Amsal · Proverbs

20:26
Seorang raja yang berhikmah menjadikan orang durjana bertempiaran, dan mengenakan roda pengisar ke atas mereka.

Penguasa yang hebat meremukkan penjenayah. Seorang raja yang tidak akan bertahan dengan pemberontakan rakyatnya ialah sesuatu yang indah (Ams 30:31). Solomo dan Daud, ayahnya, kedua-duanya merupakan raja yang berhikmah dan yang berjaya. Di sini Solomo memberi nasihat politik ilham Allah, dan nasihat yang berpengalaman kepada raja dan sesiapa pun yang berkuasa. Penguasa yang berhikmah akan menentang dan membinasakan orang yang durjana yang di bawah kuasanya.

Punca dan tujuan pemerintah negara bukanlah suatu misteri. TUHAN Allah telah mentahbiskan penguasa ke atas bangsa-bangsa untuk menghukum orang yang berbuat jahat (Rom 13:1-4; 1Pet 2:13-14). Menahan atau menolak kekuasaan ini bermaksud menahan dan menolak Allah sendiri. Pemerintah negara ada hak untuk menjatuhkan hukuman mati dalam penguatkuasaan undang-undangnya, dan Allah mengutus penguasa-penguasa ini sebagai pelayanNya untuk melaksanakan pembalasan ke atas penjenayah yang melanggar undang-undang.

Mengenakan roda pengisar ke atas orang durjana adalah untuk menghancurkan mereka. Pada zaman raja Solomo, biji-bijian dihancurkan dengan memusing atau memutar suatu roda yang berat ke atasnya (Yes 28:27-28; Hak 16:21). Ini mengasingkan isi daripada sekamnya. Pemerintah yang berhikmah akan mengambil tindakan yang keras untuk menghancurkan orang durjana yang telah menetapkan diri untuk menentang negeri, hukum, dan rakyat yang lain.

Hikmah di sini mengajar bahawa pemerintah negara haruslah tegas dan keras. Tidak harus ada apa pun tolak-ansur atau kompromi dengan penjenayah. Kompromi dan penangguhan menyebabkan jenayah meningkat dengan mengeraskan hati orang penjenayah. Kamu dapat melihat ini dalam isu seperti keadaan juri tergantung, rayuan, taktik menangguh-nangguh, rayuan lebih lanjut, dan menangguhkan perlaksanaan hukuman (Peng 8:11).

Ada beberapa rujukan kepada raja dalam bab Amsal ini. Solomo sedang membekalkan hikmah bagi anaknya Rehabeam, bakal raja Israel, dan bagi penguasa secara am. Dia menjelaskan ciri yang positif akan ketakutan yang besar (Ams 20:2), perlaksaan hukuman yang kudus (Ams 20:8), dan keseimbangan belas kasihan dengan kebenaran dalam hal melindungi orang yang tidak bersalah (Ams 20:28).

Penguasa yang berhikmah mencari kehidupan yang tenteram dan aman bagi rakyat mereka yang berhasil. Orang ini hanya dapat menikmati kehidupan sedemikian, jika orang durjana bertempiaran dan dihancurkan. Pemimpin harus menganggap serius bahagian keadilan jawatan mereka dan lakukan sebaik semungkin untuk membinasakan penjenayah dan jenayah. Mereka harus bebas daripada perasaan sentimen untuk membantu, menyokong, berberat sebelah, atau mengampuni penjenayah.

Tiada ruang untuk seorang durjana, atau seorang penjenayah, dalam satu negara yang benar dan yang baik. Kumpulan orang yang dihukum mati di Amerika Syarikat harus dikosongkan daripada 3700 anggota raksasanya secara merejam dan disiarkan di siaran televisyen berbayar, dan pendapatan wang itu diberikan kepada keluarga mangsa-mangsa. Setiap sen yang dibelanjakan daripada sistem undang-undang untuk membiayai mereka adalah berbazir dan mendorong lagi jenayah. Batu itu murah sahaja. Daud, raja yang mengejar hati Allah, ada toleransi kosong bagi penjenayah (2Sam 4:1-12; Maz 101:4-8).

Orang yang menahan pemerintah negara atau berucap jahat atau remeh tentang mereka yang berkuasa harus ditangani dengan sungguh keras. Allah sendiri telah membuka bumi untuk menelan para lelaki dengan keluarga mereka hidup-hidup kerana berucap menentang Musa (Bil 16:1-34). Wasiat baru menyatakan mereka harus dibinasakan seperti anjing yang berpenyakit rabies, sebab mereka tentu tidak memahami keperluan atau tugas asas untuk mentaati kekuasaan (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10). Tiada apa pun kebebasan bersuara yang menentang kekuasaan di dalam hikmah Allah (Kel 22:28; Peng 10:20; Ayub 34:18).

Biar setiap orang yang memegang jawatan berkuasa bertindak dengan tegas dan keras menentang orang durjana dalam lingkupan kekuasaannya. Ini termasuk majikan, ayah, suami, dan pastor, termasuk raja dan perdana menteri, gabenor dan polis. Kewajaran, keamanan, dan ketenteraman di dalam mana pun masyarakat bergantung kepada pemimpin yang kuat yang menyingkirkan negara daripada orang bebal dan pemberontakan mereka (Ams 19:25; 21:11).

Yesus Kristus ialah raja yang paling hebat, dengan hikmah yang paling banyak. Dia Raja segala raja! Ketika orang Yahudi menolak Allah dan Wasiat Lama mereka lalu menyalibkan Yesus, Dia berjanji untuk kembali dan membinasakan orang durjana itu (Mat 21:41), merobohkan bait sembahyang mereka, dan mengutus angkatan askarNya untuk membakar kota mereka (Mat 22:7), dan mengisarkan mereka sampai menjadi serbuk (Mat 21:44).

Dia berjanji untuk tidak meninggalkan satu batu di atas batu yang lain ketika Dia membinasakan Yerusalem (Luk 19:44). Dia menjanjikan lebih penderitaan dan kesesakan ke atas mereka daripada mana pun bangsa yang lain sebelum atau selepas peristiwa itu (Mat 24:21). Dia telah menggenapi semua ini dan lebih lagi pada tahun 70 Masihi dengan memakai askar Rom di bawah kuasa Titus Vespasian Augustus. Tetapi pada masa yang sama, bagi mereka yang takut kepada Yesus dan mengasihiNya, Yesus Mentari Kewajarandatang dengan kesembuhan dalam sayapNya (Mal 4:2).

Tuhan Yesus Kristus akan datang tidak lama lagi dengan malaikat-malaikatNya dalam api bernyala untuk menjatuhkan pembalasan ke atas mereka semua yang telah menolak Allah dan tidak mentaati injil rasuli itu (2Tes 1:7-9). Tetapi Dia akan dikagumi pada hari itu oleh semua mereka yang percaya injil dan suka kemunculanNya, dan Dia akan membawa berkat yang kekal dan ganjaran bagi mereka (2Tes 1:10; Tit 2:13). Pembaca, bertaubatlah daripada jenayahmu yang menentang syurga dan rayulah belas kasihanNya!