8:16
Oleh aku para penguasa, dan para bangsawan, bahkan semua hakim di bumi memerintah.
Di sinilah pelajaran untuk sains politik. Para penguasa, para bangsawan, dan para hakim semua memerlukan hikmah untuk melaksanakan jawatan-jawatan mereka dengan baik. Suatu amsal yang amat serupa mendahului amsal ini, yang menunjukkan secara pengulangan penekanan Allah betapa pentingnya hikmah untuk para penguasa (Ams 8:15). Pelajaran-pelajaran praktikal di sini ialah ini: para penguasa dengan hikmah akan menjadi penguasa yang baik, dan orang tanpa hikmah tidak; dan jika hikmah mendukung takhta dengan sebegitu baik, maka hikmah ialah sesuatu yang berbaloi untuk dikejar.
Siapakah yang diwakili kata ganti nama diri pertama kasus objektif, “aku”? Bila-bila membaca bab kelapan kitab Amsal, ingat bahawa seluruh bab ialah personifikasi hikmah sebagai seorang perempuan, Puteri Hikmah (Ams 8:1-3). Solomo mengejar bentuk sastera ini supaya menjadikan hikmah menarik dan peribadi semungkin, melalui inspirasi Roh Kudus. Kamu berbuat sama ketika menyatakan pokok melambai-lambai atau angin sepoi-sepoi membelai bumi.
Amsal ini adalah jenis yang memberi arahan dan yang praktikal, bukan jenis yang sejarah atau yang literal. Bukan semua para penguasa, para bangsawan, dan para hakim berhikmah. Sebenarnya, banyak di antara mereka tidak berhikmah. Sesetengah keputusan yang eksekutif, perundangan, dan kehakiman adalah bebal, dan bercanggah sampai ke tahap tidak masuk akal pun. Pelajaran yang memberi arahan adalah bahawa para penguasa yang hebat memakai hikmah supaya dapat melakukan tugas-tugas mereka dengan baik. Pelajaran-pelajaran praktikal dinyatakan awal-awal lagi: kamu harus menyanjungi hikmah dan mengejarnya, kerana ia berharga, dan kamu memerlukannya.
Semua jawatan sivil memerlukan hikmah, suatu kelayakan yang tidak difahami pun pada hari ini. Yitro memberitahu Musa, “Di samping itu, kamu akan membekalkan orang yang berkemampuan dari kalangan umat, iaitu orang yang takut akan Allah, orang benar, yang membenci kedambaan; dan tempatkan orang demikian atas mereka” (Kel 18:21). Yosafat memberi arahan kepada para orang Lewi dan ketua-ketua penguasa pada hari pelantikan mereka, dengan berkata, “Demikianlah kalian akan buat dalam takut akan TUHAN, dengan setia, dan dengan hati yang sempurna” (2Taw 19:9).
Apakah hikmah? Penjelasannya mudah: ia daya penghakiman yang betul. Hikmah ialah pilihan-pilihan dan keputusan-keputusan yang menyeimbangkan belas kasihan dan kebenaran, memanfaatkan seluruh bangsa, dan wajar sempurna di pandangan Allah. Dari manakah datangnnya hikmah? Takut akan Tuhan (Ams 1:7; 9:10; Ayb 28:28; Maz 111:10)! Bagaimanakah takut akan Tuhan dipakai kepada proses politik suatu bangsa? Dengan mentaati nas-nas Kitab yang diilhamkan dan dikekalkan oleh Allah di syurga (Ula 17:18-20; Maz 19:7; 119:23,98-100,128,161; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17)!
Adakah ia bermaksud bahawa hanya para penguasa Kristian yang mengikuti Alkitab dapat benar-benar menjadi hebat dan mulia? Sudah tentulah! Ia takut akan Allah dan firman Allah yang menjadikan para penguasa dan negara-negara hebat. Tahap firman Allah digalakkan, dikhutbahkan, dan ditaati di sesuatu negara ialah tahap yang suatu negara akan menjadi hebat kalau disukat dari segi kebebasan, keadilan, kemoralan, dan damai sejahtera. Daud, salah satu raja yang paling hebat dan yang paling mulia, telah menulis, “Diberkati negara yang Allahnya TUHAN” (Maz 33:12). Negara-negara yang menolak Allah akan dijadikan neraka (Maz 9:17).
Di sinilah apa yang Musa isytiharkan tentang hanya bahagian yang kecil Wasiat Lama:
“Lihatlah, aku telah mengajar kalian peraturan-peraturan dan penghakiman-penghakiman, sama seperti TUHAN Allahku telah perintahkanku, supaya kalian harus melakukan sedemikian di tanah yang kalian masuk untuk menaklukinya.
