21:13
Sesiapa yang menghentikan telinganya pada seruan orang miskin, dia sendiri juga akan berseru, tetapi tidak akan didengarkan.
Kamu akan didengar dengan cara sama yang kamu dengar! Jika kamu tidak mempedulikan permohonan-permohonan orang miskin untuk bantuan, Allah dan manusia tidak akan mendengar ketika kamu dengan terdesak berseru kepadaNya atau kepada mereka untuk bantuan. Sudah tentulah, peraturan ini hanya berkaitan kepada orang yang betul-betul miskin – orang dengan bencana dalam kehidupan mereka. Kebenaran dan hikmah daripada Allah tidak membenarkanmu untuk membantu orang yang miskin oleh sebab kemalasan.
Kamu tidak suka melibatkan diri? Orang lain akan menjaga orang miskin? Kamu terlalu sibuk? Kamu sedang menabung untuk masa depan dan tiada wang untuk orang miskin? Kamu tidak tahu bahawa keperluan itu besar? Kamu akan membantu lain kali? Allah akan memakai alasan-alasan yang sama kepadamu, ketika kamu berseru untuk bantuan, sebab Dia melihat kebencianmu, kemalasanmu, sikap mementing diri sendirimu, kedambaanmu, dan ketamakanmu.
Ketika kamu berada dalam keperluan, ketika suatu bencana menimpa ketakutan kepada hatimu dan mindamu, dan kamu berseru untuk belas kasihan Allah untuk menyelamatkanmu dan membantumu, Dia tidak akan mendengar doa-doamu; Dia akan mengetawakanmu, dan Dia akan sebaliknya menyampaikan kutuk (Ams 1:26-31; 28:27). Tetapi Dia akan selalu mendengar seruan orang miskin yang berseru menentangmu kerana tidak membantu mereka ketika kamu dapat membantu (Kel 22:21-24).
Seorang imam Yahudi dan seorang Lewi tidak mempedulikan orang tercedera yang merupakan bangsa mereka sendiri yang berbaring terluka di parit (Luk 10:30-32). Mereka tidak mahu terlibat. Mereka terlalu sibuk. Mereka ada rancangan untuk hari itu. Mereka ada keperluan untuk memakai wang mereka. Tetapi seorang Samaria, yang bangsanya membenci orang Yahudi kerana berberat sebelah budaya sendiri, ada belas kasihan ke atas orang yang terluka itu dan menjaga dia (Luk 10:33-35; Yoh 4:9). Orang ini mengasihi jirannya, dan dia sudah tentulah diberkati. Kamu boleh dengan pasti tahu bahawa Allah Yang Maha Besar di syurga tidak mempedulikan imam dan orang Lewi itu kemudian pada saat keperluan mereka.
Allah menjaga orang miskin. Jangan kamu melupakan itu (Ula 15:7-11; Maz 68:5). Dia melihat ketika kamu tidak mempedulikan mereka; Dia melihat ketika kamu membantu mereka. Dia akan mengutuk salah satu tindakan dan memberkati yang lain (Ams 11:26; 19:17; 22:9; 24:11-12; 28:27; 29:7; Maz 41:1-3). Dan demikian juga manusia! Manuisa akan membalas dengan kekurangan belas kasihan ke atas dirimu pada saat keperluanmu. Itulah pilihanmu, tetapi kesan-kesannya adalah teruk. Jangan mengetepikan suatu keperluan yang sah, ketika kamu sedar akannya.
Ini hanya untuk orang miskin yang sah di pandangan Allah. Orang yang bebal atau yang malas patut merana; mereka tidak layak untuk apa pun (Ams 20:4; 2Tes 3:10). Kamu yang pertama-tama bertanggungjawab untuk menjaga keluargamu sendiri (1Tim 5:8), kemudian untuk orang miskin di gerejamu (Kis 2:44-45), kemudian untuk orang miskin di gereja-gereja sejati (Kis 11:27-30), dan kemudian untuk orang asing yang Allah mungkin menempat di jalanmu dalam perjalanan biasa kehidupan (Luk 10:25-37; Ayb 31:16-22). Alkitab tidak menjadikanmu keberhutangan untuk merasa terbeban untuk orang miskin di dunia, kerana empat tanggungjawab ini sudah mencukupi.
Ketika kamu merancang untuk makan malam dan mempertimbangkan siapa untuk diundang, kamu patut mengundang orang yang keperluan dan yang tidak dapat membayar. Allah akan bayar. Inilah hukum Yesus Kristus (Luk 14:12-14). Jangan hanya fikir akan kawan-kawanmu, sebab Allah Yang Maha Besar di syurga akan melihat sikap mementingkan diri sendiri ini lalu tidak mempedulikanmu pada hari kecelakaan. Ada sebab-sebab mengapa sesetengah orang diberkati dan orang lain terkutuk. Berapakah banyak prihatin dan simpatimu mindamu terhadap orang miskin?
Suatu bukti hidup yang kekal ialah kerelaan orang untuk memberi wang untuk membantu orang miskin dalam nama Yesus Kristus. Ini dipanggil jerih lelah kasih, dan ia membuktikan pemilihan (1Tes 1:2-4; Gal 5:6). Allah tidak akan melupakan tindakan belas ihsan terhadap anak-anaknya (Ibr 6:10; Mat 25:31-46). Orang yang murah hati boleh menyediakan suatu dasar yang baik bagi masa yang akan datang – Hari Penghakiman – dan berpegang teguh kepada hidup yang kekal dengan jenis pemberian yang ceria ini (1Tim 6:17-19).
Adakah kamu orang yang murah hati? Atau orang yang kedekut seperti Nabal? Allah mengasihi dan memberkati yang pertama dan membenci dan mengutuk yang kedua itu (Yes 32:5-8; 1Sam 25:2-3). Yang mana satukah dirimu? Jiwa yang murah hati adalah kreatif dan baik hati untuk memikir bagaimana untuk membantu orang yang keperluan – dan Allah menerima dan memberkati mereka, kedua-duanya pada waktu sekarang dan pada waktu Hari Penghakiman (Yes 32:8; Ams 22:9). Orang yang kedekut mementingkan diri sendiri dan adalah jahat, dan mereka membenci membantu orang lain, tidak kira keperluan mereka, kerana mereka orang durjana.
Salah satu rahsia syurgawi ialah memberi wang adalah terbaik untuk maju ke depan secara kewangan. “Dia yang berbelas kasihan kepada orang miskin meminjam kepada TUHAN; dan apa yang telah dia beri akan TUHAN membayarnya semula” (Ams 19:17). “Dia yang memberi kepada orang miskin tidak akan kekurangan: tetapi dia yang menutupi matanya akan mendapat banyak kutuk” (Ams 28:27). “Ada yang banyak menyerak, namun bertambah-tambah kaya; dan ada yang menahan terlebih daripada apa yang wajar, namun cenderung kepada kemiskinan.
Jiwa pemurah akan dijadikan gemuk: dan dia yang menyiram juga sendiri akan disiram” (Ams 11:24-25).
Orang kaya yang telah menolak pemberian sisa-sisa kepada seorang pengemis dalam kehidupan ini telah ditolak setitis air di api neraka kekekalan (Luk 16:19-26). Yesus Kristus menjadi miskin untuk menjadikanmu kaya, dan kamu patut paling rela untuk berbuat apa yang sama untuk saudara-saudaramu (2Kor 8:9; 1Yoh 3:16-19). Prihatinmu untuk anak-anak Allah ialah salah satu bukti yang terbaik bahawa kamu merupakan anak Allah.