Amsal · Proverbs

7:19
Sebab suamiku tidak ada di rumah, dia sudah berangkat untuk perjalanan yang jauh.

Orang yang berkendak dan yang berzina fikir dan berkata, “Kami tidak akan ditangkap basah”. Di dalam amsal ini, seorang penzina perempuan menggoda mangsanya dengan menjanjikan keselamatan bagi perhubungan rahsia. Sementara berbohong seperti Syaitan kepada Hawa, penzina itu memberitahunya bahawa tiada bahaya yang akan menimpanya, sebab suami sedang berada dalam perjalanan. Sementara berbohong seperti Delila kepada Simson, dia tidak memberitahu dia bahawa Allah tidak berada dalam perjalanan yang jauh.

Perkataan bahasa Inggeris yang kuno, “goodman” dalam versi King James, bermaksud suami. Perempuan yang ibarat Izebel yang licik dalam perumpamaan Salomo ini memakai perkataan ini untuk berbicara tentang suaminya secara jauh dan secara tidak hormat (Ams 2:17), supaya dapat menjauhi kedua-dua hati nurani daripada memikir tentang suaminya yang tidak bersalah, iaitu kekasihnya dari masa mudanya. Perzinaan biasanya memerlukan suatu kadar pengkritikan pasangan supaya ia dapat terjadi.

Dengan memakai kata ganti nama “dia” untuk menghina suaminya yang tekun (Ams 7:19-20), penzina perempuan tersebut mencadangkan katilnya sendiri sebagai suatu tempat selamat bagi pertemuan cinta berahi mereka (Ams 7:16-17). Dia menawar banyak masa untuk persetubuhan yang seronok, sementara suaminya pergi bekerja untuk lama-lama (Ams 7:20). Ia hikmah salih bagi perempuan untuk mengamalkan keseganan Sara ketika memikir akan suami (1Pet 3:5-6).

Dia dengan lebih lanjut berbicara akan perjalanan suami yang jauh-jauh, dan memberi maksud tersirat tentang kesibukan kerap suaminya, untuk mendapat simpati daripada si bebal dengan menjadikan dirinya nampak sunyi dan memerlukan kasih dan kesayangan si bebal itu. Berapa banyak penzina telah memberi alasan bagi dosa keji mereka dengan menuduh pasangan, sementara adanya kurang takut akan Allah dan kurang penguasaan diri untuk menjadikan mereka puasdalam perkahwinan mereka?

Dosa memperdayakan, tetapi dosa-dosa seksual lebih memperdayakan daripada kebanyakannya (Ams 3:13). Keseronokan singkat boleh menjadi sebegitu hebat dan kesan-kesan jauhnya nampak sebegitu terpencil sampai dosa-dosa seksual dianggap tidak menyakiti sesiapa pun janji kedua-dua pihak mengizinkannya. Tetapi dosa tidak memberitahumu tentang penyakit seksual, penghamilan yang tidak diingini, rasa salah, malu, suami yang cemburu atau ayah yang marah, disfungsi seksual masa depan, kenangan yang tidak diingini, kekeliruan akan kasih dan seks, kebencian, kesunyian, dsb.

Amerika dan kebanyakan dunia sekarang menghiburkan diri sendiri dengan kepuasan berahi tersebut seperti yang dinyatakan perumpaan ini melalui lagu, cerita novel, dan gambar wayang mereka. Perzinaan ialah suatu wabak epidemik dan ia digalakkan oleh media-media massa supaya perempuan muda mencari kenikmatan diri dan supaya perempuan tua berseronok dengan lelaki muda. Lelaki fikir bahawa ia hak mereka dan peranan mereka untuk meniduri sebanyak perempuan semungkin. Tetapi apakah yang Allah dan Alkitab sebut tentang kedurjanaan yang sebegitu keji?

Pelajaran Salomo di sini dapat menjadi jalan cerita yang hebat untuk tayangan gambar atau cerita novel pada hari ini, dan perempuan lacur itu dapat menjadi wirawati. Semua orang dapat menikmati seninya memperdayakan orang muda; usahanya dalam penakhlukan lelaki akan diraya sebagai kemenangan kasih; drama tersebut akan berakhir dengan senang sekali; dan kebanyakan orang muda yang telah menonton atau yang telah membacanya akan harap untuk menjadi sebegitu bernasib baik. Begitulah orang bebal mengolok-olok dosa (Ams 14:9). Begitulah Syaitan menjual racunnya (Maz 101:3). Tetapi apakah yang dikatakan TUHAN?

