Amsal · Proverbs

28:27
Dia yang memberi kepada orang miskin tidak akan kekurangan: tetapi dia yang menutupi matanya akan mendapat banyak kutuk.

Apakah yang difikirkanmu ketika melihat orang miskin dalam keadaan merana? Fikiranmu, perkataanmu, dan perilakumu adalah sungguh penting kepada masa depanmu. Allah melihat ketiga-tiganya, dan Dia akan berpasal denganmu. Sebab utama kamu tidak miskin ialah kemurahan budi Allah dalam kehidupanmu, maka tunjukkanlah belas kasihan yang berbudi terhadap orang yang Dia tidak memberkati sebanyak seperti dirimu. Dia sedang menyukat responmu.

Apakah yang difikirkanmu ketika melihat orang miskin dalam keadaan merana? “Aku tidak mahu terlibat.” “Orang lain akan mengambil peduli akan mereka.” “Situasi mereka bukan pasalku.” “Saya tidak ada cukup wang pun bagi diriku sendiri.” “Saya akan membantu lain kali.” “Mereka mungkin orang yang mencari kesempatan makan percuma.” “Saya mungkin menjadi miskin kerana memberi wang.” Fikiran sedemikian akan menyebabkan Allah mengutukmu dengan banyak kesusahan. Jika kamu ingin makmur dan dilindungi, maka berilah kepada orang miskin.

Kamu tidak akan rugi kerana memberi kepada orang miskin. Kamu akan untung! Jangan fikir secara matematik, kerana Allah beroperasi di alam keajaiban. Misteri ekonomi ini tidak diajar di mana-mana sekolah perniagaan, tetapi ia merupakan hukum Ilmu Ekonomi Alkitab. Kalau kamu memandang hina akannya atau tidak mempedulikannya, maka kamu mempertaruhkan dirimu kepada bahaya dan kepapaan. Memberi kepada orang miskin ialah perbuatan meminjam kepada TUHAN, dan Dia akan pasti membayar semula apa yang kamu beri (Ams 19:17; 22:9; 28:8; Ula 15:7-18; Maz 41:1-3; 112:1-10; Luk 6:26; Ibr 6:10).

TUHAN terlibat secara kewangan dan secara ekonomi di dunia. Dia menjadikan manusia dan bangsa-bangsa sama ada miskin atau kaya (Ams 10:22; 1Sam 2:7; Ayb 34:29; Maz 33:12-22; Yes 10:5-19). Dia yang memberi kenaikan pangkat (Maz 75:6-7). Dia yang memberi ciptaan pintar dan kekayaan (Ams 8:12-21). Orang pagan tidak dapat melihat atau menyukat kerjaNya, maka mereka menolak hakikat itu. Tetapi itu tidak mengapa, sebab para percayawan dengan itu dapat dengan mudah maju secara kewangan dan rohani mengatasi mereka (Ams 1:32; 28:11; Pkh 7:18).

TUHAN beroperasi mengatasi peraturan akaun, badjet, dan model ekonometrik. Ia salah satu hukum dalam ilmu ekonomi Alkitab bahawa kamu dapat maju dengan lebih jauh dan dengan lebih cepat dengan hanya menyerakkan wangmu. Peraturannya pasti – hanya imanmu lemah. Buanglah fikiran orang pagan, dan percayalah kepada Allah. Kamu dapat maju dengan menyerak wangmu kepada orang miskin (Ams 11:24-28; 28:8; Pkh 11:1-6; Mal 3:8-12; Luk 6:38; 2Kor 9:6-11). Peraturannya sungguh berkuasa sehingga matlamat untuk bekerja keras haruslah untuk memiliki wang khas untuk diberi kepada yang lain (Efe 4:28).

Jika kamu memikir bahawa kemakmuran datangnya dengan menjadi konservatif secara kewangan dan jimat dalam hal kebajikan, maka kamu sedang menuju ke rumah orang miskin. “Kehematan” ekonomimu itu akan membinasakanmu. TUHAN mampu menaruh lubang di dalam pundi-pundimu supaya upahmu cepat kehilangan jika kamu sedikit pun kedekut supaya dapat berpegang kepada wangmu (Ams 11:24-28; Hag 1:5-11). Peraturannya adalah sepasti mana-mana kebenaran Alkitab. Kamu sudah diberitahu. Percayalah itu! Lakukannya!

