Amsal · Proverbs

1:33
Tetapi sesiapa yang mendengarkanku akan berdiam dengan selamat, dan akan tenang tanpa ketakutan malapetaka.

Damai sejahtera dan keselamatan, atau ketakutan dan pembinasaan? Betapa hebatnya perbezaan ini! Puteri Hikmah menawarkanmu kehidupan yang baik. Sungguh menakjubkan untuk memerhatikanperbezaan kehidupan manusia yang menurut pilihan-pilihan mereka yang bebal dengan yang menurut budi bicara Allah. Damai sejahtera dan perlindungan itu berharga – ia dapat dimilikimu pada hari ini juga.

Kamulah yang buat pilihan. Allah menawarkanmu hikmah di dalam firmanNya. Jika kamu tidak peduli atau menolakkannya, Dia akan tertawa dan mencemuh apabila ketakutan dan malapetaka datang, dan kedua-duanya akan datang. Dia akan meninggalkanmu dan tidak mendengar panggilanmu, walaupun kamu berdoa kepadaNya untuk bantuan (Ams 1:24-32).

Jika kamu suka dan menyanjungi hikmah, Allah akan memberkatimu dengan ketenangan. Kamulah yang buat pilihan. Kesan-kesan kebebalan itu sangat keras. Pilihlah hikmah! Nebukadnezar terdengar nasihat Daniel, tetapi dia menolaknya; lalu dia terbuang untuk meragut rumput untuk tujuh tahun (Dan 4:27-33). Daud ada damai sejahtera dan keselamatan Allah, dan dia tahu bahawa ia lebih baik daripada tawaran terbaik dunia (Maz 4:6-8).

Kata penghubung penyarak, “tetapi”, yang mendahului amsal ini menandakan suatu perbezaan. Solomo telah mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan (Ams 1:20-23), dan Puteri Hikmah telah memberi amaran kepada manusia bahawa mengabaikan tawaran-tawarannya itu akan membawa kesakitan dan penderitaan yang teruk (Ams 1:24-32). Orang yang berhikmah melepaskan dirinya daripada kebanyakan masalah-masalah kehidupan, tetapi orang bebal dihukum keras-keras dan kerap kali (Ams 8:36; 13:15; 22:3).

Ketenangan itu berharga. Ia kehidupan yang baik. Kehidupan yang baik ialah ketenangan, kebahagiaan, damai sejahtera dan keselamatan. Ia hanya dapat diperolehi dengan satu cara tetapi melalui dua pintu. Satu cara itu ialah hikmah. Hanyalah mereka yang takut akan Allah dan memegang perintah-perintahNya, iaitu hikmah benar, akan dapat ketenangan. Mereka akan menemuinya di dalam dua punca – kesan-kesan bahagia di dalam keputusan yang betul dan keredaan Allah yang luar biasa.

Pertimbangkan. Jika kamu kahwin bijak menurut peraturan-peraturan Allah, kamu akan mempunyai damai sejahtera dan kenikmatan dengan seorang wanita yang berakhlak mulia, sementara orang lain menderita dengan seorang wanita yang jelek atau yang jalang (Ams 12:4; 30:21-23; 31:10-31). Dengan mengahwini seorang pasangan yang takut akan Allah supaya memuliakan Allah (Ams 31:30; 1Kor 7:39; 11:11), Dia akan lanjut memberkatimu oleh kuasa ilahiNya (1Sam 2:30; Maz 37:4; 84:11).

Pertimbangkan. Jika kamu mendidik anakmu menurut cara Allah, kamu akan beroleh damai sejahtera dan kenikmatan di dalam suatu keluarga yang salih dan mulia, sementara orang lain menderita kesakitan oleh orang bebal dan pencemuh yang memiliki nama terakhir mereka (Ams 10:1; 15:20; 17:21,25; 29:15). Dengan mendidik mereka menurut cara Allah (Ams 22:6,15; 23:13-14), Dia juga akan memberkatimu dengan memberi keredaan kepada mereka (Maz 112:1-3; 37:26; 25:12-13).

Pertimbangkan. Jika kamu bekerja keras, cekal menabung, dan mengelak skim cepat kaya, kamu akan makmur dan berjaya, sementara orang lain menderita kesan-kesan sakit akan kerjaya yang buruk dan keputusan-keputusan pelaburan yang teruk (Ams 13:23; 14:23; 21:20; 28:19). Dengan mengikuti peraturan-peraturan Allah (Ams 12:24; 27:18; 30:25), Dia juga akan memberkatimu dengan luar biasa (Ams 3:9-10; 11:24-28; 19:17).

