12:24
Tangan orang yang tekun akan memegang pemerintahan: tetapi yang kekukangan itu akan tanggung pemberian ufti.
Kerja keras itu berhasil. Orang yang tekun akhirnya berada di atas, dan orang yang malas akhirnya berada di bawah. Inilah hukum yang benar akan perniagaan dan kehidupan, yang telah diperhatikan Solomo, dan yang diilhamkan Allah kepada Solomo supaya mencatatkannya bagi kemakmuran dan kejayaan kamu. Percayalah. Kerja keras itu berhasil, dan ia menang.
Ketekunan, iaitu kerja yang keras, tidak memerlukan kemampuan, kepandaian, pendidikan, atau kemahiran. Ia hanya memerlukan perhatian yang tertumpu, usaha yang maksima, dan kecekalan yang sabar. Apabila berada di dalam generasi yang paling malas dan yang paling tidak sabar, seseorang Kristian dapat bangkit lebih cepat dan lebih jauh berbanding masa dahulu.
Bakat dan latihan memperkasakan ketekunan, tetapi bakat dan latihan tidak dapat menggantikan ketekunan. Rancangan profesional yang paling baik bagi kejayaan ialah suatu kemahiran mudah alih yang dipakai secara tekun dan cekal – engkau pasti naik tangga kejayaan dengan cepat. Ada orang malas dan orang tekun yang memegang kapak tumpul, orang malas dengan kapak tajam, dan orang tekun dengan kapak yang tajam (Peng 10:10). Siapakah yang akan menang?
Orang malas itu orang yang kalah. Mereka akhirnya menjadi tertekan dan dianiaya di dalam kehidupan; mereka akan dipakai oleh orang lain sebagai pengesat kaki, dan memang betul ia sebegitu. Hasil yang sungguh teruk ini boleh terjadi meskipun memiliki kemampuan atau pendidikan kerana ia disebabkan oleh kekukangan. Ketekunan itu suatu pilihan. Bantulah diri sendiri supaya dapat naik tangga kerjaya dengan kerja keras. Ataupun, pilihlah untuk malas, dan peganglah tangga itu untuk orang lain naik.
Ketekunan itu ialah usaha yang amat dan cekal; ia merupakan usaha berjerih-perih yang keras dan berterusan. Orang yang bertekun itu akan memegang pemerintahan, atau dinaikkan pangkatnya mengatasi mereka yang malas. Jika seseorang pemuda membangunkan suatu nama baik di dalam ketekunan, dia akan meloncat naik seperti krim naik di dalam susu. Ini sedemikian meskipun pilihannya di dalam kerjaya tidak sempurna dan ada masalah-masalah tertentu di dalam industrinya itu. Allah telah berbicara.
Perkataan “tangan” ialah sinekdok [kiasan] bagi seluruh orang itu. Ini sama seperti seseorang kapten kapal memberi perintah, “Semua tangan ke geladak” dan mengharapkan semua anak kapal muncul dengan serta-merta. Pemakaian “tangan” oleh Solomo ada nilainya, sebab ia merupakan alat yang manusia pakai untuk bekerja (Ams 10:4; 19:24; 26:15). Pada hari ini juga, ada majikan yang memaparkan iklan untuk pekerja yang akan “menyingsing lengan” dan menyiapkan tugas mereka.
Orang yang kekukangan itu ialah orang yang malas. Dia tidak suka penggunaan tenaga, mengelakkan kerja keras, mengehadkan kelajuannya melakukan tugas, dia lambat dan lembap, geram terhadap tekanan, takut akan cabaran, tidak dapat mengekalkan usaha yang kuat, mudah dialihkan perhatiannya, dan kurang daya dorong diri. Dia memiliki nama yang sama dengan suatu binatang mamalia di Amerika Tengah dan Selatan – kukang. Orang yang kekukangan itu ialah orang yang malas.
Ufti ialah cukai yang raja-raja tuntut daripada bangsa-bangsa yang telah mereka tewaskan di dalam peperangan (Yoh 17:13; 1Raj 9:21). Ia dibayar oleh bangsa yang telah kalah di dalam peperangan kepada bangsa yang telah menang peperangan itu. Ia suatu tindakan kewangan yang mahal dan menyakitkan sebagai tanda tunduk kepada pemenang itu. Ini juga terjadi di dalam perniagaan. Orang malas lambat laun akan bekerja bagi orang yang kerja lebih keras daripada mereka.
Solomo menulis Amsal bagi orang muda, terutamanya anaknya, walaupun semua dapat untung daripada tulisannya itu (Ams 1:4,8). Orang telah dilahirkan dengan mekanisme yang cenderung kepada kemalasan sebab mereka adalah pendosa dari Adam dan tidak ingin memenuhi tanggungjawab mereka di dalam janji yang telah dibuat di Eden (Kej 2:15; 3:17-19). Tetapi jika mereka percaya dan taat kepada hikmah Allah seperti amsal ini, mereka boleh jadi berjaya.
