4:25
Biar matamu memandang terus ke depan, dan biar kelopak matamu memandang lurus ke hadapanmu.
Bagaimanakah penglihatanmu? Bukan butiran, jarak, atau kedalaman penglihatanmu. Sebaliknya, bagaimanakah arah penglihatanmu? Adakah kamu melihat lurus ke depan, atau adakah penglihatanmu itu memandang ke persisian [periferal]? Penglihatan periferal, atau penglihatan yang memandang dari sisi matamu ialah sesuatu yang baik untuk memandu kereta dan untuk sukan, tetapi ia teruk bagi orang Kristian. Kamu hanya harus melihat satu objek – Allah, kerajaanNya, dan kewajaranNya.
Sesudah memberitahumu untuk menjaga hatimu dengan segala ketekunan (Ams 4:23), Sang Pengkhutbah sekarang memberi amaran terhadap peralihan tumpuan persisian, sama ada ke kiri ataupun ke kanan (Ams 4:26-27). Kamu harus memantapkan arah penglihatanmu ke depan dan terus berjalan dalam jalan itu – kepada satu-satunya matlamat untuk menyenangkan Tuhan.
“Mata” dan “kelopak mata” ialah kiasan sinekdok, yang bermaksud sebahagian sesuatu benda mewakili keseluruhannya. Solomo tidak peduli akan bahagian kulit yang menjadi penutup biji matamu. Dia mahu hatimu dan mindamu dan jiwamu. Dia mahu segala dirimu. Di dalam lapan ayat yang terakhir dalam bab ini, Solomo menyenaraikan telinga, mata, hati, daging, hati, mulut, bibir, mata, kelopak mata, kaki, dan tangan.
Matamu memilih objek-objek dan mengarahakan pergerakanmu menuju kepadanya, tetapi ia hatimu dan mindamu yang memberi dan menerima balasan daripada matamu. Hatimu dan matamu tidak dapat diceraikan. Ia keseluruhan peribadimu, termasuk mata, yang harus dikekalkan dalam jalan hikmah dan kebenaran.
Tuhan Yesus mengajar hal penglihatan persisian dengan bahasa yang agak seiras. Dan kamu harus memandang kepadaNya sebagai teladan hebat bagi penglihatan sempurna jiwamu (Ibr 12:1-4). Konteks kata-kataNya akan membenarkanmu belajar maksudnya dan pemakaiannya (Mat 6:19-24).
“Cahaya tubuh ialah mata: maka jika matamu bertumpuan tunggal, seluruh tubuhmu akan penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu itu menjadi jahat, seluruh tubuhmu akan menjadi penuh dengan kegelapan. Maka jika cahaya yang di dalammu itu gelap, betapa pekatnya kegelapan itu!” Matius 6:22-23
Pertimbangkan konteks itu dengan baik-baik. Dia mengutuk hal mengumpul harta di bumi, sementara kamu dapat mengumpul harta di syurga, sebab hatimu akan mengikuti hartamu (Mat 6:19-21). Dan dia menyangkal mana-mana manusia yang melayani dua tuan – Allah dan mamon/wang (Mat 6:24).
Dia berhujah bahawa jika seseorang punya penglihatan mengarahkan gerakan tubuh, maka sebiji mata ialah sesuatu yang teruk, sebab tubuh tidak boleh tahu ke mana untuk bergerak. Kalau dipertimbangkan secara rohani, sebiji mata dengan kejujuran yang tidak terbahagi dan dengan keghairahan bagi Allah akan membawa kepada kekudusan, tetapi mata munafik yang mendua hati dan yang suka nafsu dunia akan membawa kepada kebinsaan. Pertimbangkan amaran Juruselamat!
Pertimbangkan suatu rujukan kepada askar-askar dalam Tawarikh. Zebulun membawa 50,000 orang pahlawan yang bersatu hati dengan Daud (1Taw 12:33). Mereka tiada perasaan yang bercampur-campur. Mereka tidak memikir nak balik ke rumah. Mereka tidak memikir tentang apa pun yang lain.
Yesus telah bersukacita untuk melihat Natanael, sebab hatinya bebas daripada kependuaan, kemunafikan, dan mendua hati (Yoh 1:47). Dia memang seorang Israel sejati, yang sepenuh-penuhnya setia kepada Allahnya. Tujuan tunggal dalam kehidupan ini menandakan bahawa seseorang Kristian adalah cekal hati dan itulah nilai yang besar kepada Yesus Kristus.