Satu-satunya orang miskin yang layak untuk kebajikan dan belas ihsan ialah orang yang miskin kerana bencana semula jadi. Jika seseorang malas, bebal, boros, atau durjana, maka mereka tidak layak untuk belas ihsan (Ams 18:9; 20:4; 21:20; 28:19; 2Tes 3:10; Maz 139:21-22). Ini sukar bagi banyak untuk menerima, kerana mereka telah menolak peraturan-peraturan Alkitabbagi segala subjek. Allah tidak bertoleransi dengan dosa-dosa kekukangan, kebebalan kewangan,, atau perbelanjaan yang boros. Belajarlah hikmahNya supaya dijadikan hikmahmu.

Satu-satunya belas ihsan orang miskin yang layak patut terima ialah keperluan-keperluan hidup – makanan, pakaian, perlindungan, dan perubatan dalam kecemasan. Ingatlah Orang Samaria yang baik (Luk 10:25-37). Allah tidak kagum oleh pemberian permainan kepada budak kecil, sementara adanya keperluan yang jauh lebih besar daripada menghiburkan kanak-kanak yang dapat menghiburkan diri mereka sendiri dengan mudah tanpa permainanmu. Belas ihsan Alkitab terhad kepada keperluan yang sebenar (Yes 58:7; Yeh 18:7; Kis 2:45; 4:35; Yak 2:15-16).

Allah telah lebih banyak berjanji, dengan syarat kamu akan mempertimbangkan orang miskin dan memberi untuk keperluannya. Allah akan memberkatimu dan keluargamu untuk banyak generasi (Yes 58:3-12). Percayalah itu! Kamu dapat mengumpulkan suatu dasar yang baik bagi Hari Penghakiman dan mencapai untuk hidup yang kekal melalui kebajikan yang ceria (1Tim 6:17-19; Yes 32:8; Ibr 6:10). Yesus Kristus akan mempersembahkan perhitunganNya akan pemberianmu di hadapan Allah sebagai bukti kewajaranmu (Mat 10:42; 25:31-46).Apakah yang difikirkanmu ketika melihat orang miskin dalam keadaan merana? Fikiranmu, perkataanmu, dan perilakumu adalah sungguh penting kepada masa depanmu. Allah melihat ketiga-tiganya, dan Dia akan berpasal denganmu. Sebab utama kamu tidak miskin ialah kemurahan budi Allah dalam kehidupanmu, maka tunjukkanlah belas kasihan yang berbudi terhadap orang yang Dia tidak memberkati sebanyak seperti dirimu. Dia sedang menyukat responmu.

Apakah yang difikirkanmu ketika melihat orang miskin dalam keadaan merana? “Aku tidak mahu terlibat.” “Orang lain akan mengambil peduli akan mereka.” “Situasi mereka bukan pasalku.” “Saya tidak ada cukup wang pun bagi diriku sendiri.” “Saya akan membantu lain kali.” “Mereka mungkin orang yang mencari kesempatan makan percuma.” “Saya mungkin menjadi miskin kerana memberi wang.” Fikiran sedemikian akan menyebabkan Allah mengutukmu dengan banyak kesusahan. Jika kamu ingin makmur dan dilindungi, maka berilah kepada orang miskin.

Kamu tidak akan rugi kerana memberi kepada orang miskin. Kamu akan untung! Jangan fikir secara matematik, kerana Allah beroperasi di alam keajaiban. Misteri ekonomi ini tidak diajar di mana-mana sekolah perniagaan, tetapi ia merupakan hukum Ilmu Ekonomi Alkitab. Kalau kamu memandang hina akannya atau tidak mempedulikannya, maka kamu mempertaruhkan dirimu kepada bahaya dan kepapaan. Memberi kepada orang miskin ialah perbuatan meminjam kepada TUHAN, dan Dia akan pasti membayar semula apa yang kamu beri (Ams 19:17; 22:9; 28:8; Ula 15:7-18; Maz 41:1-3; 112:1-10; Luk 6:26; Ibr 6:10).

