Amsal · Proverbs

13:21
Celaka mengejar para pendosa: tetapi orang benar dibalas kebaikan.

Ada sesuatu yang sedang mengejarmu! Masalah mengejar para pendosa sehingga ia menangkap mereka dan membawa kepedihan dan kemalangan kepada kehidupan mereka. Berkat mengejar orang benar sehingga ia menangkap mereka dan membawa kebaikan, kenaikan pangkat, dan ganjaran. Pandanglah di sebelah sisi bahumu! Ada sesuatu yang sedang mengejarmu sekarang! Yang mana satu – celaka atau kebaikan? Tidak kira mana satu pun, ia akan dengan pasti menangkapmu.

Perilaku ada kesan-kesannya. Dosa akan akhirnya membawa celaka – dukacita, kerugian, kepedihan, dan masalah. “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu” (Bil 32:23)! “Jalan para pelanggar adalah sukar” (Ams 13:15)! “Duri dan jerat ada pada jalan orang-orang rewel” (Ams 22:5)! Jalan aliran dosa yang dipakai akan membawa penghakiman, dan ia akan mengikuti setiap langkahmu sehingga ia menangkap dan menghukummu.

Perilaku ada kesan-kesannya. Ketaatan akan membawa berkat – keredaan, kemakmuran, kenikmatan, dan ganjaran. “Bagi dia yang ingin menyayangi kehidupan, dan melihat hari-hari baik, biar dia menahan lidahnya daripada kejahatan, dan bibirnya supaya tidak mengucapkan tipu muslihat: Biar dia menjauhi kejahatan, dan melakukan kebaikan” (1Pet 3:10-12). Melakukan apa yang betul akan membawa kebaikan ke dalam kehidupanmu (Ayb 36:11; Maz 19:11; Yak 1:25).

Pendosa yang kekal berdosa adalah bebal. Mereka berfikir mereka boleh melepaskan diri daripada kesan-kesan dosa (Maz 36:1-2). Tetapi Allah Yang Maha Kudus di syurga tidak memandang dari jauh-jauh. Para malaikatNya sedang melihatmu membaca kata-kata ini (Ams 15:3). Dia menyampaikan mereka untuk mengejar dan untuk menganiaya para pendosa (Maz 35:5-6). Dia mengganjari orang bebal dan para pelanggar (Ams 26:10). Dia dengan banyak mengganjari si pelaku yang angkuh (Maz 31:23; 32:10).

Lot telah menonton terlalu banyak televisyen Sodom, tetapi kecelakaan menangkap dia, menghapuskan segala miliknya, dan meninggalkannya dengan dua anak perempuan yang bersumbang mahram di dalam gua. Banyak orang di gereja Korintus dengan badaniah menyertai Perjamuan Tuhan, tetapi mereka menjadi lemah, sakit, dan mati kerana itu. Yudas mahu untung sedikit wang, tetapi kecelakaan menghempas isi perutnya terburai ke tanah. Celaka mengejar mereka dan telah menangkap mereka.

Jika kamu dengan terus-menerus melanggari Allah, celaka akan mengejar dan membinasakanmu. Bagi orang rewel, atau yang tidak taat, Allah akan layan dengan rewel, atau bercanggahan (Maz 18:26). Hukum alam semesta ini adalah sepasti hukum graviti. Yoab mencari keselamatan di mazbah Allah, tetapi pedang keadilan menangkap dia di sana (1Raj 2:28-34). Yunus ingat Tarsis mungkin selamat, tetapi suatu ribut dan ikan paus telah mengejar dan menangkap dia. Bahagian hidup manakah yang sedang kamu menipu Allah? Kamu boleh berlari, tetapi kamu tidak boleh bersembunyi. Bertaubat!