Kehidupan Kristian ialah perlumbaan (1Kor 9:26; Ibr 12:1). Untuk menang, semua pelari harus memandang terus ke depan tanpa dialihkan tumpuan oleh pesaing atau hal-hal yang lain. Paulus berebut ke depan, bukan ke sisi, untuk memenangi hadiah panggilan tinggi (Flp 3:13-14), dan dia menyatakan orang yang ada penglihatan persisian bagi benda dunia sebagai para penyembah perut (Flp 3:18-19).
Orang durjana ada hati yang mendua (Maz 12:1-2). Mereka tidak setia keapda Tuhan dan hal-hal rohani. Hati mereka masih bernafsu untuk dunia ini dan benda-bendanya. Mereka berminda badaniah, dan mereka menunjukkan kurang bukti rahmat dalam hati mereka. Kamu dengan mudah boleh mengenalpastikan mereka, sebab mereka tidak pernah berbual tentang Tuhan dengan keghairahan yang sama seperti ketika berbual tentang benda yang lain.
Yakobus memberi amaran dua kali terhadap sikap mendua hati – atau mengadakan lebih daripada satu objektif dalam kehidupanmu (Yak 1:8; 4:8). Dia menyatakan bahawa orang yang mendua hati tidak teguh dalam segala jalannya, dan dia menggesamu kepada usaha-usaha yang tekun untuk mengehadkan objektifmu kepada satu sahaja (Yak 4:8-10).
Hawa tergoda oleh matanya yang merayau-rayau (Kej 3:6). Isteri Lot tidak dapat kekal memandang ke belakang (Kej 19:17,26). Akhan telah melihat barang-barang duniawi dan wang yang akhirnya telah mencabut nyawanya (Yos 7:21). Dan Daud telah mengambil apa yang dilihat matanya ketika suatu malam berada di bumbung istana (2Sam 11:2).
Doamu haruslah bermohon untuk Allah mengekalkan matamu daripada melihat kesia-siaan (Maz 119:37). Nafsu mata ialah salah satu godaan manusia (1Yoh 2:15-17). Ayub sebegitu berhati-hati dalam pengejaran kekudusan, sehingga dia membuat waad dengan matanya terhadap memikir akan perempuan muda yang cantik (Ayb 31:1). Bandingkannya dengan guru-guru palsu (2Pet 2:14).
Gereja zaman awal, yang di bawah pengaruh Roh Kudus yang sungguh berkuasa, ada minda yang tunggal kepada Allah dan kepada satu sama lain (Kis 2:46). Mereka tidak terbahagi dalam kesetiaan dan cita-cita masing-masing untuk melayani Tuhan. Hal-hal di persisian penglihatan mereka tidak dapat mengalihkan tumpuan mereka.
Orang salih melayani tuan majikan dengan hati yang tunggal (Efe 6:5; Kol 3:22). Satu-satunya matlamat mereka adalah untuk menyenangkan Tuhan dalam pekerjaan mereka, tidak kira apa pun yang dapat orang mungkin fikir atau mungkin buat. Mereka tidak mencari kenaikan gaji atau kenaikan pangkat sebagai objektif yang utama mereka, sebab mereka hanya melihat ganjaran Allah.
Hai pembaca, apakah ayng mengalihkan penglihatanmu dan kemajuanmu? Kamu hanya perlu satu matlamat – menyenangkan Allah dengan kehidupan yang kudus dan bersedia untuk syurga. Pasanglah pembuta penglihatan persisian dan kekalkanlah matamu dan pergerakanmu lurus ke depan. Pandang hanya ke depan – hanya ke atas – dan hanya ke arah syurga!
Adakah Tuhan Yesus mempunyai apa pun objektif yang lain dalam kehidupanNya di bumi? Tiada! Adakah hal-hal di sekelilingNya mengalihkan tumpuanNya? Tidak pernah! Walaupun dia ada makanan, kehormatan, dan kemuliaan yang ditawarkan kepadaNya oleh si iblis, Dia kekal setia sepenuh-penuhnya kepada matlamat tunggalnya – menyenangkan BapaNya oleh kehidupan dan kematian yang sempurna. Betapa mulia! Ikutilah Teladan besarNya dan penglihatan tunggalNya.