Amsal · Proverbs

16:4
TUHAN telah menjadikan segala sesuatu untuk diriNya sendiri: ya, bahkan orang jahat bagi hari malapetaka.

Berikan kemuliaan kepada Jehovah Allah! Jatuhlah dihadapan Raja syurga! Di sini termaktub jawapan-jawapan yang muktamad dan benar bagi empat soalan hidup yang paling besar: Apakah punca segala yang ada? Mengapakah ia wujud? Siapakah Allah yang benar? Mengapakah wujudnya kejahatan? Satu ayat amsal ini bernilai emas seberat rumahmu! Rendahkanlah dirimu dihadapan aksiom [prinsip] dari syurga ini dan belajarlah hikmah!

Buku Amsal itu tidak bernilai jika kamu tersandung oleh amsal ini. Permulaan hikmah bergantung kepada pemahaman amsal ini (Ams 1:7; 9:10). Amsal ini patut menjadi salah satu amsal yang pertama untuk dihafalkan oleh kanak-kanak. Disinilah pandangan hidup secara Alkitab. Daripada dasar pengetahuan ini, kamu dapat berfikir secara selamat dan waras tentang hal-hal yang lain di dalam hidup. Jika kamu mengabaikan atau menolak kebenaran di sini, hidupmu akan menjadi suatu mimpi ngeri yang penuh dengan kekeliruan, dan lepas itu, kamu akan berdepan dengan Allah yang murka (Maz 7:11; Amos 4:12).

Apakah punca segala yang ada? Allah telah menjadikan segala sesuatu. Teori Evolusi adalah bohong yang diceritakan oleh orang pembenci Allah untuk memburukkan nama baik Alkitab. Alkitab itu cukup terang: “Pada mulanya, Allah menjadikan syurga dan bumi” (Kej 1:1). Ungkapan ini lebih pasti daripada apa jua fakta yang kamu pernah dengarkan. Jika kamu tidak mempunyai iman untuk percaya kepadanya, kamu bodoh secara tidak munasabah (2Tes 3:2; 1Tim 6:20-21).

Ia adalah tanda kegilaan untuk memulakan pemikiran kamu tentang alam semesta dengan teori letupan besar oleh gas-gas yang kelam-kabut. Dari manakah datangnya gas-gas ini? Bagaimanakah satu letupan boleh membawa aturan dan keindahan daripada huru-hara? Bagaimanakah aturan ini termasuk pembiakan menurut setiap jenis makhluk? Bagaimanakah ia menghasilkan berjuta-juta jenis makhluk yang semuanya membiakkan jenisnya masing-masing?

Yesus Kristus, Allah yang perkasa, menjadikan segala sesuatu. Alkitab itu cukup terang: “Segala sesuatu dijadikan olehNya; dan tanpaNya tidak ada sesuatupun yang dijadikan dari semua yang telah dijadikan” (Yoh 1:3). Kita tidak akan berbahas akan kejadian lawan evolusi dengan orang yang tidak percaya; sebab jika mereka tidak mempunyai kurniaan iman, mereka tidak dapat belajar apa-apapun, terutamanya jikalau mereka orang berpendidikan. Seseorang angkuh yang telah diangkat-angkat dengan pendidikan adalah lebih teruk daripada orang bebal (Ams 26:12; 1Kor 1:19-20; 3:19-20; 1Tim 6:3-5).

Satu-satunya letupan besar alam semesta ini pernah saksikan adalah kegemparan kuasa perkataan Allah, “Biarlah adanya terang!” Dan terjadinya terang! Walaupun tidak ada matahari, bulan atau bintang untuk tiga hari! Dia menjadikan segala sesuatu, dan Dia menjadikan segala sesuatu daripada kosong. Melalui iman, kita bukan sahaja memahami fakta ini, tetapi juga memahaminya dengan baik (Ibr 11:3). Manusia bukanlah apa kecuali sesuatu bejana di dalam tangan Tukang Tembikar. Fahamilah jawapan yang pertama ini dulu dan barulah kamu memulakan perjalananmu dalam mendapat hikmah.

