11:22
Seperti barang kemas emas pada jongor babi, begitulah seorang perempuan yang cantik tanpa berbudi bicara.
Kecantikan tidak bernilai jikalau perempuan yang mempunyainya tidak tahu berkelakuan baik. Ia sungguh susah untuk menghargai cincin hidung emas pada seekor babi yang seberat 100kg, busuk, berdengus, dan berbulu! Tetapi perbandingan ini adalah wajar bagi seorang perempuan menarik yang tidak mempunyai budi bahasa untuk pergaulan yang menyenangkan. Seorang perempuan sederhana tanpa budi bicara ini adalah babi tanpa cincin hidung emas itu!
Solomo mengenal perempuan. Dia berkahwin dengan 700 puteri dan mempunyai 300 orang gundik (1Raj 11:3). Allah memberikannya hikmah yang ajaib, dan dia telah memakaikannya untuk meneliti kehidupan. Dia tidak percaya kepada perempuan; dia rasa mereka lebih pahit daripada maut (Peng 7:25-29). Dia memberi amaran akan perempuan jalang (Ams 2:16; 5:3,20; 6:24; 7:5; 9:13-18; 23:27-28) dan juga perempuan jelik (Ams 12:4; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16; 30:21-23). Seorang perempuan yang berakhlak mulia adalah lebih jarang daripada batu delima (Ams 31:10)!
Jika kamu tidak pernah berdekatan dengan babi, kamu tidak dapat menghargai perumpamaan Solomo ini. Allah menjadikan babi salah satu daripada binatang yang paling bersifat keji. Ia bising, kotor, hina, tamak, busuk, dan suka membinasa. Sifatnya sangat menjijikan kepada semua adab manusia. Lagi pula, tidak ada latihan yang boleh mengubahkannya. Babi itu babi iaitu babi! Suatu cincin hidung emas langsung tidak wajar dipakai dimana-mana bahagian tubuhnya!
Seorang perempuan yang cantik ialah perempuan yang lawa. Allah mengurniainya dengan muka dan tubuh yang menarik pada pandangan. Kecantikan itu betul-betul suatu barang kemas emas, dan dia boleh menjadi hadiah yang baik dan perhiasan bagi suaminya. Rupanya menarik perhatian seorang lelaki dalam beberapa saat sahaja. Dia mempunyai kuasa visual yang tak terkata atas lelaki. Dia boleh mengubahkan lelaki kepada orang yang hilang perhatian dan mengelabah kelemahan dengan serta-merta. Dia hampir tak tertahankan.
Solomo tahu akan bahaya perempuan sebegini, jadi, dia mewaspadakan anaknya terhadap perempuan yang lawa, kecuali mereka juga mempunyai budi bicara dan nilai-nilai murni yang menjadikan mereka teman yang dirindukan. Dia memperolok-olokkan kecantikan semata-mata dengan perumpamaan ini yang amat berkuasa, yang telah diilhamkan Allah menerusi Roh Kudus. Dan ibubapa yang berhikmah akan melakukan yang sama dalam hal mewaspadakan anak lelaki mereka tentang perempuan yang bahaya. Anak lelaki harus diajar dengan terus-terang tentang aspek-aspek lain berkenaan kehidupan bersama seorang wanita dan melebihi aspek kecantikan semata-mata.
Apakah itu berbudi bicara? Disinilah nilai murni yang sungguh berkualiti, sebab tanpa memiliki nilai ini boleh menjejaskan seorang perempuan kepada babi yang hodoh. Budi bicara adalah kemampuan untuk membezakan apa yang betul, wajar, atau sesuai bagi kelakuan sendiri. Ia adalah kewajaran kelakuan, keadaban, kebijaksanaan, kecermatan, kewaspadaan, dan kelakuan yang berhati-hati; terutamanya kelakuan yang boleh berdiam sewaktu percakapan itu tidak wajar. Budi bicara adalah kemampuan untuk hidup wajar pada bila-bila masa, dan di dalam semua situasi.
Budi bicara adalah sebahagian daripada hikmah, kuasa untuk membuat penghakiman yang betul, sebahagian daripada pemahaman, dan kuasa untuk membuat pembezaan dengan betul (Ams 1:4; 2:10-17; 3:21; 5:1-2; Kej 41:33,39). Budi bicara itu adalah murah hati terhadap orang lain (Maz 112:5). Ia menolak kelakuan jahat orang lain (Maz 2:10-17). Ia mengawal rohnya untuk menangguhkan marah (Ams 19:11). Ia tahu bagaimana setiap situasi memerlukan kelakuan yang berbeza (Yes 28:23-29). Ia adalah pemakaian hikmah dengan cermat kepada pertuturan dan perlakuan.
