Amsal · Proverbs

14:32
Orang durjana dihalau dalam kedurjanaannya: tetapi orang benar ada harapan pada waktu kematiannya.

Semua manusia mati. Tetapi tidak seorang pun yang nak bercakap tentangnya. Manusia mengalihkan perhatian mereka dengan kerja, politik, sukan, muzik, dadah, dsb. Mereka berlagak seakan-akan maut tidak akan menemui mereka. Tetapi itulah yang paling pasti!

Semua manusia mati. Tetapi orang durjana mati lebih teruk daripada orang benar. Maut mengoyak manusia durjana daripada permainan dan keselamatan mereka lalu melemparkan mereka ke dalam kekekalan tanpa Allah atau tanpa penghiburan. Orang benar berbaring dalam damai dan memilih untuk meninggalkan kehidupan ini untuk menuju destinasi syurga.

Kamu akan mati. Bagaimanakah kamu mati? Raja Kengerian, iaitu maut sendiri, sedang menghendapmu sekarang juga. Dia akan mengoyakmu daripada setiap perhubungan, setiap pembantu, dan setiap aset. Kamu akan berdiri bersendirian, dengan tiada bantuan, telanjang, dan bersalah di hadapan Allah. Itulah caranya orang durjana mati.

Dunia menyanjungi orang durjana mengatasi orang benar. Mereka buat eulogi dan mengingati orang seperti Marilyn Monroe dan Princess Diana sehingga perbezaan amsal ini tidak dilihat. Kamu patut dan perlu melihat perbezaannya, supaya jangan dunia punya dusta menggodamu kepada kematian orang durjana, sebab dua contoh ini telah dihalau oleh kematian daripada segala hiburan sia-sia mereka.

Yesus mengisahkan kematian seorang yang kaya, yang ada sebegitu banyak sehingga kamu mungkin ingat bahawa dia ada kehidupan yang baik sekali. “Tetapi Allah berkata kepadanya, Hai orang bebal, pada malam ini juga jiwamu akan dituntut daripadamu: maka milik siapakah barangan itu, barangan yang telah kamu sediakan itu? (Luk 12:20). Orang kaya yang bebal ini telah dibuang ke luar dari kehidupan oleh Raja Kengerian tanpa sesen pun.

Orang durjana mendapat syurga mereka sekarang, sebab bahagian mereka ialah di hidup ini (Maz 17:14). Allah mengizinkan mereka benda-benda baik, anak, dan perbendaharaan yang besar. Tetapi dengan itu pun mereka kerap kali murung, cerai, disfungsi, dan terjebak ke dalam dadah dan kemabukan untuk penghiburan. Tetapi Daud tahu dia akan dipuaskan ketika dia bangun sesudah mati dengan keserupaan Allah (Maz 17:15).

Hai pembaca, kamu akan mati tidak lama lagi. Apakah yang telah kamu buat pada hari ini untuk bersiap untuknya? Salomo telah memberi amaran tentang itu kerap kali (Ams 10:2; 11:4,19; 12:28; 13:14; 14:12; Pkh 12:1-7). Yesus dan Paulus kedua-duanya mengajar kepentingan untuk membuat persiapan (Mat 7:21-27; 1Tim 6:17-19). Orang durjan mati sungguh berbeza daripada orang benar. Kamu yang mana satu? Bagaimanakah kamu akan mati?

Seperti di dalam banyak amsal Salomo, dua klausa yang selari dibeza-bezakan melalui kata penyambung berlawanan “tetapi”. Dengan membuat perbandingan dua klausa itu, “dihalau” difaham sebagai kematian. Orang durjana, walaupun yakin dalam kedurjanaannya, akan dicabut dari bumi melalui kematian. Tetapi orang benar mati dengan selesa sekali dengan harapan, kerana kematian ialah pintu kepada apa yang jauh lebih baik.

Siapakah orang durjana dan orang benar? Orang durjana ialah orang yang keangkuhan mereka mengekalkan mereka dariapda memikir secara serius tetang Allah (Maz 10:4; 14:1). Mereka memilih jalan popular dalam kehidupan daripada jalan Allah (Mat 7:13-14). Mereka tidak peduli bahawa Alkitab mengutuk kebanyakan apa yang difikirkan dan dilakukan merkea, sebab mereka telah menyerahkan kehidupan mereka kepada apa yang disukai dunia.