Pertimbangkan apa yang menjadikan seseorang manusia. Ibubapa, ketinggian, kewarganegaraan, kepandaian, rupa paras, waktu lahir, kekuatan, bangsa, koordinasi, personaliti, dan peluang menjadikan seseorang orang itu. Allah telah memilih setiap ciri-ciri ini bagi kamu tanpa langsung berunding dengan kamu. Dia tidak menanyakan kamu satu soalan pun tentang kesukaan kamu. Dia memilihnya sendiri! Dia memberi kamu kewujudan, sesuatu benda yang sangat peribadi, dengan kesusahan dan masalah yang mengiringinya, tanpa berunding dengan kamu! Kamu sendiripun tidak dapat menamatkan kewujudan kamu! Akhirnya kamu tidak dapat lari daripada berurusan denganNya! Dia adalah Allah!

Sementara kamu diciptakan secara teliti dan ajaib, semua ciptaanNya juga diciptakan sebegitu (Maz 139:14)! Kamu bukan istimewa. Dan kamu sudah tentu tidak istimewa kerana adalah seorang manusia, seperti yang disarankan oleh orang humanisme. Allah adalah istimewa, dan kamu berhutang kepadaNya kesemua keperibadian dan milik kamu! Tolaklah kebebalan cinta diri sendiri dan kebebalan menghargai diri sendiri (2Tim 3:1-2). Angkatlah pandanganmu ke syurga dan puji dan sanjungilah Yang Mahatinggi. Bacalah kesaksian peribadi raja yang paling hebat tentang Allah (Dan 4:1-37)!

Jika seseorang tidak percaya bahawa Allah menciptakan segala sesuatu, tidak ada sebab untuk berbincang apa yang penting dengannya. Dia telah memilih pandangan hidup yang gila, sehingga mengehadkan fikirannya kepada khayalannya sendiri. Bagaimanakah kamu dapat menjelaskan apa-apapun dengan dia? Dia ada jawapan yang sama untuk semua soalan - “sebab aku fikir sebegitu”. Dia tidak dapat tahu apapun dengan pasti, sebab dasarnya bergantung kepada angin teka-teki khayalan yang dia panggil sebagai teori.

Mengapakah benda-benda wujud? Mengapakah wujudnya alam semesta? Mengapakah wujudnya manusia? Mengapakah kamu wujud? Allah telah menjadikan segala sesuatu, dan Dia telah menjadikannya untuk diriNya sendiri! Berilah Dia kemuliaan! Sembahkanlah Dia! Nyanyikan pujian kepadaNya! “Engkau layak, O Tuhan, untuk menerima kemuliaan dan hormat dan kuasa: sebab Engkau yang telah menjadikan segala sesuatu, dan untuk kenikmatanMu ia wujud dan ia telah dijadikan” (Wah 4:11). Tidak lama lagi, kamu akan sujud kepada Yang Berbahagia dan Satu-satunya Penguasa ini (Fil 2:9-11; 1Tim 6:13-16)!

Kedua-dua jawapan yang pertama ini begitu benar, sehingga kita dapat berkata, “Sebab segala sesuatu adalah dari Dia, dan oleh Dia, dan kepada Dia: yang memiliki kemuliaan selama-lamanya. Amin” (Rom 11:36). Dia adalah Penyebab pertama untuk segala sesuatu, dan Dia adalah Akhirnya segala sesuatu. Segalanya dijadikan oleh Dia dan untuk Dia (Kol 1:16). Jatuhlah dihadapanNya sekarang! Berikanlah Dia hormat dan pujian yang layak kepada namaNya!

Alam semesta ini wujud kerana Allah ingin menjadikan sesuatu bagi diriNya sendiri! Dia tidak menjadikan dunia bagi manusia; Dia menjadikan dunia dan manusia untuk diriNya sendiri! Kamu tidak wujud untuk dirimu sendiri, dan benda-benda lain tidak wujud untuk kamu; kamu dan segala sesuatu wujud untuk kemuliaanNya! Jika kamu memberontak terhadap fakta ini, atau mengabaikannya, kamu akan membayar dengan neraka baik sekarang mahupun di akhirat!

Mengapakah gajah mempunyai hidung yang panjang? Supaya kamu dapat memuji Allah bagi daya ciptaNya! Mengapakah zirafah mempunyai leher yang panjang? Bagi tujuan yang sama! Mengapakah suatu langit yang biru dengan awan putih dan matahari yang menghangatkan menjadikan hatimu menyanyi? Bagi kemuliaan Allah! Mengapakah monyet jenis babun tidak menarik seluar bulunya menutupi punggungnya? Supaya kamu boleh ketawa bersama Allah! Adakah kamu mengenal nilai sebuah zoo? Ia adalah untuk bersembahyang bersama keluarga – untuk memuji Allah dan mengolok-olok Charles Darwin dan Carl Sagan!

