7:21
Dengan banyak ucapan yang muluk-muluk dia menyebabkan lelaki muda itu menyerah, dengan bibirnya yang mengampu dia telah memaksa lelaki itu.
Perempuan boleh mengatasi lelaki – dengan perkataan! Lelaki mendambakan wanita punya pujian, kesayangan, dan kesetiaan. Pelacur punya pengampuan sungguh berbahaya. Perempuan durjana memakai kuasa ini untuk menggoda lelaki untuk berdosa; perempuan yang berakhlak mulia memakainya untuk menyenang, melindungi, dan membangunkan suami mereka.
Perumpamaan Salomo tentang seorang penzina perempuan yang menggoda seorang pemuda yang bebal melibatkan kuasa perkataannya yang menggoda pemuda itu untuk berdosa bersamanya. Ucapan perempuan itu sungguh berkuasa; Salomo menjelaskannya sebagai apa yang menyebabkan lelaki itu menyerah dan memaksakannya ke dalam dosa seksual. Lelaki itu salah sepenuh-penuhnya kerana berdosa dengannya, tetapi hikmah amsal ini adalah untuk menanggap dengan betul bahaya dan kuasa kata-kata yang bermain cinta.
Di dunia yang cabul ini, tidak kira bagaimana caranya perempuan berpakaian atau berkelakuan, ia selalu dianggap salah lelaki untuk masalah seksual. Gangguan seksual dianggap berpunca dari satu pihak semata-mata bagi yang lemah akal dan bagi mahkamah zaman kini. Tetapi TUHAN dan Salomo memberi amaran tentang perempuan yang menggoda dan yang memaksa lelaki, dan mereka betul. Perempuan memang ada kuasa (Ams 6:24-25; 7:26; Pkh 7:26).
Perempuan yang lacur menimbulkan lebih godaan seksual bagi lelaki berbanding keberahian lelaki yang menggoda perempuan (Ams 23:27-28). Hanya perempuan yang paling hina tertarik kepada lelaki yang tidak sopan, yang lancang, dan yang gasang. Perempuan secara am dilindungi oleh sikap keterkawalan yang lebih kuat, keperluan untuk kesetiaan, keluarga, hukum, dan ketertiban sosial. Tetapi apakah yang dapat melindungi lelaki daripada si penggoda yang berani? Amsal!
Pengampuan ialah pujian yang keterlampauan yang dipakai untuk menggoda seseorang untuk menentang kehendak dirinya. Ia mempersembahkan sesuatu hal dengan sungguh elok supaya menjadikannya lebih menyenangkan kepada pendengar lalu memperdayakannya. Lelaki suka pujian perempuan, kerana hal memenangi pemujaan, keredaan, dan pengabdian seorang perempuan ialah dorongan naluri yang telah dimasukkan ke dalam hati dan sanubari lelaki oleh Allah. Perempuan yang jahat memanipulasikan keinginan ini dalam lelaki untuk memangsakan mereka dalam kepelbagaian rancangan jahat untuk tujuan kepentingan diri sendiri.
Apa pun daya kesekatlakuan lelaki terhadap dosa seksual – oleh agama, didikan ibubapa, atau akhlak mulia – akan kerap kali lenyap di dalam lelaki kerana godaan ucapan dan pengampuan perempuan yang menarik. Pemujaan seorang perempuan ialah godaan yang hanya segelintir lelaki yang luar biasa boleh tahan, dan kemudian hanya oleh rahmat Allah. Yusuf mungkin telah menolak isteri Potifar, tetapi dia merupakan kekecualian kepada hakikat umum yang disebut Alkitab dan pengalaman manusia.
Raja Salomo kerap kali memberi amaran kepada anak lelakinya tentang kata-kata yang muluk-muluk oleh si penggoda yang lacur (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:5; 22:14). Orang berhikmah akan mengendahkannya dengan serius dan mengelak perempuan sedemikian, sebelum kata-kata bohong mereka merampas jiwa-jiwa mereka dan akhlak mulia mereka. Tetapi di sini dia sudah membentangkan dengan teliti pendekatan lisan seseorang penzina perempuan yang menggoda mangsanya yang naif (Ams 7:13-20). Ringkasan Salomo dalam amsal ini menyatakan keadaannya dengan elok sekali. Dia memaksa pemuda tersebut untuk menyerah!
Salomo turut menjelaskan bahawa perempuan lacur itu memakai pelukan, ciuman, dan muka yang berani dan yang tiada kesekatlakuan seksual di hadapan kata-katanya (Ams 7:13). Kemudian dia memberi suatu pembentangan yang panjang tentang kata-kata muluknya yang banyak:
1. Aku memang perempuan yang baik: Aku bukan seorang pelacur: perbuatan berbaring denganku bukan dosa (7:14).
2. Aku sudah membuat persiapan dan ada segala apa pun siap supaya mengadakan masa yang seronok bersama (7:14).
3. Niatku sungguh mulia dalam hal ingin meluangkan waktu yang seronok dengannya (7:15).
4. Aku telah sekian lama menunggu dan kerap kali bermimpi untuk bertemu dengan seorang lelaki sepertimu (7:15).
5. Aku sungguh gembira bertemu denganmu, sebab aku tidak mahu berada dengan sesiapa pun yang lain (7:15).
6. Ia sungguh ajaib untuk bersendirian denganmu dan merasakan cinta berahi sesama kita (7:15).
7. Sekian lama aku ingin bertemu denganmu; Aku sudah membuat persiapan (7:16).
8. Aku sudah mengaturkan segalanya untuk cinta asmara yang paling hebat dan yang paling sempurna bagi diri kita (7:16).
9. Aku tahu apa yang istimewa yang akan kamu suka, yang perempuan biasa yang boring tidak faham (7:17).
10. Aku peduli tentang dirimu melebihi mana-mana perempuan yang lain, maka aku memakai usaha yang lebih besar (7:17).
11. Kita sudah tentu memiliki kasih bersama yang tidak ditandingi mana-mana pasangan lain (7:18).
12. Biarlah kita mengalami sepenuh-penuhnya kedalaman kasih istimewa yang dimiliki kita ini (7:18).
13. Tiada perempuan lain yang pernah mempunyai perasaan yang sebegitu kuat terhadap mana-mana lelaki kalau dibandingkan dengan perasaanku bagimu (7:18).
