:1-4; Luk 2:52). Matlamatmu adalah untuk menjadi sempurna. Hati nuranimu dapat membantumu untuk mencapai matlamat-matlamat ini dengan cara menuduhi dirimu akan perbuatan salah dan mengizinkan pilihan-pilihanmu yang benar. Paulus selalu mengekalkan hati nurani yang baik pada setiap masa (2Kor 1:12; Ibr 13:18), dan dia mewajibkan itu daripada Timotius dan para diaken (1Tim 1:5,19; 3:9).

Salah satu perbuatan pertama bagi ketaatan kepada Allah ialah pembaptisan, yang Alkitab panggil sebagai jawapan hati nurani yang baik terhadap Allah (1Pet 3:21). (Bayi, yang tiada hati nurani yang aktif, tidak pernah dibaptis di dalam Wasiat Baru ). Sebelum mendengar injil, orang yang terjana semula ada hati nurani yang tercemar, sementara mengenal bahawa dia seorang pendosa dan layak untuk murka Allah. Tetapi injil memberitahunya bahawa Yesus Kristus telah lunas bayar bagi dosa-dosanya, yang memberinya hati nurani yang tidak rasa bersalah lagi, yang mendorong dirinya untuk bersyukur kepada Allah bagi rahmatNya yang sebegitu berbelas kasihan (Ibr 9:14; 10:19-22).

Hati nuranimu harus sama ada meluluskan dirimu ataupun menuduhimu sekarang uga. Jika kamu menjalani hidup yang salih dan benar, hati nuranimu harus meluluskan dirimu untuk mengikuti amsal ini. Jika kamu sedang menjalani kehidupan yang bebal atau duniawi, dengan kerap kali melanggari hati nuranimu, maka ia harus menuduhimu akan perbuatan salah. Apakah yang akan kamu buat dengan lilin TUHAN ini? Mohonlah kepada Allah untuk membangkitkannya di dalam dirimu (Maz 51:10), dan dengan berhati-hati memakainya untuk memandu pilihan-pilihanmu untuk menyenangkanNya.