Amsal · Proverbs

27:6
Luka oleh kawan adalah setia; tetapi ciuman musuh memperdayakan.

Kasih sejati melukakan! Ciuman kerap kali menipu! Di sinilah suatu amsal tentang persahabatan yang sejati dan yang mengasihi. Tidak kira apapun fikiranmu, kawan yang sejati melukakan satu sama lain – mereka memperbetulkan, menegur, dan memberi amaran kepada satu sama lain untuk kesempurnaan bersama. Perbuatan setia yang mengasihi ini sungguh berharga. Sebaliknya, kawan yang palsu mungkin mudah menunjukkan banyak sayang atau perhatian, yang merupakan selindung yang bohong bagi hati yang mementingkan diri sendiri itu (Ams 27:5). Kamu harus mohon kepada Tuhan untuk kawan yang melukakan!

Solomo telah menolak fikiran dunia tentang kasih. Jika kamu percaya akan lagu cinta mereka, ingat mereka fikir bahawa kasih itu ialah kenikmatan yang diambil daripada orang lain. Pertimbangkan, “Jika kamu tidak dapat bersama dengan orang yang kamu cinta, maka cintailah orang yang bersamamu itu,” dan, “Akankah kamu masih cinta aku pada hari esok?” Kata-kata, “Aku cinta padamu,” bagi banyak orang sebenarnya adalah hanya bohong untuk mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Yang aneh, jika kedua-dua orang itu saling berbohong dan saling mengambil antara diri mereka sendiri pada waktu yang sama, dunia memanggilnya sebagai “kimia cinta yang baik”.

Kasih dan nafsu bukan sama! Pelacur dalam perumpamaan Solomo telah berkata, “Mari, biarlah kita memenuhi diri kita dengan kasih sampai pagi: biarlah kita menenangkan diri kita dengan asmara kasih” (Ams 7:18). Tetapi apa yang hanya difikirkannya ialah penzinaan – memuaskan hawa nafsu dengan memakai orang lain. Dan Amnon ingat bahawa dia mengasihi adik setengah tirinya itu, tetapi itu hanya keberahian akan tubuhnya, yang akhirnya menghasilkan perasaan benci yang kuat selepas dia merogol adik setengah tirinya itu (2Sam 13:1-19).

Apa kelebihannya untuk saling menghantar kad, saling berciuman, atau meluahkan tiga perkataan kasih itu? Itu bukan bukti bagi apapun yang bernilai. Ia besar kemungkinan selindung bagi cita-cita yang mementingkan diri yang ingin mengambil kesempatan atas orang lain. Apa kelebihannya untuk bersalam-salaman, saling bersenyuman, dan saling memberi banyak pujian? Mengangkat-angkat orang untuk mendapat balasan mereka untuk mengasihi diri sendiri adalah sungguh menjijikan. Ini semua bukan bukti baik untuk persahabatan mahupun untuk kasih.

Kata mengangkat-angkat dan ciuman ialah apa yang Yudas telah pakai (Mat 26:49). Itu juga dipakai oleh Yoab untuk membunuh Amasa (2Sam 20:9-10). Itu juga dipakai oleh Absalom untuk menggoda orang Israel bagi menghasut Daud (2Sam 15:5). Kebencian kerap kali berselindung di belakang kata-kata bohong dan perbuatan sayang (Ams 26:24-26). Daud takut akan kata-kata dan salam sedemikian, jadi, dia merayu kepada Allah untuk menyelamatkannya daripada anak-anak asing demi kemakmuran gereja (Maz 144:1-15).

Persahabatan dan kasih sejati itu memberi. Dan ia memberi untuk kesejahteraan orang lain. Kasih itu tidak mementingkan diri sendiri. Nafsu itu mementingkan diri sendiri. Kasih sejati itu menemui berkat dalam perbuatan memberi kepada yang lain. Sementara matlamat tertinggi kehidupan adalah untuk menyenangkan Allah dan memberi pertanggungjawaban yang baik pada Hari Penghakiman, sukatan kasih yang paling tinggi adalah kasih yang membantu orang lain untuk mencapai matlamat itu. Saudara Paulus itu merupakan teladan yang paling hebat berkenaan kasih sebegini (2Kor 5:11; 11:1-2; 12:14-15; Gal 4:16; Kol 1:28-29; 1Tes 2:7-12). Adakah kamu mengasihi sesiapapun dengan sukatan tinggi itu? Adakah kamu memiliki sesiapapun sahabat yang mengasihi dirimu secara itu?

