Amsal · Proverbs

9:18
Tetapi lelaki itu tidak tahu bahawa orang-orang mati berada di sana; dan bahawa para tetamu perempuan itu berada di kedalaman neraka.

Betapa kejutnya! Betapa teruknya malapetaka ini! Seorang perempuan yang cantik menggoda seorang lelaki untuk mengadakan seks luar nikah. Daya tarikannya, pengampuannya, dan kerelaannya mengatasi lelaki itu. Dia terkejut akan nasibnya yang baik ini – perempuan yang mengghairahkan dan yang erotik telah mengundangnya ke katil di rumahnya. Tetapi rumahnya penuh dengan mangsa-mangsa yang sudah mati, dan para tetamunya berada di kedalaman neraka.

Salomo membandingkan dan membezakan Puteri Hikmah dengan Puteri Kebebalan di dalam bab yang kesembilan Amsal. Dia menerangkan Puteri Hikmah dan tawarannya untuk orang yang pandir untuk dilindungi di rumahnya (Ams 9:1-12). Salomo kemudian menerangkan Puteri Kebebalan, yang merupakan pelacur yang menggoda, dengan tawarannya yang bertentangan kepada lelaki yang sama itu dan akhirnya lelaki itu binasa kerana perempuan tersebut (Ams 9:13-18).

Semua lelaki menghadapi pilihan ini kerap kali. Akankah kamu mengendahkan Puteri Hikmah dan kekal jauh dari perempuan-perempuan duniawi dan apa yang berkaitan dengan mereka? Atau akankah kamu menolak tawarannya untuk menguji kenikmatan dosa untuk seketika dengan perempuan lacur? Pilihannya kamu punya, tetapi Allah telah menentukan kesan-kesannya (Ibr 13:4). Tolaklah hikmah, dan kamu mati (Ams 9:11-12,18).

Ada dua kematian yang boleh dialamimu. Ada dua neraka yang dapat dideritamu. Para orang yang berkendak dan para penzina mendapat keempat-empat itu. Orang bebal yang mengejar perempuan asing – iaitu orang yang tidak berkahwin dengannya dengan wajar – tidak dapat melihat empat penghakiman itu menjelang. Mereka terpukau oleh perempuan yang cantik dan masuk dengan jahil ke dalam hukuman yang teruk sekali itu. Ia suatu perdayaan yang pedih untuk adanya kenikmatan seksual di luar nikah dan amsal ini memberi amaran tentang itu.

Konteks di sini ialah godaan lelaki oleh perempuan yang bebal dan yang lacur (Ams 19:13-18). Pelajarannya mudah dan jelas nyata: lelaki dibutakan oleh nafsu-nafsu mata dan daging, dan mereka tidak melihat maut dan neraka yang merupakan kesan-kesan pasti untuk dosa seksual. Kecantikan, pengampuan, dan kenikmatan yang dijanjikan oleh seorang perempuan mengebaskan hati, jiwa, dan minda mereka daripada mempertimbangkan kesan-kesan teruk keintiman dengan mana-mana perempuan selain daripada isterinya yang sah.

Lelaki berhikmah mencari untuk apa yang tidak sedia ada pada pandangan mata atau yang tidak sedia ada pada fikiran. Orang bebal hanya melihat apa yang ada di depan mata mereka. Seorang perempuan yang lain akan selalu nampak elok sekali; kata-katanya yang menarik akan selalu berbunyi baik; ciuman-ciuman pertamanya akan selalu rasa elok dikecapi; dan perempuan itu, yang berkomplot dengan si iblis dan dengan hatimu, menawarkan kenikmatan yang sudah pasti sungguh baik. Tetapi mangsa itu tidak tahu bahawa orang yang dahulu melawatnya sudah mati dan berada di neraka (Ams 2:16-20; 5:5; 7:27). Lihat!

Orang bebal tidak tahu bahawa orang mati berada di sana. Kematian pertama ialah kematian jiwa -kehilangan integriti, damai sejahtera, reputasi, dan nilai murni (Ams 5:9-10). Sebaliknya, kamu sekarang dihantui ketakutan, kegeraman, rasa salah, dan rasa malu. Ini bukan kematian fizikal; ia lebih teruk daripada itu. Ia merupakan kematian kehidupan di mana hati dan jiwa mati kepada Allah, sukacita, kehidupan, dan kewajaran. Salomo telah menulis, “Tetapi sesiapa yang melakukan zina dengan perempuan kurang ada pemahaman: dia yang melakukan itu membinasakan jiwanya sendiri” (Ams 6:32). Inilah kematian jiwa (Luk 15:24; 1Tim 5:6; Yak 5:19-20).

