Amsal · Proverbs

30:10
Jangan menuduh seorang hamba kepada tuannya, supaya jangan dia mengutukimu, dan kamu didapati bersalah.

Tuduhan haruslah adil dan berbelas kasihan, terutamanya terhadap yang dideritakan atau yang tertindas, yang tidak boleh dengan mudah mempertahankan diri mereka sendiri. Kekerasan yang tidak perlu boleh menyebabkan mereka mengutukimu, yang kemudian akan membawa penghakiman Allah terhadap dirimu. Agama Allah di bawah kedua-dua wasiat termasuk banyak simpati dan belas kasihan untuk orang yang rendah, miskin, lemah, atau yang tertindas.

Seluruh Alkitab membenarkan perhambaan, walaupun ia melindungi hamba atau hamba abdi dengan memerintahkan layanan yang adil dan yang baik daripada tuan. Alkitab membenarkan dan menyelaraskan hukum untuk kedua-dua hamba abdi dan hamba upahan. Sementara perhambaan yang halal menjadikan orang rasa tidak sedap hati, kekeliruan biasanya adalah kerana budaya dia ketika dibesarkan,kejahilan tentang Alkitab dan sejarah, kejahilan tentang perhambaan di masyarakat yang lain, dan/atau kejahilan tentang manfaat ekonomi yang saling menguntungkan.

Allah Alkitab, yang namanya Jehovah, melindungi orang yang rendah, miskin, lemah, dan tertindas, dan Dia memerintahkan bahawa semua orang lain berbuat demikian juga. Dia melindungi anak-anak yatim dan balu (Maz 68:5; 82:1-4). Dia melindungi binatang (Ams 12:10; Ula 22:6; 25:4). Dia menuntut supaya orang bersuara ketika mereka mampu membantu orang yang tidak boleh mempertahankan diri mereka sendiri (Ams 24:11-12; 31:8-9).

Pelayan atau hamba ialah kelas rendah manusia, mudah dideritakan atau mudah ditindas oleh tuan mereka, dan dengan kurang perlindungan melalui jalan-jalan yang biasa akan keadilan atau pembalasan. Mereka bergantung kepada sikap adil dan sikap murah hati tuan mereka, maka Allah melindungi mereka dengan pelbagai tugas yang diperlukan tuan mereka (Ima 25:39-46; Ula 15:12-15; 23:15-16; 24:14-15; Kol 4:1; dsb.).

Amsal ini melindungi pelayan atau hamba daripada orang selain daripada tuan mereka atau pemilik mereka. Tuduhan-tuduhan yang palsu atau kasar daripada orang lain dalam rumah tangga atau orang yang di luar boleh memprovokasikan tuan-tuan mereka dan membawa pelucutan keperluannya atau hukuman. Amsal ini mengutuk tuduhan-tuduhan yang berbaur fitnah (tuduhan yang palsu), remeh (tidak perlu), atau kasar (tidak berbelas kasihan).

Darjat seorang pelayan atau hamba tidak menghentikan tuduhan-tuduhan kesalahan yang diberi secara jujur, untuk pelanggaran besar, dan tanpa prasangka atau pembalasan. Memandang bulu ketika menghakimi, sama ada orang yang berdarjat rendah ataupun berdarjat tinggi, adalah salah (Kel 23:3; Ima 19:15). Orang yang rendah hati tidak layak untuk simpati kalau melakukan jenayah (Ams 6:30-31; Kej 21:25-26; Ima 19:17; 1Sam 26:19).

Berapakah pentingnya hal ini? Allah mempertahankan dan menghakimi orang yang tiada kuasa untuk melindungi diri mereka, maka berhati-hati (Ams 22:22-23; 28:27; Ula 10:18; 15:9; Maz 10:14,18; 146:9). Berurus dengan berhati-hati, buat penghakiman dengan ringan, dan pilih untuk lebih silap bermurah hati dan berbelas kasihan, dan Allah akan memberkatimu (Ams 19:17; 21:13; 22:16; Isa 58:6-11). Buat adil dan sayangilah belas kasihan (Mik 6:8).

Pertimbangkan suatu contoh. Yakob mengalihkan keluarganya ke Mesir, di mana peralihan kuasa melalui keturunan telah menjadikan mereka hamba-hamba kepada orang Mesir. Tuduhan dibuat dengan menyatakan bahawa kecuali mereka ditindas, mereka akan menjadi terlalu banyak bagi orang Mesir (Kel 1:8-14). Israel berseru kepada Tuhan, dan Dia mendengar mereka (Kel 2:23-25). Fikir tentangsepuluh azab, kematian anak sulung, tentera yang dilemaskan, dan bangsa yang dijarah dan dirampas barangan. Berhati-hati kalau menuduh seorang hamba.

