Amsal · Proverbs

8:11
Sebab hikmah lebih baik daripada batu delima; dan segala yang mungkin diingini tidak harus dibandingkan dengannya.

Mengapa kamu bangun pada hari ini? Apakah cita-citamu yang paling besar untuk kehidupan? Apa pun yang sedang dikejarmu itu kurang unggul berbanding hikmah, sebab segala yang dapat diinginimu tidak dapat dibandingkan dengan hikmah. Harus mengapakah kamu membazirkan hidupmu dengan hal-hal yang sia-sia? Ada kekayaan besar dalam hikmah. Jadikanlah hikmah cita-citamu yang paling tinggi dan matlamatmu yang paling penting (Ams 4:7; 16:16; 23:23)!

Apakah hikmah? Ia daya penghakiman yang betul – kemampuan untuk mengenal mana tindakan yang menyenangkan Allah dan manusia dalam apa pun situasi. Ia berkata dan berbuat hal yang betul pada setiap masa. Ia dapat cam kebenaran dan kesalahan, tidak kira usaha yang dibuat untuk mengaburkan atau menyamarkannya. Ia patut dijadikan impian setiap orang, tetapi ia hanya dicari dan diperoleh segelintir orang sahaja. Kebanyakan orang gila dengan hal-hal bebal yang mengalihkan perhatian dan yang akan membinasakan mereka dalam kehidupan ini dan kehidupan di akhirat.

Segala hal yang diingini dan yang dikejar manusia dengan memakai hayat kehidupan mereka mungkin dapat disenaraikan dan dikutuk, tetapi dengan mendedahkan tiga daripada hal yang paling popular akan dengan mudah mengutuk hal-hal yang lain. Tiga cita-cita manusia yang paling lazim ialah pendidikan, kejayaan kewangan, dan kesihatan fizikal; Allah memikir ketiga-tiganya bebal dan sia-sia (Yer 9:23-24). Kamu telah diberi amaran. Jangan membazir kehidupanmu.

Dari awal-awal lagi, banyak budak dibentuk untuk memikir bahawa pendidikan ialah matlamat kehidupan yang paling penting. Memperoleh markah yang baik, dan pergi ke kolej, dan mendapat ijazah lanjut daripada universiti yang cemerlang dianggap sebagai pencapaian yang besar dan yang mulia. Tetapi Allah memperolok-olokkan mereka (1Kor 1:19-21; 3:18-20; 1Tim 6:20-21)! Orang bebal yang terdidik ini tidak memperoleh apa pun hikmah, iaitu takut akan Allah dan kebenaran Alkitab. Penceraian, kemurungan, ketidakpuasan, dadah, dan disfungsi keluarga mendedahkan kebebalan mereka. Seorang pekebun yang takut akan Allah jauh lebih baik.

Orang lain merancang untuk menjadi berjaya dengan profesional dan memperoleh kekayaan. Mereka mahu menjadi kaya. Mereka bermimpi dan mengabdikan diri dalam jerih lelah supaya dapat hidup di dalam rumah mewah di kawasan yang eksklusif. Mereka mahu memandu kereta yang paling elok, makan di restoran yang paling baik, dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang paling baik, dan bercuti di tempat yang paling mewah. Tetapi wang menimbulkan sama banyak masalah yang dapat selesaikannya (Pkh 5:10-17); mengejar wang merosakkan jiwa manusia (1Tim 6:6-10; Luk 12:13-21); ia merosakkan akhlak (Ams 17:23; 18:23; 19:6); dan kamu tidak dapat membawa apa pun bersamamu ketika mati.

Satu lagi cita-cita yang lebih bebal ialah kesihatan, kecergasan fizikal, dan penampilan tubuh – yang semuanya merupakan perjuangan yang sia-sia sehingga kamu mati dan bangun telanjang di hadapan Allah (1Tim 4:7-9). Tiada pembebasan daripada peperangan ini (Pkh 8:8).Tidak kira betapa banyaknya usaha, vitamin, makanan organik, kelab kesihatan, jurulatih peribadi, dan ubat alternatif yang dipakai, manusia tidak pernah menambahkan satu tahun pun kepada jangka hayatnya sejak 3000 tahun dahulu (Maz 90:10). Daripada berharap untuk perlanjutan umur, mereka sebaliknya patut memakai hari-hari dan tahun-tahun hayat mereka untuk hidup dengan lebih baik (Maz 90:12).

Hai pembaca, apakah cita-citamu? Apakah matlamat yang kamu ada bagi kehidupanmu? Jika ia salah satu daripada tiga cita-cita tersebut yang telah didedahkan Alkitab dan alam semula jadi sebagai kesia-siaan, kamu sedang membazirkan kehidupanmu dan udara di bumi ini. Jika ia kurang daripada mana-mana tiga matlamat ini, kamu sudah melakukan kesalahan yang sangat teruk. Salomo, sementara memiliki gabungan kekayaan, hikmah, dan kekuatan yang paling banyak – bereksperimen dalam banyak aspek kehidupan melebihi apa yang dapat dibayangkanmu. Apakah kesimpulan Salomo? Takut akan Allah dan peganglah perintah-perintahNya – hikmah yang sugguh sejati (Pkh 12:13-14)!

Kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar (1Tim 6:6). Kesalihan menyenangkan Allah dengan fikiranmu, perkataanmu, dan pertuturanmu – inti hikmah yang sejati yang disanjungi Salomo dalam amsal ini. Kepuasan ialah kebahagiaan dan rasa cukup bagi dirimu dan bagi keadaan-keadaanmu, tidak kira apa pun itu. Gabungan dua hal itu merupakan kunci kepada kehidupan yang indah sekali. Jika kamu mengabai atau menolak mana-mana satu, ia lebih baik kalau kamu tidak pernah dilahirkan. Hikmah lebih berharga daripada batu delima, dan tiada apa pun dalam kehidupan yang cukup bernilai untuk dibandingkan dengannya. Carilah hikmah pada hari ini juga.