Amsal · Proverbs

13:18
Kemiskinan dan keaiban akan terjadi kepada dia yang menolak arahan: tetapi dia yang mengendahkan teguran akan dihormati.

Kegagalan atau kejayaan? Kemiskinan atau kekayaan? Keaiban atau kehormatan? Yang mana satu kamu lebih suka? Sudah tentulah kamu mahu kejayaan, kekayaan, dan kehormatan. Tetapi ia jauh lebih mudah untuk mengingini itu daripada memperoleh itu. Ada kewajiban asas untuk memperolehnya, dan kebanyakan manusia tidak akan memenuhi syarat ini. Mereka mesti merendahkan diri mereka untuk menghargai teguran dan menerima arahan.

Kamu sedang membuat suatu keputusan sekarang juga tentang masa depanmu. Sesetengah orang akan menganggap diri sendiri sudah tahu pelajarannya, maka mereka akan berhenti membaca dan kembali semula kepada permainan mereka yang bebal. Orang lain akan membaca sedikit lebih lanjut dan berhenti ketika pengarang ulasan ini dengan tidak langsung memberi maksud bahawa mereka besar kemungkinan merupakan orang bebal dan pencemuh. Hanya segelintir orang yang akan teruja untuk melihat suatu tawaran kehormatan dan menerapkan setiap perkataan kepada diri sendiri untuk mendapatkan piala kejohanan.

Kebanyakan orang terlalu angkuh, suka memberontak, atau degil untuk menghargai teguran atau menerima arahan. Mereka mahu berbuat menurut kehendak sendiri. Mereka tidak suka untuk diberitahu bahawa mereka sudah salah. Mereka suka pendapat-pendapat mereka sendiri. Salomo memberi amaran berulang-ulang kali bahawa keredaanmu untuk diperbetulkan dan diajar ialah kunci kepada masa depanmu (Ams 1:24-33; 2:1-5; 3:1-2; 5:9-14; 8:7-8,36; 9:7-9; 10:17; 12:1; 13:13; 14:12; 15:5,31-32; 16:25; 18:1-2; 26:12; 28:11).

Pelajarannya mudah. Kamu lahir ke dalam kehidupan dengan tidak mengenal apa pun. Hatimu dan doronganmu berputar belit kerana mewarisi kerosakan daripada moyangmu yang pertama – Adam dan Hawa. Dunia dipenuhi dengan kejahilan, kepercayaan karut, dan tradisi. Kamu diserang setiap hari dengan gagasan, godaan, dan tindakan yang cabul. Kamu akan meletus binasa dalam kejahilan tanpa bantuan yang serius.

Di sinilah teknik yang mudah untuk kejayaan di dalam dunia yang sudah pasti gagal. Carilah guru-guru yang ada kebenaran dan hikmah Allah lalu menunduk kepada teguran dan arahan mereka. Ia sebegitu mudah. Allah telah menyatakan hikmah syurga kepada manusia. Jika kamu cuba mencari itu dan menerima pembetulan dan ajaran mereka, kamu boleh menyelamatkan dirimu daripada kegagalan, kemiskinan dan keaiban.

Di manakah guru-guru demikian? Di tempat nas-nas kitab Allah diajar! Kepandaian atau pendidikan sekolah tidak boleh menggantikan Alkitab. Tiada cahaya atau pemahaman di luar Alkitab (Yes 8:20; 1Kor 1:19-20; 3:19-20; 1Tim 6:3-5,20-21). Jika kamu mencari kebenaran Allah dengan sepenuh hatimu, Dia akan mengutus seorang guru (Ayb 33:19-26; Kis 8:26-35; 10:1-6; 18:24-28).

Sesudah kamu menemui guru sedemikian, ada satu lagi halangan untuk menempuh jalan kejayaan – fikiranmu, bayanganmu, dan pendapatmu sendiri. Seseorang yang dengan angkuh menganggap dia lebih betul adalah lebih teruk daripada orang bebal. Dia seorang pencemuh, dan Allah akan membutakannya dan menghukum orang itu (Ams 9:7-9; 26:12; Yeh 14:1-11). Si bebal terlalu malas dan terlalu teralih perhatiannya untuk belajar, tetapi si pencemuh pula enggan diajar.

Pembelajaran dan kemajuan memerlukan perubahan. Kamu sama ada harus memperbetulkan kesalahan yang telah dipelajari, ataupun kamu harus menambahkan pengetahuan baru kepada perbendaharaanmu. Yang pertama itu memerlukan teguran, dan yang kedua mewajibkan penerimaan gagasan-gagasan baru melalui arahan. Keangkuhan, pemberontakan, dan kedegilan tidak akan membenarkan seseorang untuk melakukan dua perkara ini. Kebanyakan orang merupakan pengalah.

