Amsal · Proverbs

27:5
Teguran terbuka lebih baik daripada kasih yang rahsia.

Bagaimanakah kamu mengasihi kawan-kawanmu? Adakah mereka betul-betul mengasihimu? Di sinilah suatu amsal yang ringkas dan sedikit kekaburan, tetapi ia amsal yang harus kamu pelajari dan amal secara dua hala. Adakah kamu sahabat yang tulus, dan yang mengasihi? Adakah kamu mempunyai kawan-kawan yang mengasihi, dan adakah kamu menghargai cara mereka mengasihimu?

Ada dua jenis sahabat, yang ditunjukkan oleh teguran dan kasih dan oleh ayat yang kemudian (Ams 27:6). Salah satu lebih baik daripada yang lain, jadi kamu harus belajar dan mengasihi yang baik itu dan tolak dan membenci yang buruk. Salomo melalui ilham Allah telah menerangkan persahabatan dan kasih bagimu.

Apakah itu teguran terbuka? Ia perbuatan memberitahu seseorang kesalahannya secara peribadi dan secara terus terang, sama ada kesalahannya adalah terhadap dirimu dan orang lain ataupun terhadap Allah. Ia terbuka, kerana kamu melakukannya di hadapan mukanya, daripada berpura-pura semuanya baik; dan ia teguran, kerana kamu mencela kesalahannya, daripada mengampu dia dengan pujian. Teguran terbuka bukan bermaksud memberitahu orang selain daripada sahabat itu, kerana memberitahu orang lain dengan sembarangan adalah salah (Ams 25:9; 11:13).

Yesus telah mengajar peraturan ini (Mat 18:15); Yakobus mengajarkannya (Yak 5:19-20); Paulus mengajarkannya (Gal 6:1-3); dan Paulus mengamalkan peraturan ini dengan Petrus, ketikakesalahan Petrus itu di hadapan ramai orang (Gal 2:11-14). Sahabat-sahabat yang sejati, iaitu orang yang dihargai oleh Anak Allah dan rasul-rasulNya, mentaati amsal ini.

Perbuatan menegur seorang kawan kerana dosa ialah kasih yang sejati, yang telah diajar oleh Musa dari dahulukala (Ima 19:17). Perbuatan tidak menegur kawan sebenarnya benci. Belas ihsan tidak dapat bersuka bagi orang yang berdosa (1Kor 13:6), sementara membantu mereka menjalani hidup yang kudus ialah tahap yang paling tinggi akan kasih dan persahabatan (1Sam 23:16).

Apakah itu kasih rahsia? Ia perbuatan menunjukkan sayang, persahabatan, dan pelayanan tanpa keberanian atau kesetiaan untuk memperbetulkan kesalahan sahabat. Ia rahsia, sebab ciri benar kasih – pembetulan – sudah hilang; ia dipanggil kasih secara menyindir, sebab hanya pengampuan luaran dan kebaikan bermuka-muka wujud dalam persahabatan sedemikian. Sebaliknya dan sebenarnya, ia kebencian (Ima 19:17).

Amsal yang berkaitan dapat membantu pemahaman (Ams 27:6). Seorang kawan yang melukakanmu melalui pembetulan adalah setia; seorang kawan yang cium tanpa apa pun pembetulan ialah seorang musuh. Ciuman memperdayakan, sebab ia tidak berinti; luka pula adalah setia, sebab ia bukti persahabatan yang sejati. Persahabatan yang ada lebih keredaan dan keakraban dipupuk daripada teguran dan bukan pengampuan duniawi (Ams 28:23; 27:9).

Para pembaca, adakah kamu mengasihi dengan cara ini? Jika ya, maka kamu akan memberi amaran kepada yang tidak tertib (1Tes 5:14), menegur dan menghukum anak-anakmu (Ams 13:24; 29:15), memprovokasi orang lain untuk mencapai kewajaran (Ibr 3:12-13; 10:23-25), dan menyenangkan orang lain, dan bukan dirimu sendiri, bagi kepentingan pembangunan mereka (Rom 15:1-2).

Adakah kamu menerima teguran terbuka amsal ini tanpa melenting? Daud berkata dia menganggap teguran dan pukulan daripada seorang yang benar sebagai suatu perbuatan kebaikan yang sejati (Maz 141:5). Sebagai seorang pendosa, kamu memerlukan kawan-kawan sedemikian, yang akan menegur bersemuka denganmu daripada mengangkat-angkatmu. Hargailah sahabat sedemikian!

Yesus dengan setia telah menegur sahabat-sahabatnya yang karib (Mat 16:23; Luk 9:55; Yoh 21:17), dan mereka meluangkan sepanjang sisa hayat mereka dengan memperoleh keuntungan daripada pelaburanNya yang penuh kasih setia kepada mereka. Surat kasih yang paling hebat yang pernah ditulis ialah Alkitab, dan kamu akan ditegur secara peribadi setiap kali kamu membacanya dengan kerendahan hati dan dengan ketulusan yang salih. Baca Alkitab pada hari ini untuk mengenal kasih Allah.