Amsal · Proverbs

2:16
Untuk melepaskanmu daripada perempuan asing, yakni daripada orang asing yang mengampu dengan kata-katanya;

Allah mengasihi anak-anak lelakiNya, dan Salomo mengasihi anak lelakinya. Suatu bahaya besar yang dihadapi lelaki ialah perbuatan berkendak dan perzinaan, yang kerap kali dinyatakan sebagai amaran di dalam Amsal. Kedua-dua Allah dan Salomo memberi amaran terhadap perempuan yang tidak bermoral, yang menambahkan dosa ini di kalangan lelaki (Ams 23:28). Belajarlah amaran ini.

Biar setiap ayah dan anak mengendahkan ini, sebab di sini ada amaran yang sangat penting bagi keselamatan jiwamu. Para pembaca yang mulia akan membenarkan hikmah dan pengetahuan Amsal memasuki hati mereka dan menyenangkan jiwa mereka (Ams 2:10), kerana dengan demikian budi bicara dan pemahaman boleh menyelamatkan mereka daripada perempuan asing (Ams 2:11). Elakkanlah dosa ini.

Apakah perempuan asing? Dia merupakan mana-mana perempuan yang kamu tidak kahwin, maka kamu tiada hak untuk apa pun kenikmatan romantis atau seksual dengannya. Dia bukan kepunyaanmu. Tambahan pula, dengan lebih teliti, dia merupakan perempuan yang lacur, yang menggoda lelaki untuk melakukan perbuatan berkendak dengannya.

Di dalam Alkitab, saudara-saudara Yefta memandang hina dirinya sebagai anak perempuan asing, sebab ibunya seorang pelacur (Hak 11:1-2). Ibu mereka merupakan isteri ayahnya, tetapi ibu Yefta pula seorang pelacur. Oleh sebab itu, Yefta ialah anak gampang dan bukan anak yang sah.

Perempuan asing ialah orang asing, sebab dia kepunyaan lelaki yang lain. Orang Kristian merupakan orang-orang asing di bumi, kerana ini bukanlah rumah mereka; rumah mereka ialah syurga. Seorang perempuan asing ialah perempuan yang jahat yang merayau keluar dari rumahnya dan menggoda lelaki yang lain yang bukan suaminya untuk seks.

Kamu akan melihat amaran ini sekali lagi, kerana ini merupakan godaan besar bagi lelaki, terutamanya lelaki muda (Ams 6:24; 7:5). Tidak seorang pun boleh main-main dengan godaan ini, sebab banyak orang kuat telah dibunuh olehnya (Ams 7:26). Simson tidak berdaya tahan dengan Delila (Hak 16:4-21), sehingga dia memberitahu Delila segala isi hatinya, meskipun dia tahu bahawa Delila berniat untuk membinasakannya.

Tentukan hatimu awal-awal untuk mengelak perempuan ini, sebab dia sedang menanti untuk menyebabkanmu berdosa (Ams 23:26-28). Dia tidak selalu mencari orang durjana dan orang yang cabul, sebab dia mungkin mencari orang yang berakhlak mulia (Ams 6:26). Dengan demikian kamu boleh melihat isteri Potifar menggoda Yusuf yang mulia, yang dengan teguh telah menolak usaha isteri Potifar kerana Yusuf mempunyai jiwa yang setia kepada Allah (Kej 39:7-12).

Kamu mungkin bertemu dengannya pada hari ini. Lelaki bekerja dengan isteri-isteri lelaki yang lain lebih banyak daripada zaman yang lain, dan perempuan-perempuan ini lebih longgar moral mereka berbanding dahulu. Apakah yang dapat dibuat lelaki? Dia harus menyerahkan jiwanya kepada Allah dalam segala hal seksual, dan dia harus mengelak perempuan yang lancang atau yang mesra. Perhatian yang mengampu daripada seorang perempuan adalah terlalu kuat daya tarikannya untuk diizinkan, sebab ia akan membawakebinasaan (Ams 7:21-23).

Jangan bernafsu akan kecantikan seorang perempuan atau menikmati matanya (Ams 6:25). Tolak dan larilah daripada kata-katanya yang memuji dan yang mengampu (Ams 6:24). Jangan memikir akannya di dalam hatimu (Ayb 31:1). Jauhi kehadirannya dengan cukup berjaga-jaga (Ams 4:15). Larikan dirimu daripada nafsu-nafsu orang muda (2Tim 2:22).

Pengampuan ialah ucapan yang menyenangkan dan yang mesra untuk memenangi perhatianmu. Ia tidak ikhlas dan tidak berakhlak mulia, sebab niatnya tidak mulia atau tidak wajar. Pujian seseorang perempuan boleh mengatasi seorang lelaki, maka elakkan itu dan jangan mengendahkannya (Ams 5:3; 7:21). Jangan berborak-borak, memanggil, bermesej, atau saling mengirim emel kepada perempuan demikian, kecuali hanya untuk hal keperluan, sebab dia tidak dapat mengampumu, kalau kamu tidak berkomunikasi dengannya.

Sudah tentulah, dia tidak akan menyatakan matlamatnya sebagai dosa. Sebaliknya dia akan memujimu, mengesyorkan dirinya sendiri, menerangkan persetubuhan yang kreatif dan kasih sayang yang besar, dan menyatakan bagaimana dia ingin memberimu banyak kasih (Ams 7:13-18). Bencilah kata-katanya! Larilah daripadanya! Tolaklah itu! Dia berbohong! Walaupun dia nampak sungguh enak dan menyenangkan, keakhirannya adalah pahit dan memedihkan (Ams 2:18-19; 5:5; 7:27; 9:18).

Salomo menulis banyak Amsal untuk melindungi anak lelakinya daripada perempuan asing. Hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman akan menjauhimu daripada perempuan tersebut (Ams 2:10-11). Ketahuilah dan fahamilah bahawa Allah telah mengutuk para penzina dan pelacur (Ibr 13:4), dan kesan-kesan perzinaan adalah teruk sekali dan kekal lama-lama (Ams 6:26-35). Ia merupakan hikmah lelaki dan budi bicara untuk mengurangkan pergaulan sosial dengan mana-mana perempuan kecuali isterinya sendiri.

Perempuan yang salih harus belajar untuk dengan senonoh menutupi kecantikan mereka, mengehadkan bertentangan mata, dan kawal ucapan yang mesra dengan lelaki yang lain. Jika kamu tidak berbuat demikian, kamu menyalakan api yang akan membinasakan jiwamu dan rumah tanggamu sendiri dan orang lain juga. Jika kamu benar-benar mengasihi jiranmu, yakni orang yang ditaruh Allah pada jalanmu, maka kamu akan melindungi mereka daripada perzinaan (Rom 13:8-10).

Hai pembaca, semoga Allah memberimu rahmat dan kekuatan untuk kekal setia kepada Dia dan pasanganmu pada hari ini. Ingat bahawa Yesus Kristus memakai contoh perempuan asing dengan anak-anak perempuan lacur sebagai gambar gereja Roman Katolik, yang telah meninggalkanNya untuk keupacaraan kafir. Kamu harus setia kepada pasanganmu yang di bumi dan kepada suamimu yang syurgawi, Yesus Kristus.