4:8
Sanjunginya, dan dia akan menyanjungimu: dia akan membawa kehormatan kepadamu, ketika kamu memeluknya.
Kenaikan pangkat dan kehormatan mudah diperoleh. Rahsia untuk kejayaan terang-terang berada di depan matamu. Ini bukan kata-kata juru jual yang ketamakan wang dan yang mengingini yuran bayaranmu bagi pendaftaran program sendiri bantu sendiri – ini merupakan kata-kata Allah yang percuma dan daripada dua raja yang kaya dan yang berhikmah Israel.
Sanjungi dan peluklah hikmah, dan kamu akan dinaikkan pangkat dan dihormati oleh Allah dan manusia. Jadikanlah hikmah matlamat yang paling penting di dalam kehidupanmu; cintailah hikmah dengan penghargaan dan keinginan yang membara, dan dia akan membawamu kehebatan yang besar. Tunggu apa lagi?
Salomo di sini sedang mengulangi apa yang diajar Daud kepadanya tentang mengejar hikmah (Ams 4:5-9). Dia mengenang waktu ayahnya sendiri mengajarnya, dan dia mengulangi arahan yang berharga bagi manfaat anak lelakinya (Ams 4:3-4). Biar setiap ibubapa memahami kepentingan latihan sedemikian.
Matlamat yang paling tinggi bagi sesiapa pun adalah untuk menjadi seperti Tuhan Yesus Kristus, Yang membesar dalam keredaan dengan Allah dan manusia (Luk 2:52). Bagaimanakah Dia mendapat kejayaan yang sebegitu ajaib? Dia semakin bertambah dalam hikmah, yang merupakan daya untuk menghakimi dan bertindak dengan wajar dalam kehidupan. Hikmah ialah kunci yang sesiapa pun boleh dapat keredaan Allah dan manusia. Hikmah membawa kenaikan pangkat dan kehormatan.
Ada empat kata nama dalam amsal ini yang merujuk kepada Puteri Hikmah, personifikasi Salomo bagi hikmah, pemahaman, budi bicara, dan pengetahuan. Sementara dia memberi amaran terhadap perempuan asing (Ams 7:5-27; 9:13-18), dia juga menerang tentang Puteri Hikmah yang ajaib dan manfaat-manfaatnya yang besar bagi manusia (Ams 1:20-33; 2:4; 3:13-18; 4:5-13; 7:1-4; 8:1-36; 9:1-5).
Daud, oleh hikmah, ada hati seperti Allah. Dengan itu, TUHAN menjadikannya raja kepada Israel, dan seluruh Israel mengasihinya (1Sam 18:5,16,30; 2Sam 7:8). Puteri hikmah menyanjungi dan menghormatinya. Rakyat dan musuh-musuh menganggap dia sebagai seorang malaikat (1Sam 29:9; 2Sam 14:17). Bagaimanakah dia mendapat reputasi yang sebegitu mulia ini? Dia menyerahkan dirinya untuk berusaha mendapat hikmah (Maz 101:1-8).
Daud menyanjungi dan memeluk hikmah. Pertimbangkan dengan baik-baik teladannya yang hebat. Apakah pendapatnya tentang Alkitab? Dia berpendapat bahawa ia lebih bernilai daripada banyak emas tulen dan lebih menyenangkan diri daripada madu dan indung madu (Maz 19:10; 119:127). Berapa kerap kali direnunginya Alkitab? Siang dan malam (Maz 1:2)! Apakah harta yang paling berharga baginya? Alkitab (Maz 119:14,111,162)!
Tempat manakah yang dirinduinya melebihi mana-mana tempat yang lain? Gereja (Maz 84:10)! Siapakah yang menjadi kawan-kawannya? Manusia yang takut akan Allah dan menjaga perintah-perintah Allah (Maz 119:63)! Berapa kerap kalikah dia berdoa? Tiga kali sehari (Maz 55:17)! Bagaimanakah dia mendekati Allah? Dengan rendah hati menyelidiki diri sendiri (Maz 139:23-24)! Adakah dia memuji Allah? Ya, tujuh kali sehari (Maz 119:164)!
Bagaimanakah kamu dapat menyanjungi hikmah? Jadikannya keutamaanmu yang paling tinggi (Ams 4:7; 16:16). Kejarnya dengan tekun seperti sedang mengejar harta karun yang tersembunyi (Ams 2:1-5; 23:23). Korbankan apa pun untuk memperolehnya, sampai pergaulan kawan pun (Ams 13:20; 18:11). Amalkannya, tidak kira apa pun yang difikir orang atau apa pun kerugian yang mungkin timbul kerana hikmah (Ams 29:25; Dan 1:6). Allah dan manusia akan memberkati usahamu dan penekananmu.
Bagaimanakah kamu dapat memeluk hikmah? Hargainya dan sayanginya seperti suatu harta yang berharga (Ams 3:15; 8:11). Cintainya melebihi apa pun (Ams 4:6; 8:17,21). Pandang hina dan tolaklah segala apa pun yang bercanggahan dengannya (Ams 8:13; 14:7; Maz 119:128). Elaklah sesiapa pun atau apa pun yang menggodaimu daripadanya (Ams 9:6; 1Kor 15:33). Allah dan manusia akan memberkati usahamu dan penekananmu.
Yusuf telah disanjungi dan dihormati. Walaupun dia ada sepuluh abang, dia mentaati ayahnya melebihi mana-mana abangnya. Sementara dijual menjadi hamba abdi, dia melayani dengan tekun dan dengan setia. Dia menolak seorang perempuan asing hanya kerana takut akan Tuhan, meskipun banyak kerugian timbul kerana itu. Banyak lagi yang boleh disebut, tetapi apakah yang akhirnya terjadi? Dia lekas disanjungi untuk menjadi penguasa yang terbesar yang hanya kurang sedarjat kepada Firaun.
Daniel telah disanjungi dan dihormati. Ditangkap, dikembirikan, dan dibawa 805 kilometer ke Babel, dia menolak agama raja, tidak kira apa pun kerugian yang mungkin harus ditanggungnya. Dia memberitahu kebenaran yang keras meskipun bercanggahan dengan keinginan raja. Ketika suatu hukum agama yang baru digubalkan, dia tidak mempedulikannya. Apakah yang akhirnya terjadi? Dia menjadi pegawai pentadbir kerajaan yang paling besar untuk 70 tahun.
Jika Allah dan manusia tidak menyanjungimu dan tidak menghormatimu, rendahkanlah dirimu dan akuilah sikapmu yang telah mengabaikan hikmah. Sanjungi dan peluklah dia dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Carilah FirmanNya, gerejaNya, dan orang-orang kudusNya dengan segala hatimu. Penyanjungan dan kehormatan akan datang melayang!