TUHAN terlibat secara kewangan dan secara ekonomi di dunia. Dia menjadikan manusia dan bangsa-bangsa sama ada miskin atau kaya (Ams 10:22; 1Sam 2:7; Ayb 34:29; Maz 33:12-22; Yes 10:5-19). Dia yang memberi kenaikan pangkat (Maz 75:6-7). Dia yang memberi ciptaan pintar dan kekayaan (Ams 8:12-21). Orang pagan tidak dapat melihat atau menyukat kerjaNya, maka mereka menolak hakikat itu. Tetapi itu tidak mengapa, sebab para percayawan dengan itu dapat dengan mudah maju secara kewangan dan rohani mengatasi mereka (Ams 1:32; 28:11; Pkh 7:18).

TUHAN beroperasi mengatasi peraturan akaun, badjet, dan model ekonometrik. Ia salah satu hukum dalam ilmu ekonomi Alkitab bahawa kamu dapat maju dengan lebih jauh dan dengan lebih cepat dengan hanya menyerakkan wangmu. Peraturannya pasti – hanya imanmu lemah. Buanglah fikiran orang pagan, dan percayalah kepada Allah. Kamu dapat maju dengan menyerak wangmu kepada orang miskin (Ams 11:24-28; 28:8; Pkh 11:1-6; Mal 3:8-12; Luk 6:38; 2Kor 9:6-11). Peraturannya sungguh berkuasa sehingga matlamat untuk bekerja keras haruslah untuk memiliki wang khas untuk diberi kepada yang lain (Efe 4:28).

Jika kamu memikir bahawa kemakmuran datangnya dengan menjadi konservatif secara kewangan dan jimat dalam hal kebajikan, maka kamu sedang menuju ke rumah orang miskin. “Kehematan” ekonomimu itu akan membinasakanmu. TUHAN mampu menaruh lubang di dalam pundi-pundimu supaya upahmu cepat kehilangan jika kamu sedikit pun kedekut supaya dapat berpegang kepada wangmu (Ams 11:24-28; Hag 1:5-11). Peraturannya adalah sepasti mana-mana kebenaran Alkitab. Kamu sudah diberitahu. Percayalah itu! Lakukannya!

Satu-satunya orang miskin yang layak untuk kebajikan dan belas ihsan ialah orang yang miskin kerana bencana semula jadi. Jika seseorang malas, bebal, boros, atau durjana, maka mereka tidak layak untuk belas ihsan (Ams 18:9; 20:4; 21:20; 28:19; 2Tes 3:10; Maz 139:21-22). Ini sukar bagi banyak untuk menerima, kerana mereka telah menolak peraturan-peraturan Alkitabbagi segala subjek. Allah tidak bertoleransi dengan dosa-dosa kekukangan, kebebalan kewangan,, atau perbelanjaan yang boros. Belajarlah hikmahNya supaya dijadikan hikmahmu.

Satu-satunya belas ihsan orang miskin yang layak patut terima ialah keperluan-keperluan hidup – makanan, pakaian, perlindungan, dan perubatan dalam kecemasan. Ingatlah Orang Samaria yang baik (Luk 10:25-37). Allah tidak kagum oleh pemberian permainan kepada budak kecil, sementara adanya keperluan yang jauh lebih besar daripada menghiburkan kanak-kanak yang dapat menghiburkan diri mereka sendiri dengan mudah tanpa permainanmu. Belas ihsan Alkitab terhad kepada keperluan yang sebenar (Yes 58:7; Yeh 18:7; Kis 2:45; 4:35; Yak 2:15-16).

Allah telah lebih banyak berjanji, dengan syarat kamu akan mempertimbangkan orang miskin dan memberi untuk keperluannya. Allah akan memberkatimu dan keluargamu untuk banyak generasi (Yes 58:3-12). Percayalah itu! Kamu dapat mengumpulkan suatu dasar yang baik bagi Hari Penghakiman dan mencapai untuk hidup yang kekal melalui kebajikan yang ceria (1Tim 6:17-19; Yes 32:8; Ibr 6:10). Yesus Kristus akan mempersembahkan perhitunganNya akan pemberianmu di hadapan Allah sebagai bukti kewajaranmu (Mat 10:42; 25:31-46).