Amsal · Proverbs

21:12
Orang benar dengan berhikmah mempertimbangkan rumah orang jahat: tetapi Allah menggulingkan orang jahat kerana kejahatannya.

Orang baik selalu akhirnya menang. Walaupun ia nampak seakan-akan mereka sedang kalah sekali sekala, mereka lebih tahu daripada yang lain, dan Allah Yang Maha Kuasa berpihak kepada mereka. Orang durjana menganggap diri sendiri mengawal segalanya, tetapi Hakim segalanya berikhtiar untuk membinasakan mereka. Inilah peraturan-peraturan yang pasti bagi kehidupan dan kekekalan.

Oleh sebab kompromi kebenaran pada masa yang membahayakan zaman kini (2Tim 4:3-4), tema yang biasa dalam Alkitab ini sudah kurang diketahui (Maz 9:16-17; 37:34-40; Ams 10:6,24-25,27-30; 11:3-9,18-21; 12:2,7,21; 13:6,9,21-22; 14:11,19,32; 15:8-9,29; 21:18,21; 28:18).

Dapatkah kamu melihat masa depan? Hikmah memberi kemampuan itu. Adakah kamu memiliki hikmah? Kamu patut melihat bahawa banyak orang yang popular dan makmur sekarang akan tidak lama lagi dihanguskan. Yang mana akan dibinasakan? Allah akan menghakimi orang yang secara terbuka dan secara angkuh menghidupi kehidupan yang durjana. Hikmah melibatkan budi bicara dan pemahaman untuk melihat perhitungan Allah yang akan datang tidak lama lagi.

Musa telah menulis tentang orang yang berdosa terhadap TUHAN, “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu”, (Bil 32:23). Orang berhikmah tahu aksiom akan Allah alam semesta. Semakin terbuka dan lebih cabul seseorang pendosa, tidak kira betapa dia terjamin selamat pada waktu itu, semakin mungkin kematiannya mendatang (Ayb 20:4-29). Belajarlah supaya melihat melepasi kekilauan dan mulut muluk para pendosa yang masyhur untuk melihat kebinasaan mereka yang sampai awal-awal.

Orang benar hidup kehidupan yang berdisiplin, dan menyangkal nafsu yang ditaati orang lain setiap hari. Ia mungkin menggoncangkan iman dan azam mereka ketika melihat orang durjana makmur dalam kedurjanaan (Maz 73:1-15), tetapi mereka dengan lekas menjadi pulih dengan mengingat keadilan dan pembalasan yang kudus Allah terhadap para pendosa (Maz 73:16-28). Mereka tahu Allah tidak diperolok-olokkan – suatu pertukaran nasib sedang datang (Gal 6:7).

Dunia menyayangi para pendosa yang cabul dan yang berfoya-foya, terutamanya selebriti di bidang hiburan, sukan, atau politik. Mereka ada nama yang terkenal; setiap perkataan mereka dan gerak-geri mereka diikuti para peminat; gambar mereka di merata-rata; mereka disebut sebagai bintang; mereka mendapat kontrak kewangan besar; mereka disambut di mana jua pada bila-bila masa. Kepada para peminat dan para pembodek mereka, mereka nampaknya teguh berbahagia dan berjaya. Tetapi amarah Allah sedang membakar (Nah 1:2,5-6; Ibr 12:29)!

Pertimbangkan beberapa contoh. Berapa agungnya Aleksander, keluarganya, atau tamadun Yunani sekarang (Dan 8:8; 11:1-4)? Di manakah para Firaun? Mengapakah Mesir suatu bangsa yang dipandang rendah (Yeh 29:14)? Kota-kota Babel dan Tirus dahulu kala yang indah dan yang sungguh berkuasa sekarang sudah menjadi reruntuhan berbanding dengan keadaan mereka ketika hidup dengan durjana. Mereka ada pertukaran nasib (Yes 47:1-15; Yeh 28:1-26)! Dapatkah kamu menemui orang Het, orang Amori, orang Amon, orang Filistin, orang Moab, atau orang Edom?