Mengapakah burung unta itu bodoh? Supaya kamu dapat tahu bahawa Allah menciptakan benda yang bodoh (Ayub 39:13-18)! Mengapakah kuda begitu ajaib? Supaya Allah dapat bermegah di dalamnya (Ayub 39:19-25)! Mengapakah tubuh seseorang wanita mempunyai potongan badan yang mencengangkan seseorang lelaki (Kid 4:1-7; 7:1-9)? Bagi pujian ciptaanNya dengan satu tulang rusuk! Mengapakah adanya pelangi? Untuk mengingati kamu bahawa Allah menepati janjiNya (Kej 12:9-17)! BerikanNya kemuliaan, para pembaca! Pujilah Dia saat ini juga untuk menggenapi kewujudanmu!

Jika kamu pendek, gemuk, hodoh dan bodoh, Allah telah menjadikan kamu sebegitu untuk diriNya sendiri! Kamu tahu bahawa dia tidak menjadikan kamu sebegitu bagi tujuan dirimu sendiri! Kamu harap kamu lebih tinggi, kurus, menarik dan pandai! Dia telah menjadikan monyet babun bagi diriNya sendiri dan Dia telah menjadikan kamu untuk diriNya sendiri! BerikanNya kemuliaan! Ibubapa yang buruk, peluang-peluang yang kurang di dalam hidup ini, dan tubuh yang kurang sihat juga adalah pilihanNya. Ia adalah kunci kebahagiaan untuk belajar dan menerima pengetahuan ini. Apa yang kamu ada, dan apa yang kamu tidak ada adalah pilihan Allah untuk kemuliaanNya. Bersyukurlah kepadaNya! Sembahkanlah Dia!

Syaitan pun diciptakan bagi kemuliaan Allah! Allah membenarkannya, bagi kepentingan matlamat kekekalanNya, untuk memberontak di dalam keangkuhannya; supaya Allah boleh menunjukkan murka dan kuasanya di dalam hukuman kekal Syaitan. Allah tidak terkejut dengan pemberontakan Syaitan. Dia bersama malaikat-malaikatnya akan dilemparkan ke dalam api yang kekal, yang disediakan bagi mereka sebelum dunia diciptakan (Mat 25:41). Asap penyiksaannya dan asap pengikut-pengikutnya akan dijadikan sebagai kemenyan di syurga (Wah 14:10-11)!

Firaun dikandung dengan mudah, berjaya mengharungi proses kelahirannya, dan dapat mengelak penyakit-penyakit yang telah meragut nyawa banyak orang Mesir. Dia orang kelulusan paling tinggi di dalam kelasnya, memenangi beberapa peperangan melalui kepimpinannya, dan dipilih antara semua adik-beradiknya untuk menjadi pemimpin Mesir. Sementara dia bertakhta, bangsa itu menjadi makmur dan menjadi kuat. Dia berjaya di dalam apapun yang dia cuba buat. Kemuliaan dan kuasanya bertambah. Dia menjadi raja monarki yang paling hebat di bumi. Mengapa?

Dari manakah datangnya Firaun? Apakah punca cita-citanya, keperibadiannya, impiannya, dan kejayaannya yang istimewa ini? Allah telah menjadikannya, dan Allah telah menaikkan pangkatnya sehingga menjadi kuasa tertinggi di Mesir dengan mengaturkan peristiwa-peristiwa kehidupannya. Mengapa Allah berbuat begini? Untuk meremukkannya di Lautan Merah [Tebrau] untuk membesarkan diriNya sendiri (Kel 9:16; Rom 9:17)! Allah tidak menjadikan Firaun jahat; tetapi Allah telah membangunkan orang jahat ini untuk membinasakannya dengan ajaib untuk pujian nama baikNya sendiri. Jika kamu tidak tahu perkara-perkara ini, kamu tidak mengenal Allah Alkitab.

Siapakah Allah yang benar? TUHAN adalah namanya! Apakah maksud TUHAN? Ia adalah perkataan bahasa Malaysia untuk tetragrammaton yang suci dalam bahasa Ibrani, iaitu, YHWH, yang mewakili makna, “Akulah Aku”, yang kita sebut sebagai Yehowah! Nama “allah” itu semata-mata allah bulan yang dikhayalkan oleh orang Arab; sementara Vishnu, Brahma, dan Shiva hanya tiga dewa khayalan orang Hindu semata-mata.

