7:20
Dia telah mengambil saku wang bersama-samanya, dan akan pulang kembali pada hari yang telah ditetapkan.
Dapatkah kamu berbuat zina dan tidak ditangkap? Orang bebal fikir mereka dapat berbuat demikian! Di sinilah kata-kata seorang penzina perempuan yang menggoda mangsanya untuk mengurangkan daya pertahanan supaya pergi bersetubuh dengannya. Kata-kata penzina ini ialah sebahagian daripada perumpamaan Solomo yang panjang tentang godaan seorang teruna (Ams 7:6-23). Dia tahu bahawa dia harus mengajar anak lelakinya betapa bebalnya untuk memikir dirinya dapat terlepas daripada dosa-dosa seksual.
Para penzina perempuan takut akan suami yang marah. Para penzina takut akan suami yang marah juga. Maka si pelacur di dalam perumpamaan Solomo menjanjikan orang muda keselamatan pneuh untuk memasuki rumahnya dan katilnya (Ams 7:18-21). Suaminya telah berangkat pergi jauh-jauh dalam perjalanan berniaga, dan sementara suaminya telah membawa bersamanya tabung perbelanjaan yang besar, dia pasti tidak akan pulang pada waktu yang tidak terduga. Betapa besarnya bohong itu! TUHAN mencari suami, kerana Dia telah menciptakan perempuan untuknya (Bil 5:11-31).
Tetapi Allah telah berbicara! “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu” (Bil 32:23). Kamu tidak boleh pergi cukup jauh; kamu tidak boleh menjadikannya cukup gelap; kamu tidak boleh menyamarnya secukupnya; kamu tidak boleh berbohong dengan cukup meyakinkan. Jika kamu melanggari hukum Allah, kamu akan menderita kerana itu. Terjamin! Jika manusia tidak secara langsung mendapat tahu dosamu, namun Allah Sendiri sedar sepenuh-penuhnya, dan Dia akan menghakimi dengan sewajarnya, dengan mendedahkan itu kepadaku atau menghukummu secara langsung Sendiri.
Jangan biar orang lain memperdayakan dirimu tentang tidak dapat ditangkap. Dan jangan berbohong kepada dirimu sendiri tentang tidak dapat ditangkap. “Mata TUHAN berada di setiap tempat, memerhati kejahatan dan kebaikan” (Ams 15:3). Dan Dia mengambil tahu akan dosa-dosa seksual. “Sebab jalan-jalan manusia ada di depan mata TUHAN, dan TUHAN merenung semua penjelajahannya” (Ams 5:21). Hai isteri yang tidak puas hati, ingat bahawa Jehovah ialah Allah bagi ujian kecemburuan terhadap isteri (Bil 5:11-31).
Ruben rasa pasti bahawa dia dapat curi-curi berasmara cinta dengan isteri ayahnya (Kej 35:22; 49:4). Yehuda fikir bahawa dia dapat melanggani seorang pelacur di desa lalu terlepas daripada perbuatan itu (Kej 38:12-26). Simson rasa pasti bahawa dia dapat berzina dengan para pelacur Filistin lalu hidup. Daud yakin dia telah menutupi perbuatan zinanya, tetapi ia telah didedahkan kepada Allah dan Israel (2Sam 12:7).
Hai orang bebal! Dapatkah kamu curi-curi mengintai pornografi Internet dan tidak ditangkap? Tidak, kamu tidak dapat berbuat demikian. Sesudah kamu mengecapibuah larangan itu, hati nuranimu menangkapmu, Roh didukakan dan dipadamkan, dan kamu dikeraskan oleh perdayaan dosa untuk mencemuh amaran-amaran dan lagi lanjut mengejar dosa (Yoh 8:9; Efe 4:30; 1Tes 5:19; Ibr 3:12-13). Kamu akan mencari bahan yang lebih memberahikan, dan kemudian nafsu-nafsumu akan mencemar dan memperdayakanmu lalu bermula mengganggu kehidupanmu.