Pertimbangkan lagi satu lagi contoh. Jurutulis dan orang Farisi, golongan elit agama di kalangan orang Yahudi, menuduh para rasul yang rendah hati kepada Tuan Yesus mereka (Mat 15:1-2). Ia lebih baik bagi mereka untuk tidak keluar dari rumah mereka pada hari itu. Yesus dengan lekas dan dengan terang di depan orang ramai membasuh mereka akan kemunafikan dan kesia-siaan agama mereka, lalu memalukan mereka di hadapan orang ramai (Mat 15:3-11). Ketika diberi maklumat bahawa orang Farisi telah tersinggung, Yesus lagi mengutuk mereka (Mat 15:12-14).

Pertimbangkan lagi suatu lagi contoh. Yudas Iskariot ialah seorang pencuri (Yoh 12:6), dan dia bersubahat dengan orang Yahudi terhadap Hamba Yesus dengan janji mengkhianatiNya dengan harga seorang hamba (Mat 26:15; Kel 21:32). Yesus mengutuki Yudas (Maz 109:6-20; Mat 18:7; 26:24), dan dia berakhir tanpa wang, ditelan kesalahan dan dukacita, dan bunuh diri sampai terburai isi perutnya di ladang yang tidak bernilai (Mat 27:3-10; Kis 1:16-20). Berhati-hatilah tentang menuduh seorang hamba, terutamanya Anak Allah.

Pertimbangkan satu lagi contoh. Orang Yahudi membenci Yesus, dan mereka memandang hina dan menolak Dia, menyembunyikan muka mereka daripadaNya, dan menuduh Dia dengan jenayah-jenayah yang teruk di hadapan Allah (Yes 53:3-4; Mat 9:34; 12:24; 26:65; Yoh 8:48). Tetapi Allah Yang Maha Kuasa meratakan kota Yerusalem sampai ke paras tanah kerana mereka melayani Hamba kudus dan Pelawat mereka dengan demikian (Luk 19:43-44). Berhati-hatilah kalau menuduh seorang hamba, terutamanya Anak Allah. Sebaliknya, ciumlah Dia (Maz 2:12).

Untuk memastikan diri sendiri salih, jangan mengucap jahat tentang orang lain (Tit 3:2). Biar kamu lebih mengambil peduli tentang balak di matamu sendiri daripada selumbar di mata orang lain (Mat 7:3-5). Kasihilah belas kasihan mengatasi penghakiman (Yak 2:13; Mat 7:1-2). Ingatlah sepuluh ribu talenta yang telah Allah mengampunimu daripada seratus peni yang dia hutang kepadamu (Mat 18:21-35). Biar kasihmu menutupi apa yang ia dapat tutup (Ams 10:12; 17:9).

Adakah kamu memahami kebebasan Kristian? Allah telah meninggalkan banyak hal-hal kehidupan kepada pilihan atau kesukaaan setiap percayawan. Kamu tiada hak untuk mengkritik atau menuduh tentang pilihan-pilihan ini. Paulus menulis, “Siapakah kamu untuk menghakimi hamba orang lain? kepada tuannya dia berdiri atau jatuh. Ya, dia akan ditegakkan: sebab Allah mampu menjadikan dia teguh berdiri” (Rom 14:4). Adakah amsal Solomo menjangkau lebih daripada apa yang kamu awal-awal fikir? Amin!

Biar setiap lelaki atau perempuan dalam kedudukan kekuasaan mengamalkan keadilan dan kelemah-lembutan untuk dengan sepenuh-penuhnya menggenapi kewajaran Allah yang diajar amsal ini. Biar penguasa sivil tidak menindas sesiapa pun yang di bawah dia (Pkh 5:8). Biar setiap majikan berbuat adil (Kol 4:1). Biar setiap ayah mengelak mengecewakan anak-anaknya (Kol 3:21). Biar setiap suami menghormati isterinya (1Pet 3:7). Biar setiap pastor memandang hina sikap berat sebelah atau sikap memandang bulu (1Tim 5:21).

Hai pembaca Kristian, kamu merupakan hamba Tuhan Yesus Kristus. Jika kamu hidup salih dalam Kristus Yesus, kamu akan dianiaya (2Tim 3:12), dan sesetengah orang akan fikir mereka sedang menyenangkan Allah (Yes 66:5). Dengarlah Tuanmu, “Tiada senjata yang dibentuk untuk menentangmu akan makmur; dan setiap lidah yang bangkit melawanmu dalam penghakiman kamu akan kutuk. Inilah warisan hamba-hamba TUHAN, dan kewajaran mereka adalah daripadaku, firman TUHAN” (Yes 54:17).