TUHAN Yehowah adalah Allah yang benar. Dia satu-satunya Allah yang Esa. Dia mencari Allah yang lain tetapi tidak dapat menemui mereka. Dia satu-satunya Allah. Dia menciptakan syurga, bumi, lautan, dan semua isinya dalam jangka masa enam hari. Dia berdikari daripada semua makhluk ciptaanNya. Dia tidak dapat disukat. Dia kekal selama-lamanya, abadi, halimunan [tidak dapat dilihat], Mahatahu, Mahakuasa, dan Mahahadir.

Mengapakah kejahatan wujud? Sesetengah orang percaya kepada tiga jawapan pertama itu. Mereka percaya bahawa Yehowah menciptakan segala sesuatu untuk diriNya sendiri. Tetapi mereka mengehadkan kedaulatanNya dengan pendapat bahawa orang jahat dan perlakuan-perlakuan berdosa adalah di luar rancangan dan kawalanNya. Untuk memperbetulkan pemahaman yang salah ini, Solomo telah memasukkan orang jahat dan penghakiman mereka ke dalam semua matlamat Allah menciptakan segala sesuatu bagi diriNya sendiri. Orang jahat dan pembinasaan mereka pada akhirnya juga adalah untuk kemuliaan Allah.

Kejahatan muncul kerana Allah memberikan Syaitan kebebasan memilih. Daripada menjadi puas dengan jawatannya sebagai kerubin Allah yang diurapi, dia berkembang di dalam keangkuhannya dan bertekad untuk menjadi seperti yang Mahatinggi (Yes 14:12-15; Yeh 28:13-15). Allah telah memberikannya kelebihan dan kebebasan, dan dia telah memakaikannya untuk memberontak terhadap Penciptanya. Allah yang berbahagia tidak terkejut atau dikecewakan; Syaitan bertanggungjawab untuk perbuatan jahatnya; Allah adalah benar untuk menyiksakannya selama-lamanya bagi dosanya.

Darimanakah datangnya penderitaan? Syaitan membawa pemberontakannya ke bumi. Dia menipu ibubapa kita yang pertama, dan Adam telah memilih isterinya yang bodoh daripada memilih Allah. Yehowah menjadikan manusia sangat baik di dalam dunia yang sempurna, tetapi manusia merosakkan bumi dengan berdosa terhadap Penciptanya (Kej 1:31; 3:16-19; Peng 7:29). Adam telah memilih kekutukan dosa bagi keluarganya daripada firdaus dengan Allah. Seluruh ciptaan mengeluh kesakitan, kesiksaan dan maut oleh sebab dosanya itu (Rom 5:12-14; 8:22).

Orang yang percaya kepada Evolusi tidak dapat menjelaskan tentang maut. Ia patut sudah lama dihilangkan dengan evolusi memandangkan ia adalah ciri yang paling dibenci dalam kehidupan! Jika suatu salamander [binatang yg rupanya seakan-akan cicak, tetapi lebih besar, yg boleh hidup di darat dan juga di air] boleh memilih untuk menjadi burung helang, maka pastilah manusia boleh memilih untuk mengevolusikan maut keluar! Maut adalah upah dosa! Dan Alkitab mengajar kita fakta ini terang-terang, yang tidak mungkin ditemui oleh ahli Evolusi di dalam tabung uji mereka! Allah menciptakan maut, dalam pelbagai bentuk, sebagai hukuman yang benar bagi dosa. Oleh sebab itu, semua manusia mati.

Dosa Adam di Taman Eden tidak mengejutkan atau mengelirukan TUHAN. Dia telah merancangkan perkenalan dosa ke dalam keluarga umat manusia, walaupun Adam memilih Hawa daripada Allah secara bebas tanpa apa-apa paksaan. Adam satu-satunya yang bertanggungjawab atas dosa dan kesan-kesan dosa. Allah telah menjadikannya sempurna, memberi amaran kepadanya, dan memberikannya hanya satu perintah untuk dipeliharakan. Allah telah merancangkan perkenalan dosa supaya dapat menyatakan kedua-dua murka dan belas kasihanNya sebesar-besarnya.