Isterimu pada pandanganmu tidak akan menarik seperti dahulu. Kamu akan menjadi geram untuk mengintai tanpa kepuasannya. Firman Allah akan bagimu rasa jemu dan tertutup. Sembahyangnya akan menjadi beban. Mindamu akan bermain dengan gambar-gambar dan berdamba untuk melihatnya sekali lagi. Kamu akan curi-curi melihat gambar lucah seperti seorang pencuri. Dan kamu memanggil ini sebagai terlepas?
Sementara tidak dapat menahan godaan, kamu mengulangi dosa itu. Tidak lama kemudian kamu memerlukan gambar yang lebih lucah. Kegeraman bertambah. Isterimu langsung tidak lagi menarik bagimu. Kemampuanmu untuk bertenaga mula pudar. Kamu sudah undur dengan teruk sekali, dan hal-hal rohani tidak lagi menarik minatmu. Kamu terperangkap di dalam kemerosotan dosa seksual dan pembinasaan jiwa (Ams 5:22-23).
Si Pembinasa membisik kepada jiwamu yang bebal bahawa kamu sedang terlepas melihat perempuan telanjang, hanya kerana tidak seorang pun telah menangkapmu berbuat demikian! Betapa bebalnya itu! Betapa bohongnya fikiran itu! Kamu sudah ditangkap sepenuhnya! Kamu seorang hamba abdi! Dan di sana tidak seorang pun yang ada untuk menyelamatkanmu! Kamu terasing daripada Allah, terasing daripada isterimu, dan terasing daripada manusia barumu. Kamu merupakan manusia mati yang sedang berjalan. Inilah senario yang paling baik kesnya, kerana bukti sedang menandakan kamu tidak memiliki manusia yang baru.
Hai orang bebal! Dapatkah kamu menonton cerita romantis yang tiada iman di televisyen dengan keluargamu lalu terlepas daripadanya? Sedikit pun tidak! Gabungan peragawan dan peragawati yang tampan dan cantik, set yang mahal untuk lakonan, asmara cinta yang palsu, runut bunyi yang penuh emosi, pencahayaan pentas yang istimewa, penangkapan gambar yang dekat-dekat dan yang perlahan, dan banyak kerja mengulangi penangkapan gambar untuk menarik minda-minda yang terbuka ketika santai.
Kamu akan menyalakan keinginan dalam hati anak-anakmu dan dalam hatimu sendiri sesuatu yang tidak wujud – kebahagiaan dengan orang lain tanpa pengutamaan Allah dan Kristus dalam setiap insan. Kamu akan memulakan suatu gerakan kedambaan bagi hal romantis Hollywood yang akan mengeramkan perkahwinanmu dan memprovokasi anak-anakmu untuk menyangkalmu dan mencari cinta di kalangan orang pagan di dunia.
Jangan mendengar mana-mana orang atau mana-mana perasaan yang membawamu untuk memikir dirimu dapat terlepas daripada dosa, terutamanya dosa seksual. Apa pun orang yang memberi cadangan itu ialah penyubahat dalam pembinasaanmu, dan perasaan-perasaan yang demikian dalam hatimu merupakan godaan daripada si iblis sendiri. Fikir sebaliknya akan peraturan dari syurga, “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu!”
Jika kamu seorang percayawan dalam Tuhan Kristus, kamu merupakan pengantin perempuanNya (2Kor 11:1-2). Dia telah bertolak untuk perjalanan yang jauh, tetapi Dia akan kembali semula (Mar 13:34). Dia Suami yang sungguh-sungguh cemburu (Kel 34:14). Dia menganggap persahabatan dengan dunia pun untuk menjadi perzinaan rohani (Yak 4:4). Dia menganggap perawan yang berminda badaniah sebagai tidak layak untukNya (Mat 25:1-13). Adakah kamu berjaga, menanti-nanti, dan mencari kedatanganNya dengan kesungguhan besar (Tit 2:13-14)?