Hikmah itu tidak sukar. Ia bermula dengan menjadi takut akan Allah (Ams 1:7; 9:10). Ia berakhir dengan memegang perintah-perintahNya (Ams 3:7; 16:6; Ayub 28:28; Maz 111:10; 112:1; 119:128; Peng 12:13). Allah telah menunjukkan pengetahuan dan hikmah yang sempurna di dalam Alkitab, dan belajar dan mentaati Alkitab akan membawa hikmah kepada seseorang manusia atau negara (Ula 4:5-6; Maz 1:1-3; 19:7-11; 144:15).

Allah telah memberi Solomo ketenangan bagi jawapannya di dalam mimpi (1Raj 3:5-15). Dia menghargai hikmah lebih daripada wang, kejayaan, dan panjang umur, jadi Allah memberkatinya dengan kemuliaan, damai sejahtera dan kekayaan. Tetapi Raja Nebukadnezzar, seorang raja yang kaya dan yang sangat berjaya, hilang ketenangannya dan telah diubahkan menjadi seekor binatang kerana terus berdosa (Dan 4:27-33). Pembaca, kamulah yang buat pilihan.

Disinilah janji-janji yang besar! Hikmah akan memberikanmu keselamatan, dan ia akan menyelamatkanmu daripada ketakutan bahaya pun. Inilah ketenangan yang terbesar. Tiada bahaya di depan, dan tiada ketakutan di dalam hatimu atau mindamu. Kamu dapat berjalan dengan yakin melalui kehidupan dan tidur manis-manis pada waktu malam (Ams 3:21-26). Inilah kehidupan yang baik, dan Puteri Hikmah menawarkannya kepadamu daripada Allah. Kamulah yang buat pilihan.

Allah telah memelihara Daud di dalam bungkusan hidup, tetapi Allah melemparkan musuh-musuhnya ke alam maut (1Sam 25:29). Betapa besar perbezaannya! Jika kamu menaruh kepercayaanmu di dalam Yang Mahakuasa, Dia akan melindungimu daripada segala bahaya dan risiko yang kamu dapat atau tidak dapat nampak atau dengar (Maz 91:1-16). Inilah berkat luar biasa yang mengikuti orang benar sepanjang hidup mereka. Dekapilah hikmah pada hari ini!

Orang benar itu berani seperti singa kerana keyakinan mereka (Ams 28:1; Maz 46:1-3). Ada damai sejahtera yang sempurna yang melampaui pemahaman manusia bagi mereka yang takut akan Allah dan memegang perintah-perintahNya (Ams 14:26; Maz 25:12-13; 112:7; Yes 26:3-4; Fil 4:6-7). Daud tahu Allah telah memampukannya untuk menewaskan semua musuh-musuhnya kerana kehidupannya yang benar (Maz 18:16-26).

Daud mencemuh ketakutan. Dia menewaskan Goliat tanpa memakai perlengkapan perisai (1Sam 17:31-51), dan dia tidak pedulipun jikalau sesuatu angkatan tentera mengisytiharkan peperangan terhadapnya (Maz 27:1-5). Paulus mencemuh maut dan kubur melalui Yesus Kristus dan bertahan di dalam kesesakan yang paling besar dengan perangai ceria (1Kor 15:54-58; 2Kor 11:23-28). Dia menghadapi Kaisar sendiri bersama-sama Yesus yang berada di sisinya (2Tim 4:16-18). Semua orang boleh mengambil langkah-langkah pencegahan bahaya, tetapi hanya Allahlah yang memberkati orang benar (Ams 21:31; Maz 127:1-2).

Allah telah menyelamatkan Nuh yang berhikmah, walaupun Dia melemaskan dunia jahat yang mengelilingi Nuh. Dan Allah akan menyelamatkan orang berhikmah pada hari murka yang menjelang, apabila Dia menghukum orang bebal dengan seksaan kekal, sama seperti Allah menyelamatkan orang Yahudi yang berhikmah daripada pembinasaan oleh Rom pada tahun 70 (Mal 4:1-3; Rom 8:35-39; 1Tes 1:10). Lebih berhikmah kehidupanmu, lebih damai sejahtera kamu alami di luar dan di dalam (Yoh 14: 27; 16:33; 1Yoh 4:17-18). Apakah yang menahan kamu daripada mendekapi hikmah?

Pembaca, adakah kamu mendengarkan hikmah pada hari ini? Adakah kamu mencari-cari hikmah? Dan mentaatinya? Dengarlah Allah sekarang! “Siapakah dia yang mengingini kehidupan, dan yang suka panjang umur, supaya dia dapat nampak apa yang baik? Peliharalah lidahmu daripada kejahatan, dan bibirmu daripada mengucap tipu muslihat. Jauhilah kejahatan, dan lakukanlah kebaikan; carilah damai sejahtera, dan kejarkannya. Mata TUHAN ada pada yang benar, dan telinganya terbuka kepada panggilan mereka. Muka TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat, untuk memutuskan ingatan mereka daripada bumi” (Maz 34:12-16).