2:6
Sebab TUHAN yang memberi hikmah: daripada mulutNya datang pengetahuan dan pemahaman.
Hanya ada satu Sumber Hikmah. Mencarinya di mana-mana tempat lain adalah bebal dan sia-sia. Segala hikmah adalah daripada TUHAN Allah, dan Dia memberikannya kepada sesiapa pun yang diinginkanNya. Pengetahuan dan pemahaman juga adalah kurnia-kurniaNya, dan Dia berbicara kepada mereka melalui RohNya, firmanNya, dan para pengkhutbahNya.
Hikmah, pengetahuan, dan pemahaman merupakan aspek-aspek yang berkaitan dengan kemampuan menghakimi dengan wajar – untuk mengenal penyelesaian moral dan praktikal yang wajar bagi dilema atau situasi yang istimewa. Itu semua adalah jalan yang dapat mengenalpastikan kebenaran dan kesalahan, yang betul dan yang salah, baik dan yang jahat. Ia merupakan syarat-syarat bagi suatu kehidupan yang bahagia dan yang berjaya bersertakan damai sejahtera dan kewajaran. Hikmah tidak disukat dengan IQ, ijazah, atau pencapaian. Hikmah lebih besar daripada itu.
Kepandaian manusia bukanlah sumber hikmah. Kepandaian kerap kali adalah suatu penghambatan.Seorang pekerja yang rendah hati, yang kurang pandai dan yang takut dan mentaati Allah akan ada lebih hikmah daripada seorang genius yang angkuh yang mempercayai mindanya yang suka menaakul tetapi rosak. Sebab TUHAN yang memberi hikmah! Ibubapa, jangan bersedih kerana anak yang kurang pandai; kamu dapat mengajar dia hikmah yang akan membawa keredaan daripada Allah dan manusia. Hikmah dan akhlak adalah lebih bernilai daripada kepandaian.
Pendidikan manusia bukanlah sumber hikmah. Pendidik boleh menjadi suatu penghambatan. Seorang pekerja dengan sedikit pendidikan rasmi yang takut akan Allah akan melebihi budak bandar yang ada Ph.D. dalam sains molekul. Sebab TUHAN memberi hikmah! Salah seorang nampak Allah dalam setiap aspek kehidupannya yang sederhana; yang satu lagi berkhayal tentang teori big bang dan emaknya yang keturunan monyet. Allah telah mengisytiharkan peperangan terhadap pendekatan ini kepada hikmah (1Kor 1:19-20; 3:18-20; 1Tim 6:20-21).
Ketekunan manusia bukanlah suatu sumber hikmah. Walaupun manusia yang mencari hikmah harus memakai diri sendiri dengan bertenaga untuk matlamatnya (Ams 2:4; 18:1; 2Tim 2:15), kecuali usaha itu diberkati Allah, ia akan sia-sia sahaja (Maz 127:1-2; Pkh 8:17). Sementara membaca dan belajar, seseorang yang salih harus menanya Tuhan untuk memimpin dan memakmurkan jalannya (Maz 119:18; Mat 13:17; Efe 1:17-18). Para Orang Farisi dan para jurutulis tahu huruf-huruf Alkitab dengan sungguh baik, tetapi ia bukan dengan pemahaman.
Seseorang manusia memasuki dunia ini seperti anak keldai yang liar, dan dia keluar dari dunia dengan cara yang sama sepertinya juga (Ayb 11:12; Pkh 3:19-21). Dalam hayatnya dia memiliki hati yang sebegitu memperdayakan dan rosak teruk, sehingga dia tidak dapat menanggapi itu (Yer 17:9-10). Yang paling cerdik di antara keldai-keldai ini pun telah mengajar sembahyang kepada matahari, Firaun, tiang totem, dan serangga (Yes 44:9-20; Rom 1:20-23). Tetapi pada hari ini kamu dapat melihat apa yang lebih rendah daripada itu – mereka bersembahyang kepada diri sendiri dan kepada kemampuan mereka sendiri! Mereka melihat semua rakan sebaya mereka mati, namun mereka masih kekal memuntah keluar kekotoran jahil mereka itu (Maz 49:10-13).
