Amsal · Proverbs

12:25
Beban dalam hati seseorang menjadikannya bongkok: tetapi khabar yang baik menjadikannya gembira.

Apakah hadiah yang paling murah dan mudah? Berilah perkataan yang berbudi! Ia dapat menjadikan hati yang sedih beroleh gembira. Kasih sedemikian tidak akan menuntut bayaran daripadamu. Betapa mudahnya untuk memperkayakan orang lain! Kamu dapat menjadikan orang melompat-lompat dengan girang. Kamu dapat menaruh satu lagi batu bata yang mengukuhkan hidup yang kekal.

Mulutmu ada kegunaan yang melebihi menelan makanan. Ia boleh menceriakan hati yang pedih. Kamu boleh belajar kata-kata yang berbudi, kata-kata pujian, dan kata-kata galakan yang benar untuk melakukannya. Dapatkah kamu cam hati yang pedih atau semangat yang sedih? Adakah kamu tahu kata-kata yang baik yang diperlukannya? Akankah kamu menjadi teruja untuk menggenapi amsal ini?

Orang Kristian harus mengasihi satu sama lain (Yoh 13:34-35). Ahli-ahli gereja harus mempertimbangkan satu sama lain (Ibr 10:24; 13:3). Kedua-duanya ialah tugas yang dilakukan seorang kepada seorang. Pertuturan kerap kali dipakai untuk menghiris dan meluka, tetapi kata-kata yang bertimbang rasa dalam kasih boleh menjadi sungguh membina (Ams 12:18; 16:24; 25:11; 27:9).

Sudahkah Allah dan Salomo mendapat perhatianmu? Tetapi Allah tahu sesuatu yang penting yang Salomo tidak. Dia tahu bahawa kamu akan memiliki kemampuan untuk mengkomunikasikan kata-kata yang berbudi dengan lebih mudah daripada mana-mana zaman yang lain. Misalnya, telefon, email, teks, Facebook, ciapan, dsb. Kamu boleh meriangkan hati salah seorang sekarang juga. Lakukanlah itu!

Kebanyakan orang terlalu mementingkan diri dan terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri untuk dapat memperhatikan orang lain, dan kebanyakan orang tidak mempunyai kesayangan atau keprihatinan untuk menyebut sesuatu yang berbudi dan yang membantu. Mereka terlalu malas untuk mempertimbangkan seorang yang lain dan terlalu malas melakukan sesuatu tentang itu. Yang lain terlalu takut atau terlalu jahil.

Orang yang suka bermurung tidak dapat diperbenarkan: orang-orang kudus patutlah menjadi orang yang paling bahagia di bumi (Maz 4:7; 63:5; 92:4; 1Pet 1:8). Orang yang hebat mungkin rasa dihempaskan, tetapi mereka tidak kesenakan (Maz 42:1-11; 2Kor 4:8-10). Semangat melankolik [suka bersedih] yang tidak dikuasai ialah kutuk yang keiblisan (Ams 15:15; Yak 3:14-16).

Tetapi bagi orang yang betul-betul dihempaskan, kamu memperoleh seorang yang layak menerima perhatian dan kesayangan. Hati yang pedih membawa beban yang berat yang menjadikan hati membongkok dalam kepiluan; ia menjadi jiwa yang tertekan oleh kekhuatiran, keadaan, dan masalah. Ibu kepada Raja Lemuel mencadangkan wain untuk membantu orang demikian (Ams 31:6-7).

Fikir akan wain ini! Maria Magdalena, seorang perempuan berdosa yang telah diampuni Yesus, sedang menangis ketika melihat kubur Tuhannya kosong. Tetapi Orang yang nampaknya seperti pekebun di sana berkata, “Maria”. Dengan satu perkataan baik, Maria dipulihkan dan berkata, “Tuan.” Bacalah itu (Yoh 20:11-18).

Fikir akan wain ini! Zakaria merupakan nabi untuk menggalakkan orang Yahudi yang kembali untuk membina Yerusalem sesudah 70 tahun tawanan di Babel. Dia nampak penglihatan malaikat besar menanya Allah bilakah akan Dia berbelas kasihan kepada Yerusalem. Allah menjawab dengan, “kata-kata yang baik dan yang menghiburkan”, yang telah membangkitkan semangat Zakaria bagi mesej harapan yang besar (Zak 1:12-17).

Ia kejam untuk menari dekat orang yang rasa terhempas. Itu seperti merampas baju kot seseorang pada musim sejuk (Ams 25:20). Kesayangan yang alang-alang ini lebih melukakan daripada membina. “Bercerialah, hai saudaraku, hidup di bawah sinaran matahari”, ialah kata-kata yang baik, tetapi orang yang memiliki beban dan hati yang sedih memerlukan lebih daripada itu (Ams 14:10; 15:13; 17:22; 18:14). Menangislah dengan mereka dan bukan menari (Rom 12:15; 1Kor 12:26).