Banyak lelaki memperdayakan diri mereka sendiri dengan memikir bahawa cara hidup senang-wenang itu akan menjadikan kehidupan lebih senang. Tetapi mereka tidak nampak kesakitan, kemiskinan, penderitaan, dan masalah yang dihasilkan oleh kemalasan (Ams 15:19; 13:15). Mereka tidak mengalami hakikat bahawa kerja keras itu ada ganjarannya. Mereka tidak akan mengganggu tidur pagi mereka untuk bangun awal, walaupun kesan-kesan sepanjang hari dan kehidupan akan menghukum mereka bagi pilihan lanjut tidur mereka yang malas dan kekukangan itu (Ams 6:6-11).
Bagi tujuan membantu orang muda menjadi berjaya, Solomo menekankan nilai ketekunan. Kerja keras itu akan membawa ganjaran di dalam segi pampasan dan keselesaan yang hanya dapat diidam-idamkan orang yang malas. Si pemalas itu hanya mengidam-idamkan apa yang elok, dan keinginannya itu menyiksakannya, tetapi dia tidak akan memilikinya sebab orang tekun itu menawarkan harga yang terlalu tinggi, dan memang betul ia sebegitu (Ams 21:25).
Pertimbangkan para olahragawan (1Kor 9:24-27). Mereka memakai hikmah ini setiap hari dengan berkata, “Jika aku mengusahakan satu lagi litar, atau satu lagi set senaman, lebih daripada orang yang lain, aku pasti akan lambat laun menang.” Mereka tahu bahawa kerja keras itu membawa hasil, jadi mereka kerja lebih keras daripada pesaing-pesaing mereka, dan mereka akhirnya menewaskan pesaing mereka di dalam pertandingan. Mereka tidak dapat mengubahkan kemampuan yang dikurniakan Allah kepada mereka, tetapi mereka dapat kerja lebih keras daripada pesaing.Orang yang mencapai lebih akan menewaskan orang yang berbakat.
Kamu mungkin tidak berbakat, tetapi ia tidak memerlukan orang pintar untuk menjadi pekerja yang paling rajin di dalam syarikat atau di dalam bidang kamu. Mungkin ia sudah lambat untuk mendapatkan lebih latihan, tetapi kamu masih dapat kerja lebih keras daripada orang lain yang mengharapkan ijazah mereka untuk mendapatkan kenaikan pangkat yang seterusnya. Kamu dapat mengatasi para primadona [orang kepala angin] ini dengan menjadi lebih setia daripada kesetiaan yang mereka biasa relakan. Akankah kamu percaya amsal ini dan terus pergi kerja?
Adakah kamu berbakat? Adakah kamu dilatih dengan sempurna? Bersyukurlah kepada Allah, dan pakailah salah satu daripadanya atau kedua-duanya untuk lebih berjaya melalui ketekunan. Solomo telah meneliti lebih laporan gaji dan kajian kerjaya daripada apa yang dapat ditarik kapal pengangkut. Dia berkata bahawa ketekunan itulah yang menjayakan. Maka, bertekunlah! Seorang pemandu lori dapat berpendapatan lebih daripada seorang doktor yang malas. Iaitu, pendapatan yang tidak memerlukan pinjaman persekolahan, tanpa insuran liabiliti yang mahal-mahal, dan tanpa 13-15 tahun ekstra di dalam maktab pengajian tinggi sebelum dapat keluar dan mencari nafkah. Cuba kamu buat kiraan ini!
Apakah itu ketekunan? Lakukanlah yang asas dengan sempurna setiap hari. Masuk kerja awal. Jangan lepaskan satu hari pun. Jadilah yang pertama untuk merelakan diri bagi tugas-tugas ekstra. Mintalah untuk lebih kerja kalau kekurangan kerja. Pandang hina masa rehat. Buat penghasilanmu tertumpu dan intensif sepanjang hari kerja. Janganlah bazir atau mencuri masa bagi hal-hal peribadi. Tetap hadir sampai tugasmu itu siap. Jadilah lebih ingin untuk masuk kerja daripada keluar kerja.
Kerja lebih keras daripada semua yang lain. Nikmatilah tekanan yang kamu kenakan pada diri sendiri. Kerja lebih keras bagi tugas-tugas yang sukar. Terimalah dengan sukacita setiap tugasan. Atasilah tahap piawai bagi kuantiti dan kualiti. Elakkan mesyuarat dimana mungkin. Kerja seperti Tuhan sedang mengawasi kerana Dia memang mengawasi. Kerja sepertimana masa depan keluargamu bergantung kepadanya kerana ia memang bergantung kepadanya. Lakukanlah segala sesuatu dengan sepenuh hati kepada Allah sebagai tumpuanmu yang utama sedangkan kamu tahu bahawa Dia memberi ganjaran kepada ketekunan dan menghukum kekukangan (Kol 3:22-25).
