Amsal · Proverbs

15:22
Tanpa nasihat tujuan-tujuan dikecewakan: tetapi di dalam keramaian penasihat ia dimantapkan.

Di sinilah nasihat yang hebat. Daripada seorang raja! Jangan buat keputusan dengan kekosongan nasihat. Jangan percaya kepada kajianmu, penaakulanmu, ramalanmu, atau strategimu sendiri. Pandangan-pandangan lain dan pengalaman-pengalaman lain boleh menyelamatkanmu daripada masalah dan menghaluskan rancanganmu. Adakah kamu memiliki hikmah dan kerendahan hati untuk menghargai nasihat ini? Orang bebal maju ke depan. Orang berhikmah berhemat. Di sinilah jalan untuk mengelak bahaya (Ams 22:3; 27:12).

Peraturan yang pasti untuk kejayaan dalam kehidupan adalah untuk menyerah keputusan-keputusan untuk dikaji para penasihat. Raja Solomo, sementara mencari jalan untuk mempersiapkan anak lelakinya untuk memerintah Israel, mengulangi aksiom ini beberapa kali dalam kitab hikmahnya (Ams 11:14; 20:18; 24:6). Dia tahu bahawa banyak faktor dapat merosakkan keputusan seseorang, terutamanya ketika dia terlibat secara peribadi dalam hal itu.

Orang suka membuat rancangan – untuk berkahwin, menukar pekerjaan, membalas seorang musuh, balik ke sekolah, beli sebuah rumah, mencari gereja baru, mengajar anak-anak di sekolah, melabur dalam perniagaan, memimjam wang, dsb. Jika kamu maju ke depan tanpa memakai kawan yang berhikmah dan yang neutral secara emosi untuk mengkritik gagasan-gagasanmu, kamu akan lebih kurang menjadi kecewa. Tetapi jika kamu dengan rendah hati membenarkan orang kenalanmu yang berhemat untuk mengkaji rancangan-rancanganmu, kamu boleh menetap dalam perjalanan yang lebih pasti bagi kehidupanmu.

Peraturan ini bagi kejayaan adalah asas dan mudah. Mengapakah banyak orang tidak mempedulikannya? Mereka menganggap diri mereka betul (Ams 14:12; 16:25). Mereka terlalu angkuh untuk meminta sesiapa pun (Ams 26:12,16). Mereka tidak mahu mendengar apa pun kritikan yang negatif (Ams 18:2,17). Mereka tidak sabar untuk memakai masa yang diperlukan (Ams 14:29; 19:2; 21:5; 25:8; 28:22). Mereka sudah membuat keputusan, dan ia terlalu memalukan diri untuk berpaling (Ams 6:1-5). Mereka tidak mempunyai para penasihat yang berhikmah.Mereka tahu alasan-alasan mereka adalah lemah.

Ketika kamu merancang untuk dirimu atau keluargamu, kamu sudah bersikap berat sebelah kepada kesimpulanmu sendiri. Kamu terlibat secara emosi, dan kamu tidak dapat melihat cukup jelas seperti orang lain. Kehendakmu, pengalamanmu, pengetahuanmu, situasi-situasmu, dan faktor-faktor yang lain merosakkan persepsimu atau tanggapanmu akan kenyataan. Kamu tidak dapat melihat bahaya atau kelemahan semudah seperti pihak ketiga yang tidak berkepentingan.

Untuk memakai peraturan ini, kamu memerlukan para penasihat yang berhikmah. Kebanyakan orang tidak boleh menjadi penasihat. Kamu memerlukan orang yang berpengetahuan, berwawasan, terkawal, dan yang kritikal. Mengapa berpuas hati dengan yang kurang daripada itu? Kamu mengingini orang yang pesimistik, yang melihat bahaya dalam segala apa pun, kerana kamu sudah cukup positif, atau kamu tidak ingin untuk mempertimbangkan hal itu.