Hikmah yang lahiriah pun datangnya daripada TUHAN. Allah telah memberi Bezaleel kemahiran besar untuk menegakkan khemah yang rumit (Kel 31:1-11). Di manakah datangnya hikmah pertanian? Kaedah cuba-cuba? Langsung tidak! Para pencipta tidak terpelajar; mereka diciptakan (Ams 8:12). Thomas Edison dan yang lain kurang dimanfaatkan sekolah. Allah yang telah memberi mereka kegeniusan yang mudah mencipta itu. Dan Allah mengambil balik orang sedemikian daripada suatu negara bila-bila Dia ingin (Yes 3:1-5).
Hikmah yang rohaniah lagi berberat sebelah kalau ingin mencari puncanya. Manusia dalam sifatnya tidak boleh dan tidak akan memahami kebenaran rohaniah (Rom 3:11; 8:7-8; 1Kor 2:14). Allah harus dengan berkuasa menciptakan semula jiwanya dengan penjanaan semula (1Kor 2:15; Efe 1:19; 2:1-2). Dan kecuali dan sehingga Allah melakukan ini, manusia tidak mampu memahami apa pun yang benar atau pun yang kekal (Yoh 3:3; 8:43,47).
Apakah yang dapat kamu buat untuk memperoleh hikmah? Rendahkan dirimu sendiri dan akuilah kejahilanmu yang besar dan keadaanmu yang tidak dapat ditolong. Untuk memperoleh hikmah daripada Allah, seseorang manusia harus menganggap dirinya bebal (1Kor 3:18-20). Kamu harus dengan rendah dan dengan sikap suka menunduk gementar di hadapan Allah Yang Maha Tinggi (Yes 57:15; 66:2).
Kemudian kamu harus bermohon untuknya. TUHAN telah memberi Solomo hikmah yang besar dan kebesaran akal, kerana hanya permohonannya yang sederhana dan yang mulia (1Raj 3:5-15; 4:29-34). Dan tawaran dengan syarat-syarat yang longgar ini Dia juga beri kepada sesiapa pun yang akan bermohon (Yak 1:5). Sebalik daripada berharap kamu berhikmah seperti Solomo, doakan (Yak 4:2)!
Kemudian kamu harus membaca untuknya. TUHAN telah mendedahkan hikmahNya dalam Alkitab. Jika seseorang manusia akan menolak gagasan-gagasannya sendiri dan yang daripada bangsanya sendiri untuk menaruh percaya kepada Kitab Suci, dia akan maju dalam hikmah secara lekas (Maz 119:98-100,130; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17; 2Pet 1:19).
Kemudian kamu harus mendengar untuknya. TUHAN melantik, menyediakan, dan mengutus duta-duta dengan hikmahNya (Neh 8:8; Pkh 12:9-11; Yer 3:15; Mal 2:7; Kis 8:30-31; 26:16-18). Tetapi mereka hanya akan memanfaatkan orang yang akan mendengar mereka dengan terbuka (Kis 17:11; 1Tes 5:20-21).
Kemudian kamu harus membaca dan pertimbangkan Amsal dan Pengkhutbah. Allah telah memberi dua buku ini dalam Alkitab dengan lebih penekanan kepada hikmah praktikal daripada buku-buku yang lain. Mereka yang benar-benar mencari hikmah akan belajar kedua-dua buku ini untuk memperoleh hikmah melalui kurniaan murah hati Allah (Ams 1:1-7).
Hai pembaca, di manakah pencarianmu bagi hikmah? Di manakah kepercayaanmu untuk pengetahuan dan pemahaman? Solomo telah menulis, “Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu; dan janganlah bersandar kepada pemahamanmu sendiri. Dalam segala jalanmu akuilah dia, dan dia akan mengarahkan jalanmu” (Ams 3:5-6). Keyakinan dalam pendapat-pendapatmu dan dalam fikiran sendiri adalah kebebalan.
Harus mengapakah seseorang pergi kepada anak keldai liar untuk hikmah? Pergi kepada Yesus Kristus, sebab di dalamNya tersembunyi segala harta hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Rendahkanlah dirimu sendiri pada hari ini dan akuilah keperluanmu yang besar ini kepadaNya. Mohon untuk hikmah; baca untuknya; dengar untuknya; dan pertimbangkanlah amsal ini. Dia merupakan Tuan yang paling besar bagi hikmah, pengetahuan, dan pemahaman di seluruh alam semesta, dan Dia akan memberimu banyak daripadanya melalui kuasa Roh Kudus kerana mencarinya dengan ikhlas.