8:7
Sebab mulutku akan mengucap kebenaran; dan kejahatan ialah suatu kekejian kepada bibirku.
Puteri Hikmah menolak hak kebebasan bersuara. Dia hanya menyatakan apa yang sempurna dan betul (Ams 8:6). Dia mengucap kebenaran dan benci kata-kata yang jahat (Ams 8:7). Setiap perkataan yang disuarakannya benar, dan dia tidak akan mengucapkan apa yang rosak atau babil (Ams 8:8). Ucapannya ialah ucapan yang sempurna.
Hikmah sungguh suci dan mulia, tanpa perdayaan atau dusta, bukan seperti apapun maklumat yang pernah kamu temui. Jika kamu telah jemu dengan percakapan yang sia-sia dan yang hina orang bebal dan pencemuh, maka bacalah dan belajarlah alkitab dengan kata-kata suci kebenaran dan hikmah.
Bab Amsal ini mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan. Solomo melakukan ini untuk menyanjungi hikmah secara peribadi dan berkuasa. Pelajaran-pelajaran yang utama adalah untuk mengenal nilai hikmah, manfaat yang menyertai orang yang memilikinya, dan betapa mudah menemuinya bagi mereka yang mengingininya. Amsal ini menjelaskan hikmah sebagai mengasihi kebenaran dan membenci fikiran-fikiran yang jahat.
Semua manusia bebal secara semulajadi (Ams 22:15; Maz 14:1-3; Tit 3:3). Semua manusia pendusta secara semulajadi (Maz 58:3; Yoh 8:44; Efe 2:1-3). Semua manusia rosak dan degil secara semulajadi (Rom 3:9-18; 8:7-8; 1Kor 2:14). Oleh sebab itu, apabila mereka membuka mulut mereka, mengalirlah suatu banjir kebebalan dan kejahatan (Ams 15:2,28; Maz 59:5-7; Peng 10:12-14). Inilah ragam manusia. Hanya satu-satunya penawar ialah hikmah yang bermula dengan takut akan Allah dan bertumbuh dengan mendengar kata-kataNya (Ams 9:10; Maz 19:7).
Orang yang percaya akan evolusi merepek dengan angkuh berjam-jam akan teori letupan besar yang mereka tidak pernah saksikan dan tidak dapat membuktikan (1Tim 6:20-21). Orang dunia dengan tepat waktunya terbahak-bahak akan gurau senda dan lawak jenaka yang diluahkan pelawak-pelawak (Efe 5:3-7). Penuntut-penuntut kolej memperbahaskan isu-isu yang mereka tidak tahu sedikitpun (Ams 13:16; 17:24; 18:2). Orang politik menjanjikan apa yang orang waras tahu tidak dapat dibuat dan tidak dapat ditepati (2Sam 15:1-6).
Penyanyi rap yang memanggil diri sendiri artis berceloteh seperti babun tentang seks jahat dan pembunuhan. Pengikut-pengikut Ben Spock melaung-laungkan suatu pendidikan anarki bagi generasi baru. Orang pencinta alam berteriak tentang burung hantu hilang kediamannya kepada pembalakan sementara mereka sendiri menggugurkan anak kandungan mereka. Mahkamah membicarakan supaya dua lelaki boleh berkahwin tetapi mengharamkan berahi binatang untuk melindungi binatang. Para profesor bimbang akan pencemaran bunyi yang menggangu dolfin-dolfin tetapi berhujah pula bahawa hukuman mati itu tidak akan menghentikan orang jahat melakukan pembunuhan.
Para pengkhutbah mewarnakan rambut dan gigi mereka, sementara mereka beralih dari kebenaran kepada dongeng (2Tim 4:3-4). Penjual-penjual ini menjanjikan kebebasan kepada para pendengar mereka sementara mereka sendiri hamba kepada dosa (2Pet 2:18-20). Orang munafik bermulut sopan dan saling berjebat tangan tetapi hati mereka penuh dengan benci (Ams 26:24-26; Maz 144:7-8,11). Pelacur-pelacur mengangkat-angkat lelaki supaya masuk kepada katil maut dan neraka (Ams 7:21-27). Anak-anak yang bebal mengutuk orang tua mereka (Ams 20:20). Dan isteri yang menjelekkan bertengkar menentang suami mereka (Ams 19:13; 27:15-16).
