Amsal · Proverbs

19:24
Orang yang kekukangan menyembunyikan tangannya di dadanya, dan setakat mengembalikannya kepada mulutnya pun tidak.

Orang malas suka keselesaan dan membenci usaha. Mereka mengelak kerja meskipun untuk makanan. Mereka mahu kamu bekerja dan memberi makan kepada mereka. Solomo memakai hiperbole yang mempersendakan orang malas. Mereka melipat tangan mereka untuk menjauhi tangan mereka daripada pekerjaan, sebab mereka terlalu malas untuk memberi makan kepada diri sendiri. Mereka harap makanan akan jatuh ke dalam mulut mereka. Adakah ini membesar-besarkan cerita? Ya, tetapi Solomo telah mengusulkan suatu isi penting yang sungguh berkuasa.

Pelajaran ini sebegitu perlu bagi sesetengah orang, Solomo mengulangi dengan kata-kata yang lain (Ams 26:15). Dia mengubahkannya sedikit untuk menyatakan si lamban yang malas didukakan untuk harus mengangkat tangannya semula ke dalam mulut untuk makan. Ia mengacau dan menyusahkan orang yang kekukangan untuk mengerah apa pun usaha, meskipun bagi diri sendiri. Program kebajikan dan memikir tentang kemodenan, negara-negara sosialis menggalakkan dosa ini.

Kamu pernah mendengar kata-kata, “Si pemalas itu duduk sahaja dengan tangannya terlipat”. Dengan tangan terlipat, ialah tangan yang dilekat kepada dada oleh tangan yang bertentangan. Kamu pernah mendengar, “Dia berdiri dengan tangannya di dalam kocek”. Orang malas tidak suka mengerah tenaga, maka mereka menjauhkan tangan mereka daripada kerja. Daud meminta Tuhan pun untuk mengeluarkan tangannya dan memakainya untuk membantu Daud (Maz 74:11).

Etika kerja yang baik tidak berasal dengan manusia. Allah bekerja untuk enam hari untuk menciptakan dunia, dan teladanNya harus cukup baik bagimu. Dia dengan berhikmah mentahbiskan kerja itu sebagai baik dan patut dilakukan dengan keghairahan yang tekun. Sebelum Adam berdosa, Allahtelah memberinya kerja menjaga kebun (Kej 2:15). Kerja bukanlah kutuk; ia berkat.

Kelaparan akan mengubati kemalasan. Tempat kebajikan menggalakkan kemalasan. Paulus memberi arahan supaya orang yang tidak bekerja tidak patut makan (2Tes 3:10), dan Solomo memberi amaran bahawa orang malas harus merayu pada musim tuaian dan mendapat kosong (Ams 20:4). Kebajikan Kristian tidak termasuk si lamban. Ketika seseorang dinafikan makanan dan keselesaan dengan cukup lama, dia pasti akan bekerja (Ams 16:26).

Ibubapa yang berhikmah akan memakai hikmah ini. Kanak-kanak dan para remaja tidak layak untuk makan kecuali mereka telah bekerja di sekolah, suatu kerja gaji, atau kerja rumah. Mengapakah kamu menghasilkan orang dewasa yang malas? Menyiapkan hidangan makanan dan snek sementara mereka tidak bekerja bukanlah kasih; ia kebencian yang kejam. Didiklah mereka untuk bekerja keras, untuk bekerja laju, dan untuk menikmati hasil kerja yang dilakukan dengan baik. Mereka akan menjadi insan yang berjaya dan yang ada banyak untuk makan.

Pasanglah keutamaan yang berhikmah bagi anak-anakmu. Suatu etika kerja yang salih adalah lebih bernilai daripada markah yang paling tinggi. Sekolah bukanlah seperti dunia yang benar. Luahan semula akademik bukanlah suatu penentu kejayaan yang baik. Guru-guru dibayar untuk mengampu dan menyanjungi; tetapi majikan hanya membayar dan menaikkan pangkat pekerja yang berhasil lebih daripada yang diharapkan. Perbandingan markah GPA 3.90 dengan GPA 3.50 menyia-nyiakan berbanding dengan kreativiti, ketekunan dan sikap bertanggungjawab ko-korikular.

Salah satu tempat untuk orang malas untuk melipat tangan pada dada mereka adalah di katil. Kenikmatan memeluk diri sendiri bagi sejam lagi tidur yang tidak diperlukan adalah tak tertahankan. Sang Pengkhutbah yang berhikmah nampak cinta tidur ini dan mencelanya (Ams 6:9-10; 24:30-34; 26:14). Butang tidur sekejap di jam loceng adalah bebal. Bangunlah, hai si lamban! Bangun! Hari sedang dibazirkan!

