14:9
Orang bebal menjadikan dosa bahan olok-olok: tetapi di kalangan orang benar ada keredaan.
Dosa bukan lawak jenaka. Hanya orang bebal memikir sebegitu. Dosa ialah musuh yang paling teruk di seluruh alam semesta. Namun, dunia ketawa akan itu. Dosa telah membinasa di Firdaus, mengganggu kehidupan ini, membawamu lebih mendekati maut setiap hari, dan akan tidak lama lagi menenggelamkanmu di lautan api untuk seksaan abadi (Wah 20:11-15).
Orang benar, yang membenci dosa dan mengelak itu dengan kebijaksanaan dan dengan kekuatan, Allah memberkati di dunia ini dan di akhirat. Meskipun mereka kadang kala berdosa melalui kedaifan manusia, mereka dengan lekas mengakui dosa-dosa itu dan Allah mengampuni mereka. Kamu harus membuat keputusan pada hari ini tentang apa yang kamu betul-betul fikir tentang dosa.
Si bebal membuat lawak tentang dosa, menyeringai dosa, membuat alasan untuk dosa, dan menuduh orang lain untuk dosa. Dia tidak ada takut akan Allah. Dosa tidak serius kepadanya; dia tidak menelitikannya dengan baik-baik. Tetapi orang benar takut akan dosa, lari daripadanya, dan berdukacita tentang itu. Allah akan memberi keredaan kepada orang itu dengan berkat-berkat.
Hai pembaca, jika kamu tidak mempertimbangkan dengan baik-baik ulasan singkat ini, kamu juga seorang yang bebal. Usaha yang kecil ulasan ini tidak bernilai banyak, tetapi amaran yang dikandunginya jauh melebihi segala harta berharga di bumi ketika kamu menanggapi kebenaran dan nilai pelajarannya. Jika kamu tiada masa baginya pada hari ini, kamu boleh memikirkannya di akhirat yang kekal tentang pesanannya yang mengerikan.
Tetapi ia akan terlambat, sebab api terik murka Allah akan menghanguskan kelembapan jiwamu sehingga ia meletup dari dalam sendiri di bawah seksaan teruk penghakimanNya yang menakutkan. Kemudian hari kedua kekekalan akan datang dengan lebih masalah bagi jiwamu dan tubuhmu. Adakah kamu fikir kes ini sudah dibesar-besarkan ceritanya? Kamu terlalu mengecilkan kejahatan dosa – kamu sedang mengolok-olok dosa sekarang dalam fikiranmu – kamulah si bebal di dalam amsal ini. Bertaubatlah sekarang bagi kebebalanmu!
Orang bebal memikir bahawa mereka boleh berbuat sesuka hati. Mereka mungkin memanggil itu tekad bebas atau hak kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan. Ia tidak kira apa pun yang mereka panggil itu di dalam pemberontakan jahil mereka. Allah menahan hikmah dan pemahaman daripada mereka, jadi mereka dengan jahil memikir bahawa mereka sedang terlepas dengan dosa-dosa mereka (Maz 36:1-4; 50:21-22). Kemudian Allah ketawa akan mereka!
Allah akan memberi keredaan kepada orang benar, yang ada pemahaman yang baik tentang kengerian dosa, tetapi jalan para pelanggar adalah sukar (Ams 13:15). Lot memilih Sodom yang makmur, sebab dia fikir kehidupan kudus Abraham terlalu mengongkong dan sempit bagi matlamatnya untuk kesenangan dan keuntungan, tetapi dia dengan lekas melarat di gua dengan dua anak perempuan yang rosak hati dan dengan masa depan yang tiada harapan.
Dosa itu serius dengan teruk sekali! Berapa serius? Jika Alkitab benar, Allah membuang segala malaikat yang berdosa keluar dari syurga dan menyimpan mereka untuk seksaan kekal kerana berpihak kepada Syaitan. Jika Alkitab benar, Allah mengutuk seluruh kaum manusiamu kepada maut dan kepada kekekalan di neraka bagi satu dosa memakan buah terlarang. Jika Alkitab benar, Allah melemaskan seluruh bumi, termasuk semua kanak-kanak dan orang tua-tua, bagi dosa. Alkitab benar. Allah memang melakukan segala itu kerana dosa.
Jika Alkitab benar, Allah memakai Israel untuk menghapuskan tujuh bangsa dari tanah Kanaan bagi dosa-dosa seksual mereka tanpa pertimbangan akan umur atau jantina dan untuk Israel mengambil alih kota-kota, rumah-rumah, dan semua perabot mereka. Jika Alkitab benar Allah telah mengutus legion-legion angkatan Rom di bawah kekuasaan Titus pada 70 Masihi untuk membinasakan kota, bait suci, dan populasi Yerusalem dengan seksaan yang paling teruk di sejarah kerana mereka menyalibkan AnakNya Yesus Kristus. Alkitab benar. Dosa serius dengan teruk sekali. Adakah dosa serius kepadamu?