Salah satu kitab Alkitab mengisahkan tiga sahabat Ayub, yang tidak ada sepatah perkataan yang baik pun untuk menggembirakan hatinya yang pedih. Sebaliknya, mereka bergabung untuk menuduh Ayub munafik. Tidak hairanlah dia memanggil mereka sebagai penghibur sialan. Tetapi kebanyakan orang mengikuti teladan buruk mereka dan menuduh penghakiman Allah untuk sebarang masalah, meskipun masalah itu mungkin suatu pencubaan yang kesayangan.

Bilakah kali terakhir kamu memberi pujian kepada salah seorang secara langsung dan secara ikhlas? Berapa kerap kalikah kamu melakukannya? Fikiran berbudi tentang orang lain yang tidak diluahkan – itu tidak bernilai! Jika kamu ada fikiran yang baik tentang orang lain, beritahulah mereka. Betapa lebih baik dunia ini akan jadi kalau orang memuji orang yang layak menerima pujian? Berapa banyakkah orang benar akan digalakkan dalam kewajaran?

Menanggung beban orang lain menggenapi hukum Kristus (Gal 6:2), dan itu mungkin semudah seperti sepatah dua kata yang menggalakkan. Itu juga termasuk hal menghiburkan orang yang lemah akal yang mungkin diakibatkan oleh hati yang pedih (Maz 38:1-22; 1Tes 5:14). Jika kamu kuat dalam Tuhan, ia tugasmu untuk mencari orang yang lemah dan membantu mereka (Rom 15:1-3). Sebutlah sesuatu yang berbudi.

Amsal-amsal Salomo telah dibaca untuk 3000 tahun. Tetapi tidak seorang pun dapat berkomunikasi dengan sebegitu mudah dan dengan sebegitu bebas melintasi apa pun jarak seperti dirimu melalui telefon, email, mesej teks, Facebook, ciapan, dsb. Ketika kamu memberi perhitungan kepada Allah, Dia akan mengingatkan dirimu (Luk 12:48; Rom 14:10-12).

Lidah ada kuasa hidup atau mati; orang-orang yang salih memakainya untuk kesihatan dan kehidupan (Ams 12:18; 15:23; 16:24; 18:21; 27:9). Hanya sepicit garam – kritikan atau teguran – patut menyelerakan kata-kata budi baik orang berhikmah (Efe 4:29; Kol 4:6). Matlamatnya adalah untuk membina, seorang yang lain, seperti Yonatan membina Daud, ketika dia bersembunyi di hutan (1Sam 23:16).

Kalau kamu menggembirakan hati yang sedih dengan perkataan yang baik, maka kamu menaruh satu lagi batu bata yang mengukuhkan hidup yang kekal. Syurga ialah pemberian percuma oleh rahmat Allah untuk umatNya, tetapi kamu dapat memberi kepastian kepada hatimu dan menambahkan keyakinanmu akan itu dengan berbudi kepada orang lain (1Tim 6:17-19; 1Yoh 3:14-19; Ibr 6:10).

Tambahkanlah jangka hayatmu dan kejayaanmu dengan kata-kata yang baik kepada ibubapamu (Efe 6:2-3). Jaminkan ketaatan anakmu dengan sepatah kata yang baik (Kol 3:21). Perkasakan hidup cintamu dengan sepatah kata yang lembut kepada pasanganmu (Kej 34:3). Luahkan rasa terima kasih kepada bos kamu dengan sepatah kata yang baik (1Tim 6:1). Galakkan seorang anggota polis (Rom 13:7; 1Pet 2:17). Galakkanlah pastor kamu dengan sepatah kata kepadanya (1Tes 5:12-13).

Yesus pada waktu kehidupannya itu menghibur dan menggalakkan banyak orang, kerana Allah telah memberinya kurnia ajaib akan pertuturan, “supaya aku dapat tahu bagaimana mengucapkan kata yang sesuai bagi orang yang lesu” (Yes 50:4). Sementara Dia dengan berhati-hati menempatkan diri untuk menghiburkan Maria dengan satu perkataan selepas kebangkitanNya (Mar 16:9), kamu patut memikir akan seseorang sekarang juga yang dapat digalakkanmu.

Para malaikat menghibur dan menguatkan Yesus Sendiri beberapa kali, terutamanya ketika rohNya sungguh sesak di taman Getsemane (Mar 14:33-34). Dia mengutus RohNya untuk menghiburkanmu, ketika kamu merendahkan dirimu di hadapanNya dan berseru untuk bantuan. Ikutlah teladannya yang kudus dan pakailah kata-kata baik daripada Firman baikNya untuk menjadikan banyak hati yang pedih gembira.