6:3
Lakukanlah ini sekarang, hai anakku, dan selamatkan dirimu sendiri, ketika kamu telah masuk genggaman kawanmu; pergilah, rendahkanlah dirimu, dan jadikan kawanmu itu pasti.
Penajajaminan sedang ditolak di sini (Ams 6:1-5). Penajajaminan ialah perbuatan menandatangani pinjaman untuk kawan, menanggung hutang-hutang, atau menjamin pencapaian orang lain. Ketika berjanji dengan bebal, melulu, atau berlebihan, ia merupakan dosa ketidakhematan. Allah mahu kamu bebas daripada risiko yang tidak perlu atau liabiliti bersyarat. Dia mahu kamu untuk hidup tanpa kekhuatiran. Orang berhikmah bersukacita kerana peraturan ini!
Salomo dengan kerap kali memberi amaran terhadap penajajaminan (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 22:26-27; 27:13). Pertimbangkan mengapa. Anak-anak raja dipancing setiap hari untuk memakai kredit, nama baik, atau kekuasaan bagi kawan, orang kenalan, atau para pengampu. Dengan jabat tangan, tandatangan, panggilan telefon, atau emel sahaja, lelaki muda itu mungkin dengan cepat sekali menimbulkan kemungkinan hutang-hutang besar yang akan menyusutkan sumber kewangan dan/atau menegangkan perhubungan-perhubungan.
Penajajaminan ialah sebahagian besar hikmah. Orang yang berhemat adalah pesimistik, was-was, dan bekerja keras untuk mengelak risiko dan masalah masa hadapan; orang bebal adalah optimistik, memandai, dan percaya kebanyakan apa yang mereka dengar (Ams 14:15; 22:3; 27:12). Orang berhikmah selalu menaruh pandangannya ke masa depan, supaya tindakannya pada hari ini tidak akan membebankannya lebih pada hari esok (Ams 23:5; 27:23-24). Orang berhikmah berhati-hati, konservatif, mengkritik, bersengaja, membenci risiko, dan lambat. Adakah kamu demikian?
Amsal ini adalah daripada Salomo kepada anak lelakinya. Dia mengingini anak lelakinya melakukan barang apa pun dalam kuasanya untuk dengan serta-merta keluar daripada apa-apa keberhutangan kewangan yang bebal untuk kawan (Ams 6:1-5). Tidak kira betapa banyak ia merendahkan dirimu untuk menarik janjimu dengan kawanmu, lakukannya sekarang! Selamatkanlah dirimu daripada janji yang melulu! Merayu supaya dapat keluar daripada janji itu, sekarang juga! Keluarkan dirimu daripada kontrak pemiutang-penghutang! Turunlah berlutut dan buat rayuan untuk kemerdekaanmu!
Apa yang awal-awal bermula dengan kemuliaan dan keangkuhan harus sekarang dengan pedih diterbalikkan dengan kerendahan hati dan malu. Pilihan-pilihan yang berdosa membawa kesan-kesan negatif; kamu tidak harus terkejut. Haruskah kamu memikirkan hal itu untuk seketika sebelum memperbetulkannya? Tidak! Jangan sesekalipun membenarkan dirimu untuk tidur (Ams 6:4)! Dapatkah kamu dengan mudah mengerah usaha yang bersahaja dan yang munasabah? Tidak! Kamu harus dengan penuh tenaga dan dengan tergopoh-gopoh mencari jalan untuk melepaskan diri seperti binatang atau burung yang terperangkap (Ams 6:5)!
Ada pelajaran yang lebih luas dan yang lebih kaya di dalam amsal ini: suatu pelajaran yang boleh dipakaimu untuk sepanjang sisa hidupmu. Bersiap sedia! Aspek-aspek mendesak dan kerendahan hati yang diperlukan untuk lekas keluar daripada penajajaminan berkaitan dengan hal-hal yang lain juga. Adakah kamu ingin menjadi lebih berhikmah daripada kehematan kewangan semata-mata? Bersiap sedia! Kamu akan mendapati dirimu banyak kali berada dalam situasi berdosa yang lain, dan kamu harus memakai usaha-usaha yang sama keamatannya untuk menyelamatkan dirimu. Bersiap sedia!