Alkitab adalah benar. Yesus Kristus akan datang tidak lama lagi untuk membakar bumi dengan api yang tidak dapat dipadamkan dan mengutus setiap pendosa kepada seksaan kekal di Lautan Api bersama-sama iblis dengan malaikat-malaikatnya. Bagaimanakah mungkin orang mengolok-olok sesuatu yang sebegitu teruk? Dia sedang membuat lawak tentang Hakim yang akan melaknatkan jiwanya kepada akhirat yang ketiadaan harapan di jurang kegelapan yang pekat dan di tempat pembakaran orang mati.
Perolok-oloklah hakim di bumi, dan dia mungkin menyaman kamu dengan kesalahan penghinaan lalu menahan kamu. Apa gunanya?! Kamu akan mendapat 3 sarapan sehari, kemudahan pembasuhan pakaian, dan sebuah katil. Perolok-oloklah Hakim segala makhluk, dan Dia akan mendedahkan ketakutanmu yang paling dalam dan memakainya kepada kemuliaanNya sendiri. Dia akan mengejarmu dengan malaikat Tuhan dan raja kengerian (Maz 35:5-6; Ayb 18:14).
Betapa teruknya dosa? Ia menyebabkan maut. Bukankah itu mencukupi? Maut itu teruk sekali. Ia merampas kehidupanmu, menghancurkan perhubungan-perhubunganmu, merosakkan rancangan-rancanganmu, dan membinasakan mimpi-mimpimu. Di manakah datangnya itu? Manusia pilih untuk mengolok-olok amaran Allah tentang kematian bagi dosa di Eden. Patutkah kamu mengolok-olok apa yang menyebabkan ketakutan yang paling besar setiap manusia? Betapa tidak warasnya untuk mengolok-olok penyebab kematian!
Tetapi dosa juga alasan bagi penyakit – bagi kecacatan – bagi pembinasaan – bagi disfungsi – bagi bencana – bagi kerosakan hati – bagi orang yang lalai. Dosa ialah percabulan kejahatan yang bercanggahan Allah dan syurga dan yang menghanguskan kehidupanmu dan bangsamu setiap saat terjaga dan setiap saat tidur. Ia merosakkan damai sejahtera, kesenangan, dan keuntungan. Betapa tidak waras untuk mengolok-olok penyebab hal-hal ini!
Betapa teruknya dosa? Lawatlah Getsemani dan Kalvari. Di sana kamu dapat melihat Anak Allah di bawah seksaan yang sebegitu teruk sehingga Dia berpeluh seakan-akan ia peluh darah (Luk 22:44). Dia merayu kepada BapaNya untuk jalan yang alternatif untuk menanggung dosa orang pilihan, sebab kesalahan dan keaiban untuk menjadi dosa bagi mereka hampir terlalu berat (Luk 22:42). Orang bebal menjadikan dosa bahan olok-olok.
Neraka ialah tempat yang teruk. Neraka panas. Kamu tidak akan mampu mengurangkan kesakitanmu (Mark 9:44,46,48). Kamu akan tahu bahawa Allah telah menolak kamu untuk selama-lamanya. Kamu akan tahu bahawa Dia membencimu dan telah menyempurnakan seksaanmu yang kekal. Neraka jauh melebihi bayanganmu tentang seksaan. Kamu tidak pernah, malah dalam waktu dukacitamu yang paling teruk pun, mengalami apa pun yang dapat dibandingkan dengannya. Dan akankah kamu mengolok-olok dosa?
Mengapakah neraka tidak dipedulikan pada hari ini? Mengapakah ia dielakkan dalam khutbah? Mengapakah tiada sebutannya di akhbar berita? Mengapakah orang yang mengkhutbahkan itu dianggap orang yang ketinggalan zaman? Ini juga mengolok-olok dosa, sebab ia usaha untuk menolak dan tidak mengendahkan hukuman yang ternyata untuk dosa.
Mengapakah Allah menciptakan dan menyediakan neraka? Kerana dosa! Neraka diciptakan dan disediakan untuk iblis dan malaikat-malaikatnya, kerana mereka berdosa (Mat 25:41; 2Pet 2:4). Dan semua orang berdosa akan menyertai mereka ke sana sepanjang keabadian untuk diseksa dengan teruk (Luk 16:19-31; Wah 20:11-15).