Bilakah kamu akan menjadi jemu dengan hak kebebasan bersuara? Berapa banyak lagi dusta yang perlu sehingga kamu menuntut kebenaran di dalam apa yang kamu dengarkan? Orang tidak ada hak untuk mengucap apa-apapun yang mereka ingin ucapkan. Mereka ada tanggungjawab untuk mengucapkan kebenaran. Hak kebebasan bersuara tanpa pertimbangan kebenaran berasal dari neraka, dimana bapa segala dusta menyiapkan ucapan-ucapan bagi ACLU, NOW, PETA, dan PBB untuk lagi menterbalikkan kebenaran di dunia dan menambat berjuta-juta orang ke neraka.
Tetapi setiap perkataan daripada Allah itu suci (Ams 30:6). Alkitab itu memberitahu kita kebenaran tentang kejadian (Kej 1:1; Ibr 11:3). Ia menolak gurau senda, sebab ia menuntut keseriusan (Tit 2:2,6). Dengan kesederhanaan yang mulia, ia menyanjungi perkahwinan-perkahwinan yang penuh kasih, keluarga yang bahagia, gereja yang rohani, negara yang kuat, dan perniagaan yang makmur. Ia menembusi perdayaan dan kesilapan manusia untuk menyanjungi kebenaran yang suci (Maz 119:98-100,113,128; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5). Orang yang berhikmah akan membaca, mempertimbangkan, dan memakai Alkitab kepada diri mereka (Yos 1:7-9, Ayub 23:12; Maz 1:1-3; 2Tim 3:16-17; 2Pet 1:19-21).
Hikmah akan mengajar kamu pengetahuan dan kemahiran bertutur dengan sihat (Ams 16:23). Ia dapat memberikan kamu kata-kata benar yang tertentu untuk menjawab mereka yang bertanya (Ams 22:17-21). Ia akan memenuhi hatimu dengan apa yang menyenangkan sebagai harta berharga yang berkesinambungan (Maz 19:10-11; 119:72,111). Ia dapat mengajar kamu kesucian hati bagi ucapan yang berbaik budi yang memenangi kasih raja-raja (Ams 22:11). Ia akan memimpin kamu supaya berucap betul setiap kali (Ams 17:27; 24:26; 25:11).
Untuk apakah kamu lagi mempertimbangkan menetap sebagai orang bebal (Ams 8:1-5,32-36; 9:1-12)? Hikmah diberikan kepada kamu pada hari ini di dalam alam semulajadi yang diciptakan dan amsal ini yang kamu bacakan. Setiap perkataan hikmah itu ialah kebenaran tulen. Puteri Hikmah tidak akan pernah memperdayakan kamu. Cintailah dia, dan dia akan menjadikan kamu hebat (Ams 8:17-21). Hikmah ialah apa yang utama, jadi dengan cara apapun, dapatkannya (Ams 4:5-9). Dan dimanakah ia dapat dijumpai? Di dalam kata-kata Allah yang hidup dan benar yang dijumpai di dalam Alkitab!
Kelilingilah dirimu dengan kebenaran. Tolaklah orang duniawi dengan akal jahat mereka. Carilah suatu gereja yang mengkhutbahkan Alkitab dengan pendirian yang sama amsal ini. Disanalah kamu dapat belajar kebenaran dan hikmah dunia ini tidak kenali (1Kor 2:6-14; 1Tim 3:16). Disanalah kamu dapat belajar bahawa Yesus, iaitu Tuhan atas orang filsafat Yunani, akan datang untuk menghakimi dunia di dalam kebenaran bagi setiap perkataan orang manusia (KPR 17:16-31; Mat 12:34-37; Efe 5:3-6). Percayalah kepada Dia hari ini juga!