Jika kamu telah bersalah kepada mana-mana orang, pergilah dengan cepat, rendahkanlah dirimu, dan menangi semula perhubungan saudaramu; jangan memikir tentang tidur atau bersembahyang dengan Allah, sebab segalanya yang lain harus tunggu (Mat 5:23-26). Sebaliknya, jika orang lain telah bersalah kepadamu, dan kamu tidak dapat melangkaui itu dengan kasih yang mulia (Ams 10:12; 19:11; 1Kor 13:4-7), maka pergi, rendahkanlah dirimu, dan dengan sikap suka menunduk beritahu pihak itu akan kesalahannya (Mat 18:15-17).
Jika kamu sekarang bujang dan berada di dalam perhubungan dengan seorang yang bukan percayawan, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan keluarlah daripada kuk yang berdosa itu (1Kor 7:39; 11:11; 2Kor 6:14; Ezr 10:1-44). Jika kamu sedikit tergoda pun untuk berkendak dengan mana-mana orang, pergilah sekarang, dan berbuat apa pun untuk menjauhi dirimu daripada orang dan godaan itu (Ams 4:14-15; 5:8; Mat 5:28-30).
Jika televisyen sedang merosakkan keluargamu, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan putuskanlah tenaga elektrik alat itu (Maz 101:3). Jika kamu pahit terhadap pasanganmu, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan jelaskan keadaan itu dengan sepenuh-penuhnya (Efe 5:33; Kol 3:19). Jika kamu telah mengabaikan didikan yang rohani bagi anak-anakmu, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan mula semula pada hari ini (Maz 34:11; Efe 6:4).
Jika kamu ada masalah dengan godaan Internet, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan beritahu ibubapamu atau pasanganmu untuk memasang penapis dengan kata laluan untuk menyelamatkan dirimu. Jika kamu tidak menguasai diri dengan makanan atau minuman, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan bentangkanlah peraturan dengan saksi-saksi yang rapat untuk pengehadan salih atas makanan atau wain (Ams 23:2; 1Kor 9:24-27).
Jika kamu tidak banyak berbuat baik kepada ibubapamu kebelakangan ini, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan bawalah mereka keluar untuk makan malam (Efe 6:1-3; 1Tim 5:8). Jika kamu sudah lambat membayar apa pun hutang, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan bayar hutang itu pada hari ini juga, atau beritahulah pemiutang waktu kamu akan bayar (Ams 3:27-28; Rom 13:8). Jika kamu tidak pernah melakukan apa pun untuk mana-mana pun saudara seiman pada dua hari kebelakangan ini, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan lakukanlah sesuatu yang baik kepada seorang seiman pada hari ini juga (Ibr 3:12-13; Kis 20:35).
Jika kamu sudah lambat mengakui dosa-dosamu, berdoa, atau membaca Alkitab, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu di hadapan Allah, dan mengaku, berdoa, atau membaca sekarang juga (Maz 32:5; 55:17; 119:72). Jangan biar kerja, keluarga, permainan, atau tidur mengacau (Ayb 23:12; Maz 66:18). Jika kamu tidak mendengar muzik yang salih baru-baru ini, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan nyanyilah kepada Tuhan (Maz 47:6-7).
