Amsal · Proverbs

14:30
Hati yang sihat ialah kehidupan daging: tetapi iri hati ialah kereputan tulang.

Adakah kamu berada dalam keadaan sihat walafiat? Sedang makmur dengan tenaga dan kekuatan yang tegap? Kamu ada kehidupan dari segi fizikal dan dari segi rohani. Kamu mungkin ada hati fizikal yang kuat tetapi rohmu pula reput mati kerana emosi berdengki. Raja Salomo menulis ini untuk melindungimu daripada kesan-kesan teruk sikap iri hati. Akankah kamu mengizinkannya menyelidiki hatimu melalui amsal ini?

Sikap iri hati sungguh mematikan. Ia kaan membinasakan iwamu, tubuhmu, dan kehidupanmu. Dan ia akan mengheretmu ke neraka untuk selama-lamanya. Tetapi sebelum ia membawamu ke lautan api, ia akan mencabuli fikiranmu, menyeksa mindamu, merosakkan kesihatanmu, menghanguskan tubuhmu, mengaramkan reputasimu, dan membinasakan kehidupanmu. Bencilah sikap iri hati. Janganlah bermain dengannya. Tolaklah apa pun idea bahawa kamu dapat mengizikan sikap iri hati sambil dapat hidup.

Penyakit psikosomatik – kesakitan tubuh yang disebabkan masalah emosi – telah diperakui dengan sungguh perlahan. Tetapi Salomo tahu tentang itu melalui ilham Allah sejak 3000 tahun dahulu. Ia merupakan penyakit fizikal yang disebabkan faktor-faktor mental, emosi, atau psikologi. Sudah tentulah, Kristian yang sudah diterangkan hatinya dapat dengan lebih mudah memajukan takrif tersebut – dosa, iaitu masalah rohani hati, dapat memberi kesan kepada tubuh dan membinasakannya dari batiniah sampai ke lahiriah.

Amsal ini membandingkan kehidupan daging dengan kereputan tulang. Adakah ia berkenaan dengan kesihatan fizikal daging dan tulang, atau metafora kejayaan menyeluruh dengan Allah dan manusia, atau gabungan kedua-duanya? Daud nampak perintah-perintah Allah sebagai luas sekali (Maz 119:96), maka amsal ini mengajar beberapa kesan bagi dosa, terutamanya bagi dosa iri hati. Hait yang mengasihi akan menjadikanmu lebih kuat secara fizikal dan secara rohani, dan sikap iri hati pula akan melakukan bertentangan daripada itu.

Hati fizikal yang kuat ialah kehidupan daging, sebab ia mengepam bekalan darah secukupnya dengan oksigen dan nutrien kepada setiap bahagian tubuh dan dengan cekap mengosongkan segala najis dan racun juga. Seperti yang dinyatakan Alkitab, kehidupan daging adalah di dalam darahnya (Ima 17:11). Hati rohani yang kuat ialah penuh kesihatan fizikal juga, sebab melalui kasih dan belas kasihan kepada orang lain ia melegakan jiwa dan mengurangkan pelbagai stres dan hasil kimia yang merosakkan tubuh.

Perasaan iri hati dan emosi yang berkaitan dengannya membawa stres kepada tubuhmu dengan menegangkan otot dan memanggil kimia daripada otak. Kadar denyut jantung memecut, tekanan darah meninggi, pernafasan bertambah, dan hormon-hormon stres mungkin dirembeskan. Kamu tertumpu sepenuh-penuhnya kepada ancaman – walaupun ia hanya di dalam bayanganmu. Dengan cara itu kamu mengkompromikan kesihatan fizikalmu. Kebencian yang berterusan, yang kekal membuat minda dan tubuh stres pada waktu malam pun, juga mengeraskan rohmu.

Pertimbangkan dosa dan pelbagai jenis kematian. Dosa telah membawa kematian serta-merta kepada kasih sayang Adam dan Hawa kepada Allah, dan ia merosakkan perkahwinan mereka yang sempurna juga (Kej 2:17; 3:7-8). Ia juga membawa kematian fizikal kepada mereka beberapa tahun kemudian (Kej 5:5). Dan mereka akan menderita untuk selamanya di lautan api, yang merupakan kematian yang kedua, kecuali Yesus Kristus campur tangan (Wah 20:11-15). Dosa, dengan sikap iri hati, sungguh membinasakan diri dari segi beberapa peringkat masalah. Tanggapilah itu.

