19:20
Dengarlah nasihat, dan terimalah arahan, supaya kamu dapat menjadi berhikmah pada waktu penghujung hayatmu.
Adakah kamu lebih berhikmah pada hari ini daripada tahun lepas? Lebih berhikmah daripada sepuluh tahun dahulu? Ini merupakan soalan-soalan yang penting untuk dijawab. Berapakah banyak akan kamuberhikmah pada waktu penghujung hayatmu? Orang yang salih ada keinginan yang besar untuk bertumbuh dalam hikmah. Dan jalan untuk bertambah dalam hikmah adalah mudah – kamu perlu mendengar nasihat orang berhikmah dan menerima ajaran-ajaran mereka. Kamu perlu menghargai dan memakai arahan daripada orang lain.
Hari ini ialah peluangmu untuk mengubahkan keadaan penghujung hayatmu. Akankah kamu menjadi orang tua yang berhikmah, dicari ahli-ahli keluarga dan orang lain untuk nasihat yang mendalam? Atau akankah kamu menjadi orang tua yang bebal, yang lebih membebankan daripada menjadi berkat? Apa yang kamu buat pada hari ini menentukan apa yang kamu jadi pada hari esok. Kamu tidak terlalu muda, dan kamu tidak terlalu tua. Pertimbangkan waktu penghujung hayatmu, dan menerima arahan pada hari ini.
Anak-anak Allah dijadikan anak angkat melalui rahmat. Tetapi mereka tidak diangkat untuk membazirkan kehidupan mereka dalam kebebalan. Mereka diangkat untuk mendewasa dan hidup sebagai anak-anak Allah di dunia yang bengkok hati dan yang babil (Mat 5:43-48; Rom 8:29; Efe 5:1-2; Flp 2:14-16). Kamu boleh membazirkan rahmat Allah, atau kamu boleh memakainya untuk menjadi hebat bagiNya (1Kor 15:10; 2Kor 6:1; 2Pet 3:18).
Berapakah banyak kamu mengasihi nasihat peribadi orang yang kudus dan yang terkawal? Berapakah banyak kamu mendambakan khutbah firman Allah di sidang jemaah? Lelaki dan perempuan mulia menerimanya dengan persediaan minda (Kis 17:11). Seorang sida-sida, seorang ketua pasukan askar, seorang peniaga yang perempuan, dan seorang pengkhutbah sungguh bersyukur untuk ajaran yang diterima mereka (Kis 8:26-40; 10:33-48; 16:14-15; 18:24-28).
Selidikilah dirimu sendiri! Adakah kamu benar-benar lebih berhikmah daripada tahun lepas atau sepuluh tahun dahulu? Sudahkah kamu bertumbuh dalam hal berbudi baik, supaya kamu ada lebih banyak kawan yang salih? Adakah kamu lebih baik dalam keadaan kewangan dengan belajar dan memakai peraturan ilmu ekonomi Alkitab? Adakah kamu mengenal Yesus Kristus dan doktrinNya dengan lebih baik? Adakah kamu dicari oleh orang-orang kudus untuk memperoleh nasihatmu?
Selidikilah dirimu sendiri! Adakah pasanganmu bersukacita adanya perubahan pada tahun-tahun yang kebelakangan ini? Adakah majikanmu bersyukur untuk banyak kemajuan kerja di syarikatnya? Adakah kamu mengendalikan kesusahan dengan lebih baik daripada dahulu? Boleh kamu menjawab dengan kata-kata kebenaran kepada mereka yang bertanya? Adakah ibubapamu dan anak-anakmu lebih menyeganimu? Adakah kamu mampu memberi jawapan-jawapan Alalh bagi masalah-masalah moden? Adakah pastormu bersyukur untuk kemajuan yang kelihatan? Dapatkah kamu bertanding untuk memegang jawatan besar dan menang?
Kehidupan adalah singkat. Apakah yang dapat kamu buat? “Jadi, ajarlah kami untuk membilang hari kami, supaya kami dapat memakai hati kami bagi hikmah” (Maz 90:12). Bila? “Aku mengasihi mereka yang mengasihiku; dan mereka yang mencari-cariku dari awal-awal akan menemuiku” (Ams 8:17). Mengapa? “Hikmah ialah apa yang utama; maka peroleh hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu peroleh pemahaman” (Ams 4:7). Bagaimana? “Seseorang oleh kemahuan, sesudah memisahkan dirinya, mencari-cari dan menyelami segala hikmah” (Ams 18:1).
Apakah yang kamu fikir tentang khutbah? Paulus tahu bahawa orang Kristian akan berhenti bertahan dengan khutbah (2Tim 4:3-4). Gereja-gereja pada zaman kini lebih suka muzik rock dengan lirik-lirik tentang seorang guru yang hipi – mereka memanggil itu sebagai muzik Kristian yang kontemporari. Jika kamu ingin menjadi lebih berhikmah pada penghujung hayatmu, maka kamu akan menolak dongeng dan menuntut untuk keamatan khutbah firman Allah (2Tim 4:1-2). Allah mengutus para pengkhutbah untuk mengajar pengetahuan dan pemahaman (Yer 3:15). Dengarlah mereka!
Apakah yang akan kamu buat dengan khutbah? Petrus memberitahu para pembacanya untuk mengingini susu firman supaya bertumbuh melaluinya (1Pet 2:1-3). Dia menggesa mereka untuk bertumbuh dalam rahmat dan dalam pengetahuan Yesus Kristus (2Pet 3:18). Dan Paulus menegur orang Kristian bangsa Ibrani kerana tidak mendewasa menjadi guru (Ibr 5:12-14). Pastikan kamu berdoa, bersiap, mengambil perhatian, dan memakai apa yang kamu dengar (Luk 8:4-18; Yak 1:21-25). Dengar dan terima ajaran supaya kamu dapat menjadi berhikmah.