Kalau berkaitan dengan hal mentaati Allah Yang Maha Berbahagia, jangan sesekali membenarkan apa pun hal lain atau keangkuhan untuk menangguhkanmu. Daud berkata, “Aku bergegas, dan tidak menangguh untuk memegang perintah-perintahmu” (Maz 119:60). Tuhan Yesus Kristus akan datang tidak lama lagi dengan para malaikatnya yang berkuasa; akankah Dia mendapatimu dalam keadaan yang yakin kerana penuh kewajaran (1Yoh 2:28-29)? Pergilah, rendahkanlah dirimu, dan jadikan Tuhanmu pasti!Penajajaminan sedang ditolak di sini (Ams 6:1-5). Penajajaminan ialah perbuatan menandatangani pinjaman untuk kawan, menanggung hutang-hutang, atau menjamin pencapaian orang lain. Ketika berjanji dengan bebal, melulu, atau berlebihan, ia merupakan dosa ketidakhematan. Allah mahu kamu bebas daripada risiko yang tidak perlu atau liabiliti bersyarat. Dia mahu kamu untuk hidup tanpa kekhuatiran. Orang berhikmah bersukacita kerana peraturan ini!
Salomo dengan kerap kali memberi amaran terhadap penajajaminan (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 22:26-27; 27:13). Pertimbangkan mengapa. Anak-anak raja dipancing setiap hari untuk memakai kredit, nama baik, atau kekuasaan bagi kawan, orang kenalan, atau para pengampu. Dengan jabat tangan, tandatangan, panggilan telefon, atau emel sahaja, lelaki muda itu mungkin dengan cepat sekali menimbulkan kemungkinan hutang-hutang besar yang akan menyusutkan sumber kewangan dan/atau menegangkan perhubungan-perhubungan.
Penajajaminan ialah sebahagian besar hikmah. Orang yang berhemat adalah pesimistik, was-was, dan bekerja keras untuk mengelak risiko dan masalah masa hadapan; orang bebal adalah optimistik, memandai, dan percaya kebanyakan apa yang mereka dengar (Ams 14:15; 22:3; 27:12). Orang berhikmah selalu menaruh pandangannya ke masa depan, supaya tindakannya pada hari ini tidak akan membebankannya lebih pada hari esok (Ams 23:5; 27:23-24). Orang berhikmah berhati-hati, konservatif, mengkritik, bersengaja, membenci risiko, dan lambat. Adakah kamu demikian?
Amsal ini adalah daripada Salomo kepada anak lelakinya. Dia mengingini anak lelakinya melakukan barang apa pun dalam kuasanya untuk dengan serta-merta keluar daripada apa-apa keberhutangan kewangan yang bebal untuk kawan (Ams 6:1-5). Tidak kira betapa banyak ia merendahkan dirimu untuk menarik janjimu dengan kawanmu, lakukannya sekarang! Selamatkanlah dirimu daripada janji yang melulu! Merayu supaya dapat keluar daripada janji itu, sekarang juga! Keluarkan dirimu daripada kontrak pemiutang-penghutang! Turunlah berlutut dan buat rayuan untuk kemerdekaanmu!
Apa yang awal-awal bermula dengan kemuliaan dan keangkuhan harus sekarang dengan pedih diterbalikkan dengan kerendahan hati dan malu. Pilihan-pilihan yang berdosa membawa kesan-kesan negatif; kamu tidak harus terkejut. Haruskah kamu memikirkan hal itu untuk seketika sebelum memperbetulkannya? Tidak! Jangan sesekalipun membenarkan dirimu untuk tidur (Ams 6:4)! Dapatkah kamu dengan mudah mengerah usaha yang bersahaja dan yang munasabah? Tidak! Kamu harus dengan penuh tenaga dan dengan tergopoh-gopoh mencari jalan untuk melepaskan diri seperti binatang atau burung yang terperangkap (Ams 6:5)!
Ada pelajaran yang lebih luas dan yang lebih kaya di dalam amsal ini: suatu pelajaran yang boleh dipakaimu untuk sepanjang sisa hidupmu. Bersiap sedia! Aspek-aspek mendesak dan kerendahan hati yang diperlukan untuk lekas keluar daripada penajajaminan berkaitan dengan hal-hal yang lain juga. Adakah kamu ingin menjadi lebih berhikmah daripada kehematan kewangan semata-mata? Bersiap sedia! Kamu akan mendapati dirimu banyak kali berada dalam situasi berdosa yang lain, dan kamu harus memakai usaha-usaha yang sama keamatannya untuk menyelamatkan dirimu. Bersiap sedia!