Maka peliharakannya dan lakukannya; sebab inilah hikmahmu dan pemahamanmu di hadapan mata bangsa-bangsa, yang akan mendengar segala peraturan ini, lalu berkata, Sudah tentulah bangsa besar ini ialah kaum yang berhikmah dan yang ada pemahaman.
Sebab manakah bangsa yang sebegitu besar, yang ada Allah sebegitu dekat kepada mereka, seperti keberadaan TUHAN Allah kita dalam segalanya yang kita memanggilnya?
Dan manakah bangsa yang sebegitu besar, yang ada peraturan-peraturan dan penghakiman-penghakiman sebegitu wajar seperti seluruh hukum ini, yang telah aku bentangkan di hadapan kalian pada hari ini?”
Adakah semua penguasa, bangsawan dan hakim berhikmah? Jarang. Allah memberitahu Raja Nebukadnezar, yakni pemerintah monarki yang paling hebat, bahawa Dia kerap kali menaruh orang yang paling hina di kalangan manusia untuk memegang jawatan-jawatan sivil (Dan 4:17). Sementara mereka dan jawatan-jawatan mereka harus dihormati, sebagai ditahbiskan oleh Allah, namun ada kurang orang yang mulia di kalangan mereka (Rom 13:1-7). Pertimbangkan jenayah yang paling besar – perbicaraan yang rosak dan penyaliban Yesus dari Nazaret. Itu telah dirancangkan, diluluskan, dan dilaksanakan oleh gabungan para orang Yahudi dan dua orang Rom yang dilantik, Pilatus dan Herodes.
Ketika suatu negara menolak Allah, seperti Amerika pada hari ini, Dia mengeluarkan semua orang hebat mereka, supaya mereka ditinggalkan dengan kanak-kanak dan perempuan yang menindas mereka sampai ke ambang bencana (Yes 3:1-5,21). Ketika suatu negara nampak lelaki kuat, hakim hebat, lelaki berhemat, lelaki mulia, para penasihat, tukang-tukang mahir, dan ahli pidato yang petah lidah kehilangan, Allah sedang bekerja. Melihat suatu perbahasan presiden seharusnya cukup untuk kamu tahu keadaan negara sudah sampai ke tahap itu. Kecuali dan sehingga Amerika bertaubat dan kembali kepada Allah, ia sedang menjatuhkan dirinya sendiri!
Apakah tujuan Amsal 8? Untuk menyanjungi hikmah dengan menunjukkan pelayanan besarnya terhadap Allah dan manusia supaya memprovokasimu untuk memeluknya dengan segenap hatimu dan segenap kekuatanmu (Ams 8:1-11,32-36)! Di dalam amsal yang khususnya ini, hikmah disanjungi oleh kebergunaannya kepada para penguasa yang hebat dan yang mulia. Bagi para penguasa untuk menjadi mulia, melaksanakan tugas dengan kemurahan, keadilan, dan kehematan, mereka memerlukan hikmah. Nilai tinggi dan kebergunaan itu harus mendorong keinginanmu untuknya.
Jika hikmah diperlukan untuk para raja, para penguasa, para bangsawan, dan para hakim untuk memerintah dengan baik, betapa banyak lagi usaha yang harus kamu buat untuk mengejarnya sendiri? Jika hikmah adalah sebegitu besar, ia harus menjadi matlamat yang paling utama bagi kehidupanmu (Ams 4:7; 18:1). Di manakah ia dijumpai? Di dalam takut akan Allah dan ketaatan kepada kitab-kitab yang berilham dan yang dikekalkan Allah! Adakah keutamaan-keutamaan ini berada di dalam kehidupanmu? Jika kamu mengasihi hikmah dan mencarinya awal-awal, kamu boleh dengan mudah menemuinya (Ams 8:17). Mulailah pada hari ini!
Ada hanya satu Raja, Penguasa, dan Hakim yang benar-benar berhikmah – Yesus Kristus – Dia Yan Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja, Raja segala raja, dan Tuan segala tuan (1Tim 6:13-16). Dia akan datang tidak lama lagi untuk menghakimi bumi, memperbetulkan segala yang salah, menamatkan segala bohong, menghukum para pelaku jahat, dan mengganjari orang benar dengan hidup yang kekal. Dia sekarang duduk di tangan kanan Allah dan sedang memecahkan negara-negara kepada cebisan-cebisan politik, seperti mana-mana peta politik dengan jelas-jelas boleh nyatakan (Maz 2:1-12; Wah 2:26-27; 12:5; 19:11-16). Tuhan Allah Yang Maha Kuasa berdaulat! Haleluya! Amin!