17:1
Lebih baik sepotong roti kering, bersertakan ketenteraman, daripada rumah penuh dengan korban bersertakan persengketaan.
Apakah harga sejam yang dikenakan oleh orang yang paling berhikmah di bumi untuk nasihat yang spesifik tentang kehidupanmu? $500 sejam? $5,000 sejam? Tetapi di sini ialah hikmah berilhamkan Allah oleh Raja Solomo dengan percuma! Betapa mulianya berkat ini, jika kamu pertimbangkan dan belajar daripada amsal yang benar ini.
Seperti di dalam banyak amsal, persamaan ini membandingkan dua perkara – apa yang betul dengan apa yang salah. Sepotong roti yang kering boleh dikatakan biskut tawar dan rumah penuh dengan korban boleh dikatakan stik filet mignon [bahagian daging lembu yang paling mahal] dengan segala hiasan kemewahan. Sementara sesetengah korban, iaitu yang paling baik dari ternakan domba dan lembu, dimakan oleh umat, Solomo menjelaskan di sini makanan yang paling baik dengan kelimpahan besar dan percuma.
Ketenteraman bukanlah tahap kebisingan, tetapi kekurangan masalah, pertengkaran, kerja keras, dan kegeraman. Ia dibandingkan dengan persengketaan. Ketenteraman ialah keadaan yang tenang, damai sejahtera, istirahat, dan keselamatan (Ams 1:33; Hak 18:7; 2Taw 20:30; Ayb 3:13; 21:23; 34:9; Maz 107:28-30; Pkh 4:6; Yeh 16:42). Dalam amsal yang sepupu dengan ini, perbandingannya adalah di antara kasih dan benci, yang dapat menjelaskan amsal ini (Ams 15:17).
Pengkhutbah Solomo mengajar bahawa biskut tawar di rumah yang tenang dan berdamai sejahtera jauh lebih baik kepada sarapan filet mignon dengan keluarga yagn tegang dan yang tidak bahagia. Di sinilah hikmah untuk mengarahkan keutamaanmu. Lebih penekanan, masa, usaha, wang, dan nilai harus ditujukan kepada damai sejahtera dan kasih dalam sesuatu keluarga daripada menjamin makanan dan barangan bagi keluarga. Tetapi pilihan ini langsung bercanggahan dengan generasi yang badaniah, damba, tamak, dan materialistik ini.
Orang Amerika yang cabul berkata, “Dia yang mati dengan paling banyak permainan ialah pemenang”. Tetapi Penciptamu memberitahumu, “Tetapi kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar” (1Tim 6:6; Ibr 13:5). Di sinilah satu pilihan – akankah kamu ikut orang Amerika yang cabul itu ke neraka atau ikut Allah ke syurga? Adakah kamu menjalani hidup dengan kesia-siaan dan kegeraman yang masyarakat ini galakkan? Atau adakah kamu memilih keutamaan orang berhikmah itu, sementara tahu bahawa dia sudah menguji kedua-dua gaya hidup itu oleh penentuan ilahi?
Dua orang yang bercinta boleh berbahagia, berdamai sejahtera, dan puas hati untuk hanya berkongsi biskut tawar dengan mentega kacang, seperti pasangan yang berdating tahu; dan dua orang dapat menjadi sungguh sengsara di tengah-tengah kemewahan ketika perselisihan dan kepahitan sudah meresap ke dalam hubungan itu. Akankah kamu berusaha untuk menyelamatkan perhubungan-perhubunganmu?
Apakah yang menyebabkan ketegangan, stres, dan masalah di dalam rumah tangga? Seorang perempuan yang suka berkuasa ialah salah satu puncanya (Ams 7:11; 9:13; 12:4; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16; 30:21-23). Dia terlalu banyak bercakap, terlampau mengkritik, terlampau memperbetulkan, terlampau bertengkar, terlampau mencadang, dan seluruh kehidupan menjadi neraka. Setiap perempuan yang salih harus membenci kecenderungan-kecenderungan demikian dalam dirinya dan dalam diri orang lain; dan setiap suami harus berkuasa dan mendidik isterinya untuk bebas daripada sikap-sikap demikian.
Para pencemuh akan merosakkan damai sejahtera rumah (Ams 16:19,28; 22:10; 26:20-21). Apakah itu pencemuh? Orang bebal bongkak yang dengan angkuh memandang hina pembetulan dan tidak menghormati kekuasaan. Mereka harus diperbetulkan dengan tongkat dan teguran atau disingkirkan daripada rumah (Ams 26:3; 22:10; 24:9).