Anak-anak Adam yang rosak dengan hati yang memberontak sepenuhnya terhadap Allah dan moral, melakukan kekejaman setiap hari. Kamu mendengar dan membacakannya. Namun mereka mahupun kekejaman mereka tidak mengejut atau mengelirukan TUHAN. Dia menjadikan mereka sepasti makhluk yang lain. Dia menahan kejahatan mereka, supaya apa yang hanya dapat mereka buat ialah apa yang Allah nak pakai untuk diriNya sendiri (Maz 76:10). Mereka tak pernah memikirkan Allah (Maz 10:4); mereka hanya ingin memuaskan diri sendiri (Yak 1:13-16).

Allah yang berbahagia dan yang kudus tidak menjadikan manusia berdosa, tetapi Dia memang memakai dosa-dosa mereka untuk tujuan yang berhikmah dan benar. Allah kudus dan baik dengan sempurna. Manusia memilih dosa secara rela di dalam cahaya alam semulajadi dan amaran-amaran dari Allah dan manusia. Allah tidak pernah meletakkan nafsu di dalam hati manusia, sebab Dia tidak perlu berbuat begitu. Mereka begitu penuh dengan nafsu dan kejahatan, sehingga apa yang hanya perlu Allah buat ialah menarik balik belas kasihan yang menahan itu dan sesiapapun boleh melakukan apa-apapun!

Dia mengawal dan mengarahkan semua kejahatan di alam semesta bagi pujian dan kemuliaanNya sendiri. Iblis pun memerlukan kebenaran daripadaNya untuk menyentuh seorang manusia atau seekor babi (Ayub 1:12; 2:6; Mat 8:31). Dia dapat menyekat seorang raja daripada menjamah seorang perempuan (Kej 20:6), dan dia boleh memakai hasil kandungan perkara sumbang untuk memberi kemuliaan kepadaNya (Kej 38:1-30). Dia memakai keirihatian abang-abang Yusuf untuk menempatkannya di Mesir (Kej 45:5; 50:20), dan Dia memakai kekejaman orang Rom untuk menyalibkan AnakNya di atas pokok (Yoh 18:31-32).

Apabila Allah perlu menunjukkan murka dan kuasanya atas dosa, Dia membebaskan manusia untuk tamak mengejar nafsu sendiri lalu menghukum mereka baginya. Setelah lebih kurang 1656 tahun selepas ciptaan, Dia melemaskan seluruh dunia dengan banjir bagi dosa-dosa mereka. Dia membenarkan Syaitan memiliki Daud untuk menghitung bilangan Israel, dan Dia membunuh 70,000 orang bagi dosa-dosa mereka (2Sam 24:1-25). Allah mengawal dan mengarahkan dosa-dosa manusia dan hukuman manusia untuk membesarkan diriNya sendiri.

Raja Sanherib ingin membesarkan kerajaan Asyur dan menewaskan negara-negara jirannya; Allah memakainya untuk menghukum umatNya yang suka memberontak, dan selepas itu, Allah membinasakan raja Sanherib kerana keangkuhannya memandai-mandai melakukan perkara itu (Yes 10:5-19). Allah memakai kebencian orang Yahudi terhadap Yesus untuk meremukkan satu-satunya AnakNya bagi penebusan dosa orang pilihanNya, dan selepas itu, Dia membinasakan mereka dengan siksa melalui orang Rom hanya 40 tahun selepas jenayah itu. Memang ia adalah tangan jahat mereka yang menyalibkanNya, tetapi ia semua menurut tujuan kekekalan TUHAN (KPR 2:23; 4:27-28).

Di sinilah hikmah bagi orang kudus Allah. Mereka tidak pernah dijadikan cemas atau terkejut oleh orang jahat. Mereka tahu bahawa Allah telah menjadikan Adolph Hitler, Joseph Stalin, Mao Tse Tung, Pol Pot, dan Idi Amin untuk diriNya sendiri. Dia memakai kejahatan mereka untuk mencapai tujuan yang kudus dan berhikmah, dan selepas itu, Dia menghukum dan juga akan menghukum mereka kerana kekejaman mereka. Jika Allah telah memakai Perang Dunia yang kedua untuk meremukkan negara Jermany bagi sumpah seranah “Higher Criticism” yang keluar daripada negara itu, berikanlah Dia kemuliaan! Jika Dia telah meremukkan negara Jepun kerana bersumpah seranah dengan sembahyang mereka kepada Hirohito, berikanlah Dia kemuliaan!

