13:20
Dia yang menjalani hidup dengan orang berhikmah akan menjadi berhikmah: tetapi peneman orang bebal akan dibinasakan.
Kamu hasil pergaulanmu. Pepatah tersebut ialah versi yang pendek dan yang lemah dibandingkanamaran Salomo yang benar. Di sinilah amsal yang paling bernilai bagi kemajuanmu.
Walaupun kamu mungkin berhikmah, sahabat-sahabat bebal akan lama-kelamaan membinasakanmu. Walaupun kamu mungkin bebal, sahabat-sahabat berhikmah akan menunjuk dan ajar kamu kejayaan. Inilah suatu cara yang mudah untuk makmur.
Betapa mudahnya peraturan ini bagi hikmah dan kehidupan! Buang kawan yang bebal, dan pilihlah yang berhikmah untuk dijadikan kawan. Kamu akan bertumbuh dalam hikmah dan mengelak banyak masalah di dalam kehidupan. Olahragawan yang baik memakai rekod pesaing yang lebih hebat sebagai sasarannya untuk mencapai yang terbaik di dalam dirinya sendiri, walaupun itu bermaksud dia kena kalah kerap kali ketika berlatih.
Ia sukar untuk berpisah dengan kawan-kawanmu. Kamu mungkin percaya bohong bahawa dirimu dapat menahan pengaruh kawan bebal. Atau kamu mungkin mendapati bahawa kawanmu yang paling rapat ialah orang bebal. Atau mungkin kawan-kawan bebalmu itu orang popular sehingga mungkin merosakkan kedudukanmu di kalangan orang sebayamu. Atau kamu memang lurus bendul dengan memikir bahawa kamu dapat membantu kawan-kawan bebalmu itu.
Alkitab mengisytiharkan, “Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik” (1Kor 15:33). Amaran tentang perdayaan adalah untuk menyelamatkanmu, memandangkan banyak yang berfikir bahawa kawan itu tidak membahayakan. Tetapi jika kamu mengizin masuk pengaruh jahat di dalam kehidupanmu, maka kamu akan menghilangkan adab yang baik.
Bagaimanakah Lot, anak buah lelaki Abraham itu, berakhir di dalam gua dalam keadaan kehilangan segalanya kecuali dua anak perempuannya yang hamil oleh perlakuan sumbangnya itu? Bagaimana? Dia berpindah menghala ke Sodom dan berkawan dengan kota yang jahat itu (Kej 13:12). Betapa hebat bencana itu bagi dia, isterinya, dan lima orang anak perempuannya itu. Janganlah diperdayakan!
Ibubapa yang paling baik mengawasi setiap pergaulan anak mereka, sebab kawan bebal merupakan suatu ancaman yang besar kepada kanak-kanak dan remaja. Banyak ibubapa yang sederhana membuat keputusan-keputusan persekolahan untuk melindungi anak-anak mereka, tetapi gagal untuk meneliti rakan-rakan dari sekolah, tempat kerja, gereja, keluarga, kegiatan sukan, dan jiran-jiran.
Inilah salah satu perkara yang paling penting yang dapat dilakukanmu bagi kejayaan anak-anakmu. Bacalah amsal ini sekali lagi. Hasilnya memang pasti, tetapi kanak-kanak dan remaja tidak cukup berhikmah untuk memilih rakan-rakan mereka sendiri, maka kamu harus membatasi pilihan-pilihan mereka kepada yang memenuhi syarat-syaratmu.
Orang bebal tidak mungkin menjadi kawan benar kepada seseorang anak Allah. Ia tidak mungkin sebab mereka tidak secocok dari segi sifat. Mereka tiada apa pun yang bernilai untuk ditawarkan. Apa itu orang bebal? Mereka tidak takut akan Allah (Amsal 1:7; Rom 16:17-18). Jangan pedulikan perasaanmu atau sejarahmu yang lampau itu, dan putuskan perhubunganmu dengan kawan-kawanmu yang bebal.
Daud menolak orang bebal (Maz 1:1; 101:1-8; 119:115); dia telah memilih rakan-rakan daripada orang yang takut akan Allah (Maz 119:63,79). Adakah dia memiliki kawan-kawan yang baik? Dia memiliki Yonatan (1Sam 18:1-4; 20:16-17; 23:16; 2Sam 1:26)! Dia memiliki Raja Hiram (1Raj 5:1)! Dia memiliki Itai orang Gat itu (2Sam 15:21)!
Bagaimana membuang rakan-rakan yang bebal? Janganlah bersedia ada bagi mereka. Atau pergi bergaul dengan orang yang berhikmah, dan rakan-rakan bebal akan mengurang, sebab mereka tidak suka akan orang yang berhikmah. Atau nyatakan kepada mereka bahawa kamu tidak dapat melakukan perkara-perkara yang dulu kerana hati nurani atau kerana Alkitab. Atau terus-terang beritahu mereka bahawa persahabatanmu itu sudah berakhir.
Bagaimana mencari rakan-rakan berhikmah? Carilah mereka di gereja-gereja setia Yesus Kristus di seluruh dunia, walaupun gereja-gereja sebegini berbilangan kecil dan beranggota segelintir orang sahaja. Di dalam gereja-gereja itulah yang ada anak-anak Allah setia berkumpul mengelilingi Allah dan kebenaran yang diajar di sana.
Orang salih merupakan pengasih orang baik, maka kamu harus membeza-bezakan orang dengan hikmah (Tit 1:8; Maz 16:3). Orang dapat secara mudah dinilaikan dengan skala akhlak mulia dan hikmah, maka orang berhikmah akan bergerak menghala kepada orang yang berada di bahagian atas skala itu. Malahan pula, mereka memilih rakan-rakan yang dari keanggotaan gereja.
Berapa jauh harus kamu meninggalkan orang bebal? Sungguh-sungguh jauh! Janganlah menghala ke arah mereka (Maz 1:1; Ams 1:10,15; 4:15; 9:6), dan jangan ada persekutuan dengan mereka (Ams 14:7; Ams 3:3; Efe 5:11-12)! Jiwamu dan masa depanmu itu sedang dipertaruhkan. Carilah jalan orang baik, dan bergerak menuju arah itu (Ams 2:20-21).
Perkahwinan merupakan pemilihan teman bagi seluruh hidupmu! Pakailah hikmah amsal ini di dalam pemilihan pasanganmu. Cari dan selidiki sikap takut akan Allah yang peribadi dan yang berdikari, iaitu syarat bagi hikmah. Jika kamu melakukannya, hikmah akan memandu dan memberkati perkahwinanmu dan keluargamu. Jika kamu tidak melakukannya, kedua-duanya akan dirosakkan dengan teruk.
Sahabat yang paling diperlukanmu dan yang mengatasi yang lain ialah Allah sendiri dan Yesus Kristus. Abraham itu sahabat Allah kerana mentaatiNya dengan teliti dan menyembahNya dengan penuh kesungguhan (Yak 2:23). Yesus mengasihi Lazarus, Maria, dan Marta bagi sebab-sebab yang sama (Yoh 11:1-5).