Sesudah seseorang mula memakai jalan kemalasan, kerja menjadi kian hari kian sukar. Perangai yang malas terhadap kerja akan menjadikanmu letih (Ams 19:15); rintangan akan nampaknya lebih sukar (Ams 15:19). Ketekunan bermula di hati dan minda, ketika kamu memilih untuk menikmati kerja. Cara yang paling baik untuk melakukan kerja adalah untuk bermula sekarang dengan keamatan tenaga yang besar. Jangan fikir tentangnya. Kerja keras ada ganjarannya sendiri, tetapi kamu hanya tahu berkat ini dengan memulakan kerja.

Pernah dengar, “Aku terlalu letih untuk menyiapkan apapun pada malam ini”? Perempuan yang berakhlak mulia tidak menyatakan itu. Seorang perempuan akan rasa lebih baik dan kurang letih, jika dia lari ke dapur dan dengan kreatif menyiapkan hidangan untuk keluarga. Perkataan itu, dan fikiran-fikiran yang menjanakannya, adalah mengongkong secara mental dan fizikal. Jangan buat alasan. Kerja! Kamu akan rasa lebih baik dan tidur lebih lena.

Orang malas ada berkat, tetapi mereka terlalu malas untuk mengambil kesempatan berkat tersebut. Mereka mungkin membawa hasil buruan balik, tetapi terlalu malas untuk memprosesnya untuk dipanggang atau dibekukan (Ams 12:17). Suatu peluang menakutkan mereka, sebab ia besar kemungkinan menolak peluang untuk tidur. Betapa malu!

Sudah tentulah, si lamban selalu ada alasan untuk tidak melakukan kerja. Mereka memberitahu bahaya-bahaya di dalam kerja (Ams 22:13; 26:13) dan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan (Ams 20:4). Dan kekukangan mereka yang angkuh akan menolak tujuh orang berhikmah yang dapat memberi jawapan yang baik (Ams 26:16).

Solomo dapat mengecam si lamban dengan menyemak ladangnya (Ams 24:30-34). Hai pembaca, berapa bersihnya keretamu? Rumahmu? Almarimu? Mejamu? Adakah mana-mana yang tidak kemas? Mengapa? Adakah singa berada di tengah-tengah jalan? Adakah ia terlalu sejuk? Atau adakah melipat tangan itu terlalu mengujakan? Jangan biar apa pun merampas perhatianmu daripada matlamat penting untuk memakai ketekunan di usaha yang berhasil.

Orang Kristian harus benci kekukangan (Rom 12:11). Aset-aset mereka dan reputasi mereka harus mencerminkan etika kerja yang salih. Jangan melipat tangan di dada, sebaliknya pakailah tangan untuk jerih lelah yang berhasil (Kis 20:34-35; Efe 4:28; 1Tes 4:11-12). Biar perempuan jangan melahu kerana itu merosakkannya (Yeh 16:49), sebaliknya biar perempuan sepadan dengan perangai perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:10-31; 1Tim 5:13-14).

Ibu Raja Lemuel menjelaskan perempuan yang berakhlak mulia dengan terperinci (Ams 31:1-2). Sukatan yang paling penting bagi perempuan yang sempurna ini ialah jerih lelahnya yang tekun. Dia bekerja dengan rela dengan tangannya (Ams 31:13). Dia menolak jalan pintas (Ams 31:14). Dia bangun awal (Ams 31:15). Dia melakukan lebih banyak daripada kerja rumah semata-mata (Ams 31:16,20,24). Dia menguatkan tangannya untuk melakukan lebih (Ams 31:17). Tangannya selalunya asyik bekerja (Ams 31:19-20). Dia tidak melahu (Ams 31:27).

Alkitab memasang tahap piawai yang cukup tinggi bagi lelaki juga. Solomo menaikkan pangkat Yerobeam, kerana dia sungguh rajin – atau tekun berhasil (1Raj 11:28), dan itulah ganjaran ketekunan (Ams 22:29). Firaun meminta Yusuf jika dia ada mana-mana pun saudara yang cemerlang – orang yang giat – yang dapat menjaga kawanan-kawanannya yang besar (Kej 47:6). Orang yang berhikmah akan menghargai kerja, sebab itulah tujuan dan kenikmatan mereka dalam kehidupan, dan salah satu alasan untuk tidak suka kepada maut ialah kekurangan kerja ketika mati (Pkh 9:10).

Tuhan Yesus Kristus bersungguh-sungguh dalam kerja yang Allah beri kepadaNya (Yoh 4:34; 9:4; 17:4), dan kamu juga patut bersyukur untuk Dia dan kesetiaanNya yang tekun kerana menyelamatkan jiwamu. Allah menaikkan pangkatNya mengatasi semua alam semesta dan mengganjariNya dengan sukacita dan kenikmatan di tangan kananNya. Kamu ada peluang untuk menjadi tekun secara rohani bagiNya (Ibr 6:11-12; 2Pet 1:10).