Amsal · Proverbs

23:2
Dan letaklah sebilah pisau pada lehermu, jika kamu orang yang cenderung berselera.

Godaan yang kuat memerlukan tindak balas yang keras. Di sini seorang penguasa sedang mengumpanorang dengan sarapan yang istimewa (Ams 23:1,3). Makanan yang mewah boleh menjadikan orang itu melampiaskan nafsu dalam kemabukan atau kerakusan, tidak mengekang mulutnya atau menjaga batasannya di hadapan penguasa, atau mengkompromikan pendiriannya kepada permohonan penguasa. Jika makanan mewah itu menggodamu, lindungilah dirimu dan kuasailah nafsumu dengan tindakan yang paling keras.

Jika kamu berada dalam suatu situasi makanan mewah yang banyak, dan kamu ingat kelemahanmu bagi apa yang demikian, kamu harus menghentikan seleramu. Di sinilah suatu kiasan yang menekankan keperluan untuk suatu respon yang keras terhadap godaan. Kamu patut melanjutkan sarapan itu dengan berhati-hati, akan seperti ada sebilah pisau pada lehermu. Kamu harus mengawal pemakananmu, akan seperti sedang berada di bawah hukuman mati. Ini merupakan bahasa yang dipakai Paulus tentang mematikan daging dan nafsunya (Kol 3:5).

Ketika mempertimbangkan godaan makanan, ingatlah Daniel. Dia seorang tawanan di tanah yang asing dan ditempatkan dalam program kursus kilat untuk menjadi seorang penasihat kepada Raja Nebukadnezar (Dan 1:1-7). Tetapi Daniel mempertimbangkan menu dengan teliti dan memilih untuk menolak itu untuk menghormati Allahnya (Dan 1:8-16). Dan kamu tahu akhir cerita itu. Daniel telah dinaikkan pangkat mengatasi rakan-rakan sebayanya (Dan 1:17-21).

Mungkinkah situasi demikian yang menggoda dengan makanan hanya ditemui dalam Alkitab? Atau adakah orang peniaga juga mengumpan para pelanggan pada hari ini dengan sarapan yang mewah? Adakah para politik mengumpan para pengundi? Adakah para pelobi mengumpan ahli politik? Adakah para peguam memujuk untuk bersaksi? Adakah para penjual menggoda para pembeli? Adakah ahli jemaah suka melemahkan kekerasan pastor? Pernahkah perempuan tergoda selepas suatu sarapan malam di restoran mewah? Apakah yang dimaksudkan oleh pepatah Bahasa Inggeris, “wine and dine”? Membelanjakan orang makanan mewah dengan wain yang mahal-mahal. Bahaya kuno itu masih wujud zaman kini. Berhati-hati!

Tuhan Yesus mengajar pelajaran yang serupa tentang menyangkal diri sendiri ketika tergoda melihat perempuan yang menawan. Jika seseorang tergoda untuk bernafsu terhadap seorang perempuan, atau perempuan secara am dalam situatu tertentu, dia patut menjauhi godaan itu. Berapakah keras yang sepatut bagi usahanya? Dia harus mencungkil keluar mata kanannya atau memotong keluar tangan kanannya (Mat 5:27-30; 18:7-9). Sudah tentulah, seperti dengan amsal ini, ia suatu ucapan kiasan untuk balasan keras terhadap godaan. Ia tidak bermaksud bahawa kamu harus betul-betul mencungkil keluar mata, memotong tangan, atau mengerat leher.

Kesalihan mengajarmu untuk mengelak apa pun yang memimpin kepada godaan (Rom 13:14). Paulus setia untuk menguasai selera tubuhnya (1Kor 9:27). Daud tidak mahu membenarkan apa pun yang jahat berada di depan matanya (Maz 101:3), dan dia bertekad mengelak sedap-sedapan orang durjana (Maz 141:4). Orang baik tidak akan memiliki apa pun kawan yang bebal (Ams 9:6; 14:7; 22:24-25; 1Kor 15:33). Inilah penguasaan diri – kehidupan salih yang menyangkal diri sendiri (Gal 5:23; Tit 2:11-14).

Sudahkah kamu mengenal seleramu? Adakah kamu mengenal dosa-dosa yang mudah menjeratmu? Tugasmu jelas. Kamu harus meletakkan pisau kepada selera-selera itu dan menyangkalkannya dengan memotong keluar apa pun peluang yang ada baginya, meskipun penyangkalan itu sungguh mahal atau pedih seperti kehilangan mata atau kehilangan tangan. Yesus telah memanggil itu memikul salib setiap hari, dan itulah kewajiban kalau ingin menjadi muridNya (Luk 9:23).

Ada pesta yang menjelang, ketika orang pilihan Allah akan duduk bersama Penguasa segalanya. Ia dipanggil jamuan perkahwinan Domba. Mereka tidak akan meletakkan pisau kepada leher mereka dalam pesta yang luar biasa ini. Daging nafsu mereka akan lenyap selama-lamanya, dan Tuan perjamuan itu ialah kesucian dan kebenaran yang dipersonifikasikan (Wah 19:7-9). Tiada lagi apa pun godaan untuk lagi berdosa untuk selamanya.