Sikap dengki adalah teruk. “Murka itu kejam, dan kemarahan melampau-lampau, tetapi siapa yang dapat bertahan dengan dengki?” (Ams 27:4). Ia kebencian yang cemburu terhadap orang lain, dan itu adalah keiblisan dan kenerakaan (Yak 3:14-16). Ia keangkuhan dan sikap mementingkan diri sendiri yang sedang ditabur. Ia tidak dapat bertahan dengan pujian atau kejayaan orang lain; ia bersukacita ketika orang lain jatuh; ia memandang hina nilai-nilai murni mereka; ia berjerih lelah siang dan malam untuk menggelapkan nama baik orang lain. Kamu tidak dapat terlepas daripada tuan dan raksasa yang teruk ini, malah di tempat tidur pun.

Kain beriri hati akan keredaan Allah terhadap adiknya, Habel, kerana sembahyang sempurnanya, maka Kain membunuh Habel. Abang-abang Yusuf beriri hati dengannya kerana kasih sayang ayah mereka terhadap Yusuf dan akhlak mulianya, maka mereka menjual Yusuf menjadi hamba abdi (Kis 7:9). Orang Yahudi beriri hati dengan kejayaan Yesus Kristus dengan orang ramai, maka mereka membunuh Yesus (Mat 27:18). Orang Yahudi beriri hati dengan kejayaan Paulus di kalangan orang bukan Yahudi, maka mereka mengkufuri injil dan cuba membunuh Paulus (Kis 13:45; 17:5).

Tetapi siapakah yang khuatir akan sikap iri hati pada zaman kini? Ia merupakan dosa terlupakan dan dosa yang tidak dipedulikan. Bilakah kali terakhir kamu mendengar khutbah menentang sikap iri hati? Adakah buku panduan pekerja di syarikatmu memberi amaran tentangnya? Adakah kamu ditanya tentang sikap iri hati ketika melawat doktor baru-baru ini? Pernahkah kamu mendengar seorang hakim membuat perintah untuk menentangnya? Berapa kerapkah peguam bela memakai sikap iri hati sebagai motif yang menyabitkan seseorang bersalah? Iri hati ialah dosa yang teruk sekali, ia kejahatan yang buruk, dan penyakit kanser jiwa yang membinasakan, tetapi kurang orang bercakap apa pun berkenaannya atau menentangnya. Orang berhikmah memandang hina sikap iri hati.

Hai kaum ibubapa, kamu harus mula ketika anak-anakmu muda untuk menyembuhkan penyakit yang mematikan ini. Kamu harus mengajar anak-anak untuk merayakan kejayaan adik-beradik mereka, memuji pencapaian mereka, berduka akan kegagalan mereka, dan berdoa bagi berkat-berkat mereka. Kamu harus dengan lekas dan dengan keras menghukum apa pun perangai atau tindakan yang mendedahkan semangat yang angkuh, mementingkan diri sendiri, atau yang suka membenci orang lain. Perintah yang kedua adalah untuk mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri, maka tekan akan ini kepada isi rumahmu.

Amsal-amsal memakai banyak metafora dan kiasan, dan itulah sebab ia merupaka kata-kata pujangga (Ams 1:6; Yoh 16:25). Salomo memakai bahagian-bahagian tubuh untuk mewakili benda-benda lain, seperti bibir dan lidah untuk mewakili pertuturan (Ams 12:19) dan lubuk hati untuk jiwa dan kehidupan (Ams 20:27,30). Dia menjadikannya cukup jelas bahawa dia dapat memakai kereputan tulang sebagai kiasan simili yang mudah bagi dukacita dan kesakitan, tanpa apa pun maksud langsung yang literal kepada penyakit leukemia atau penyakit sum-sum tulang yang lain (Ams 12:4).