Pertimbangkan beberapa contoh lagi. Melalui takrif Alkitab berkenaan kedurjanaan, yang adalah ganjil dan dianggap melampau bagi orang yang beragama pun di generasi yang jahil ini, dapatkah kamu ingat insan-insan berikut tanpa pengaruh emosi sentimental mencemarkan pandanganmu? Bagaimana dengan Elvis, the Babe, Marilyn, John Lennon, Lenin, Errol, Jimi, James Dean, Jim Morrison, MLK, Princess Diana, JFK, Al Capone, Eva Braun, MJ, Bonnie and Clyde, Ketih Moon, Kurt Cobain, Amy Winehouse, dan sebagainya?

Adakah kamu tahu bahawa purata jangka hayat para penyanyi rap adalah di sekitar 27 tahun dan orang rock pula bukan jauh lebih banyak? Allah tidak diperolok-olokkan. Mereka tidak dapat menjalani hidup di khalayak ramai dengan merajalela lalu dapat pula terlepas daripada itu. Allah ada di takhtaNya dan sedang mengetawakan mereka (Ams 1:24-31; Maz 2:4-5; 37:9-15). Orang benar belajar untuk mempertimbangkan orang sedemikian dengan berhikmah dan melihat pengakhiran mereka yang pahit dan yang pedih sekali.

Orang benar yang rendah hati, anak-anak dan sahabat-sahabat Allah, tahu bahawa berang ilahi ditahan oleh sikap Allah yang panjang sabar derita (Maz 50:21-22; Rom 9:21-24). Mereka tahu Dia menahan penghakiman daripada orang durjana supaya mereka berbuat dosa yang lebih besar dan mendapat hukuman yang lebih keras (Kej 15:16; Dan 9:24; Mat 23:29-36). Lebih lama Dia menunggu, lebih panas api murkaNya yang kudus dan yang cemburu.

Jika kamu tidak mengenal Allah yang dahsyat dan yang mengerikan ini, kamu harus mula membaca Alkitab (Ula 29:20; 32:21-25; Maz 21:9; 76:7; 137:7-9; Yes 66:15-16; Yer 10:10; 2Kor 5:9-11; Ibr 10:26-31). Jika kamu membaca Alkitab tetapi tidak tahu akan ini, maka kamu memerlukan seorang pengkhutbah yang baru (Yes 30:8-14; Yer 1:9-10; 23:25-32; Mal 2:7; Mat 21:40-46; 22:1-14; 2Tim 4:3-4).

Apakah pelajarannya? Orang berhikmah belajar berang ngeri Allah sedang datang untuk menimpa orang durjana, maka tiada sebab atau alasan untuk beriri hati dengan mereka (Maz 37:1,7; Ams 3:31; 24:1,19). Mereka mempertimbangkan pertukaran nasib besar yang menjelang di dunia ini dan di akhirat. Mereka tahu ia lebih baik untuk menjadi pengemis Lazarus daripada orang kaya yang hidup dengan mewah (Luk 16:19-26). Adakah kamu mengenal itu?

Mengapakah adanya kata penyarak yang menghubungkan dua klausa amsal ini? Orang benar menunjukkan hikmahnya dengan tidak tergoyah oleh kemakmuran jangka pendek dan kejayaan orang durjana. Walaupun dia nampak bahagia dan terjamin selamat sekarang, namun Allah tidak lama lagi akan menjatuhkannya. Perkataan “tetapi” menandakan bahawa penggulingan orang durjana oleh Allah adalah bertentangan dengan apa yang boleh dilihat semata-mata.

Kehidupan orang benar menang dua kali. Allah memberkati mereka di dunia ini, dan kemudian Dia memberi mereka hidup yang kekal di dunia akhirat. Orang yang suka menonjolkan diri durjana dihantui kecelakaan yang banyak dalam kehidupan ini, dan kemudian mereka dilemparkan ke lautan api untuk kekekalan. Meskipun orang benar berkorban sekarang, Allah mengganjari mereka 100 kali ganda dengan apa yang dikorbankan itu (Mar 10:28-30).

Jangan beriri-hati dengan orang durjana. Jangan hidup seperti mereka. Jangan menjadi orang munafik dengan percaya kepada amsal ini sementara sendiri menjalani hidup yang berdosa. Pandang melebihi dusta-dusta pengampuan dunia. Tolaklah kisah indah kepopularan dan kemakmuran. Lihatlah Allah yang kudus dan yang cemburu datang dalam pembalasanNya ke atas mereka yang menyangkal Dia. Percayalah bahawa ia menjelang; berdoalah untuk itu; bersukacitalah di dalamnya (Maz 58:6-11; Kel 15:1-21).