Seseorang wanita yang berbudi bicara ialah wanita yang berbaik budi, yang disanjungi oleh Solomo (Ams 11:16). Dia selalu tahu bagaimana nak berkelakuan, dan cara dia melakukannya menjadikan orang di sekeliling tertarik dan suka kepadanya, setiap kali. Lelaki dan perempuan yang baik selalu memandang kepada makhluk yang dirindukan ini dengan pandangan yang tertinggi. Dia selalu dihormati, dan lelaki sungguh diberkati apabila berkahwin dengan permaisuri nilai-nilai murni ini. Lelaki yang berhikmah hanya akan berkahwin dengan perempuan yang tidak menonjol dan berbaik budi. Dan jika seseorang perempuan itu juga lawa, syurga telah bersenyum ke atas lelaki itu dengan dua matahari!
Bagaimanakah seseorang perempuan kekurangan budi bicara? Dia boleh menjadi perempuan asing yang lancang, agresif, dan licik seperti yang dibenci oleh Solomo dan seperti Delila (Ams 7:10-20; 9:13-18). Kelakuan perempuan yang kurang suci, kurang berdiam atau kurang kemalu-maluan ialah perempuan yang kekurangan moral budi bicara.
Bagaimanakah seseorang perempuan tidak memiliki budi bicara? Dia menjengkelkan di dalam pertuturan atau perlakuan. Pandanglah penjelasan Solomo tentang perempuan jelik diatas. Dia ingat diri sendiri benar, dia mudah marah, ada angin, atau suka menekakan pendapat atau niat orang lain. Dia suka campur tangan atau mencucuk orang. Dia mendedahkan rohnya dengan bahasa gerak-gerinya yang tak baik.
Bagaimanakah seseorang perempuan tidak memiliki budi bicara? Dia menyoal setiap perkara yang dibangkitkan. Dia memuncungkan bibir jika tidak diberikan kehendaknya. Dia menunggu suaminya untuk meminta maaf kepadanya. Dia ingat bahawa dia diciptakan untuk menjadi hati naluri yang kedua bagi suaminya. Dia lebih risau akan masakannya daripada soal bagaimana suaminya dihormati. Dia memberitahu keluarganya bahawa dia bekerja keras bagi mereka. Dia ingat pengantin perempuan adalah bahagian yang paling penting di dalam pernikahan.
Bagaimanakah seseorang perempuan tidak memiliki budi bicara? Dia lebih risau akan kerja rumah anak lelakinya sementara anaknya itu bergomolan dengan bahan lucah. Dia memaksa anaknya mengikut kelas piano sementara anaknya itu ingin memegang gergaji rantai. Dia ingat bahawa pendapatnya setaraf dengan pendapat suaminya. Dia ingat kehormatan itu adalah budaya rasmi zaman Abraham sahaja. Dia ingat kemahiran memasak itu adalah suatu nilai murni. Dia menceritakan tentang harinya di rumah kepada suami daripada mendengar cerita tentang kerja suaminya di tempat kerja.
Bagaimanakah seseorang perempuan tidak memiliki budi bicara? Dia suka bercakap, menyoal, mencadang, atau mengingati. Dia mengkritis, negatif atau cerewet. Dia menghargai trivia yang tidak bernilai. Dia memperbetulkan suaminya akan tarikh atau fakta-fakta yang tidak berkenaan. Dia suka memetik lin daripada baju suaminya bagaikan dia adalah budak yang berumur tujuh tahun. Dia berperangai budak, suka menjaga tepi kain orang atau bersikap ingin tahu. Dia ingat diri sendiri itu menarik, mengkritik orang lain, mengharapkan buku cek sendiri atau tidak boleh mengampuni serta-merta dan tidak mengampuni secara keseluruhan.
Bagaimanakah seseorang perempuan tidak memiliki budi bicara? Dia menentang suaminya di depan orang ramai. Dia menangis akan hal-hal yang tidak penting. Dia bertindak balas keterlaluan kepada desas-desus atau perkara-perkara kecil di dalam hidupnya. Dia selalu ada suatu pengalaman untuk diceritakan. Dia dapat mencari sesuatu yang negatif akan semua perkara. Dia memastikan rumahnya semak. Dia langsung tidak tahu jika dirinya sendiri menjengkelkan orang lain; dia tidak memahami kesopanan sosial. Dia terlalu berani, terlalu lancang, suaranya terlalu kuat, dan dia terlalu berpendapat. Dia amat menyakitkan.
Bagaimanakah seseorang perempuan tahu bahawa dia kekurangan budi bicara? Mudah sahaja! Adakah orang lelaki dan orang perempuan baik suka bergaul dengan kamu? Adakah kamu mempunyai banyak kawan? Adakah kamu dipandang tinggi oleh semua? Jika kamu tidak boleh menjawab ketiga-tiga soalan ini dengan positif, kamu kekurangan budi bicara (Ams 11:16). Perangai yang baik memimpin kepada perkenan orang lain (Ams 22:1,11). Pendapat kamu akan diri sendiri tidak bernilai – sebaliknya, ia berbahaya. Semua perempuan jelik ingat diri mereka sangat dirindui orang; itu sebabnya mereka jelik! Dan keluargamu akan berbohong supaya dapat mengekalkan keamanan di rumah, jadi, pendapat-pendapat mereka juga tidak bernilai.
