Amsal · Proverbs

14:31
Dia yang menindas orang miskin mengaibkan Penciptanya: tetapi orang yang menghormatinya ada belas kasihan terhadap orang miskin.

Ia tidak mungkin untuk menjadi seorang Kristian yang sejati dan menganiaya orang miskin. Ia tidak berguna jika kamu menyanyi, “Ku mahu cinta Yesus selamanya”. Ia tidak berguna jika kamu menghadiri gereja untuk berpura-pura bersembahyang kepada Allah. Agama yang sejati di hadapan Allah Yang Maha Tahu adalah untuk menjaga orang miskin (Yak 1:27). Seperti yang telah diisytihar amsal ini dengan jelas, kehormatan yang sejati kepada Allah melibatkan belas kasihan terhadap orang miskin.

Orang miskin biasanya tidak dapat mempertahankan diri dan tidak dapat membantu diri sendiri. Jika kamu mengambil kesempatan ke atas mereka di dalam keadaan ini yang lemah, maka kamu mengaibkan Allah, Sang Pencipta mereka. Dia akan membalas semua pelanggaran demikian (Ula 1017-18; Maz 68:5). Kamu mengaibkan Allah dengan menyalahgunakan ciptaanNya iaitu orang miskin dan penyediaan nasibNya untuk mengekalkan mereka miskin (1Sam 2:7). Dia telah menjadikan kedua-dua orang kaya dan orang miskin, dan berapa kaya pun kamu mungkin jadi, kamu tidak lebih baik daripada orang miskin (Ams 17:5; 22:2,16,22-23).

Kamu bukanlah orang yang sendiri menjadikan diri berjaya. Jika kamu kaya, ia bukan kerana kemampuanmu, usahamu, atau kepandaianmu. Waktu dan nasib, oleh penyediaan nasib Allah, telah menjadikan kamu keadaan dirimu pada hari ni (Pkh 9:11). Allah telah memberimu apa yang dimilikimu, dan ia dosa untuk bermegah seolah-olah kamu tidak menerimanya sebagai pemberian Tuhan (1Kor 4:7). Kamu satu langkah jauhnya oleh pemberian Tuhan untuk diberi kemiskinan.

Ia agama yang berbahaya dan yang mudah memperdaya yang akan menghiburkan diri dalam bentuk kesalihan tanpa kuasa sebenar kehidupan yang kudus (2Tim 3:1-5). Belas ihsan dan kasih ialah bukti besar akan agama Kristian yang sejati. Iman bukanlah bukti yang sebegitu baik, kerana setan-setan percaya dan gementar lagi (Yak 2:19). Tetapi jerih lelah kasih terhadap orang miskin langsung tidak akan dilupakan Tuhan (Mat 25:31-46; 1Kor 12:31; 13:13; 1Tes 1:2-4; 1Tim 6:17-19; Ibr 6:10; 2Pet 1:5-7).

Sesetengah orang fikir bahawa mengundang Yesus ke dalam hati mereka ialah syarat, bukti, dan apa yang mensahihkan hidup kekal. Tetapi satu-satunya ayat di dalam Alkitab yang memakai bunyi maksud yang dekat kepada itu langsung tidak berkaitan dengan hidup kekal (Rom 3:20). Bukti dan kesahihan yang sebenar akan hidup kekal adalah untuk mempertimbangkan orang miskin dan membelanjakan wangmu untuk menjaga mereka (1Yoh 3:17-19).

Agama dalam bentuknya atau upacaranya tidak bererti bagi Allah. Lagi pula, Dia membenci itu (Yes 1:10-15; 58:1-5)! Dia mahu agama dari hati, yang memberi wang sendiri kepada orang yang tiada hak tuntutan kepada belas kasihanmu (Yes 1:16-20; 58:6-11). Seorang lelaki yang benar-benar mengenal Allah selalu memikir di luar kehidupannya yang kecil untuk membantu dan melayani orang lain (Kis 20:35; 2Kor 12:14-15).

Sudah tentulah bukan semua orang miskin layak untuk dijaga. Jika seseorang tidak berbuat segala apa yang mampu dibuatnya, maka dia orang malas. Kelaparan ialah pemberian yang paling baik untuknya (Ams 20:4; 2Tes 3:10). Allah hanya peduli akan keperluan-keperluan sah, seperti makanan, pakaian, dan perlindungan, untuk mangsa yang benar, seperti anak yatim piatu, balu, atau orang yang tercedera yang Tuhan atur untuk berada di jalanmu (Yes 58:7; Luk 10:25-37).

Allah akan mengganjari orang yang menghormatiNya dengan menjaga orang miskin (Ams 19:17; 28:27; Maz 41:1). Ia situasi yang menjadikan setiap pihak menang kalau kamu membantu orang miskin – kamu sedang mengamalkan agama yang sejati, orang miskin bersukacita akan budi baikmu itu, dan Allah akan memakmurkanmu! Semakin banyak wang yang diserakkanmu ke arah orang miskin, semakin lebih cepat dan lebih jauh kemajuanmu itu (Ams 11:24-26). Terjamin!

Sungguh hairan untuk melihat orang yang kedambaan menjadi semakin jauh tertinggal ke belakang, sementara orang yang murah hati semakin jauh ke depan dalam kemajuannya. Semakin banyak kamu memberi, semakin banyak yang akan dimilikimu; semakin kurang kamu memberi, semakin kurang yang akan dimilikimu. Allah Yang Berbahagia di syurga akan mengatasi soal matematik itu setiap kali. Itulah hikmah yang terlampau tinggi untuk si bebal yang pandai-pandai di sekolah perniagaan (Ams 24:7)!

Allah Sendiri menjaga orang miskin jauh melebihi apa pun yang pernah kamu pertimbangkan. Jika ia bukan kerana kerelaan Yesus Kristus untuk menjadi miskin demi orang-orang pilihanNya, maka mereka akan hidup dan mati dalam kepapaan rohani yang sungguh teruk dan dilempar ke dalam neraka selama kekekalan. Tetapi Dia telah menjadi miskin supaya mereka dapat menjadi kaya dengan hidup kekal (2Kor 8:9)! Segala kemuliaan bagi Allah!