Amsal · Proverbs

27:4
Murka itu kejam, dan kemarahan melampau-lampau, tetapi siapa yang dapat bertahan dengan dengki?

Kemarahan itu buruk, tetapi dengki itu lebih teruk. Suatu keradangan memusnah untuk seketika, tetapi dengki ialah bahan api untuk kepahitan jangka masa panjang. Manusia dapat dirosakkan oleh kemarahan, tetapi dengki melihat segalanya dengan pandangan yang diracuni. Murka dapat mengawal emosi untuk seketika, tetapi dengki dapat menghakis jiwamu sampai ke maut.

Kemarahan dan murka sungguh terkenal. Ia kehangatan keradangan, dan keamatan kebencian ataukegeraman, atau kepanasan hati terhadap seseorang atau benda. Allah mengutuk kemarahan yang tidak wajar, dan Dia mahu kemarahan yang wajar untuk lesap pada waktu malam (Maz 37:8; Mat 5:21-22; Efe 4:26,31-32). Kemarahan haruslah dikuasai (Ams 14:17,29; 16:32; 19:11; Pkh 7:9; Yak 1:19-20). Orang yang marah haruslah dielak, supaya jangan kamu belajar untuk memikir dan bertindak seperti mereka (Ams 13:20; 22:24-25; 1Kor 15:33).

Kemarahan dan murka menyebabkan manusia melakukan apa yang kejam dan yang melampau-lampau. Keamatan perasaan ganas sungguh besar; ia mengatasi kuasa penghakiman baik dan akal budi seseorang. Kemarahan menjadikan orang gila sementara. Orang Israel memprovokasi Musa, dan kemarahan dan balasannya yang tidak berhemat itu menjadikan Musa tidak dapat memasuki tanah Kanaan (Maz 106:32-33). Kemarahan menyebabkan perlawanan dan masalah bebal yang manusia sebaliknya akan elak (Ams 29:22). Kemarahan boleh menjadikan manusia pencemuh (Ams 21:24).

Simeon dan Lewi begitu marah dengan Sikhem demi perbuatannya meniduri adik perempuan mereka sehingga mereka tidak mempedulikan perjanjian ayah mereka dengan Sikhem lalu membunuh seluruh keluarga dan kota Sikhem (Kej 23:1-31; 49:5-7). Kemarahan Raja Herodes ketika rasa dipermainkan orang berhikmah menyebabkannya untuk membunuh semua budak di dalam dan di seluruh Betlehem (Mat 2:16). Murka itu kejam, dan kemarahan melampau-lampau!

Tetapi apakah itu dengki? Ia perasaan kecemburuan dan benci yang berniat ganas dan jahat terhadap orang lain kerana kelebihan mereka berbanding dirimu. Kemarahan mudah lesap, tetapi dengki selalu ada di sana untuk mengingatkanmu kelebihan orang lain. Kemarahan membutakan diri untuk sementara, tetapi dengki membutakan diri dengan kekal, di samping mengadakan seluruh hidupmu diracuni oleh kebencian kerana kelebihan orang lain.

Dengki lebih teruk daripada kemarahan atau murka. Ia tidak memerlukan provokasi, seperti kemarahan dan murka. Orang berdengki dengan orang lain kerana kebaikan dan kemakmuran! Dengki terselit mendalam di sanubari manusia dan ia hanya dapat dibuang dengan usaha yang sukar benar, tetapi kemarahan dengan lekas lenyap ketika provokasi itu berakhir. Dengki tidak akan mengampuni kesalahan orang lain; walaupun ia sudah lama berlalu, balas dendam masih mendidih. Dan dengki tersembunyi dari pandangan, jadi, manusia tidak sedar akan bahaya yang sedang terbenam dalam hati orang lain.

Daud memang sempurna untuk Raja Saul. Daud menenangkannya dengan kecapi; Daud sahabat paling karib anak lelakinya; Daud mengahwini anak perempuannya; Daud berjuang baginya dalam pertempuran-pertempuran negara; Israel menghormati Daud; Daud sungguh berhikmah; Daud sungguh setia; dan TUHAN menyertai Daud. Tetapi Saul berdengki kerana kasih Israel bagi Daud (1Sam 18:6-11). Saul sepatutnya memakai Daud dengan baik; dia patut mencari hikmahnya dan bersekutu dengan Allah; sebaliknya dia cuba dengan berulang-ulang kali untuk membunuh Daud.