Orang bebal berkata, “Dosa bukanlah sesuatu yang teruk benar. Apakah dibuat-buat kamu ini?” Dia mengadu seperti budak yang dimanja rosak, “Mengapakah setiap orang mengkritik aku bagi satu kesalahan yang kecil?” Dia memberi alasan kepada dirinya sendiri dengan berkata, “Inilah perangai akulah”. Dia menuduh orang lain untuk tidak bersimpati bagi dia punya “keadaan lembab belajar dan kelemahan”. Dia berkata, “Aku minta maaf”, dan kemudian dia melakukannya semula.
Si penzina perempuan melakukan dosa pengkhianatan kejinya dengan menyerahkan tubuhnya secara sungguh intim, dan dia menyapu bersih mulutnya dan berkata, “Aku tidak berbuat apa pun kedurjanaan” (Ams 30:20). Zaman Allah menguatkuasakan hukum Taurat, si penzina perempuan itu dapat didedahkan oleh suatu kutuk daripada imam dan suatu posyen yang akan mereputkan alat jantinanya (Bil 5:11-31). Atau dia dapat direjam batu sampai mati (Ima 20:10). Namun, Hollywood menglamorkan dosa perzinaan, dan kebanyakan orang memanggil itu hiburan.
Mengolok-olok sesuatu adalah untuk memperlekeh, mencemuh, menghina, mentertawakan atau mempersendakannya. Mengolok-olok sesuatu adalah untuk memperlekeh dan mempersendakan keseriusannya. Mengolok-olok dosa adalah untuk mencemuh dan menghina orang yang mengajar dan mengancam terhadapnya. Untuk mengolok-olok dosa adalah untuk memikir atau mengucapkan bahawa kamu boleh berdosa dengan cara apa pun dan boleh terlepas daripada kesan-kesannya.Mengolok-olok dosa adalah untuk menyatakan bahawa ulasan ini sudah berlebih-lebih dalam menyatakan hal dosa dan dosa tidak akan dihukum seperti yang dijelaskan di sini.
Allah telah mengisytiharkan fikiran kebebalan sebagai dosa, dan Dia mengaku bahawa orang baik menganggap pencemuh, iaitu orang yang tidak suka diperbetulkan, sebagai kekejian (Ams 24:9). Sementara sesetengah orang fikir hanya tindak laku dosa adalah salah, Yesus mengajar sebaliknya (Mat 5:21-32). Orang yang babil dan yang cabul itulah yang memilih kebebalan dan menolak dan membenci pembetulan.
Bagaimanakah sesiapa pun menolak teguran dan hukuman dalam kehidupan ini yang menghentikan orang daripada berdosa? Menjaga supaya seseorang ditahan daripada dosa ialah sesuatu budi yang baik (Yak 5:19-20). Mengapa kita harus merotan anak? Jika ia dapat menyelamatkan mereka daripada kematian dan kehidupan yang penuh neraka, pakailah itu (Ams 23:13-14). Menyingkirkan ahli-ahli gereja? Jika ia dapat menyelamatkan roh mereka pada hari Tuhan Yesus, lakukannya (1Kor 5:3-5). Apakah tindakan-tindakan kecil ini berbanding dengan neraka yang kekal?
Allah menghakimi manusia dengan keras sekali bagi “dosa-dosa” kecil. Dia membakar mati dua imam asal di Israel kerana mengubahkan sembahyangNya (Ima 10:1-2). Dia menahan Musa yang setia daripada masuk Kanaan kerana memukul batu yang sepatutnya dia hanya berucap (Bil 20:12). Dia membunuh Uza di perarakan Daud kerana menjaga Tabut Waad tidak jatuh (2Sam 6:6-7). Hanya orang bebal mengolok-olok dosa.
Amerika sekarang mengolok-olok dosa sebagai suatu aktiviti masa luang. Siaran televisyen mengabdikan diri untuk melakukan itu. Perbuatan berkendak, percabulan, kederhakaan kepada ibubapa, sodomi/liwat, perzinaan, pergurauan, dan banyak lagi dosa ialah bahan-bahan utama dalam sitkom, gambar siri, dan drama. Rancangan siaran pada zaman kini mengolok-olok dosa dengan lebih banyak daripada generasi sebelumnya. Inilah sebabnya adanya kutuk Allah pada manusia (Rom 1:32).
Orang bebal mengolok-olok dosa, tetapi mereka akan tidak lama lagi menemui Pencipta dan Hakim, Yang akan mendapat pujian abadi bagi kekudusanNya daripada jeritan tolong dan ketiadaan harapan mereka. Tetapi orang benar akan berada dalam peringatan yang abadi, dan Allah akan memberkati mereka di sini dan di kekekalan dengan keredaanNya yang peribadi dan yang istimewa kerana membenci dan mengelak dosa.
