Amsal · Proverbs

13:19
Kemahuan yang tercapai adalah manis kepada jiwa: tetapi ia kekejian bagi orang bebal untuk menjauhi kejahatan.

Manusia mampu untuk menjadi bahagia selalu, tetapi kebanyakan mereka membenci jalan kebahagiaan dan kejayaan. Punca yang paling besar bagi kepuasan dan sukacita manusia didapati dalam kewajaran, kebenaran, dan hikmah. Ketika seseorang manusia memperoleh hal-hal ini, ia merupakan pencapaian yang paling manis di dunia. Tetapi kebanyakan orang begitu membenci hal-hal ini dan sebaliknya mengasihi dosa sehingga mereka enggan untuk mengejar ganjaran ini pun. Mereka benci dan meluat fikiran menyerahkan gaya hidup mereka yang berdosa itu.

Di sinilah amsal Solomo – suatu kata pujangga orang yang berhikmah – yang memerlukan tafsiran (Ams 1:6). “Kemahuan yang tercapai” bukanlah kemahuan secara am, sebab maksud itu kurang mengajar hikmah yang bernilai, dan ia tidak sesuai dengan kata penghubung, “tetapi”. Kemahuan yang tercapai bukan nafsu yang tamak dalam orang bebal, sebab itu secara langsung akan melanggari kata penghubung itu. Walaupun semua manusia dan orang bebal ada kenikmatan mencapai matlamat mereka atau memenuhi nafsu mereka, itu bukan apa yang diajar amsal ini.

Kunci untuk penafsiran ialah perkataan “tetapi”, yang menempatkan klausa pertama sebagai klausa lawanan dengan klausa kedua. “Tetapi” dalam pemakaian ini ialah suatu kata penghubung penyarak, yang menghubungkan dua klausa secara bertentangan dengan satu sama lain. Kemahuan yang tercapai haruslah bermaksud kemahuan kudus orang benar kerana ia manis bagi jiwa dan teguh menentang kejahatan orang bebal dalam klausa selari dengan ini (Ams 10:24; 11:23). Pertimbangkan ini dengan teliti sebelum maju lagi.

Kemahuan orang benar adalah untuk bertambah dalam kewajaran, kebenaran, dan hikmah (Ams 4:7, 16:6; 18:1; 23:23). Inilah matlamat-matlamat kehidupannya, dan ia menghasilkan kenikmatan dan keuntungan yang besar ketika ia tercapai (Ams 3:13, 18, 35; 4:8-9; 22:4; 29:18). Kenikmatan untuk berjalan bersama Allah dan menghidupi suatu kehidupan yang kudus jauh melebihi sukacita-sukacita cetek orang bebal, walaupun orang bebal itu nampaknya banyak menikmati kemakmuran (Ams 10:22; Maz 4:6-8; 43:4; 63:3-5; 1Pet 1:8).

Pencapaian yang paling manis adalah untuk dibangkitkan daripada mati dan berada di syurga sambil menikmati warisan kekalmu dengan Allah Bapa dan Yesus Kristus. Itulah betul-betul satu-satunya matlamat Abraham (Ibr 11:8-16). Pemazmur fikir ia lebih baik daripada kenikmatan kehidupan ini (Maz 17:14-15; 49:6-20; 73:1-26). Begitu juga dengan Paulus (Flp 1:23; 3:8-11; 2Kor 5:6-8). Di antara semua matlamatmu, apakah keutamaan matlamat ini? Dan apa yang telah kamu buat untuk memperolehnya?

Solomo telah memerhatikan bahawa orang bebal membenci idea meninggalkan dosa mereka. Mereka tidak dapat melihat ganjaran besar yang sedang ditinggalkan mereka, dan mereka enggan menyangkal diri mereka sendiri bagi kenikmatan yang dinafsukan mereka. Mereka memperdayakan diri mereka sendiri bahawa dosa-dosa mereka menyenangkan dan menguntungkan. Mereka mengejar dosa dengan tamak bagi pembinasaan diri mereka sendiri. Mereka tidak dapat berbuat benar. Mereka tidak berupaya dan tidak mahu mencari Allah ibarat orang Etiopia yang tidak boleh mengubahkan warna kulitnya atau harimau bintang yang tidak dapat mengubahkan bintik-bintiknya (Maz 36:1-4; Yes 26:10; Yer 13:23; 17:9; Rom 1:18-32; 3:10-18; 8:7-8; Efe 4:17-19).

Pelajaran di sini memang cukup mudah. Ada pintu sempit dan jalan sempit yang membawa ke kehidupan, dan hanya beberapa orang yang menemuinya. Ia mungkin melibatkan beberapa korban menyangkal diri sendiri sekarang, tetapi ganjaran manis kemudian adalah lebih besar. Ada pintu lebar dan jalan lebar yang membawa ke kebinasaan, dan kebanyakan orang lebih suka memilih itu (Mat 7:13-14). Orang bebal terus-menerus kembali kepada kebebalannya seperti anjing kepada muntahnya dan babi kepada mandi lumpurnya semula (Ams 26:11).

Jika kamu mahu kesalihan, Allah telah melakukan kerja yang ajaib untuk menyebabkanmumengasihi apa yang kamu dahulu benci dan membenci apa yang dahulu kamu kasihi (Flp 2:12-13). Dia akan memuaskan kemahuanmu, dan itulah kemanisan yang berharga bagi jiwamu. Tetapi semua orang durjana akan dihukum dan dibinasakan bagi kebebalan mereka kerana menolak tawaran Allah untuk kewajaran, kebenaran, dan hikmah. Kamu dapat membuktikan kepada dirimu sendiri jikalau ini benar tentang dirimu atau tidak melalui lapan perkara (2Pet 1:5-11).