Amsal · Proverbs

31:5
Supaya jangan mereka minum, lalu melupakan hukum, dan mencabuli penghakiman bagi sesiapa pun yang tertindas.

Alkohol, dengan menenangkan pusat sistem saraf tubuh, mengurangkan daya penghakiman manusia. Orang dalam kekuasaan harus memakai alkohol dengan sungguh berhemat. Sementara kesan penenang itu sungguh sesuai bagi orang yang pedih secara fizikal atau secara emosi (Ams 31:6-7), ia berbahaya bagi raja, penguasa, atau para penguasa lain, yang harus dengan tegas mengawal fikiran dan kata-kata mereka untuk melindungi orang lain (Ams 31:4-5). Ibu raja Lemuel telah memberi amaran kepadanya tentang wain dan minuman keras dalam kedudukan kekuasaannya (Ams 31:1).

Separuh lagi amsal ini berbunyi, “Ia bukan bagi para raja, wahai Lemuel, ia bukan bagi para raja untuk meminum wain; dan bagi para penguasa untuk meminum minuman keras” (Ams 31:4). Ibu Lemuel memberi amaran bahawa tugas-tugas kepimpinan mengehadkan pemakaian wain dan minuman keras, meskipun kedua-dua itu dibenarkan dengan lebih banyak bagi orang lain (Ams 31:6-7). Para raja dan para penguasa harus memakai hukum dengan konsisten dan dengan adil dan membuat penghakiman yang adil dan yang betul. Terlalu banyak wain dapat menghalang mereka dalam tugas-tugas itu.

Wain dapat mengubahkan kesedaran, kawalan, penghakiman, dan keseriusan. Solomo telah menjelaskan tentang kesan-kesannya yang berdosa kepada mata, hati, dan ucapan (Ams 23:33). Nuh telanjang ketika mabuk (Kej 9:21). Lot berbuat sumbang mahram dengan anak-anak perempuannya ketika mabuk (Kej 19:30-38). Nabal mungkin dapat lebih bersopan kepada Daud kalau tidak minum wain (1Sam 25:36). Lelaki pernah memakainya dalam hal merogol wanita ketika berdating (Hab 2:15). Daud memakainya untuk menggoda kawannya, Uria, untuk balik meniduri isterinya (2Sam 11:6-13).

Kesan ini dipanggil sebagai terpengaruh alkohol. Alkohol mencacatkan daya penghakiman para pemandu kereta, yang menyebabkan banyak kemalangan yang teruk. Jadi, memandu dalam keadaan sedemikian akan dihukum sesuai dengan undang-undang. Sesiapa pun yang harus berbuat keputusan yang lekas dan yang cerdas, sama ada seorang bos, seorang hakim, ataupun seorang pemandu kapal terbang, diberi amaran yang tegas terhadap pemakaian alkohol ketika sedang bekerja. Banyak kanak-kanak juga telah menderita kerana ayah yang tidak berhemat, yang telah membuat keputusan-keputusan yang sungguh buruk ketika di bawah pengaruh alkohol.

Pihak yang berkuasa harus memakai segala kepandaiannya, hatinya, dan jiwanya untuk membuat penghakiman yang wajar dan mengelak perbuatan menghakimi apa yang kelihatan semata-mata (Kel 18:21; 2Taw 19:5-10; Yoh 7:24). Para penguasa telah ditahbiskan oleh Allah untuk menghukum para pembuat kejahatan dan mengganjari orang yang berperangai baik (Rom 13:1-4; 1Pet 2:13-14). Tetapi niat yang tersanjung dan yang mulia ini akan dibinasakan, jika penguasa diracuni dan dengan demikian tengah marah, buta, keliru, teralih perhatian, beremosi, melulu, atau berberat sebelah.

Namun, peraturan ini terhad. Alkitab menyembunyikan kebenaran daripada orang bebal, orang angkuh, atau orang yang suka menganggap diri sendiri benar; ia menyatakan kebenaran kepada orang yang tekun, rendah hati, dan yang berhikmah (Mat 11:25-26; 2Pet 3:16). Lelaki yang dipanggil oleh Allah harus membaca Alkitab dengan jelas, dan memberikan maknanya, dan menjadikan orang lain untuk memahaminya (Neh 8:8; Mal 2:7). Dengan membahagikan Alkitab dengan betul, hamba Allah mengisytiharkan kebenaran sejati daripada kata-kata Allah (Ams 22:17-21; Maz 119:18; 2Tim 2:15; 3:16-17). Memberi suatu tafsiran tidak mencemarkan kata-kataNya: tetapi sedang memberi makna yang betul supaya mengelak kesalahan pada mana-mana satu belah keterlampauan.

Para raja dan para penguasa boleh minum wain, tetapi mereka harus menjadi sungguh berhemat tentang itu. Bagaimanakah kamu dapat memperoleh maksud demikian? Dengan membandingkan ayat alkitab dengan ayat alkitab yang lain (1Kor 2:13). Melkisedek, Raja Yerusalem, ada meminum wain (Kej 14:18-20). Dan Yesus Kristus, yang mewakili Melkisedek, kerap kali minum wain sehingga dipanggil sebagai peminum (Luk 7:33-34). Amsal yang berbunyi seperti melarang arak ini mengelirukan para orang Farisi, yang fikir diri mereka lebih benar daripada orang yang sedang menikmati belas kasihan Allah.

Kesederhanaan Alkitabiah adalah untuk minum jumlah yang betul pada waktu yang betul bagi alasan yang betul. Sukatan yang betul berbeza bagi setiap individu, tetapi ia dapat dipelajari sama seperti sukatan betul bagi makanan dipelajari. Waktu betul harus mengambil kira apa pun tugas kepimpinan, pemakaian benda-benda yang berbahaya seperti kereta, atau teladan yang sedang diberi kepada orang lain. Alasan yang betul adalah untuk penghiburan, kegembiraan, dan ketenangan yang sesuai dengan niat Allah tanpamengkompromi apa pun hal moral.

Pertimbangkan tatatingkat tugas Roh. Para ahli gereja boleh minum setakat tidak mabuk (Efe 5:18). Para Diaken dan perempuan berusia lanjut tidak boleh ketagihan atau tamak meminumi wain (1Tim 3:8; Tit 2:3). Tetapi seorang biskop atau pastor, iaitu penguasa dan guru yang utama, tidak boleh ketagihan atau tamak bagi wain secara am (1Tim 3:3; Tit 1:7). Para imam W.L. tidak pernah minum ketika memimpin sembahyang (Ima 10:8-11), walaupun mereka memang minum pada waktu yang lain (Bil 18:12).

Tuhan Yesus Kristus ialah Raja yang sempurna. Dia menghargai wain sebagai anugerah Allah (Maz 104:14-15; Luk 7:33-34; Yoh 2:1-11), Dia tidak pernah mengkompromikan kewajaran, belas kasihan, atau kebenaran (Yoh 7:46; 8:29; Ibr 1:9; 7:26). Jika kamu berpangkat kekuasaan atau kepimpinan, pastikan dirimu mengekang pemakaian wain dan minuman keras, supaya jangan kamu mencabuli kedudukanmu yang istimewa itu. Biar Raja syurga Yang Maha Tinggi menjadi teladan dan pemandu kekudusanmu.