Apakah itu kekukangan? Sampailah pada waktu tepat mula kerja atau sampai lambat. Pakailah semua cuti peribadi atau cuti sakit. Selepas masuk kerja, minumlah satu cawan kopi supaya berdaya bekerja. Susun semula tempat kerja kamu. Buat panggilan, emel, mesej, atau layarilah internet pada masa kerja. Hadkan kelajuan bekerja supaya sesuatu projek dapat memenuhi seluruh hari kerja. Berborak, berfikir atau khuatiri politik kerja. Berborak dengan orang lain tentang hal-hal sosial terkini. Pakailah masa rehatmu sepenuh-penuhnya. Balik tepat pada waktu tamat kerja atau balik lebih awal. Jangan sesekali merelakan diri untuk tugas-tugas ekstra. Biarlah semua projekmu tergendala.
Fikir akan waktu tamat kerja. Buatlah kira-kira kewangan peribadimu pada masa kerja. Buat pertimbangan di dalam pejabatmu lebih daripada yang diperlukan. Berkhayallah. Buat kecoh akan butir-butir sehingga mengorbankan kuantiti kerjamu. Fikirkanlah percutianmu itu. Carilah latihan bagi bidangmu sewaktu kerja. Panggil untuk suatu mesyuarat sedangkan kamu boleh siapkan kerja itu. Minum satu lagi minuman ringan. Kembali semula ke tandas untuk rehat seketika. Kerja seperti orang lain dikelilingmu. Jalan lambat. Bersenang-senang. Nikmatilah kehidupan. Regangkan badan. Bersantai.
Ketekunan itu sangat penting untuk kehidupan yang berjaya – dari segi apapun yang kamu pertimbangkan. Dari perkahwinanmu kepada rumahmu, dan dari anak-anakmu kepada jiwamu sendiri, ketekunan itu suatu bahan utama untuk kejayaan (Ams 4:23; 5:19; 14:1; 29:15,17). Perempuan yang berbudi baik itu dijelaskan di dalam Amsal 31, tetapi penjelasan perempuan itu boleh disimpulkan di dalam satu perkataan – ketekunan.
Lihatlah betapa banyak kali Solomo rujuk kepada ketekunan di dalam buku Amsal ini (Ams 6:6-11; 10:4,26; 12:11,24,27; 13:4; 14:4; 15:19; 18:9; 19:15,24; 20:4,13; 21:5,25; 22:13,29; 23:21; 24:30-34; 26:13-16; 27:23-27; 28:19; 31:10-31; Peng 9:10). Wahai orang muda, adakah kamu mendengar pengkhutbah dan raja yang berilham ini? Kerja keras sekarang bagi kedudukan yang baik dan rehatlah pada masa depanmu.
Firaun mencari orang yang beraktiviti bagi ternakannya (Kej 47:6); Solomo menggenapi amsal ini dengan menaikkan pangkat Yerobeam bagi keberhasilannya (1Raj 11:28); Paulus berjerih-perih lebih daripada sesiapapun rasul yang lain (1Kro 15:10; 2Kor 11:23); Yesus menyampaikan perumpamaan talenta supaya menggalakkan ketekunan dalam menjalankan tugas (Mat 25:14-30). Allah menghakimi Sodom dengan sungguh keras. Sebahagian sebabnya ialah sikap melahu rakyat itu (Yeh 16:49). Masa depanmu adalah sekarang: ketekunan itu berhasil.
Hukum ketekunan di dalam kerja bergaji itu sebahagian daripada agama Kristian, yang diajar secara langsung dan secara tidak langsung di dalam Wasiat Baru (Rom 12:11; Efe 4:28; 6:5-8; Kol 3:22-25; 1Tes 4:11-12; 2Tes 3:6-14; 1Tim 6:1-2; Tit 2:9-10; 3:14). Tetapi ketekunan setia di dalam hal-hal rohani akan membawa pujian dan kenaikan pangkat oleh Tuhan Yesus Kristus (Mat 24:45-51; 25:20-23). Dan hamba-hamba Allah yang tekun layak menerima hormat kewangan dua kali ganda (1Tim 5:17-18).
Orang sia-sia yang hanya mengaku agama itu, dan orang Kristian duniawi yang mencari kenikmatan, akan tidak lama lagi terdedah dan dilemparkan keluar (Mat 25:24-30). Jika sesiapa ada telinga untuk mendengar, biarlah dia mendengar pujian kepada pengurus yang tidak adil itu kerana merancang bagi masa depannya dengan bijak (Luk 16:1-12). Hanya melalui ketekunan yang teliti kamu dapat memperolehi kerajaan Allah (2Pet 1:5-11). Berubah dan mulailah menjadi tekun di dalam semua tugas dan semua kelebihanmu pada hari ini juga.