Guru yang sejati ialah musuh fikiranmu dan bayanganmu (2Kor 10:4-6). Dia harus membinasakan dan merobohkan kubu-kubu kuat mindamu, iaitu tempat yang kamu memegang gagasan dan konsep palsu. Guru tersebut harus menggantikannya dengan kebenaran dan hikmah, yang kamu tidak pernah dengar atau tidak pernah terima. Sementara perhubungan guru dan murid ini penuh kasih sayang, namun prosesnya sememangnya suatu percanggahan.

Kamu telah dilahirkan di dalam generasi yang bebal. Berkongsi ialah kaedah baru untuk belajar. Murid-murid yang jahil, yang tidak lama dahulu mengotor kain lampin mereka sendiri, iaitu yang umur setahun jagung, dipohon untuk pendapat-pendapat mereka tentang hal perkahwinan sejenis, hukuman mati, asal usul manusia, dan subjek-subjek yang lain. Pendidikan yang sejati tidak meminta untuk pendapat – ia menjadikan kebenaran dan hikmah mutlak Allah satu-satunya pendapat!

Gereja-gereja pada hari ini tidak lebih baik daripada sekolah-sekolah hari ini. Manusia tidak dapat tahan doktrin yang sihat – pengajaran yang menyampaikan tahap-tahap mutlak Allah untuk iman dan amalan. Sebaliknya, mereka mahu guru-guru untuk menghiburkan mereka dengan dongeng yang akan menyenangkan telinga mereka yang gatal, iaitu hal-hal yang sesuai dengan anggapan-anggapan mereka yang badaniah dan yang bebal (2Tim 4:3-4).

Apakah yang menghalang dirimu daripada mendengar guru-gurumu, iaitu ibubapamu dan pastor? Adakah kamu terlalu angkuh untuk menerima pembetulan? Adakah kamu terlalu degil untuk mengaku salah? Terlalu memberontak untuk berubah menurut nasihat orang lain? Ini merupakan tanda-tanda si pencemuh. Kamu sudah pasti menuju ke ambang kemiskinan dan keaiban, kecuali kamu bertaubat dengan serta-merta dan merendahkan dirimu di hadapan firman Allah.

Adakah kamu tidur di gereja? Adakah kamu benci diajar orang yang lebih muda daripada dirimu? Adakah kamu puas hati dengan tradisi rumah lacur Rom? Adakah kamu menghadiri gereja yang paling popular di bandar untuk mengelak khutbah? Itulah tanda-tanda orang bebal! Kamu sudah pasti menuju ke ambang kemiskinan dan keaiban, kecuali kamu bertaubat dengan serta-merta dan merendahkan dirimu di hadapan firman Allah.

Yesus telah menjadikan pelajaran ini sungguh terus-terang seperti yang dirumuskanNya dalam Khutbah di atas Bukit. Dia menyatakan bahawa hal mendengar doktrinNya dan tidak melakukannya adalah seperti membina kehidupanmu di atas pasir. Ribut masa dan kekekalan akan menghanyutkan dirimu (Mat 7:24-27). Tetapi orang behikmah akan mendengar kata-kataNya dan membina kehidupan di atas batu. Dia akan pasti berdiri teguh di tengah-tengah ribut masa dan kekekalan.

Kehormatan ada di hadapanmu. Allah telah memperkenalkan hikmah sejati di dalam ciptaan alam yang kelihatan (Maz 19:1-6; Rom 1:20). Dia telah memberi butir-butirnya di dalam Alkitab (Ula 29:29; Maz 19:7-11; 2Pet 1:19-21). Dia telah mengutus manusia untuk mengkhutbahkan hikmah Allah yang tersembunyi (1Kor 2:1-16; 1Tim 3:16). Kebenaran sedia ada, jika manusia hanya merendahkan diri mereka sendiri (Yes 66:2). Jika mereka tidak, Dia akan mendawaikan semula otak mereka untuk mengaibkan diri mereka dengan percabulan seksual yang keji benar (Rom 1:21-28). Betapa malunya itu!

Selidikilah dirimu di terang amsal ini. Jika kamu mendengar arahan dan melupakannya sebelum memakainya di dalam kehidupanmu, kamu orang bebal. Kamu sedang dengan pasti menuju ke ambang kemiskinan dan keaiban. Jika kamu mendengar pembetulan dan membencinya, kamu seorang pencemuh. Kamu sedang dengan pasti menuju ke ambang kemiskinan dan keaiban dengan lebih lekas. Hikmah adalah untuk menunduk kepada teguran dan menerima arahan, sebab itulah jalan untuk pembelajaran dan pertumbuhan. Allah dan semua manusia yang baik akan menhormati orang sedemikian.