Bagaimanakah seseorang wanita belajar budi bicara? Belajarlah Amsal dan pakaikannya. Minta rakan-rakan salih untuk berterus-terang walaupun tak sedap didengar dan berikan kamu kritikan bersemuka. Pilihlah beberapa teladan perempuan yang berbaik budi dan tiru perangai mereka. Tolaklah emak kamu atau apa-apa contoh daripada masa silammu yang tidak sesuai dengan Alkitab. Belajar supaya tidak menonjolkan diri (Tit 2:5) dan belajar untuk suka menurut dan berdiam (1Pet 3:3-4). Bencilah perangai angkuh dan mementingkan diri sendiri di dalam perempuan moden yang tidak mengenal peranan mereka.
Orang tua, ajarlah anak-anak lelakimu cara menilai perempuan. Kenalpastikan babi bercincin hidung dan juga babi tanpa cincin hidung. Waspadakan anak-anak lelakimu akan kesakitan meniduri dan berjaga bersama seorang perempuan kebabian. Sanjung dan puji perempuan yang murah hati dan berakhlak mulia (Ams 11:16; 18:22; 31:28). Perkenalkan anak-anak lelakimu, walaupun mereka muda, kepada perempuan yang baik budi, supaya mereka boleh belajar hormat yang berharga dan kesukaan yang dihasilkan oleh perempuan sebegitu. Pujilah perempuan-perempuan sebegini sebagai satu-satunya jenis perempuan yang boleh diterima sebagai isteri.
Lelaki muda, janganlah disesatkan oleh kecantikan. Jangan jatuh cinta kepada mata perempuan atau mana-mana rupa bentuk tubuhnya (Ams 6:25). Pilihlah seorang isteri melalui kemampuannya untuk berkelakuan sempurna pada setiap masa – di dalam takut kepada Tuhan dan dengan roh yang suka menurut dan diam (Ams 31:30; Peng 10:1). Barang kemas berbaik budi itu jauh melebihi kilat kecantikan luaran bagaikan cahaya matahari berbandingkan cahaya bulan. Tambahan pula, perempuan berbaik budi itu bertambah baik semakin umurnya meningkat, sementara seorang model bertambah mundur dengan lemak, kekelabu-kelabuan dan dengan kedut!
Ia adalah tugas kamu, dengan bantuan ayahmu, untuk menilai roh seorang perempuan, dan bukan tubuhnya. Luaran yang cantik biasanya menyembunyikan hati yang rosak dan cacat. Apakah yang boleh dibuat dengan seorang isteri cantik yang selalu kurang dapat dijangkau, lebih mesra kepada lelaki yang lain, selalu rasa jengkel di rumah, atau selalu menjengkelkan di rumah? Tentulah tempat duduk berhadapan doktor gigi lebih menyenangkan! Tetapi roh yang suci dan berbudi baik itu akan menjadikan seorang perempuan sederhana kepada seorang kekasih dan teman yang mulia.
Apakah kesan-kesan pengabaian nasihat ini? Kamu akan hidup di dalam perkahwinan neraka. Kamu akan mengalami kesakitan yang lebih teruk daripada maut. Semua orang lelaki dan perempuan akan mengenal bahawa hidupmu tersiksa sementara teman hidupmu yang lawa itu mendengus dan berdegil di sisimu. Dan jika babi kamu itu tidak lawa pula, semua lelaki dan perempuan akan berasa hairan mengapa kamu berdua berkahwin.
Suatu gereja yang cantik tanpa memiliki budi bicara dan doktrin hukum-hukum Kristus, semacam Rom dengan anak-anak perempuan pelacurnya, yang juga adalah seperti babi yang berbulu dan berbau busuk. Sementara mereka menunjukkan kemegahan katedral [bangunan besar] dan koir, organ dan organisasi, dan tradisi dan barangan yang berharga, mereka mempunyai jiwa seorang pelacur yang rosak, penuh dengan kekejian dan kenajisan oleh penzinaannya (Wah 17:1-6). Jika kamu fikir perbandingan ini terlalu kasar, kamu harus membaca penilaian Yohanes itu.
Di dalam hal perkahwinan, hanya seorang perempuan yang tidak menonjol dan berbudi baik boleh jadi, seperti yang diajarkan amsal ini. Dalam hal keagamaan, hanya doktrin suci dan baik budi Yesus Kristus boleh jadi. Teliti dan ujilah gereja kamu lebih banyak daripada meneliti dan menguji seorang calon isteri. Apabila gereja-gereja palsu ini telah lenyap ke dalam malu dan sudah jatuh kedalam neraka, pengantin perempuan yang tidak bercela itu akan disanjungi di dalam pakaian yang mulia pada perjamuan pernikahan Anak Domba itu.