Orang bebal di dalam rumah akan merosakkan damai sejahteranya, kerana sarapan filet mignon itu akan hanya memarakkan fikiran dan percakapannya yang bebal (Ams 31:21-23; Pkh 10:12-15). Berapa banyak ibubapa dirompak damai sejahtera mereka oleh anak-anak yang bebal (Ams 10:1; 17:25)? Kebebalan tertambat di dalam hati anak, tetapi tongkat dan teguran akan pasti dan selalunya memperbetulkannya (Ams 22:15; 29:15,17).
Orang pemarah yang menekan isu-isu merosakkan damai sejahtera suatu rumah (Ams 15:18; 26:21; 29:22; 30:33). Demikianlah peraturan untuk mengakhiri segala murka sebelum terbenamnya matahari harus dipatuhi dan dikuatkuasakan (Efe 4:26). Biar setiap lelaki dan perempuan lambat untuk marah (Ams 14:29; 15:18; 16:32; Yak 1:19).
Kepahitan akan merosakkan ketenteraman suatu rumah, sebab ia adalah daripada neraka dan punca kekeliruan dan setiap pekerjaan yang jahat (Yak 3:14-16). Perintahnya jelas – jauhkan segala kepahitan, terutamanya kalau kamu seorang suami (Efe 4:31-32; Kol 3:19). Sebab hikmah salih dari syurga adalah cenderung berdamai, lemah-lembut, dan mudah untuk dirayukan, dan suka berdamai (Yak 3:17-18).
Sikap tidak puas hati menimbulkan kegeraman yang berterusan, sehingga sarapan malam filet mignon pun tidak dapat membawa kedamaian dan ketenangan. Orang yang damba dan yang tamak selalunya mencari lebih lagi, dan dia selalu berada dalam keadaan terganggu memikir tentang itu (Pkh 5:10; 2Sam 13:1-2). Dan meskipun dia sudah memperoleh lagi, dia akan masih berhajat dan berduka untuk lebih lagi dalam beberapa minit sahaja!
Suatu keluarga dengan seorang ibubapa yang ada angin (atau yang lebih teruk, dua orang) sudah nak rosak, sebab orang yang sedemikian lemah dan durjana menetapkan suasana di rumah, pada waktu makan, menurut apa pun mood bebal yang mereka telah benarkan untuk mengatasi jiwa mereka (Ams 25:28). Sukacita ialah perintah (Flp 4:4; 1Tes 5:16)!
Orang yang baik boleh membinasakan semua musuh damai rumah tangga itu, sebab dia akan menjadi teladan yang salih akan damai sejahtera dan sukacita, dan dia akan menguatkuasakan damai sejahtera dan sukacita kepada semua ahli keluarga yang lain. Betapa baiknya berkat kepada isteri dan kanak-kanak untuk adanya lelaki sedemikian yang memerintah rumah tangga mereka! Semoga Tuhan membangunkan lelaki sedemikian di generasi yang keperempuanan dan yang digeramkan ini!
Paulus memberi suatu rumusan yang cemerlang tentang kasih dan damai sejahtera yang harus menyatakan kehidupan orang Kristian, dan dia menunjukkan langkah-langkah untuk memperolehnya (Kol 3:12-15). Dengan damai sejahtera dan sukacita sedemikian sebagai dasar, kehidupan boleh dijadikan pesta yang kekal berterusan, tidak kira apa pun yang ada di meja itu (Ams 15:15).
Kamu harus ingat bahawa kejayaan bukan bermaksud lebih pemerolehan, tetapi kepuasan dengan apa yang kamu ada (1Tim 6:6). Selamatkanlah dirimu daripada suatu generasi yang terperdaya oleh dusta bahawa keuntungan ialah kesalihan dan kebahagiaan. Kamu dapat belajar untuk menjadi puas hati tidak kira apa pun hidangan yang ada di meja (Flp 4:11-12).
Kepada apakah akan kamu menaruh penekananmu, masamu, usahamu, wangmu, dan penilaianmu? Kepada barang-barang? Atau kepada kesalihan dan kepuasan tidak kira barang-barang? Sekarang didiklah anak-anakmu untuk melakukan yang sama juga!
Amsal ini dipakai juga kepada gereja Yesus Kristus. Sebuah gereja yang berdamai, tidak kira situasi, adalah lebih unggul daripada gereja yang bersengketa, walaupun sedang menikmati kemewahan atau pertumbuhan. Ia tugasmu supaya berusaha untuk mengekalkan kesatuan gerja dalam ikatan damai sejahtera (Efe 4:3).