Amsal · Proverbs

4:24
Jauhkan mulut yang rewel daripada dirimu, dan bibir yang babil biar jauh-jauh daripadamu.

Kuasailah pertuturanmu. Kawal lidahmu. Tandailah kata-katamu. Sesudah menjaga hatimu dengan segala ketekunan, yang daripadanya terpancar isu-isu kehidupan, Salomo memberi amaran kepadamu untuk menolak pertuturan yang tidak salih (Ams 4:23). Dengan permulaan fikiran dan niat hati, hikmah menuntut supaya kamu memerintahkan pertuturanmu (Ams 4:24), matamu (Ams 4:25), dan kakimu (Ams 4:26-27).

Ia tidak mungkin untuk ada pertuturan yang salih dan yang berbudi baik tanpa hati yang suci, sebab perasaan dan isi hati membekalkan isi mulut (Mat 12:33-35). Kamu dapat cam hati yang baik dengan perkataan yang berbudi dan yang kudus, dan kamu dapat cam hati yang buruk dengan kata-kata yang kasar dan yang badaniah. Yesus menyatakan itu; percayalah itu. Para raja akan mengasihi orang yang bertutur dengan berbudi baik dari hati yang suci (Ams 22:11).

Amsal ini tidak memberi amaran kepadamu utnuk menjauhi orang yang memiliki mulut yang rewel dan yang babil, sebab nasihat itu diberi di tempat lain (Ams 14:7; 19:27; 1Kor 15:33). Ia memberi amaran kepadamu untuk menyahkan mulut rewelmu sendiri dan bibir babilmu sendiri. Konteksnya adalah untuk menguasai hatimu, bibirmu, matamu, dan kakimu (Ams 4:23-27), dan bukan mengelak orang lain yang mempunyai dosa-dosa itu.

Salomo mengajar anak lelakinya dan memberitahunya untuk mendengar dan menunduk kepada arahan kebapaannya (Ams 4:20). Dia kemudian menggesa anaknya untuk mengingati nasihatnya dan untuk kekal teguh dalam ikhtiarnya (Ams 4:21). Dan dia menggalakkannya dengan berkata bahawa ia akan memberinya nyawa dan kesihatan (Ams 4:22). Kemudian menurut aturan, dia memberitahu anak lelakinya untuk menjaga hatinya, bibirnya, matanya, dan langkah-langkahnya (Ams 4:23-27).

Bibir yang bebal akan merosakkan reputasimu (Pkh 5:3; 10:12-14). Mulut yang suka menyakitkan hati akan menyebabkan masalah dengan manusia (Ams 12:13; 13:3; 14:7; 18:6-7; 22:10; 24:9). Dan kemudian kamu akan memberi perhitungan bagi setiap perkataan kosong pada Hari Penghakiman (Ams 6:16-19; Mat 12:36-37; Efe 5:3-6).

Pertuturan yang berbudi baik dan yang berhikmah akan membina reputasimu (Ams 15:4; 18:20; 24:26). Kata-kata yang sesuai akan memperkasakan perhubunganmu dengan manusia (Ams 10:32; 15:23; 16:13; 25:11). Dan Allah Yang Berbahagia bersenang hati dengan kata-kata yang membina dan yang membantu (Ams 12:22; Efe 4:29; Kol 4:6).

Majulah pertuturanmu itu dengan mengurangkan setengah kata-katamu, jika kamu suka bercakap melebihi orang biasa (Ams 17:27; Yak 1:19). Kamu kemudian harus menguasai rohmu, sebab itu dapat menyalakan api dari neraka (Ams 16:32; Yak 3:3-8). Dan kamu harus mengelak pertengkaran (Ams 26:4-5; 2Tim 2:23).

Jika kamu menjaga hatimu supaya damai dengan Tuhan dan manusia, maka ia sukar untuk kamu menyebut perkara-perkara yang kasar atau yang memedihkan. Jika kamu menjaga hatimu supaya suci dengan Tuhan dan manusia, maka ia sukar bagimu untuk memiliki pertuturan yang bebal atau yang badaniah. Jika kamu mengisi mindamu dengan perkara-perkara yang mulia, maka kamu akan ada bahan-bahan yang berharga untuk perbualan (Flp 4:8). Semoga Allah memimpin lidahmu.