15:21
Kebebalan ialah sukacita bagi dia yang ketandusan hikmah: tetapi orang yang ada pemahaman berjalan jujur.
Orang bebal menafikan Allah dan membazirkan kehidupan mereka, kerana mereka suka memberontak dan bodoh. Tetapi lebih teruk daripada itu, mereka fikir dosa-dosa mereka yang kedunguan dan ketongongan itu adalah seronok, lucu, dan menyenangkan! Kehidupan ialah lawak jenaka bagi orang bebal, dan mereka mengetawakan hidup mereka sampai ke kubur dan neraka. Tetapi orang berhikmah tahu bahawa kehidupan adalah serius, dan mereka bersukacita hidup dengan keseriusan menurut peraturan-peraturan Allah.
Dosa sudah cukup teruk – membawa kematian yang serta-merta (Kej 2:17), kepedihan dan masalah (Kej 3:17-19), kematian yang berlengah-lengah (Kej 5:5), disfungsi (Ayb 14:1), dan kematian kekekalan (Wah 21:8). Tetapi sikap tamak mengejar dosa dan mengetawakannya menyatakan hati yang gelap dan yang cabul si bebal (Ams 10:23; 14:9; Efe 4:17-19). Tidak kira ketawa mereka, orang berhikmah tahu neraka sedang datang bagi mereka!
Ia cukup teruk untuk melihat seseorang menelan umpan iblis dengan cangkuk sama sekali, tetapi ketika orang itu bermegah dan ketawa tentang rasa ajaib umpan itu, kamu tahu kamu sedang menyaksikan seorang bebal yang tidak berakal. Sebaliknya, orang berhikmah menyelidiki segalanya untuk mengelak alat-alat si iblis (2Kor 2:11; Efe 4:27). Jika dia dengan bebal mengigit sedikit umpan, dia meludahkannya keluar dengan rasa jijik!
Jika Alkitab hanya setengah benar pun, dosa ialah sesuatu yang cukup teruk, dan pertemuan dengan Allah selepas kematian ialah kemungkinan yang sungguh mengerikan. Tetapi orang bebal yang terperdaya percaya dengan yakin bahawa tiada Allah atau dosa, sehingga ia terlambat (Maz 36:1-2). Orang yang ada pemahaman tahu kehidupan adalah sungguh serius, dan mereka menjalani hidup dengan terkawal (Ams 14:16; Tit 2:2,4,6; 1Pet 1:13; 4:7; 5:8).
Semakin dunia bodoh, semakin ia bersukacita. Kebanyakan moyang pada generasi ini akan tercengang melihat kebebalan sitcom moden [tayangan gambar televisyen yang lucu], tetapi mereka akan lebih tekejut untuk mendengar rakaman ketawa dimainkan setiap 10 saat. Generasi zaman informasi lebih ketandusan hikmah daripada zaman-zaman yang lain, dan mereka menyalak dan terkekek-kekek akan itu seperti dubuk yang gila.
Pertimbangkan orang bebal yang suka bergaya di sekolah menengah. Mereka ketawa tentang kemabukan dan hal berlumba. Mereka ketawa akan pertandingan menawan perempuan untuk bersetubuh. Mereka ketawa akan penipuan. Mereka ketawa tentang laku musnah. Mereka ketawa tentang kegelojohan melahap. Mereka ketawa akan segala apa pun, atau tiada apa pun. Mereka orang bebal! Mereka merupakan masa depan dunia yang terkutuk ini, sebab Allah akan datang untuk menghakimi mereka (Efe 5:3-6).
Hai pembaca, apakah kebebalan bagimu? Adakah kamu bersukacita untuk berdosa (Ayb 15:16)? Adakah kehidupan suatu lawak jenaka dan dosa merupakan kesenangan? Jika kamu suka kebebalan, kamu membenci hikmah; jika kamu membenci hikmah, kamu mengasihi maut (Ams 8:36). Kamu lupakan belas kasihan Allah dalam kehidupanmu dengan memilih bohong kebebalan, atau dosa (Yun 2:8). Pemikiran kebebalan ialah dosa (Ams 24:9), maka kamu harus belajar untuk memikir fikiran yang baru.
Atau adakah kamu seperti Paulus, “Ya betapa bedebahnya diriku ini! siapakah yang akan melepaskanku daripada tubuh maut ini?” (Rom 7:24). Orang berhikmah bersukacita dalam hikmah firman Allah (Ams 21:15; Maz 119:111,162; Yer 15:16) dan dalam Allah kerana menyelamatkannya daripada kebebalan (Rom 7:25; Tit 3:3-7). Ada ganjaran untuk orang bebal dan orang berhikmah, baik di dalam dunia ini mahupun di dalam dunia yang akan datang, maka orang berhikmah akan memakai dirinya sendiri dengan tekun bagi kewajaran (Maz 19:11; Yes 3:10-11; Yak 1:25).