Jika kamu telah bersalah kepada mana-mana orang, pergilah dengan cepat, rendahkanlah dirimu, dan menangi semula perhubungan saudaramu; jangan memikir tentang tidur atau bersembahyang dengan Allah, sebab segalanya yang lain harus tunggu (Mat 5:23-26). Sebaliknya, jika orang lain telah bersalah kepadamu, dan kamu tidak dapat melangkaui itu dengan kasih yang mulia (Ams 10:12; 19:11; 1Kor 13:4-7), maka pergi, rendahkanlah dirimu, dan dengan sikap suka menunduk beritahu pihak itu akan kesalahannya (Mat 18:15-17).
Jika kamu sekarang bujang dan berada di dalam perhubungan dengan seorang yang bukan percayawan, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan keluarlah daripada kuk yang berdosa itu (1Kor 7:39; 11:11; 2Kor 6:14; Ezr 10:1-44). Jika kamu sedikit tergoda pun untuk berkendak dengan mana-mana orang, pergilah sekarang, dan berbuat apa pun untuk menjauhi dirimu daripada orang dan godaan itu (Ams 4:14-15; 5:8; Mat 5:28-30).
Jika televisyen sedang merosakkan keluargamu, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan putuskanlah tenaga elektrik alat itu (Maz 101:3). Jika kamu pahit terhadap pasanganmu, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan jelaskan keadaan itu dengan sepenuh-penuhnya (Efe 5:33; Kol 3:19). Jika kamu telah mengabaikan didikan yang rohani bagi anak-anakmu, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan mula semula pada hari ini (Maz 34:11; Efe 6:4).
Jika kamu ada masalah dengan godaan Internet, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan beritahu ibubapamu atau pasanganmu untuk memasang penapis dengan kata laluan untuk menyelamatkan dirimu. Jika kamu tidak menguasai diri dengan makanan atau minuman, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan bentangkanlah peraturan dengan saksi-saksi yang rapat untuk pengehadan salih atas makanan atau wain (Ams 23:2; 1Kor 9:24-27).
Jika kamu tidak banyak berbuat baik kepada ibubapamu kebelakangan ini, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan bawalah mereka keluar untuk makan malam (Efe 6:1-3; 1Tim 5:8). Jika kamu sudah lambat membayar apa pun hutang, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan bayar hutang itu pada hari ini juga, atau beritahulah pemiutang waktu kamu akan bayar (Ams 3:27-28; Rom 13:8). Jika kamu tidak pernah melakukan apa pun untuk mana-mana pun saudara seiman pada dua hari kebelakangan ini, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan lakukanlah sesuatu yang baik kepada seorang seiman pada hari ini juga (Ibr 3:12-13; Kis 20:35).
Jika kamu sudah lambat mengakui dosa-dosamu, berdoa, atau membaca Alkitab, pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu di hadapan Allah, dan mengaku, berdoa, atau membaca sekarang juga (Maz 32:5; 55:17; 119:72). Jangan biar kerja, keluarga, permainan, atau tidur mengacau (Ayb 23:12; Maz 66:18). Jika kamu tidak mendengar muzik yang salih baru-baru ini, maka pergilah sekarang, rendahkanlah dirimu, dan nyanyilah kepada Tuhan (Maz 47:6-7).
Kalau berkaitan dengan hal mentaati Allah Yang Maha Berbahagia, jangan sesekali membenarkan apa pun hal lain atau keangkuhan untuk menangguhkanmu. Daud berkata, “Aku bergegas, dan tidak menangguh untuk memegang perintah-perintahmu” (Maz 119:60). Tuhan Yesus Kristus akan datang tidak lama lagi dengan para malaikatnya yang berkuasa; akankah Dia mendapatimu dalam keadaan yang yakin kerana penuh kewajaran (1Yoh 2:28-29)? Pergilah, rendahkanlah dirimu, dan jadikan Tuhanmu pasti!