Orang benar tahu bahawa mereka ada Sang Pencipta. Mereka mahu menyenangkan Allah dalam kehidupan, dan mereka tahu mereka akan memberi perhitungan kepadaNya sesudah kematian (Pkh 12:13-14). Mereka memilih untuk hidup menurut Alkitab, meskipun itu tidak popular, sebab mereka tahu ia membawa ke hidup yang kekal (Mat 7:13-14). Mereka membenci dunia, sebab mereka tahu itu musuh Allah (1Yoh 2:15-17; Yak 4:4).

Orang durjana yakin dalam kehidupan. Mereka menganggap mereka akan hidup selamanya (Maz 49:6-13). Fikiran yang paling teruk kepada mereka ialah kematian, dan mereka berbuat segala apa yang mungkin untuk melupakannya dan menangguhkannya. Tetapi Allah berkata, “Walaupun bergandingan tangan, orang durjana tidak akan terlepas daripada hukuman: tetapi benih orang benar akan diselamatkan” (Ams 11:21). Tiada pembebasan daripada peperangan dengan maut, dan kedurjanaan tidak akan menyelamatkan manusia daripadanya (Pkh 8:8).

Maut menghalau orang durjana jauh-jauh. “Peringatan dirinya akan dihapuskan dari bumi, dan dia tidak akan meninggalkan nama di jalan-jalan. Dia akan dikejar dari cahaya ke kegelapan, dan dihalau keluar dari dunia” (Ayb 18:17-18). Ia berlaku dengan sangat lekas, “Sebelum periuk-periukmu dapat merasakan semak duri, dia akan mengambil mereka keluar seperti puting beliung, baik semasa hidup mahupun pada masa berada dalam murkanya” (Maz 58:9).

“Orang kaya akan berbaring, tetapi dia tidak akan dikumpulkan: dia membuka matanya, dan dia sudah tiada. Kengerian-kengerian memegangnya seperti perairan, ribut merampasnya pada waktu malam. Angin timur mengangkatnya, dan dia meninggal: dan seperti badai melemparkannya keluar dari tempatnya. Sebab Allah akan melempar ke atasnya, dan tidak akan sayang: dia akan dengan senang hati melepaskannya dari tangannya. Manusia akan menepuk tangan mereka kepadanya, dan akan mendesis-desis dia keluar dari tempatnya” (Ayb 27:19-23).

Tetapi orang benar ada harapan untuk mati, sebab dia ada bukti hidup kekal dalam perbuatan-perbuatan baiknya (Mat 25:31-40; 1Tes 1:2-4; Wah 14:13). Mereka tahu bahawa maut hanya tidur sementara tubuh orang yang akan hidup selama-lamanya (Kis 7:60; 13:36). Tubuh mereka akan tunggu sahaja di kubur untuk perubahan besar pada waktu kebangkitan (Ayb 19:25-27; Maz 49:15; 73:24).

Orang benar percaya dan mengasihi Yesus Kristus, Yang telah mati menggantikan mereka, supaya maut tiada lagi kuasa atas mereka (Yoh 5:24; 10:26-29; 11:25-26). Mereka tahu bahawa melakukan kehendak Allah membuktikan keselamatan mereka dan bukan doa mengundang Yesus ke dalam hati (Mat 7:21-23). Mereka menambahkan banyak perbuatan baik kepada iman mereka untuk menjadikan pemilihan ke kehidupan kekal itu pasti (2Pet 1:5-11; Yak 2:14-26).

Maut ialah belas kasihan kepada orang benar, dan mereka tahu itu (Yes 57:1-2). Mereka menganggap itu jauh lebih baik untuk meninggal dan berada bersama Kristus (Flp 1:23). Mereka tahu bahawa maut ialah peristiwa yang diberkati dan berharga di mata Allah (Maz 116:15; Wah 14:13). Mereka percaya hari kematian mereka jauh lebih baik daripada hari kelahiran mereka (Pkh 7:1). Itulah harapan! Harapan yang mulia sekali! Dan hanya orang benar akan mendapat itu!