Yakub mengasihi Rahel dengan paling istimewa, tetapi Rahel berdengki dengan kakaknya Lea, kerana Lea melahirkan anak (Kej 30:1). Sepuluh abang Yusuf berdengki dengannya, kerana ayahnya mengasihi Yusuf, dan walaupun dia teruna yang berakhlak mulia, mereka menjual dia sebagai hamba kepada Mesir (Kej 37:11; Kis 7:9). Orang Yahudi menyalibkan Tuhan yang tidak bersalah kerana berdengki (Mat 27:18). Bagaimanakah mungkin berkat-berkat dan kebaikan demikian menimbulkan tindakan yang sebegitu pahit dan durjana? Dengki itu keji!

Yoab ialah anak buah Daud. Dia seorang pahlawan yang hebat dan ketua angkatan tentera Daud untuk 40 tahun. Dia melayani Daud dengan setia, kerap kali merisikokan nyawa sendiri untuk melindungi Daud dan memajukan kerajaannya. Tetapi dia tidak menguasai rohnya, dan dengki menyebabkannya untuk membunuh dua orang lelaki yang lebih baik daripada dirinya sendiri yang dihormati oleh Daud (1Raj 2:5-6, 28-34). Solomo terpaksa membunuhnya.

Musa pernah sekali memperbetulkan dengki Yosua. Ketika Yosua mendengar bahawa ada dua orang yang bernubuat di khemah, dia meminta Musa untuk memberi perintah kepada mereka untuk berhenti, kerana dengki bagi Musa. Tetapi Musa berkata, “Berdengkikah kamu demiku? Moga-moga semua umat TUHAN menjadi nabi, dan supaya TUHAN akan menaruh rohnya atas mereka! (Bil 11:27-30). Amin!

Penyediaan kudus Allah menentukan setiap aspek kehidupanmu, termasuk dosa dan hasilnya. Maka, untuk berdengki dengan orang lain bagi apa pun kelebihan yang ada pada orang itu adalah untuk memandang hina Allah dan pilihan-pilihanNya (Ams 19:3; 1Kor 4:7). Sebaliknya, beri syukur bagi apa yang kamu ada; ampunilah mereka yang telah berdosa terhadapmu; hargailah pilihan-pilihan Allah dalam kehidupanmu bagi kemuliaanNya (Ams 16:4; Dan 4:35; Rom 11:36).

Ia memualkan ketika orang miskin berdengki dengan orang kaya, yang dibuat mereka banyak kali. Jika bukan orang kaya yang mempertaruhkan modal dan kepakaran mereka di ekonomi, orang miskin tidak akan mempunyai apa-apa, bahkan pekerjaan. Orang miskin harus bersyukur bagi apa yang mereka miliki, dan mereka patut bersyukur bahawa Allah menjadikan sesetengah orang kaya untuk menyediakan pekerjaan bagi mereka.

Jika kamu tidak membunuh dengki – iaitu belajar untuk mengampuni kesilapan orang lain dan bersukacita dalam berkat-berkat mereka, kamu akan membinasakan jiwamu sendiri. Racun dengki akan menghakis hatimu seperti kanser, sehingga ia telah menghanguskan kehidupanmu dengan kebencian yang pahit (Ams 14:30; Ayb 5:2). Kamu akan membinasakan kenikmatan menjalani kehidupan; dengki akan membawa kepada keputusan-keputusan yang babil. Yang paling teruk, niat jahat iri hatimu terhadap orang lain tidak berbuat apa pun kepada mereka. Mereka masih maju meskipun dirimu demikian.

Dengki membawa ke persaingan (Gal 5:20). Apakah persaingan? Ia kemahuan atau usaha untuk menjadi sama atau melebihi orang lain dalam apapun pencapaian atau kualiti. Ia perseteruan cita-cita di antara manusia untuk kuasa atau kehormatan; ia dendam jahat terhadap kelebihan orang lain. Dengki dan persaingan ialah dosa-dosa yang teruk, dan Allah membenci itu, sebab ia diwujudkan di neraka (Yak 3:14-16). Para percayawan bersukacita bagi berkat-berkat dan kehormatan yang diberi kepada orang lain (Rom 12:15; 1Kor 12:26).

Hai pembaca, adakah kamu bergembira bagi setiap orang dalam kehidupanmu? Adakah kamu bergembira bagi kejayaan dan sukacita bagi orang yang telah bersalah terhadapmu? Atau adakah dosa memiliki akar kepahitan di dalam dirimu sehingga ia mencekik nyawa jiwamu? Kemarahan dan murka akan membawa kepada kebebalan yang sementara, tetapi dengki akan menghanguskan dan membinasakan kehidupanmu. Kemarahan dan murka akan memberi ruang kepada iblis (Efe 4:26-27), tetapi dengki adalah untuk menjadi seperti iblis (Yes 14:14; 1Tim 3:6). Jadilah berhikmah, dan buang ketiga-tiga dosa itu!