Amsal · Proverbs

29:7
Orang benar mempertimbangkan perjuangan orang miskin: tetapi orang durjana berputus supaya tidak mengetahuinya.

Kejahilan bukan kebahagiaan, atau alasan, ketika ia berkenaan dengan orang miskin. Orang durjana tidak memikir tentang mereka atau mengerah apa pun usaha untuk mengenal situasi mereka atau masalah mereka. Tetapi orang benar mempertimbangkan bagaimana dia dapat menolong. Kejahilan bukan kebahagiaan atau alasan dalam hal ini, sebab Allah akan menghukum orang yang mementingkan diri sendiri yang mengabaikan tanggungjawab untuk memikir tentang orang miskin dan menjaga mereka (Ams 21:13; 28:27).

Orang yang mementingkan diri sendiri dan yang kedekut, yang adalah durjana dalam amsal ini, tidak memikirkan atau berprihatin terhadap orang miskin. Mereka sebegitu sibuk dengan kehidupan mereka yang tidak bernilai sehingga tiada lagi ruang dalam minda atau hati mereka bagi orang lain, meskipun orang lain itu berada dalam keperluan atau masalah. Jika kamu menegur mereka, mereka akan berkata, “Aku tidak ingin menyibuk ke dalam hal peribadi mereka”, atau, “Aku bukan penyibuk, dan kamu juga patut tidak menyibuk”, atau, “Aku tidak mampu membantu sesiapa pun, kerana aku tidak memiliki banyak kemewahan untuk diri sendiri pun”.

Pertimbangkan Ayub. Allah bermegah kepada iblis bahawa Ayub adalah sempurna dan jujur (Ayb 1:1-8). Adakah Ayub memikir tentang orang miskin? Adakah dia menanya orang miskin untuk tahu ketika bantuan diperlukan? Ayub berkata, “Aku menjadi bapa kepada orang miskin: dan perjuangan yang aku tidak tahu pun kuselidiki” (Ayb 29:16). Amin! Ayub juga berkata, “Kerana aku telah menyelamatkan orang miskin yang memanggil tolong, dan yang tidak berayah, dan orang yang tidak mempunyai sesiapa pun untuk membantunya. Ucapan berkat orang yang sudah siap untuk binasa diberi kepadaku: dan aku menyebabkan hati balu untuk menyanyi kerana sukacita” (Ayb 29:12-13).

Agama sejati ialah fikiran dan perlakuan bagi orang miskin (Ams 14:31; 17:5; Maz 112:9; Luk 19:8-9; Yak 1:27; 1Yoh 3:16-19). Allah tidak peduli akan puasamu, kedatanganmu, pembacaan Alkitabmu, atau persepuluhanmu, jika kamu tidak mempedulikan atau mengabaikan orang miskin (Yes 1:10-20; 58:3-7; Mat 23:23). Dia menyukat agama yang harus diperhitungkan – dalam hati dan melalui dompetmu! Berapa banyakkah kamu telah fikir tentang orang miskin? Sudahkah kamu merasakan kepedihan mereka? Sudahkah kamu bertanya tentang keperluan mereka? Apakah yang telah kamu buat tentang itu? Sudahkah kamu membalas dengan usaha atau kewangan? Berapa banyak?

Kejayaan kewangan bergantung kepada memberi kepada orang miskin, tetapi orang durjana tidak memberi, kerana mereka dengan tamak fikir bahawa mereka akan maju lagi dengan tidak memberi. Mereka buta. Kamu tidak boleh menjadi miskin dengan memberi kepada orang miskin, sebab Tuhan akan membayar balik dengan kelimpahan, lebih daripada apa yang kamu dapat beri. Pertimbangkan itu dengan baik-baik (Ams 11:24-26; 19:17; 22:9; 28:8; Luk 6:38; 2Kor 9:6-11)!

