18:20
Perut seseorang akan dipuaskan dengan buah mulutnya; dan dengan kemajuan bibirnya dia akan dikenyangkan.
Inginkah kamu menjadi bahagia dan berjaya? Kamu boleh menjadi demikian! Di sinilah hikmah untuk menemui kepuasan dan damai sejahtera dalam kehidupan: belajarlah untuk bertutur dengan lebih baik (Ams 18:21). Amsal ini ada banyak kiasan, tetapi pelajarannya mudah. Jika kamu ingin memajukan pertuturanmu, maka kamu akan diberkati dengan banyak oleh Allah, oleh orang lain, dan juga oleh jiwamu sendiri (Ams 14:14). Tanggapilah hikmah ini!
Perut yang disebut di sini ialah hatimu, jiwamu, rohmu, dan hati nuranimu (Ams 13:25; 18:8; 20:27,30). Mereka dipenuhi dan dipuaskan, ketika kamu bertutur dengan baik (Ams 15:23). Buah mulutmu ialah kata-kata yang berbudi baik dan yang berhikmah, iaitu ciri baik untuk bertutur dengan betul (Ams 16:13; 22:11; 24:26; 25:11). Kamu boleh memberi kepada dirimu kenikmatan dengan pertuturan yang mulia. Kata-kata yang murah hati dan yang baik sudah pasti membantu para pendengar, tetapi ia juga membawa ganjaran kepada pengucap kata-kata itu (Ams 12:14; 13:2).
Kamu juga boleh membawa kemakmuran dan kejayaan kepada seluruh kehidupanmu oleh kata-katamu. Daud dan Petrus menjadikan ucapan yang wajar sesuatu jalan untuk kehidupan yang diberkati (Maz 34:12-16; 1Pet 3:10-12). Salomo juga mengajar fakta ini di dalam amsal-amsal yang lain (Ams 12:13-14; 13:2 18:21; 22:11). Apakah yang mungkin menghalangmu daripada memakai peraturan yang mudah ini untuk kemajuanmu!
Kemajuan bibirmu dalam amsal ini ialah usahamu untuk memajukan pertuturanmu dengan belajar peraturan-peraturan hikmah bagi lidah dan bibir (Ams 15:28; 16:23). Salomo ada banyak untuk dinyatakan bagi subjek ini, dan kamu boleh menambahkan kemanisan dan nilai ucapanmu dengan menguasai kata-katamu untuk kemuliaan Allah dan keuntungan manusia. Kemajuan ini, seperti buah di dalam klausa yang pertama, akan membawa berkat, kehormatan, dan kekayaan ke dalam kehidupanmu.
Pernah berapa banyak kali telah kamu menyatakan kepada dirimu, “Mengapakah aku bercakap sebegitu?” Jika kamu ada hati nurani (semua orang baik ada hati nurani yang kuat), maka kamu telah berdukacita kerana kata-kata yang bebal atau yang menyakiti yang dibiarkanmu terlepas dari mulutmu. Ia kepedihan yang menggeramkan kehidupanmu ini yang dapat dihapuskanmu kalau belajar pertuturan yang berbudi baik. Salomo tahu peluang dosa bertambah lebih dengan bertambahnya pertuturan, maka dia mengesyorkan pengurangan kata (Ams 10:19; 17:27-28; Pkh 5:1-3). Pepatah ini berhikmah: Jika kamu tidak dapat mengucap apa pun yang baik dan yang membantu, maka jangan mengucap apa pun.
Berapakah banyak kali orang lain pernah berkata, “Mengapakah dia bercakap sebegitu?” Adakah kamu meninggalkan orang lain dalam keadaan berdarah daripada ketajaman pedang mulutmu (Ams 12:18)? Lidahmu adalah untuk kesihatan dan kemakmuran orang lain, tetapi kamu kerap kali meninggalkan mereka dalam keadaan marah, berdukacita, atau keliru. Sesetengah kali mereka memberitahumu tentangnya; kebanyakan masa mereka hanya menderita itu dengan diam-diam. Ketika kamu menemui kepedihan dan luka yang disebabkan oleh dirimu, itu menjadi beban kepada jiwamu. Ia hikmahmu dan kehormatanmu untuk belajar kata-kata yang menggalakkan dan yang memberi panduan kepada orang lain (Ams 10:20-21; 16:24).
Allah telah memberimu lidah untuk tujuan melebihi menelan makanan. Dia menamakannya kemuliaanmu (Maz 30:12; 108:1). Dengan pemakaian yang wajar ia boleh memuliakan Allah. Kamu boleh menjadi pokok kehidupan kepada orang lain dengan pertuturan yang membantu dan yang menggalakkan (Ams 15:4; Efe 4:29). Orang yang dengan berbudi baik mengajar kebenaran dan hikmah kepada orang lain memang jarang dan berharga (Neh 8:12; Luk 24:32; Kis 8:26-35). Kamu boleh menjadi orang ini dengan pembelajaran kitab Amsal (Ams 1:1-4; 22:17-21).
Adakah ia mudah untuk mengubahkan tabiat-tabiat pertuturanmu? Ia lebih mudah untuk mendidik ular tedung untuk menghisap susu dari mangkuk dan berbaring di pangkuanmu (Yak 3:1-12). Tetapi Allah telah memberimu Amsal. Jagalah pertuturanmu. Kurangkan kata-katamu. Fikir sebelum bercakap. Kuasailah rohmu. Kasihilah sikap berbudi baik. Jadikanlah setiap perkataanmu membantu dan berbaik hati. Bencilah kekasaran. Bencilah perbuatan membawa mulut. Sucikanlah fikiranmu. Tolaklah sikap tidak berbudi bicara yang bebal. Kerja lebih keras untuk mendengar. Binalah orang lain.
Adakah hati nuranimu mendukakanmu ketika kamu bertutur dengan bebal? Ia patut demikian! Ia patut demikian, jika kamu orang baik dengan hati nurani yang aktif. Tetapi apakah yang akan dirasakanmu pada Hari Penghakiman, ketika kamu harus memberi perhitungan kepada Tuhan kemuliaan bagi setiap perkataan kosong (Mat 12:34-37)? Jika kamu tunggu sampai waktu itu, maka ia terlambat untuk mengubahkan tabiat pertuturanmu. Ubahkannya sekarang juga.
Tidak hairanlah Yesaya berseru dengan dukacita tentang ucapannya yang najis di hadirat Allah (Yes 6:1-7). Allah telah mengampuninya sama seperti Dia akan mengampunimu, jika kamu bertaubat daripada hal menyalahgunakan bibirmu (Ams 28:13). Kamu boleh bersukacita di dalam dirimu, tidak kira apa pun yang difikirkan orang lain, dengan ucapan yang baik (Gal 6:4). Kamu boleh berpuas hati dan diisi dengan pertuturan yang berhikmah dan yang berakhlak mulia. Semoga Allah memberkati usaha-usahamu.