8:15
Oleh aku para raja memerintah, dan para penguasa mendekrikan keadilan.
Inilah kata-kata Puteri Hikmah. Dia merupakan kata ganti nama diri pertama di sini. Salomo berada di tengah-tengah cerita personifikasi tentang hikmah (Ams 8:1-36), dan Puteri Hikmah mengajar bahawa raja-raja yang baik dan para penguasa mesti memilikinya, kerana perlaksanaan wajar bagi jawatan-jawatan mereka bergantung kepadanya.
Bangsa-bangsa yang hebat memiliki pemimpin, sistem penggubalan undang-undang, dan sistemperundangan yang hebat. Kehebatan mereka bergantung kepada para penguasa sivil memiliki hikmah untuk menggubal dan menguatkuasakan keadilan bagi setiap anggota rakyat. Hikmah mereka datang daripada takut akan Allah dan arahan-arahan yang berilham dalam firman Allah.
Raja tanpa hikmah ialah seorang penindas, sebab dia memerlukan hikmah untuk dengan adil memandu pemerintahannya atas kerajaannya (Ams 28:16). Banyak raja telah memerintah tanpa hikmah, tetapi mereka bukan raja yang baik; banyak penguasa telah mendekrikan hukum, tetapi itu bukan hukum yang baik atau yang wajar.
Salomo sedang menulis tentang raja-raja yang salih dan yang wajar, seperti dia dan ayahnya. Ketika dia berkata ia suatu kekejian bagi raja untuk melakukan kedurjanaan (Ams 16:12), dia hanya menjelaskan raja-raja yang baik, sebab banyak raja sudah cukup durjana. Dia menulis tentang hikmah yang benar bagi raja-raja yang salih.
Amsal ini ada elipsis – pengguguran kata-kata yang dimaksudkan konteks dan yang mudah difahami para pembaca yang teliti. Kata yang digugurkan itu diberi dalam ungkapan yang kedua – keadilan. Salomo dalam ungkapan yang pertama tidak mengajar tentang sebarang raja sahaja; dia menulis tentang raja-raja baik yang memerintah dengan adil dan dengan wajar oleh hikmah dan budi bicara. Raja-raja baik harus memiliki hikmah.
Salomo membuktikan dirinya sebagai seorang raja yang sebegitu berhikmah dengan kisah mengarahkan seorang bayi dibahagikan kepada dua bahagian dengan pedang (1Raj 3:16-28), sebab hanya hikmah dan budi bicara yang hebat dapat menangani pertikaian para pelacur itu. Dia telah mencari pemahaman ini dengan teliti dari permulaan kerjayanya, sebab dia telah diajar kepentingan pengetahuan dan pertimbangan yang benar (1Raj 3:7-9; Ams 4:1-9).
Hikmah sebegitu penting untuk memerintah sehingga seorang anak miskin dengannya lebih baik daripada raja tua yang kaya tanpanya (Pkh 4:13). Hikmah boleh mengisi kekurangan, jadi carilah hikmah (Yak 1:5). Dan ini juga sah bagi setiap suami, ayah, tuan, majistret, dan pastor yang ingin memerintah dengan baik.
Hikmah mengajar para raja kepentingan banyak perkara: menghukum orang durjana (Ams 20:8,26), belas kasihan dan kebenaran (Ams 20:28), menghakimi orang miskin dengan setia (Ams 29:14; 31:8-9; 24:11-12), orang baik dengan pertuturan berbudi baik (Ams 14:35; 16:13; 22:11), dan menyelidiki sesuatu hal (Ams 25:2).
Hikmah juga mengajar para raja untuk mengelak banyak perkara: rasuah (Ams 29:4), wain dan minuman keras (Ams 31:4-5), perempuan sundal (Ams 31:3; Pkh 7:26-29), sikap lahap (Pkh 10:16-17), dusta (Ams 17:7; 29:12), penajajaminan (Ams 6:1-5), dan para penasihat yang durjana (Ams 25:5).
Hikmah tersedia bagi sesiapa pun baik lelaki mahupun perempuan. Sementara ia dapat menjadikan para penguasa sivil hebat dan bangsa mereka tempat istirahat untuk keamanan dan kemakmuran, kamu pun boleh mendapat hikmah dengan mudah dengan merendahkan dirimu untuk benar-benar mengasihi dan takut akan Allah, bermohon untuk hikmah, dan belajar hikmah dalam Alkitab.
Tiada raja seperti Tuhan Yesus, Yang melaksanakan penghakiman dan pengadilan di bumi, dan telah memperoleh gelaran, TUHAN KEWAJARAN KITA (Yer 23:5-6). Dia dipanggil Yang Setia dan Yang Benar (Wah 19:11), sebab Dia memerintah melalui perbendaharaan hikmah dan pengetahuan yang besar (Kol 2:3). Daud saat menemui ajal, bernubuat tentang Anak dari keturunannya yang belum ditemuiNya, Yang Esa Yang akan memerintah atas manusia dengan takut akan Tuhan (2Sam 23:1-5). Wahai pembaca, adakah kamu mengenalNya?