Orang bebal tidak tahu bahawa orang mati berada di sana. Kematian yang kemudian ialah kematian fizikal. Kehidupan keras bersama para pelacur menyingkatkan hayat hidup seperti yang diisytiharkan Alkitab dan yang disahkan pengalaman (Ams 2:18-19; 5:5; 7:27). Gaya hidup yang berdosa mengurangkan hayat kehidupan banyak pelakon, olahragawan, dan penghibur moden, meskipun kita tidak mengambil kira penyakit-penyakit seksual. Jika hukuman mati dikuatkuasakan bagi dosa-dosa tersebut, maka ia akan mengurangkan hayat nyawa mereka dengan lebih banyak lagi. Maka adanya penghakiman Allah pada orang yang sedemikian, sebab Dia akan pasti menghukum para pelanggan pelacur dan para penzina (Ibr 13:4).

Orang bebal tidak tahu bahawa tetamu-tetamu perempuan itu berada di kedalaman neraka. Neraka yang pertama ialah kehidupan yang disfungsi dan yang pedih di dunia. Inilah neraka yang dapat dijauhkan melalui hukuman rotan yang sewajarnya terhadap kanak-kanak (Ams 23:13-14). Inilah neraka di dalam hal dipecat kerja gaji, penceraian, rasa tidak terjamin, keluarga yang sudah rosak, kebohongan kekal, penyakit-penyakit seksual, pasangan yang marah, dan sebagainya. Kenikmatan yang singkat bagi cinta terlarang langsung tidak akan memberi pampasan yang secukupnya bagi neraka yang ada dalam sisa kehidupanmu (Ams 5:9).

Orang bebal tidak tahu bahawa para tetammu perempuan itu berada di kedalaman neraka. Neraka yang kedua ialah neraka lautan api, yang telah disediakan untuk si iblis bersama para malaikatnya – dan untuk semua pihak berkendaknya (Mat 25:41; Wah 21:8; 22:15). Di tempat yang teruk itu, lelaki yang telah memilih penampilan dan bohong seorang perempuan untuk menggantikan berkat dan kebenaran Allah akan kesal kebodohannya itu untuk selamanya di kekekalan. Dengarlah kata-kata penglaknatan kekal untuk para orang yang berkendak, “Dan selepas itu aku akan menyatakan kepada mereka, aku tidak pernah mengenalmu: Nyahlah daripadaku, kalian yang mengerjakan kedurjanaan” (Mat 7:23).

Mengapakah seseorang lelaki tidak dapat melihat bahaya-bahaya yang buruk ini? Bukankah Alkitab sudah cukup jelas? Adakah ibubapa dan pastor tidak cukup jelas? Dia tidak melihat amaran-amaran itu kerana dia mengetepikan hakikat penderitaan orang lain yang sudah kena kesan-kesannya, perempuan itu tidak memberitahu lelaki itu tentang mereka, lelaki itu tidak dapat mengingat amaran-amaran daripada guru, kenikmatannya terlalu hebat untuk mahu dipertimbangkan, televisyen menyatakan bahawa ia ajaib, sistem sekolah menyatakan bahaw ia baik, dia melalaikan dirinya sendiri dengan khayalan-khayalan dan pornografi, dia melihat orang lain yang nampaknya terlepas daripada kesan dosa itu, atau dia sudah salah anggap perdayaan dosa.

Di dalam generasi dan masyarakat kita ini, ada banyak perempuan yang jalang, iaitu perempuan bebal yang dijelaskan dalam konteks ini (Ams 9:13-18). Sekolah rendah dan sekolah menengah dan kolej menjadi pasar daging. Kaum perempuan berbaju pakaian pelacur malah di gereja pun, dan berjalan-jalan di pusat membeli-belah pun tidak dapat orang benar tahan. Penceraian dengan memakai sembarangan sebab dibuat untuk mendapatkan isteri yang baru, sama seperti Juruselamat mengutuk pada zamanNya itu, dan itu tidak dapat menutupi dosanya (Mat 5:27-32).

Adakah kamu seorang yang berkendak atau seorang penzina yang bertaubat? Adakah kamu memandang hina akan dosamu? Dapatkah kamu berdoa seperti yang diterangkan Elihu (Ayb 33:27-28)? Dapatkah kamu menyerah dirimu di kaki Yesus dan merayu dan berseru untuk belas kasihan, seperti yang dilakukan banyak pelacur di dalam Wasiat Baru? Ada keselamatan dalam Kristus Yesus, malah bagi para penzina dan orang-orang yang berkendak pun. Gereja di Korintus ada banyak orang (1Kor 6:9-11). Dan mereka akan berada di syurga oleh kewajaran Yesus Kristus. Terpujilah namaNya yang mulia!