TUHAN mengutuk kedua-dua pihak itu dihukum mati (Ima 20:10; Ula 22:22-24; 2Sam 12:13; Yoh 8:5). Bagaimana pula kalau kedua-dua pihak itu memang mengizinkannya? Ia merupakan dosa yang layak untuk hukuman mati (Ibr 13:4; Wah 21:8). Seorang suami di Israel yang kembali daripada perjalanan niaganya dapat membawa isterinya kepada para imam untuk ujian kecemburuan, tanpa memakai bukti-bukti yang berasaskan keadaan. Jika isterinya memang telah tidak setia secara seksual, perutnya akan membuncit dan alat kelaminnya akan terus mereput (Bil 5:11-31).

Perjalanan jauh untuk perniagaan biasanya lebih berbahaya bagi lelaki, kerana ada banyak godaan di hotel mewah jauh dari rumah, dengan banyak masa, makanan mewah dan wain, dan dengan kurang kenalan di sekitar. Biar setiap orang yang menyebut nama Kristus mengehadkan perjalanannya dan menjaga bejananya sendiri (1Tes 4:1-8). Untuk diberi amaran awal adalah untuk diperlengkapi dengan awal. Biar Yusuf menjadi teladanmu (Kej 39:7-12).

Kekalkanlah perpisahan perkahwinanmu pada kadar minima. Perpisahan hanya menjadikan hati lebih rindu jika kedua-dua pihak adalah salih dan perpisahan itu diwajibkan. Pasangan ada keberhutangan untuk persetubuhan harian, dan perpisahan yang tidak perlu memungkiri waad/perjanjian dan menipu itu memberi peluang seksual bagi godaan Syaitan (1Kor 7:1-5). Allah tahu bahawa perpisahan akan terjadi kerana perniagaan atau peperangan, maka Dia melarang perpisahan untuk tahun pertama (Ula 24:5).

Perempuan yang berakhlak mulia boleh selalu dipercayai, tidak kira di mana jua dia berada (Ams 31:10-12). Namun untuk menjadi selamat, perempuan patut mengehadkan masa dan menjaga masa mereka ketika jauh dari rumah (Ams 7:11-12; 1Tim 5:12-15), sebab perempuan merupakan sasaran yang mudah bagi godaan (Ams 30:19-20; Kej 3:1-6; 1Tim 2:14; 1Pet 3:7). Dia dapat sungguh membantu dirinya sendiri dengan mengekalkan diri sibuk di rumah (Ams 31:13-27; Tit 2:3-5). Dan dia harus ada persetubuhan yang memuaskan dan yang kekal dengan suaminya (1Kor 7:1-5).

Walaupun suaminya berangkat pergi untuk berniaga lama-lama, mata Tuhan ada di merata-rata, memandang segalanya yang difikir dan yang dilakukan isteri, dan jadilah pasti bahawa dosanya akan memperlihatkannya (Ams 15:3; Bil 32:23). Suami yang jauh dari rumah harus ingat bahawa Allah memandang niat dan tindakan seksualnya juga (Ams 5:21; Ayb 34:22; Yer 23:24; Ibr 4:13). Berhati-hati!

Hai pembaca, Suami gereja akan kembali tidak lama lagi, iaitu Tuhan kemuliaan, Pengantin Lelaki gereja (Mat 24:42-51; Mar 13:34-37; 1Tes 3:13; 5:1-10; 2Pet 3:9-17). Akankah Dia menemuimu menanti-nanti dalam keadaan mengagumi kesucian dan kesetiaan? Atau dalam keadaan sedang meniduri dunia (Yak 4:4)? Kenikmatan bertemu denganNya dengan yakin jauh melampaui apa pun kenikmatan dosa seketika di sini. Tanyalah Musa atau Yesus (Ibr 11:24-26; Mar 10:28-30).