Kita tidak tahu hal yang rahsia di dalam kebijaksanaan Allah, kecuali dan sehingga Dia mendedahkannya kepada kita (Rom 11:33-34). Sejarah telah mendedahkan sesetengah perkara rahsia (2Sam 12:22-23), dan nabi-nabi Allah juga telah mencatatkannya bagi kita di dalam kitab (Dan 2:27-30; Amos 3:7). Kebanyakan tujuan rahsiaNya jauh daripada kemampuan kita untuk mengenal dan memahami. Tetapi Dia telah mendedahkan banyak hal bagi kita untuk buat, dan hal-hal ini adalah kepunyaan kita dan kepunyaan anak-anak kita (Ula 29:29).

Suatu Hari Malapetaka yang dahsyat sedang menjelang, iaitu, Hari Pengadilan, dimana semua malaikat dan manusia akan dihakimi. Orang jahat diciptakan untuk hari itu, seperti amsal ini isytiharkan. “Malapetaka” itu adalah penderitaan dan kesakitan yang akan Dia tuangkan ke atas mereka (Ayub 2:10; Yes 45:7). Dia, dari semula telah bertujuan untuk menunjukkan belas kasihanNya terhadap orang pilihan dan murkaNya terhadap orang jahanam (1Pet 2:8; Yud 1:4).

“Tidakkah tukang tembikar mempunyai kuasa atas tanah liat, supaya dari gumpalan yang sama menjadikan satu bekas bagi kemuliaan dan satu lagi kepada penghinaan? Katakan, jika Allah yang ingin menunjukkan murkaNya dan menyatakan kuasaNya, sabar bertahan dengan bekas-bekas murka yang disesuaikan untuk kebinasaan: Dan supaya Dia dapat menyatakan kekayaan kemuliaanNya ke atas bekas-bekas belas kasihan, yang dari semula telah Dia siapkan untuk kemuliaan, iaitu kita, yang telah Dia panggil, bukan daripada orang Yahudi sahaja tetapi juga daripada orang bukan Yahudi?” (Rom 9:21-24).

Jangan fikir sesekalipun untuk menyoalkanNya! Nebukadnezar mengambil jangka masa tujuh tahun untuk belajar bahawa TUHAN mengatasi segala soal siasat (Dan 4:35). Paulus membidas mereka yang ingin menyoal kedaulatan Allah yang mutlak dengan menulis, “Tidak, tetapi, Hai manusia, siapakah kamu untuk menjawab cakap Allah? Patutkah benda yang dibentukkan berkata kepada Dia yang membentukkannya, Mengapa engkau menjadikan aku sebegini?” (Rom 9:20). Kamu tidak patut merungut atau menyoal, jika Dia telah menjadikan kamu tanpa tangan (Yes 45:9)! Orang yang waras tidak menuduh ibubapanya membuat kesilapan, apatah lagi kurang kamu harus menuduh Allah (Yes 45:10)!

Apakah yang patut kamu buat? “Biarlah kita mendengar penutup seluruh hal ini: Takutilah Allah, dan peliharalah hukum-hukumNya: sebab inilah seluruh tugas manusia. Sebab Allah akan membawa setiap perbuatan kepada pengadilan, dengan segala rahsianya, baik ia baik mahupun ia jahat” (Peng 12:13-14). Dengarlah kata-kata ayah Solomo, “Berdirilah di dalam kekaguman, dan janganlah berdosa: bersekutu dengan hatimu sendiri atas katilmu sendiri, dan berdiam. Sela” (Maz 4:4). Dan, “Berdiam, dan ketahuilah bahawa Akulah Allah: Aku akan disanjungi di antara orang kafir, Aku akan disanjungi di bumi” (Maz 46:10).

Adakah kamu tahu bahawa kamu orang jahat? Hanya ada satu jalan pelepasan daripada Hari Malapetaka – keselamatan oleh Yesus Kristus. Allah mengutuskanNya untuk menyelamatkan umatNya daripada dosa mereka (Mat 1:21), dan Dia tidak akan kehilangan satu orang pun (Yoh 6:29; 17:2). Orang pilihan dipilih diantara orang jahat oleh rahmat Allah dan ditakdirkan kepada hidup yang kekal (Rom 8:29-39; Efe 1:3-12). Injil itu membawa fakta-fakta ini kepada terang (2Tim 1:9-10). Untuk mengenal bahawa kamu adalah salah seorang daripada orang pilihanNya, jatuhlah dihadapanNya, rayulah untuk belas kasihan, dan bangun awal untuk mentaati firmanNya (KPR 16:31; 2Pet 1:10-11).