14. Cinta asmara kita akan melepasi segala cinta asmara di sejarah dunia (7:18).
15. Hiburan dan kenikmatan yang dapat kita alami di dalam satu sama lain akan sungguh ajaib (7:18).
16. Kasih dan kenikmatan kita akan tahan sepanjang malam – dan seluruh hidup kita – untuk selama-lamanya (7:18).
17. Jangan khuatir akan apa pun risiko, sebab suamiku sudah bertolak untuk urusniaga yang jauh (7:19).
18. Suamiku lebih suka perniagaan daripadaku: aku amat memerlukan kasihmu dan tubuhmu (7:19).
19. Tiada risiko ditangkap basah; aku sudah memakai segala langkah pencegahan supaya tidak ditangkap (7:20).
20. Suamiku ada wang, yang dia suka; kita pula ada kasih yang wangnya tidak dapat beli (7:20).
Hai orang muda, berapakah kuatnya Simson? Adakah dia lebih kuat daripada mana-mana lelaki yang lain? Memang! Dia lebih kuat daripadamu. Tetapi para pelacur telah membunuh banyak lelaki yang hebat (Ams 7:26). Delila memakai perkataan untuk membinasakan Simson, meskipun Simson tahu bahawa Delila mahu membinasakannya. Mengapakah Simson tidak boleh menahan dia? Kerana kata-kata mengampu daripada perempuan yang cantik terlalu hebat bagi kebanyakan lelaki! Bacalah tentang kelemahannya dan keadaannya yang tidak berdaya di hadapan pengampuannya yang memanipulasikan (Hak 16:4-21).
Hai orang muda, berapakah berhikmahnya Salomo? Adakah dia lebih berhikmah daripada mana-mana lelaki yang lain? Memang! Dia lebih berhikmah daripadamu. Tetapi para pelacur telah membunuh banyak lelaki yang hebat (Ams 7:26). Perempuan-perempuan yang eksotik [asal dari luar negeri] telah menyebabkan Salomo berdosa, bertentangan dengna nasihat baik amsal-amsalnya sendiri (1Raj 11:1-8; Neh 13:26). Di kalangan banyak negara tiada raja sepertinya, dan Allah mengasihinya, tetapi para perempuan tersebut mencemarkan akhlaknya yang hebat dengan kuasa yang mengatasinya (Pkh 7:26).
Dalam hal mengelak pengampuan berbahaya perempuan, kamu juga harus berjaga-jaga terhadap kata-kata yang menggoda dalam nota, kad, emel, mesej teks, ciapan, mesej suara, surat, forum, atau apa pun bentuk komunikasi yang lain. Ia tidak kira bagaimana kata-kata perempuan sampai ke dalam fikiran seorang lelaki, sebab kata-kata itu kekal sungguh berkuasa. Perempuan yang lacur boleh berkomunikasi denganmu dengan lebih mudah pada zaman kini dari mana-mana zaman dahulu, dan hikmah menuntut supaya kita memakai sikap cermat dalam semua bahaya yang baru abad ke-21 ini.
Hai perempuan Kristian, jagalah ucapanmu kepada lelaki yang bukan ayahmu atau bukan suamimu. Jadilah terkawal. Bencilah perbuatan main cinta atau pengampuan. Sementara pujian ialah hal yang sungguh ajaib, ia terlalu berkuasa terhadap lelaki dan hanya harus diberi dengan jarang dan dengan banyak budi bicara. Tetapi kamu patut belajar untuk memakai kata-kata yang baik dan pemujaan keperempuanan terhadap ayah dan suamimu, sebab itu boleh membina jiwa dan akhlak lelaki supaya menjadi makhluk yang kuat dan yang mulia yang diingini Allah.
Hai isteri Kristian, mengapakah dunia perempuan menggoda suamimu oleh kesenyapanmu atau sikap kesekatlakuanmu di rumah? Seorang perempuan yang berakhlak mulia mahir dalam segala seni bercinta asmara (Ams 5:19; 1Kor 7:1-5; Ibr 13:4), termasuk kata-kata yang menghibur, menarik, memberahi, dan mengundang suaminya. Jika kamu tidak pernah diajar hal-hal demikian, maka kamu perlu membaca kitab Kidung Agung. Kitab Amsal ada pelajaran hikmah, tetapi kidung Salomo memberi penjelasan tentang dua kekasih yang hangat bercinta.
Sifat pengampuan yang licik dan yang menjatuhkan orang juga dinyatakan di dalam agama palsu, yang kata-kata baik dan ucapan yang muluk memperdayakan hati para pendengar untuk mengikut doktrin palsu (Rom 16:17-18; 2Kor 2:17; 11:3-4,13-15; Kol 2:4; 2Pet 2:3,18). Apakah perlindungannya? Carilah gereja-gereja Yesus Kristus yang sederhana dan yang tidak canggih dengan adanya khutbah Alkitab yang terus-terang. Carilah hamba-hamba Allah yang akan menyediakan segalanya dengan lurus dan jujur (2Kor 4:2). Daripada mencari kesopanan mimbar, carilah isi mimbar. Daripada mencari pertunjukkan, carilah doktrin dan arahan.