Orang kudus miskin ialah tugasmu yang paling utama (Ula 15:7-11; Kis 2:42-45; 4:34-37; 6:1-7; 11:27-30; Rom 15:25-27; 1Kor 16:1; 2Kor 9:1-2). Satu-satunya orang pagan miskin yang kamu terikat untuk pertimbangkan bantuan ialah mereka yang dibawa Allah langsung kepadamu dalam suatu bencana (Luk 10:25-37). Hanya mereka yang daripada dua jenis orang itu yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menampung/membela diri sendiri adalah layak. Ketika kamu memberi kepada orang miskin yang Kristian, ada dua bonus untuk dipertimbangkan. Pertama, Yesus Kristus akan mengingati belas ihsanmu pada Hari Penghakiman (Mat 10:41-42; 25:31-46), dan kedua, sesetengah orang pernah melayani malaikat tanpa disedari(Ibr 13:2; Kej 18:1-8; 19:1-3; Hak 13:2-23).

Jika kamu seorang wanita, ada lagi satu alasan untuk belas ihsan/kebajikan. Jika kamu lain kali menjadi balu, gereja sejati akan menyokongmu sepenuh-penuhnya (1Tim 5:3-16; Kis 6:1-6). Ciri-ciri kelayakan bagi jenis balu yang istimewa ini termasuk nama baik yang besar dalam ketekunan dalam perbuatan baik, termasuk memberi tumpang kepada orang asing dan kelegaan kepada orang yang sengsara (1Tim 5:10; Ams 31:20; Kis 9:36-43). Kamu boleh sepenuh-penuhnya melabur ke dalam program persaraan Allah dengan melabur dalam perbuatan baik bagi orang lain.

Empati ialah perbuatan merasa bersama atau bagi orang lain. Paulus telah menulis, “Ingatilah mereka yang dibelenggukan, seakan-akan kalian dibelenggukan bersama mereka; dan mereka yang menderita kesesakan, seakan-akan diri kalian sendiri juga menderita dalam tubuh” (Ibr 13:3). Ia mengamalkan peraturan emas dengan segenap hati dan segenap minda (Luk 6:31). Hukum Allah mewajibkan empati dengan kemurahan hati (Kel 22:21-27; Ula 15:7-11; 24:12-22; Maz 41:1), yang telah diamalkan oleh Ayub (Ayb 31:16-22). Berapa banyakkah kamu mempertimbangkan orang lain yang dalam keperluan? Berapakah lembut hatimu, dan berapa besarkah kamu membuka tanganmu untuk membantu mereka (Ula 15:7-11)?

Ibu Raja Lemuel telah mengajarnya untuk bercampur tangan bagi pihak orang miskin (Ams 31:8-9), dan dia mengajarnya untuk hanya berkahwin dengan perempuan yang ada hati yang berbudi baik itu (Ams 31:20). Suatu sukatan besar akhlak yang mulia ialah kesungguhan orang untuk membantu orang lain dalam kesesakan. Tetapi hikmah ini bukan sahaja bagi Wasiat Lama: tetapi ia juga diwajibkan dalam Wasiat Baru (Rom 12:13). Kebahagiaanmu dan berkat-berkatmu sendiri bergantung kepada berapa banyak kamu melayani orang miskin (Ams 14:21; Maz 41:1-3; Kis 20:35).

Apakah yang akan kamu buat berkenaan amsal ini? Memandang hinanya? Melupakannya? Siapakah yang patut kamu fikirkan sekarang juga? Siapakah yang akan kamu undang ke rumahmu untuk makan, atau keluar makan bersama kemudian? Orang yang boleh berbalas budi atau orang yang tidak dapat mampu membalas budi (Luk 14:12-14)? Ucapan bibir sahaja tidak bernilai dan adalah kejam (Yak 2:15-16). Allah Yang Maha Tahu sedang memandang kepada hatimu, mindamu, dan dompetmu (Ams 15:3; Ibr 4:12-13). Kasih sejati yang membuktikan hidup yang kekal akan melaksanakan tugasnya (1Yoh 3:14-19), sama seperti Tuhan Yesus Kristus telah melaksanakan tugasNya dengan cukup hebat bagimu (2Kor 8:9; 9:15).