Bahagian hidup manakah yang kamu kerap kali berdosa? Jika kamu mengabaikan pendidikan anak-anakmu dalam pemeliharaan dan teguran Tuhan, maka mereka akan membinasakan kehidupanmu (Ams 29:15). Jika kamu mengabaikan pasanganmu, Allah tidak akan mendengar doa-doamu (1Pet 3:7). Jika kamu main-main dengan pornografi atau nafsu-nafsu seksual, kamu akan berakhir dalam kematian dan neraka (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18). Adakah Allah tidak melihat? Para malaikatnya mendengar kata-katamu; mereka menyemak panjang rambut dan penundukkan perempuan (Pkh 5:6; 1Kor 11:10). Dia mungkin memperdayakanmu dengan damai sejahtera yang palsu, tetapi Dia akan tiba-tiba habis mengoyak-ngoyakkanmu (Maz 50:21-22).

Jika kamu mencari Tuhan dengan hati yang setia, kebaikan akan mengikutimu dan memberkatimu. Terjamin! Kepada orang yang berbelas kasihan dan yang jujur, Allah akan layan dengan belas kasihan dan kejujuran (Maz 18:25). Tetapi Dia ketawa senda terhadap sikap bermuka-muka dalam pengakuan iman atau kedatangan di gereja. Dia mencari hati dan minda yang mengabdikan diri kepada kekudusan dan kewajaran (Maz 37:4; 145:19; Mat 6:33). Jangan lemah atau tawar hati, sebab adanya ganjaran untuk orang benar (Maz 58:1-11; 1Kor 15:58).

Tidak seorang pun yang boleh menjalani hidup benar yang sempurna (1Yoh 1:8,10), tetapi kamu boleh secara umum berbuat demikian, dan kamu dapat menutupi dosa oleh pengakuan dan pengampunan daripada kesetiaan Allah (1Yoh 1:9). Kamu boleh bermula semula sekerap kali yang kamu perlu dengan rekod yang bersih di pandangan Allah, dan sementara berjalan dengan Allah, darah AnakNya Yesus akan menyucikanmu daripada segala dosa (1Yoh 1:7). Tidak kira betapa teruknya dosa-dosamu, kamu boleh bermula semula dengan Allah. Pertimbangkan Manasye dan Maria Magdalena.

Daud merupakan salah satu orang kegemaran Allah, dan diberkati dengan melimpah dalam pelbagai cara, sebab siapakah yang telah mengasihi Allah melebihinya? Dia mengenal Allah dan mengganjari kewajarannya (Maz 18:19-26; 7:3-9; 17:2-4; 26:1; 37:23). Walaupun dia telah berdosa dalam beberapa cara, Allah masih mengampuninya dan memberkatinya. Jangan jadi takut atau tidak berharapan kerana dosa-dosamu. Akuilah dan tinggalkanlah itu, sebab Dia akan dengan limpah mengampuni dan memulihkan (Yes 55:6-9; 58:1-14; 2Taw 33:12-13; Ayb 36:6-12).

Kamu sedang memilih pada saat ini juga apa yang akan mengejar dan menangkapmu (Ams 24:20; Yes 3:10-11). Apakah yang harus dilakukanmu? Bertaubat bagi apa pun dosa! “Percayalah kepada TUHAN, dan berbuat baik; demikian kamu akan berdiam di negeri, dan sesungguhnya kamu akan diberi makan” (Maz 37:3). Barang apa yang ditabur seseorang, itulah yang akan dituainya. Jika kamu main dengan daging dan dosa, kecelakaan akan membinasakanmu (Gal 6:7-10). Jika kamu mencari Tuhan dengan hati yang berjaga-jaga, Dia akan memandang kepadamu untuk memberkatimu sebesar-besarnya (2Taw 16:9)!

Yesus dari Nazaret mengasihi dan berbuat kewajaran. Allah mengurapiNya dengan minyak kegembiraan mengatasi semua manusia (Ibr 1:9). Dia menghadapi salib dan memandang hina keaiban itu, sebab Dia nampak sukacita dan kenikmatan yang kekal di tangan kanan Allah (Maz 16:11; Ibr 12:2). Kamu harus mempertimbangkan Yesus dan orang-orang kudus yang telah memperoleh janji-janji dengan ketaatan yang setia (Ibr 11:6; 12:1-3).