16:14
Murka raja adalah seperti para utusan maut: tetapi orang berhikmah akan meredakannya.
Kamu tidak memiliki seorang raja yang memerintah dengan mutlak, maka kamu harus memakai sedikit bayangan untuk memahami amsal ini. Ketika raja memiliki kuasa mutlak dan hukuman sungguh dahsyat, ia berhikmah untuk meredakan kemarahan mereka (Pkh 8:2-5).
Kamu memang ada kerajaan dan pihak-pihak berkuasa yang lain, dan hikmah yang sama ini dapat dipakai. Ketika seorang penguasa atau pihak berkuasa marah terhadap dirimu, ia bijak untuk meredakan kemarahan mereka dan menamatkannya.
Pertimbangkan Nebukadnezar sebagai raja yang paling hebat (Dan 2:37-38). Jika dia meredai perjuanganmu, dia dapat menyanjungimu dan mendekrikan maut bagi musuh-musuhmu (Dan 3:28-30). Jika dia tidak meredai perjuanganmu, dia dapat mengerat-ngeratmu dan menjadikan rumahmu timbunan najis (Dan 2:5). Kamu tidak pernah melihat kuasa seperti itu. Seorang raja yang demikian ialah pandangan yang indah (Ams 30:29-31).
Dengan raja demikian, kamu akan belajar untuk hidup dengan hormat dan taat. Kamu akan tahu bahawa keredaannya sungguh ajaib dan kemurkaannya sungguh teruk (Ams 16:15; 19:12). Dan untuk menjadikan raja sedemikian marah adalah bebal seakan-akan sendiri menulis surat penjatuhan hukuman maut sendiri (Ams 20:2; Rom 13:4-5).
Maka, ia berhikmah untuk berurus dengan pihak berkuasa dengan meredakan, atau mendamaikan, apa pun kemarahan yang mereka ada terhadap dirimu. Faham perkataan yang mudah ini. Kamus Dewan Bahasa memberi takrif,
Meredakan. Menenangkan, mengamankan, mengurangkan (kemarahan dll).
Roh Kudus juga memakai “meredakan” dengan maksud demikian, dan itulah yang harus kita pertimbangkan (1Kor 2:13). Setiap orang tahu bagaimana suatu hadiah dapat menenangkan, mengamankan, dan mengurangkan kemarahan orang (Ams 21:14). Dan kamu dapat membaca tentang kemarahan raja yang ditenangkan dalam Ester 7:10 dan Yehezkiel 16:63.
Ayat sepupu kepada amsal ini ditemui di dalam Pengkhutbah 10:4, di mana Salomo memberi nasihat yang sama dengan kata-kata yang sama. Dia mengajar, meskipun kesalahanmu besar, bahawa kamu dapat mendamaikan semangat seorang penguasa dengan menunduk dan berserah kepadanya.
Kamu dapat mendamai dan memujuk seorang penguasa, dan juga mematahkan tulangnya, dengan menahan kemarahanmu, memakai kata-kata yang lembut, dan bertahan dengannya untuk jangka masa yang lama (Ams 15:18; 15:1; 25:15).
Orang bebal yang durjana membenci kekuasaan dan mereka menentang kerajaan (Ams 17:11; 24:21). Allah mengutuk orang bedebah sedemikian dan menganggap mereka sebagai anjing gila yang harus dibinasakan (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10).
Hai pembaca, adakah mana-mana pun pihak berkuasa dalam kehidupanmu terkilan kerana dirimu? Redakan kemarahannya pada hari ini juga.
Tuhan Yesus Kristus ialah Raja yang paling besar di alam semesta. Dia Raja segala raja. Dan kemarahanNya terhadap musuh adalah lebih besar daripada mana-mana pun raja duniawi. Apakah amaran Alkitab kepada raja-raja itu? Mereka harus melayani dan berdamai denganNya, supaya jangan Dia membinasakan mereka ketika murkaNya sedikit sahaja dinyalakan (Maz 2:12). Hai pembaca, ciumlah Anak! Dan taruhlah kepercayaanmu kepadaNya!