16:15
Di dalam cahaya wajah raja ada kehidupan; dan keredaannya adalah seperti awan bagi hujan musim terakhir.
Memenangi perkenan dan keredaan para penguasa adalah berhikmah. Solomo ialah raja yang hebat, dan dia menyiapkan negara supaya anak lelakinya dapat menjadi raja, maka dia memakai gambar raja dengan kekuasaan mutlak untuk mengajar pelajarannya (Pkh 12:9). Jika raja demikian marah, matilah kamu (Ams 16:14; 20:8). Jika raja sedemikian senang hati denganmu, maka ia berkat yang besar, seperti yang dijelaskan amsal ini (Ams 19:12).
Wajah raja ialah penampilannya, perilaku, atau roh. Wajah dengan cahaya ialah kecenderungan atau perangai yang reda, seperti klausa yang kedua menunjukkan. Murka raja boleh membawa hukuman maut yang lekas (Ams 16:14). Tetapi sebaliknya, perkenannya membawa kehidupan dan membawa berkat seperti hujan musim terakhir, yang datang pada hampir musim tuaian dan melengkapkan tanaman dengan pertumbuhan dan kelembapan.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, ketika Solomo menulis tentang raja, dia menjelaskan seorang raja yang benar yang memakai kuasanya dengan wajar (Ams 20:26; 25:5). Kekuasaan mutlak adalah pelik atau menakutkan pada zaman kini, kerana kamu tidak pernah melihat kuasa sedemikian, dan kamu juga tidak kerap kali melihat kuasa sivil yang dipakai dengan benar. Seorang raja dengan kekuasaan yang besar ialah pemandangan yang benar-benar indah (Ams 30:29-31).
Orang berhikmah menenangkan para penguasa yang marah (Ams 16:14). Bagaimana? Mereka bertoleransi dan bersabar dan memakai ucapan yang lemah-lembut (Ams 15:1; 25:15). Mereka menunduk lebih daripada berhadapan (Pkh 8:2-4; 10:4). Mereka memenangi perkenan dan keredaan para penguasa dengan ketekunan, kesetiaan, penundukkan, dan hikmah (Ams 14:35; 17:2; 22:11). Yusuf, Daud, Ester, dan Daniel dinaikkan pangkat mereka dengan cara demikian.
Pelajarannya dipakai kepada semua kekuasaan, bermula dengan perhubungan yang pertama. Anak-anak harus mentaati dan menghormati ibubapa (Efe 6:1-3; Ima 19:3; Ula 27:16). Kaum isteri harus menghormati suami (Efe 5:33; 1Pet 3:1-6). Para pekerja harus menghormati majikan (1Tim 6:1-2; Tit 2:9-10). Ahli-ahli gereja harus menyanjungi pastor (1Tes 5:12-13; 1Kor 4:1; Ibr 13:7,17).
Allah telah mentahbiskan kekuasaan oleh hikmah yang tidak terhingga, maka apa pun sikap tidak hormat kepada mana-mana lingkungan kekuasaan merupakan pemberontakan terhadap Allah sendiri (Rom 13:1-2; 1Pet 2:13-17; 1Sam 8:7). Dia mengekhaskan sesetengah bahasa yang paling kasar di dalam Alkitab untuk para pemberontak (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10). Dia mengekhaskan sesetengah penghakiman yang paling kasar untuk para pemberontak tersebut (Bil 5:11-31; 16:28-35; 2Raj 2:23-24).
Ada seorang Raja lagi yang murkanya atau keredaannya lebih banyak bererti. Dia merupakan Raja segala raja, yakni Tuhan Yesus Kristus. Daud berkata, “Ciumlah Anak, supaya jangan dia marah, dan kalian binasa daripada jalanmu ketika murkanya sedikit sahaja dinyalakan. Diberkatilah mereka semua yang menaruh percaya di dalamnya” (Maz 2:12). Kamu akan tidak lama lagi berdiri di hadapan takhtaNya yang dahsyat untuk memberi perhitungan akan kehidupanmu (Rom 14:10-12; 2Kor 5:9-11; Wah 20:11-15). Rayulah untuk belas kasihanNya pada hari ini juga! Jika kamu menyenangkanNya, kenikmatan kekal yang jauh lebih banyak daripada musim hujan terakhir sedang menantikanmu (1Kor 2:9).