Oleh sebab itu, amsal yang luas ini mengajar beberapa peringkat masalah yang dibawa masuk oleh dosa, dan secara spesifik, dosa iri hati. Pertama, ia akan merosakkan keseluruhan kejayaan menjadi orang salih dan berhikmah. Itulah sebab untuk menjaga hatimu dengan segala ketekunan (Ams 4:23). Kedua, ia akan memakan kesihatan fizikalmu, kerana kesan-kesan kerosakan iri hati di dalam jiwa (Ams 17:22). Dan ketiga, ada janji Allah untuk merosakkan kesihatanmu kerana hidup berdosa (Kel 15:26; Ula 28:27,35).

Dosa-dosa jiwa dan minda membawa kesan kepada tubuh – kesakitan psikosomatik. Amnon bernafsu teruk akan adik tirinya, Tamar, sehingga ia menjadikannya sakit secara fizikal (2Sam 13:2). Mendambakan apa yang tidak dapat dimilikinya sebegitu menyeksa jiwanya sehingga ia menjadikan dia sakit. Dan iri hati, sementara mengirik jiwa seseorang siang dan malam, melesapkan tenaga daripada dirinya. Jika Amnon takut akan Allah dan menolak kejahatan, ia mungkin sudah menjadi kesihatan kepada pusat tubuhnya dan sumsum kepada tulang-tulangnya (Ams 3:7-8).

Sebuah buku yang cemerlang bagi butir-butir kesakitan psikosomatik yang disebabkan dosa ialah, “None of These Diseases” oleh Drs. S.I. McMillen dan David E. Stern. Doktor-doktor ini menjelaskan di dalam bab-bab yang mudah dibaca, kesan-kesan fizikal yang mudarat hasil gaya hidup yang berdosa. Ia sungguh mengesahkan iman bahawa apa Sang Pencipta mengilhamkan di dalam Alkitab adlah kerap kali lebih unggul daripada ubat pil atau rawatan. Berapakah banyak institusi dan hospital sakit jiwa yang ada untuk masalah rohani – dosa?

Pertimbangkan semangat yang ceria. Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa orang yang ketawa dan yang menikmati kehidupan hidup dengan lebih lama daripada orang yang murung dan negatif. Tetapi Salomo dari dahulu sudah menulis, “Hati yang girang membawa kebaikan seperti ubat: tetapi semangat yang patah mengeringkan tulang” (Ams 17:22). Dia menulis, “Dia yang berhati girang memiliki pesta berterusan” (Ams 15:15). Tenaga datangnya dari rohmu, bukan hanya dietmu. Dan kamu tidak dapat menjadi riang dan ceria sambil beriri hati terhadap orang lain.

Kamu mungkin menyembunyikan perasaan iri hatimu daripada orang lain – untuk seketika; tetapi mengumpat, dendam, benci, mencerca, memfitnah, atau membisik akan tidak lama lagi mendedahkannya. Ia mungkin menghanguskan kesihatanmu secara langsung melalui stres hasil kemarahan, hati yang pahit; atau ia mungkin merosakkan tubuhmu melalui penghakiman fizikal yang langsung daripada penghakiman Allah. Tukarkanlah perasaan iri hatimu itu dengan kasih (Ams 15:17). Pertimbangkan iri hati Yosua berbanding dengan kerendahan hati dan kesalihan Musa (Bil 11:24-30). Yang mana satu kamu mirip?

Selidikilah dirimu bagi sikap iri hati atau dengki, iaitu penyebab berdosa bagi masalah-masalah jiwa dan tubuh. Banyak orang menyelidiki tubuh mereka untuk benjol, tekanan darah, kolestrol, atau gejala-gejala lain akan penyakit yang mematikan, tetapi mengapa pula tidak menyelidiki jiwa bagi punca kesan-kesan yang lebih teruk? Dan punca itu dapat dibuang dengan mudah dengan pertaubatan salih dan mengakui dosa-dosamu kepada Allah (Ams 28:13; Ayb 33:27-28; 1Yoh 1:9). Kamu dapat makmur dari segala segi. Dekapilah hikmahNya.