Jika kamu benar-benar mengasihi orang yang lain, semua perbuatanmu terhadap mereka akan dikawal oleh matlamat untuk membantu mereka menyenangkan Allah dan bersiap untuk Hari Penghakiman. Maka, kamu akan memperbetulkan, menegur, dan memberi amaran dengan sewajarnya. Jangan memanjakan, berkompromi, atau menutup mata terhadap tindak laku yang melukai perhubungan mereka dengan Allah atau yang memimpin kepada dosa dalam hidup mereka. Kasih yang salih tidak akan menutupi dosa; ia akan memperbetulkan dosa. Ia tidak akan bersetuju dengan kejahatan; ia akan mengutuki kejahatan.

Kebenaran ini tentang persahabatan dan kasih adalah terlalu tinggi bagi kebanyakan orang. Mereka percaya dusta iblis bahawa persahabatan dan kasih adalah untuk mencari-cari kenikmatan dan mengekalkan keadaan selesa, gembira, dan berdamai dalam perhubungan, tidak kira apapun perangai sahabat itu. Tetapi jika kamu memang mengambil berat akan seseorang, kamu akan ingin menyempurnakannnya (Luk 17:3; Gal 6:1-2; 1Tes 5:14; Ibr 3:12-13; 10:24-25; Yak 5:19-20). Jika kamu tidak menegur dosa mereka, kamu benci mereka (Ima 19:17)!

Kasih sedemikian menghasilkan persahabatan dan perhubungan yang paling hebat (Ams 28:23). Solomo telah menulis, “Tegurlah seorang berhikmah, dan dia akan mengasihimu” (Ams 9:8). Daud, salah seorang yang paling bersikap penyayang telah menulis, “Biar orang benar memukulku; itu adalah kebudian: dan biarlah dia menegurku; itu adalah suatu minyak yang sempurna, yang tidak akan memecahkan kepalaku” (Maz 141:5). Petrus memanggil Paulus kekasih, walaupun Paulus telah menegurnya di depan orang ramai (Gal 2:11-14; 2Pet 3:15).

Daud dan Yonatan mempunyai persahabatan yang paling baik. Mereka mengasihi sesama diri bagaikan mengasihi jiwa sendiri (1Sam 18:1,3; 20:17; 2Sam 1:26). Apakah perhubungan mereka itu? Mereka membantu satu sama lain untuk menjadi terbaik di hadapan Allah. Ketika Daud bersembunyi daripada Saul, “Yonatan, anak Saul, bangkit, dan pergi ke Daud di dalam hutan, lalu menguatkan tangannya dalam Allah” (1Sam 23:16).

Apakah jenis kawan yang kamu ingin? Kamu jenis kawan apa? Adakah kamu mengingini seorang kawan yang memanjakan kesukaanmu dan mengangkat-angkatmu dalam hal sia-sia? Orang yang suka kehadiranmu, menceriakanmu dengan perbuatan baik, dan melayanimu? Kawan yang sedemikian tidak akan membantu. Kamu seorang pendosa; kamu memerlukan seorang kawan yang benar, yang akan menjaga jiwamu dan memperbetulkanmu dengan sewajarnya. Jenis yang pertama itu cukup-cukup tidak bernilai, sungguh memperdayakan, dan akan meninggalkanmu kekosongan pada waktu kesusahan benar.

Orang yang salih bersungguh-sungguh kalau kesalahan mereka ditunjukkan, dan mereka sangat bersyukur ketika ada orang yang akan melakukan tindakan ini yang tidak mementingkan diri sendiri (Maz 141:5). Seorang penegur yang setia harus dihargai sebagai permata yang sungguh bernilai. Daud, yang diurapi untuk menjadi raja Israel, bersyukur untuk persahabatan tulus Abigail, yang terbukti dalam teguran Abigail yang secara hormat itu (1Sam 5:32-34). Lebih suami dan isteri patut mengejar kadar kasih dan persahabatan ini yang lebih tinggi.

Di manakah kamu dapat mencari sahabat yang salih yang telah dijelaskan dan dikemukakan dalam amsal ini? Dalam gereja benar Yesus Kristus, tempat yang tugas persahabatan dan kasih itu ditunjukkan, diajarkan, disanjungi, dan diwajibkan. Kamu memerlukan tubuh Kristus, yang terdiri daripada ahli-ahli yang tersendiri yang terpilih oleh Allah, untuk memaksimakan kemakmuran rohani kamu (1Kor 12:12-27)!

Siapakah yang paling mengasihimu? Orang yang paling berseronok dengan kamu, atau orang yang paling berjasa bagimu? Jika kamu telah belajar amsal ini, kamu akan tahu bahawa ia merupakan orang yang paling berjasa bagimu. Jika kamu salah seorang daripada orang pilihan Allah, Yesus Kristus telah menyerahkan nyawanya dan sedang hidup bagimu pada hari ini (Rom 5:6-11). Dan dia mendisiplinkan setiap kesalahanmu dengan berhikmah bagi kesempurnaanmu dalam kekudusan (Ibr 12:4-17). Dia merupakan Sahabat yang paling baik yang kamu dapat perolehi!