Para hamba Allah pada hari ini pun mengolok-olok dosa. Lawak jenaka disampaikan di mimbar. Ada gereja yang memapar iklan yang berbunyi, “Jika kamu kembali semula, kami berjanji supaya tidak melemparkan Alkitab kepadamu”. Apa maksud iklan itu kalau bukan untuk mengolok-olok dosa! Jika ada orang yang berdosa, mereka perlu ada kitab kudus Allah dilemparkan kepada mereka. Yohanes Pembaptis pasti sudah melemparkan itu kepada mereka, dan demikian juga Yesus dan Paulus.
Orang Kristian duniawi memperolok-olok dosa pada hari ini dengan perangai mereka. Mereka berkata, “Apa yang penting ialah kita mengasihi Yesus”. Mereka berkata, “Allah membenci dosa, tetapi mengasihi pendosa”. Adakah Nuh memasang gambar senyuman dengan pesanan itu kepada orang yang tengah-tengah lemas di sekeliling bahtera? Tidak! Perangai dan tindak laku yang berkompromi orang Kristian moden ini dengan jelas telah dinubuatkan oleh Paulus (2Tim 3:1-5).
Hai pembaca, adakah kamu mengolok-olok dosa? Adakah kamu mengolok-oloknya dengan tidak mengambil perhatian pada waktu khutbah firman kudus Allah? Dengan suka mempertahankan diri ketika pastor mengutuk salah satu dosa yang kamu suka? Dengan membenci orang yang menegur kamu kerana dosa? Dengan mengharapkan suatu lagi pastor yang menghiburkan daripada pastor yang mengajar doktrin yang sihat? Dengan membenci ulasan yang keras ini? Pertimbangkan ini dengan betul-betul.
Jika Alkitab benar, Allah memakan Herod dengan cacing kerana menikmati pujian orang ramai bagi ucapannya (Kis 12:21-23). Dia membunuh Batsyeba punya bayi kecil kerana asmara cintanya dengan Daud (2Sam 12:14). Dia membunuh anak sulung setiap keluarga di Mesir kerana Firaun tidak melepaskan Israel untuk bersembahyang di mana dan bila-bila mereka pilih untuk sembahyang (Kel 12:29-30). Dan Dia membunuh Ananias dan Sapira di hadapan gereja Yerusalem kerana mengubahkan cerita pemberian mereka (Kis 5:1-11).
Dunia menyatakan, “Tiada ketakutan”. TUHAN Allah berkata, “Takut akan dia, yang selepas dia sudah membunuh ada kuasa untuk membuang ke dalam neraka; ya, aku berkata kepada kalian, Takut akan dia” (Luk 12:4-5). Biar setiap orang bebal lari ke kaki Allah Yang Maha Mulia dan merayuuntuk belas kasihan dengan pertaubatan dan ketakutan yang gementar. Jika amaran dalam kasih dan kebenaran ini tidak menggerakkanmu, “Bersiap untuk bertemu dengan Allahmu”, (Amos 4:12).
Ada banyak harapan untuk mereka yang bertaubat, sebab Allah mengutus AnakNya Yesus Kristus untuk membayar harga penuh bagi setiap dosa orang pilihanNya (Rom 8:28-39; Efe 1:3-12). Injil ialah berita baik bagi sebab itu. Bagaimanakah kamu dapat tahu bahawa kamu salah seorang pilihan Allah? Percayalah kepadaNya dan AnakNya Yesus dan tambahkan kepada iman itu bukti bahawa ia ikhlas (2Pet 1:5-11; 1Tes 1:2-4).
Tuhan Yesus Kristus, Yang akan tidak lama lagi menghakimi semua orang dalam kewajaran yang suci, menceritakan tentang orang berhikmah yang berurus dengan dosa dengan wajar. Orang ini menghala matanya ke syurga pun tidak mahu, dan dia memukul dadanya dan berkata, “Allah kasihanilah aku orang berdosa ini” (Luk 18:13). Orang-orang demikian boleh kembali ke rumah dan berada dalam kedamaian, sebab mereka menunjukkan bukti bahawa Allah telah memperbenarkan mereka.
Orang demikian akan diberkati di dunia ini (Maz 37:4; 84:11; Mat 6:33), dan dia akan memperoleh kehidupan kekal di dalam dunia yang akan datang (Mat 7:21; Wah 22:14). Apakah yang harus kamu buat? “Oleh sebab itu, sementara memiliki janji-janji ini, saudara-saudara yang dikasihi, biarlah kita membersihkan diri sendiri daripada semua kenajisan daging dan roh, dan dengan demikian menyempurnakan kekudusan dalam takut akan Allah” (2Kor 7:1). Amin.