Kamu memerlukan lebih daripada seorang penasihat. Keselamatan dan kejayaan bergantung kepada gandaan hikmah banyak penasihat. Ia memakai lebih kerendahan hati dan masa untuk mencari banyak penasihat, tetapi manfaat yang diperoleh tidak boleh dihargai sehingga kamu telah dilukakan beberapa kali oleh keputusan-keputusanmu sendiri. Raja Ahasyweros, raja Parsi dengan berhikmah telah menaruh percaya kepada tujuh orang untuk memandu dia dalam hal kemarahan (Est 1:10-22). Allah memberimu nasihat rajani dengan mengilhamkan Solomo.

Kamu harus kemudian menaruh segalanya terbentang di hadapan para penasihatmu. Kamu harus terbuka tentang matlamatmu dan strategimu dan apa pun ancaman terhadapnya. Kamu tidak boleh menahan balik aspek-aspek cadanganmu yang kamu tahu adalah lemah atau salah. Kamu harus benar-benar terus terang dengan mereka, supaya mereka boleh dengan wajar dan dengan lekas menaakuli faktor-faktor besar dan objektif rancanganmu.

Kemudian kamu harus mendengar dan menerapkan nasihat mereka. Mencari para penasihat bukanlah suatu kegiatan kosong untuk membincangkan gagasan-gagasan semata-mata untuk mengampu mereka atau menghormati dirimu sendiri. Tujuannya adalah untuk mendapat jawapan untuk menyelamatkan dirimu dan untuk membantumu. Kamu harus menyambut penghakiman mereka sejauh penghakiman mereka. Kamu harus mempertimbangkan nasihat mereka. Untuk mendengar kritikan bagi rancangan yang buruk dan melaksanakan rancangan itu tanpa hirauan kritikan merupakan dua dosa.

Siapakah orang yang berguna untuk nasihat? Orang yang takut akan Allah dan tahu firmanNya boleh membantu, sebab orang yang tidak percaya ketiadaan hikmah yang benar (Yes 8:20). Anak-anak dunia ini berhikmah dalam hal-hal yang duniawi sahaja, seperti mencari alat hawa dingin bagi rumah (Luk 16:8). Apa pun keputusan yang memberi kesan kepada hatimu, perjalananmu dengan Allah, sikap moral, atau subjek Alkitab, meskipun kurang berkaitan, memerlukan Kristian yang setia dan yang terkawal, sebab hanya mereka yang ada hikmah sejati (Ams 1:7; 9:10).

Kamu boleh menjadi seorang penasihat dengan belajar Alkitab. Hanya kitab Amsal sudah ada bilangan hikmah praktikal yang besar untuk menyelamatkan manusia daripada keputusan-keputusan bebal yang melibatkan etika perniagaan, didikan anak, komunikasi, kawan, skim pelaburan cepat kaya, perkahwinan, wang, ucapan, pelacur, wain, etika bekerja, dan banyak subjek lagi. Alkitab boleh menjadikan orang yang pandir menjadi berhikmah, dan ia tugasmu dan kelebihanmu untuk belajar itu (Ams 22:17-21; Maz 19:7; 119:130).

Bagaimana pula dengan kebenaran daripada Alkitab – doktrin yang betul akan Allah dan hal-hal yang paling penting dalam kehidupan dan di kekalan? Kamu tidak boleh mentafsir mana-mana ayat dalam Alkitab dengan tersendiri, sebab kamu harus membiarkan nas-nas kitab yang lain untuk memandu dan mengehadkan tafsiranmu, sebab segalanya tertulis oleh Roh Kudus (2Pet 1:20-21; 1Kor 2:13). Inilah peraturan yang pertama dan yang paling penting untuk kajian Alkitab – kamu tidak harus memakai kedudukan yang bercanggah dengan ayat-ayat yang lain.

Bagaimana pula dengan kebenaran daripada para pengkhutbah – doktrin dan amalan yang betul agama yang sejati? Ada kurang manusia pada zaman kini yang menyanjungi kebenaran melebihi kepopularan, bilangan orang, pendapatan, atau sambutan. Jika kamu menemui orang demikian, dia merupakan satu di kalangan seribu (Ayb 33:23; Yer 23:28). Tetapi meskipun demkian, kamu harus menguji dia dengan banyak penasihat alkitab (1Tes 5:21; Kis 17:11). Dan di zaman Internet ini, kamu boleh lebih lanjut menyemak dia oleh para pengkhutbah dari zaman dahulu.