30:5
Setiap perkataan Allah adalah murni: dia perisai kepada mereka yang menaruh percaya kepadanya.
Satu perkataan ialah komponen yang paling kecil yang membawa maksud. Dalam kitab suci Allah yang berilham, setiap perkataan dipilih supaya bernilai. Dia telah menyucikan kata-kata berilhamNya dengan sungguh teliti – seperti perak yang disucikan tujuh kali dalam api yang memurnikan – sehingga kata-kataNya disucikan dengan sempurna (Maz 12:6). Dan Dia akan memberkati dan melindungi siapa pun yang percaya kepadaNya dan kepada kata-kataNya.
Daud meluahkan erti amsal ini dengan kata-kata demikian: “Bagi Allah pula, jalannya sempurna: firman TUHAN telah diuji: dia utar-utar kepada semua orang yang percaya kepadanya” (Maz 18:30). Jalan Allah adalah sempurna; Dia telah menyelidiki dan menyempurnakan firmanNya; dan Dia akan melindungi orang yang percaya kepadaNya. Bagaimanakah kamu percaya kepada Allah? Kamu percaya apa yang telah ditulis olehNya.
Jangan menyoal kata-kata Allah! Dia telah membesarkan firmanNya mengatasi seluruh namaNya, dan Dia tidak akan mengampuni sesiapa pun yang mengubahsuaikannya (Maz 138:2; Wah 22:18-19). Penyoalan Syaitan berkenaan firman Allah telah merosakkan bangsamu (Kej 3:1), sebab dia merupakan bapa segala bohong (Yoh 8:44). Allah mengolok-olok para pengkritik teks dan para pewaham Alkitab [orang yang mencurigai] (1Kor 1:19-20; 1Tim 6:20-21).
Adakah kamu memiliki Alkitab yang sempurna malah pada tahap perkataan pun? Adakah kamu percaya kepada setiap perkataan? Adakah kamu menghargai pernyataan-pernyataan Alkitab dan menganggapnya tulen dan betul, supaya kamu membenci setiap pendapat yang bercanggahan (Maz 119:128; Yes 8:20)? Dapatkah kamu berkata bersama Daud, “Aku benci fikiran yang sia-sia: tetapi aku mengasihi hukummu” (Maz 119:113)?
Yesus dan Paulus ada Alkitab yang sempurna perkataannya, dan mereka tidak pernah melihat atau mendengar tentang hal manuskrip asal! Barang siapa yang merujuk balik kepada manuskrip asal adalah sama ada keliru ataupun berbohong. Yang asal tidak pernah berada dalam sebuah kitab untuk dipakai sesiapa pun. Ia tidak pernah dirujuk oleh sesiapa pun bagi apa pun hal. Dan Alkitab sendiri tidak pernah mengesyorkan pemakaian manuskrip asal. Sebaliknya yang selalu dipakai ialah salinan, terjemahan, salinan terjemahan, dan terjemahan salinan. Kamu hanya perlu mencari Alkitab Allah.
Pertimbangkan bagaimana Yesus memakai salinan-salinan dan terjemahan. Dia mempertahankan kebangkitan daripada mati dengan “adalah” (Mat 22:31-33), dan Dia mengisytiharkan keilahianNya dengan perkataan yang sama (Yoh 8:58). Dia menghujahkan keilahianNya daripada kata nama “tuan” (Mat 22:41-46). Dan Dia menegur orang Yahudi dengan kata nama “allah”, ketika Dia mengisytiharkan bahawa kata-kata Alkitab tidak boleh bercerai-berai (Yoh 10:33-36).
Bagaimana pula dengan Paulus? Dia mempertahankan keselamatan oleh rahmat dan janji-janji rohani kepada Abraham oleh perbezaan di antara kata tunggal dan kata jamak “benih” (Gal 3:16). Paulus tahu kitab Allah memakai kata tunggal “benih” dalam segala janji kepada Abraham, seperti Kejadian 12:7; 13:15-16; 15:5,13,18; 17:8-10,19; 21:12; 22:17-18; 24:7. Bagi keaiban dan penglaknatan diri mereka, para penerbit versi-versi moden Alkitab telah merosakkan “benih” Allah, dan dengan terang-terang dan dengan cabul membinasakan pelajaran Paulus.
Adakah Paulus betul-betul percaya kepada setiap perkataan Allah? Ya, memang percaya. Dia mendasarkan hujahannya bagi pengakhiran waad lama atas integriti dan maksud perkataan “baru” (Ibr 8:13) dan tiga perkataan “malah sekali lagi” (Ibr 12:26-27). Dan dia menyanjungi peranan Allah dalam keselamatanmu dengan mengubahkan ragam aktif kepada ragam pasif kata kerja “mengenal” (Gal 4:9).Ada sekurang-kurangnya dua belas lagi hujahan satu perkataan sedemikian dalam Wasiat Baru!
Adakah kamu percaya kepada Alkitabmu seperti Yesus dan Paulus percaya kepada Alkitab mereka? Adakah kamu memiliki Alkitab yang dapat dipercayai dirimu? Semenjak English Revised Version (1881), versi-versi alkitab baru muncul dengan kadar satu setahun. Mereka menambahkan perkataan, memadam perkataan, dan mengubah perkataan untuk menyangkal ilham dan pemeliharaan Allah akan kata-kata suci. Para pengkritik teks dan para pewaham cabul di sebalik versi-versi ini tidak percaya kepada Allah atau kata-kataNya; mereka sebaliknya percaya kepada diri mereka sendiri dan kepada bidang profesional mereka.
Adakah kamu percaya kepada apa yang diajar Alkitab? Adakah kamu mendidik anak-anakmu seperti apa yang dikatakan Allah (Ams 29:15)? Kerap kali memberi kewajiban kemurahan seksual (1Kor 7:1-5)? Mengamalkan pemberian hasil pertama (Ams 3:9-10)? Menolak penemanan orang bebal (Ams 14:7)? Menunduk kepada suami (Efe 5:22-24)? Mentaati segala ordinan kerajaan sivil (1Pet 2:13-17)? Beri syukur dalam segala seuatu (1Tes 5:18)? Menolak segala kepahitan (Efe 4:31-32)? Selalu bercakap dengan berbudi baik (Kol 4:6)?
Kepercayaan yang paling suci dalam Allah ialah kepercayaan kepada firmanNya yang memberi kesan kepada kehidupanmu (Yoh 14:23-24; 1Yoh 2:3-5). Ia mudah untuk bercakap tentang kemahuan untuk percaya kepada Allah sebagai Peribadi yang indah, tetapi ujian benar bagi imanmu ialah kerelaanmu untuk mengubah kehidupanmu sekarang dan percaya kepadaNya untuk hidup kekal yang akan datang. Jika kamu percaya kepada kata-kataNya tentang kehidupan ini dan kehidupan di akhirat, Dia akan menjadi perisai yang melindungimu.
Adakah kamu menghadiri gereja yang setiap perkataan firman Allah yang murni dikhutbahkan (2Tim 4:1-4)? Atau adakah perhimpunan itu dipenuhi dengan kenikmatan dan khutbah yang dongeng dan yang berilustrasi? Ia tugasmu untuk mencari satu gereja yang mengkhutbahkan setiap perkataan Allah dengan keyakinan dan dengan keinsafan. Sebab manusia tidak hidup oleh roti sahaja, tetapi oleh setiap perkataan Allah (Luk 4:4).